07 Mei 2013

Tersembam dihempap balak reput


26 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Hasrat seorang warga Indonesia mencari rezeki menyara anak dan isterinya di Jawa Tengah, terbantut apabila ditimpa balak reput di Hutan Kampung Gawi, Hulu Terengganu.
Masrur Nasmin, 26, berkata dalam kejadian jam 10 pagi Jumaat lau, dia bersama dua rakan keluar bekerja di hutan menebang pokok balak.

Menurutnya, sebaik selesai menebang beberapa pokok balak, dia berehat dan berjalan untuk melihat keadaan sekeliling hutan berkenaan.

“Saya terdengar bunyi kayu patah di atas pokok balak dan terkejut melihat sebatang dahan reput sebesar paha setinggi 20 meter menjunam ke bawah.
metro/-

Tiada ulasan: