16 Rejab 1434 H. [MOD] -
YANGON 25 Mei - Pihak berkuasa Myanmar hari ini memperkenalkan
peraturan baharu yang menetapkan keluarga etnik Rohingya Islam hanya
boleh memiliki dua orang anak.
Peraturan baharu itu diperkenalkan kononnya sebagai usaha
mengurangkan ketegangan dengan etnik Buddha selepas tercetusnya
keganasan berdarah antara kedua-dua kaum tersebut.
Seorang pegawai tempatan berkata, peraturan itu akan dikuatkuasakan
di dua kawasan yang bersempadan dengan Bangladesh yang mempunyai
penduduk Islam paling ramai di Rakhine.
Menurut jurucakap negara, Win Myaing, peraturan itu digubal seminggu
lalu selepas seorang pesuruhjaya yang dilantik kerajaan mencadangkan
program tersebut bagi membantu mengurangkan ketegangan di wilayah
bergolak itu.
Keganasan etnik tercetus di Rakhine, Myanmar tahun lalu di antara penganut Buddha dan Rohingya Islam.
Perusuh Buddha yang bersenjatakan parang, turut memusnahkan
beribu-ribu rumah penduduk Islam menyebabkan beratus-ratus orang maut
dan kira-kira 125,000 lagi melarikan diri, kebanyakannya penganut Islam.
- AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan