12 Julai 2013

Persada teruskan program rai anak yatim, ibu tunggal


3 Ramadhan 1434 H. [MOD] -



KUALA LUMPUR: Majlis berbuka puasa Amal anjuran Persatuan Anak Kelantan Darul Naim Selangor dan Kuala Lumpur (PERSADA) merupakan program tahunan yang diadakan setiap kali tibanya bulan Ramadhan.  




Tahun ini merupakan tahun kelima berturutturut program seumpama ini diadakan dengan mendapat kerjasama penuh tokoh-tokoh koperat dan para penderma yang budiman.



Seramai 30 orang anak yatim dan 15 orang ibu tunggal terdiri dari warga Kelantan yang menetap di sekitar Lembah Kelang bakal diraikan didalam program Iftar Amal Persada tahun ini di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 27 Julai  ini.



Dalam pada itu, Persada mempelawa semua yang berminat untuk bersama-sama memeriahkan majlis dapat mendaftar awal bagi mengelakkan kesulitan disaat akhir.


(Persada meraikan anak yatim dan ibu tunggal ketika Ramadan tahun lalu)

Menurut Presiden Persada, Ali Hanafiah Mohammad  program ini bertujuan bagi menggembirakan anak-anak yatim agar mereka juga berasa gembira seperti mana kanak-kanak biasa yang mempunyai ibu bapa, lebih-lebih lagi menjelang hari raya.


Sebelum ini, anak-anak yatim dan armalah seperti ini diraikan dalam majlis berbuka puasa di Hotel Vistana, Kuala Lumpur selain itu turut disumbangkan  “duit raya “ untuk perbelanjaan membeli keperluan hari raya. 



Katanya, sumbangan bantuan persekolahan dan keperluan harian turut diagihkan kepada anak-anak yatim begitu juga sedikit sumbangan diberikan kepada armalah  bagi meringankan beban mereka menyambut kedatangan Aidilfitri nanti.



“Melalui pendekatan seperti ini, masyarakat terutamanya anak Kelantan di Lembah Kelang dapat mengenali Persada dengan lebih dekat dan bersama-sama kita melakukan amal jariah. Di samping itu juga kita mahu dikenali sebagai persatuan yang mengutamakan kebajikan dan kemasyarakatan sebagai agenda utama kita.” ujarnya lagi.



Justeru, Persada memohon para dermawan untuk sama-sama menyumbang kepada mereka yang memerlukan dan boleh menghubungi wakil Persada iaitu Zainuha (Bendahari) 0123619259,  Razali (017-6242252) dan penyelaras Program Alex (019-6001728).


harakah/-

Tiada ulasan: