03 Julai 2013

'Saya tidak akan berundur': Presiden Mesir

24 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KAHERAH: Presiden Mesir, Mohamed Morsi berkata beliau berhasrat untuk meneruskan tugasnya sebagai pemimpin negara itu kerana sudah dipilih menerusi pilihan raya yang adil lebih setahun lalu walaupun terdapat bantahan besar-besaran supaya beliau meletak jawatan. 


“Rakyat sudah memilih saya dalam pilihan raya yang bebas dan adil,” kata Morsi dalam ucapan yang disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan. 


Morsi berkata, menghormati perlembagaan adalah satu-satunya jaminan untuk menentang pertumpahan darah dari terus berlaku. 



Beliau berkata demikian selepas pihak tentera memberi beliau tempoh selama 48 jam bermula semalam untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden berikutan bantahan besar-besaran oleh rakyat negara itu terhadap pemerintahan beliau.- AFP

Tiada ulasan: