01 Ogos 2012

Najib, rakyat memerhatikanmu'

12 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli disifatkan sebagai penganiyaan politik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan pentadbirannya.

Naib Presiden PKR N Surendran berkata, pihak berkuasa bertindak ke atas aduan Pengerusi National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Datuk Seri Mohd Salleh Ismail yang sebelum ini didakwa pecah amanah dalam menyalahgunakan dana awam.

"SNONEaya menggesa perdana menteri, peguam negara, Bank Negara dan kerajaan untuk menggugurkan pertuduhan terhadap Rafizi dan (bekas kerani am bank) Johari Mohamad dengan segera.

"Gugurkan pertuduhan yang bermotifkan politik. Hentikan penganiayaan politik. Masyarakat sedang memerhati," kata Surendran yang mewakili kedua-dua tertuduh pada sidang media hari ini.

Menurut Surendran, Rafizi didakwa kerana mendedahkan bahawa pembaziran dan penyalahgunaan dana wang awam telah berlaku.

Sehubungan itu, tambahnya, tangkapan yang dilakukan bertujuan untuk "menutup mulut" Rafizi di samping pendedahan mengenai penganugerahan projek LRT Ampang kepada George Kent (Malaysia) Bhd yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Najib.

Justeru, Surendran menyifatkan bahawa kes itu sebagai konspirasi politik peringkat tertinggi negara. Malah, Bank Negara juga didakwa digunakan oleh pihak berkuasa bagi mendakwa Rafizi dan Johan.

"Mereka telah diheret oleh kerajaan BN (yang menggunakan) institusi yang kononnya bebas terhadap pembangkang. Kami akan melawan pertuduhan itu sehabis-habisan," kata Surendran.

MALAYSIAKINI/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kata nak telus...orang yang salah kenapa perlu di bela...kena beretika sikit le.... kalau kroni awak kena awak bising...tapi kalau kroni orang lain kena awak bersorak...apa punya nama Islam?