03 Jun 2013

Suami isteri maut dengan kesan cedera di leher

24  Rejab 1434 H. [MOD] -

  • Seorang suami ditemui mati dipercayai dibunuh manakala isterinya meninggal dunia di Hospital Manjung selepas ditemui dengan kesan kecederaan teruk di luar rumah mereka di Kampung Ayer Tawar, dekat Seri Manjung, kira-kira 80km dari Ipoh, semalam.

    Mayat K Ashahkumar, 36, ditemui dalam keadaan terbaring di ruang tamu rumah berkenaan dengan kesan kecederaan di bahagian leher manakala isterinya V Panumathy, 38, yang mengalami kecederaan sama ditemui terlantar di bahagian luar rumah.

    Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahalan ketika dihubungi berkata kejadian itu disedari oleh jiran mereka pada pukul 1 pagi sebelum melaporkan kepada polis.

    Beliau berkata si suami temui mati di tempat kejadian akibat pendarahan teruk manakala si isteri meninggal dunia di hospital.

    Beliau berkata motif kejadian masih dalam siasatan dan tidak menolak kemungkinan berlaku pergaduhan antara pasangan itu atau melibatkan jenayah samun.

    -Bernama

Tiada ulasan: