11 Safar 1433H. [MOD] -
Oleh: Jarjani Usman
“Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah orang yang paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku” (Abu Bakar r.a.).
Sesuatu yang menantang kadangkala terlalu cepat dianggap sebagai musuh. Padahal kalau direnungi, yang menantanglah yang seringkali berkontribusi besar dalam mendukung keberhasilan kita dalam menjalani hidup ini. Sebut saja kritik sebagai salah satunya.
Disadari atau tidak, suatu kritikan bisa menambah kematangan kita dalam berpikir dan bertindak. Kritikan seringkali menggugah kesadaran. Kritikan juga membuat kita berpikir lebih banyak dari biasanya.
Tak heran bila ada sejumlah pemimpin Islam di masa lampau yang sangat membuka diri untuk menerima kritikan. Abu Bakar ra. kiranya termasuk salah seorang pemimpin Islam yang bertipe demikian. Dikisahkan bahwa di masanya, ia pernah dikritik oleh seorang rakyat biasa, sampai-sampai membuat beliau menangis tatkala mendengarnya.
Mendapati kritikan, Abu Bakar tidak marah. Tidak juga latah mencari cara untuk menghadang kritikan. Beliau tetap menjadikannya sebagai masukan penting bagi perbaikan diri dan kepemerintahannya. Demikianlah yang dilakukan oleh Sayyidina Abu Bakar ketika ia menjadi pemimpin atau khalifah. Beliau memberi peluang sebesar-besarnya untuk dikritik. Meskipun telah berbuat yang terbaik untuk kebaikan umat, sebagai manusia biasa beliau masih merasa ada kemungkinan kurangnya.
Serambi/-
2 ulasan:
Khalifah Abu Bakar r.a. sendiri bersedia menerima kritikan, inikan pula tok najib. Semua yang dikritik masih terus dipertahankan konon hanya UMNO/BN menepati janji pada rakyat jelata.
Najib dan kepalanya tok det memang berhajat sangat rakyat terus jadi melayu bodoh dan pak turut sampai ke mampuh. Membaca artikal tok det antara bekas ketua kerajaan no 2 memiliki kekayaan berbillion, terkenangkan nasib anak yatim dijalanan.
Kami tak kesah dia nak kaya sampai ke mampuh. Yang kami marah kenapa masih dibiarkan kanak2 melayu khususnya berkeliaran di kedai minyak, di restoran mamak, di pusat membeli belah hanya untuk menjual keperluan bagi menampung sekolah memeberi makan pakai pada kanak2 yang tidak berdaya.
Semua jari menunjuk pada sekolah, pada ibu atau bapa yang membenarkan kerana hilang tempat bergantung. Kesalahan paling utama adalah pada Perdana Menteri Melayu itu sendiri.
Terima kasih kita pada kanak2 yang berkeliaran, malaikat tak pernah lupa mencatatkan perjalanan anak-anak yatim berkenaan.
Sampai masanya UMNO roboh dek alpa.Kalau DULU ada datuk nenek yang bersedia membela mereka. Dek jahilnya UMNO dalam ugama,KINI mereka dibiarkan sengsara mengutip derma. Takkan SELAMANYA nasib mereka tak dibela. Sudah sampainya masanya rayuan suara mereka di angkat bagi menjatuhkan PM yang khianat.
Doa itu senjata mukmin tambahan pula doa rakyat yang dizalimi.
Dengarlah kritikan musuh kerana mereka nampak keburukan kita, supaya dengan itu kita boleh membetulkan kesilapan itu. Dengarlah kritikan kawan kerana kawan yang jujur tidak mahu melihat kita terus bersalah. Percayalah kalau kritikan itu dapat diambil secara positif kebaikannya adalah kepada kita dan umat Islam.
Catat Ulasan