01 Disember 2012

Kenyataan 'potong telinga' hanya kiasan atau sudah rasa takut ?

17 Muharram 1433H. [MOD] -

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini menjelaskan bahawa beliau hanya berkias ketika menyatakan kesediaannya untuk memotong telinganya jika BN tewas di kawasan Bentong.


"Anda tahu kiasan? Dalam bahasa Inggeris kita ada pengucapan kiasan. Kita ada perumpamaan, kita ada metafora, kita ada hiperbola...



"Jadi apabila saya kata 'potong telinga saya', itu bermakna (Pakatan) tidak akan menang. Itu menunjukkan tahap keyakinan.



"Ia bukannya jika kami (tewas) mereka (Pakatan) boleh ambil pisau dan potong telinga saya secara harfiah.



"Bukan, ini adalah pengucapan kiasan – bahasa perumpamaan supaya orang-orang ini belajar bahasa Inggeris," katanya kepada pemberita di hari terakhir Perhimpunan Agung Umno ke-66 hari ini.



Dalam kenyataan semalam, Adnan menyatakan keyakinannya bahawa loji Lynas merupakan isu di Kuantan sahaja dan tidak akan menjejaskan peluang BN di Pahang dalam pilihan raya umum akan datang.



Beliau memberi contoh kawasannya di Bentong yang menurutnya tidak boleh dimenangi DAP.



"... DAP tidak boleh menang di Bentong. Tidak boleh menang. Jika DAP menang di Bentong, anda potong teliga saya, saya terjun Sungai Pahang. (DAP) tidak boleh menang," katanya semalam.



Adnan adalah ADUN Pelangai - satu lagi kerusi DUN dalam Parlimen Bentong.


Sumber asal : Malaysiakini/-

Ulasan Cina Islam :

Sebelum ini saya dengar dan hadapi beberapa cerita pemimpin dan pengikut UMNO yang buat macam-macam kenyataan yang tidak masuk akal. Antaranya

1. Semasa Pemerintahan PAS di kelantan zaman Datuk Asri, ada seorang penyokong kuat UMNO buat kenyataan mengatakan kalau jambatan Sultan Ismail Kota baharu siap dibina oleh kerajaan PAS kelantan dia akan telanjang, tidak berapa lama sesudah itu jambatan itu menjadi realiti dan ternyata dia tidak sanggup telanjang sampai sekarang.

2. Semasa PRU ke 12 di DUN serong, ada seorang Ketua Kampung UMNO dengan tegas mengatakan kepada anak-anak muda yang menyokong PAS bahawa PAS tidak akan menang, kalau menang PAS dia akan telanjang.Tenyata dia tidak telanjang sampai sekarang dan masih dalam ketakutan kalau diberkas anak muda untuk ditelanjangkan.

3. Bila terbaca Datuk Nan beri kenyataan potong telinga dan terjun Sungai Pahang saya tabik sebab dengan berani dia katakan sesuatu yang dia yakin dengan BN Pahang walau realitinya nampak sebaliknya bagi PRU ke 13. Dia;ah bagi saya seorang pemimpin UMNO yang paling berani sebagai menyahut seruan Persiden untuk pertahan kuasa BN yang sedang berada dihujung tanduk. 

Sayangnya hari ini lain pula jadinya dah kata kiasan pul,  malas rasaya nak komen, lalu saya serahkan kepada pembaca menilainya sediri. Yang jelas saya nampak dia sudah takut telingnya hilang dan tak sanggup terjun sungai pahang  ?

Kalau tak tarik kenyataan hari ini maka hairanlah semua ikan patin sebab bekas menteri besar pahang selepas pru ke 13 berenang sekali dengan dia dalam sungai pahang.

Tiada ulasan: