20 Mei 2013

Adam Adli direman 5 hari

10 Rejab 1434 H. [MOD] -


Kuala Lumpur: Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abd Halim, yang ditahan mengikut Seksyen 4(1)(C) Akta Hasutan 1948, kelmarin, direman semalam hingga Khamis ini. 

Peguam Adam Adli, Latheefa Koya, berkata polis memohon reman tujuh hari daripada Majistret Kuala Lumpur, namun dikurangkan kepada lima hari selepas bantahan dikemukakan. 


Pihaknya terkejut dimaklumkan penahanan Adam Adli mengikut Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 124B Kanun Keseksaan kerana memudaratkan negara yang boleh dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan. 


Beliau percaya ia kes pertama disiasat mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan di bawah Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012. 

Saya dimaklumkan sehingga petang ini (semalam), tiada keterangan diambil daripada Adam Adli dan ia menimbulkan persoalan kerana tujuan penahanan adalah bagi tujuan penyiasatan. Pasukan peguam yang mewakili Adam Adli akan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi berhubung tindakan penahanan terbabit, katanya di Balai Polis Jinjang, di sini, semalam.

Tiada ulasan: