14 Syawal 1433H. [MOD] -
DUA anggota Taliban berkawal di kubu kuat kumpulan berkenaan di Shawal, dalam wilayah Waziristan Selatan di Pakistan pada 5 Ogos lalu.
KHAR - Kumpulan Taliban menghantar satu klip video menunjukkan 12 kepala askar kelmarin selepas beberapa pegawai menyatakan, seramai 15 anggota tentera Pakistan hilang dalam pertempuran menentang militan berkenaan.
Rakaman itu yang dihantar kepada agensi berita AFP, menunjukkan beberapa militan Taliban berdiri di belakang 12 kepala manusia, dipercayai askar Pakistan.
Jurucakap kumpulan Tehreek-e-Taliban Pakistan(TTP) yang mengaku bertanggungjawab melakukan pembunuhan itu, Sirajud Din menyatakan, mereka dibunuh bagi membalas dendam kekejaman tentera terhadap militan Taliban.
Perkembangan itu berlaku selepas tentera Pakistan mengadakan satu operasi untuk menghapuskan militan-militan Taliban yang menawan daerah Bajaur pada Selasa lalu.
Kumpulan berkenaan dipercayai memasuki Pakistan dari wilayah Kunar di Afghanistan pada Jumaat lepas. - AFP
3 ulasan:
Inilah kumpulan fanatik agama. Mereka berjuang untuk agamanya tetapi menyebab banyak kematian. kelakuan mereka yang berdosa ini kenapa Allah tak hukum mereka ? Adakah membiarkan sewenang-wenag sehingga lebih banyak kematian ! Di mana Allah yang maha kuasa !
U ni petikai qada' dan qadar Allah ke? Blh batal rosak aqidah
Komen diatas Tanpa nama takpayah diulas oleh sesiapa kerana ianya perangkap. Perhatikan INI " Di mana Allah yang maha kuasa !
Catat Ulasan