04 Mei 2013

12 Tawaran Idham Lim untuk Kuala Kangsar.


23 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Berikut ini merupakan 12 tawaran Calon P067 Kuala Kangsar, Drs. Khalil Idham Lim yang diumumkan oleh  beliau sepanjang kempen PRU ke 13 yang sedang berlangsung. Tawaran ini hanya dapat dilaksanakan dengan mandat dan kuasa yang diberikan kepada Pakatan Rakyat untuk menjadi Kerajaan Pusat dan mengambil balik kuasa Kerajaan Negeri Perak.


1.Mengusahakan bas baru bagi laluan Kuala Kangsar ke simpang tiga bagi menggantikan bas wai tong yang terlalu uzur.


2. Mencari jawapan sebenar kenapakah jambatan Manong ke Seberang Manong masih tidak dimulakan pembinaannya selepas 20 tahun dijanjikan


3. Mengusahakan sebuah gelangang futsal di sekitar Kampung Talang


4. Menjadikan perusahaan labu Sayong lebih maju kehadapan dan mampu  bersaing dan dipasarkan kepasaran lebih luas


5. Memastikan penempatan Kampung Tersusun Senggang dan Kampung Baru Jerlun dianugerahkan geran kekal oleh Kerajaan Negeri Perak


6. Melakukan langkah dan program yang sesuai bagi membantu dan membela nasib ibu-ibu tunggal dalam Parlimen Kuala Kangsar


7..Mengusahakan sistem perparitan yang lebih baik dan terancang bagi penduduk Kg Bendang Kering dan tempat lain .


8. Memajukan Dataran Sayong Lembah dengan pembinaan jambatan laluan pejalan kaki yang menghubungkan dengan    Lembah Kuala/Bandar Kuala Kangsar


9.  Menyelesaikan secara berperingkat masalah setinggan dan penempatan orang miskin pelbagai kaum di dalam Parlimen Kuala Kangsar


10. Membaiki dan membaik pulih tadahan air bersih bagi penduduk rambai tujuh yang musnah akibat pembalakan


11. Mengusahakan pelebaran jambatan yang sempit laluan Kuala Kangsar ke Manong dan ke Senggang yang sempit dan bahaya kepada pengguna


12. Memajukan kawasan kolam air panas Kampung Ara Panjang manong sebagai pusat pelancongan yang  boleh menarik kehadiran pengunjung dalam dan luar daerah

3 ulasan:

hanimasra berkata...

suatu tawaran menarik..sokong idham lim

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah mudahkan ya Allah perjalan pakatan rakyat ke putra jaya.tawaran no wahid tu tuan amat patut.15 tahun dun manong x nampak keperluan rakyat.Ya Allah bantulah INILAH MASANYA.ALLAHUAKBAR, ALLAHUMMA BIHAQQI YASEEN:LAHAUWALAQUWATAILLA BILLAH.

Tanpa Nama berkata...

salam, apa cadangan saudar auntuk Islam dan membasmi ajaran sesat seperti tareqat syeikh nazim al haqqani yang difatwakan sesat oleh JAKIM tapi mendapat sambutan oleh warga Kuala Kangsar. Apakah langkah yang telah di ambil dan bakal diambil oleh PAS bagi membendung fahaman syiah yang mekin berkembang di dalam PAS dan PKR?