Drs. Khalil Idham Lim sedang menyampaikan khutbah Aidil Fitri.
1 Syawal 1433H. [MOD] -
Al Banjari Online
PARIT BUNTAR,19 Ogos 2012:- Umat Islam disarankan untuk mempertahankan nilai dan pengertaian Syawal yang sebenar serta tidak terpengaruh dengan media perosak pada Hari Raya,demikian antara kandungan Khutbah hari Raya yang disampaikan oleh ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim diSurau Sungai Labu Bawah, Tanjung Piandang di sini hari ini.
Selain itu beliau juga memperingatkan kepada jemaah yang hadir untuk mengelakkan diri dari sekelompok manusia yang mengaku Islam namun berperangaikan yahudi dengan menerima sebahagian Al Quran dan menolak sebahagian darinya.
Sambil melahirkan rasa kesal beliau juga berkata " kalau dalam persoalan mengambil air sembahyang seperti yang diperintahkan Allah dalam Quran dipatuhi tetapi kenapakan perintah Allah berkaiatan hukum Hudud dalam Al Quran dipertikai dan dipersendakan "
Beliau yang hadir bersama keluarganya untuk mengerjakan solat Aidil Fitri dan berkhutbah sempat mengambil peluang untuk mengetuai tahlil arwah bersama para jemaah selepas berkhutbah.
Selain itu peluang diambil untuk beramah mesra dengan jemaah serta menyampaikan duit raya kepada hampir 50 orang kanak-kanak yang hadir.
Kegembiraan dikongsi sama dengan penyampaian duit raya kepada hampir 50 kanak-kanak yang hadir
1 ulasan:
assalamualakom...ustad saya dan keluarga menfucapkan slmt hari raya aidilfitri buat ustad seisi keluarga...
saya begitu terharu dgn khutbah yg disampaikan olih ustad... cara penyampaian khutbah ustad tu begitu terkedu dan menarik sama seperti khutbah yg telah disampsaikan olih pemimpin2 dan ulama parti PAS,,,
SAYA PERNAH dengar juga khutbah dari imam dan penkhutbah dari parti sebelah sanatu...kebanyakannya terang2 memuji pemimpin parti mereka dan memfitnah dan mengihina dgn terang2 pemimpin di sebelah kita....
Syabas ustas...ALLAHUAKBAR
Catat Ulasan