16 Jun 2013

15 Adun Pakatan Rakyat Terengganu angkat sumpah

7 Syaaban 1434 H. [MOD] -
KUALA TERENGANU:Seramai 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu iaitu 14 dari PAS dan 1 dari PKR secara rasmi mengangkat sumpah jawatan bagi mesyuarat pertama penggal ke-13 di Dewan Wisma Darul Iman hari ini.

Adun PAS yang pertama mengangkat sumpah ialah Mohd Abdul Wahid Endut (Wakaf Mempelam) diikuti Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Rhu Rendang), Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Batu Buruk), Satiful Bahari Mamat (Paka), Alias Razak (Bukit Tunggal).

Diikuti pula Adun PKR Azan Ismail (Bandar), Adun PAS, Mohd Nor Hamzah (Bukit Payung), Datuk Tengku Hassan Tengku Omar (Ladang), Ariffin Deraman (Alor Limbat), Hanafiah Mat (Cukai), Ridzuan Hashim (Teluk Pasu), Hishamuddin Abd Karim (Tepoh),  Wan Hapandi Wan Nik (Sura), Hilmi Harun (Manir).

Terakhir mengangkat sumpah ialah Alias Harun (Rantau Abang).

Majlis bermula jam 9.30 pagi dengan bacaan panggilan notis panggilan mesyuarat .

Seterusnya majlis diteruskan dengan angkat sumpah Yang Dipertua Dewan iaitu Mohd Zubir Embong.

Seramai 32 Adun mengangkat sumpah hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke13 (PRU13) pada 5 Mei lalu BN berjaya membentuk kerajaan dengan kemenangan 17 kerusi Dun manakala 15 kerusi dimenangi Pakatan Rakyat.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: