27 Rejab 1433H. [MOD] -
SEORANG ahli keluarga mangsa melihat tempat Muhammad Faris Faisal menemui ajal di rumah neneknya di Ketereh, Kota Bharu semalam.
KOTA BHARU - Gara-gara menyangkakan ia pistol mainan, seorang kanak-kanak tujuh tahun mati akibat tertembak di dahi manakala bapa saudaranya cedera parah dalam kejadian pada pukul 9 malam kelmarin di rumah neneknya di pekan Ketereh dekat sini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, Muhammad Faris Faisal Hisham yang baru menyambut hari lahirnya dikatakan bermain pistol milik datuk saudaranya yang merupakan seorang anggota polis di Johor selepas selesai majlis kenduri ibu saudaranya di pekan itu.
Beliau berkata, turut terkena tembakan di dada ialah bapa saudara mangsa, Mohd. Hilmi Ghazali, 31, seorang pembantu tadbir di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Kota Bharu.
Mohd. Hilmi yang cedera di dada akibat terkena tembakan berkenaan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini dan keadaanya dilaporkan stabil.
"Mangsa menemui senjata api tersebut yang disangka pistol mainan lalu memetik picu dan tertembak di dahi menembusi kepalanya sebelum terkena Mohd. Hilmi yang berada di belakang mangsa.
"Melihat mangsa cedera, ahli keluarga mangsa mengejarkannya ke Klinik Kesihatan Ketereh untuk rawatan tetapi disahkan sudah meninggal dunia," katanya kepada pemberita di sini semalam.
sinar harian/-
1 ulasan:
Takziah buat keluarga Allahyarham adik Muhammad Faris Faisal. Tiada lagi kata-kata yang dapat diungkapkan dengan tragedi ini, yang boleh dilakukan ialah sama-sama redha di atas pemergiannya.
Namun begitu dunia ini dipanggil Darul Asbab kerana hampir setiap perkara yang berlaku itu ada sebab dan akibatnya. Ditakdirkan Allahyarham meninggal kerana peluru dari pistol milik datuk saudaranya. Kalau dibaca di dalam sebuah akhbar dikatakan yang datuk saudaranya itu seorang anggota polis trafik yang bertugas di Johor. Peliknya ialah apa keperluan seorang anggota polis trafik membawa pulang sepucuk pistol jenis Walther pulang bercuti lainlah kalau beliau seorang anggota JSJ atau SB. Tak apalah kita bersangka baik dalam hal ini. Tetapi tidakkah seorang anggota polis itu telah dilatih dengan baik oleh PRDM tatacara mengendalikan senjata api???? atau apakah ada pistol itu hendak digunakan untuk satu tujuan lain??? sekadar bertanya kerana dalam tragedi ini terlalu banyak persoalan yang timbul.
Catat Ulasan