11 Oktober 2012

Ketua cabang PKR Jempol terima sms ugutan

25 Zulkaedah 1433H. [MOD] -



JEMPOL: Ketua Cabang PKR Jempol, Karip Mohd Salleh (gambar) mendakwa menerima ugutan daripada seorang individu yang tidak dikenalinya kira-kira jam 7.30 pagi semalam.

Ugutan yang dihantar melalui khidmat pesanan ringkas SMS itu mengandungi amaran kepada Karip bahawa mereka tidak akan teragak-agak 'menghapuskan' Karip, keluarga dan ternakannya.

Menurut Karip, penghantar sms itu memperkenalkan diri sebagai seorang wanita.

"Pengantar sms itu juga memberi amaran agar saya tidak selalu mengadakan ceramah di Felda Serting Hilir jika saya mahu selamat.

"Malah dia juga meminta saya menghentikan program ceramah jika saya mahu keluarga saya dan ternakan saya selamat," kata Karip.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol semalam.

Karip berkata, ugutan itu berkemungkinan ada kaitan dengan penganjuran program ceramah Pakatan Rakyat Jempol di Felda Serting Hilir 5, malam kelmarin.

Program Ceramah dan Artis Bersama Rakyat itu turut sertai oleh penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah dan pelawak Leman 'Raja Lawak'.

Kira-kira 30 ahli PKR, PAS dan DAP Jempol, mengiringi beliau membuat laporan polis itu.

"Saya mahu polis siasat segera kes ugutan ini dan ambil tindakan tegas terhadap invidivu tersebut," katanya.

Turut hadir ialah Yang DiPertua PAS Jempol, Abdul Rahman Ramli dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bahau, Teo Kok Seong.

HARAKAHDAILY/-

Tiada ulasan: