28 July 2013

SPRM siasat satu lagi kes mirip NFC?

NONE
19 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
Malaysiakini/-

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat anak syarikat sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam kes yang mirip kepada skandal National Feedlot Corporation (NFC).
  • Kes ini melibatkan satu projek pembekal makanan yang tidak menjadi, sedangkan dana lebih RM30 juta telah dikeluarkan.

    Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed (kanan)
    mengesahkan perkara itu sedang disiasat tetapi enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya.

    Bagaimanapun, Abu Kassim tidak menafikan siasatan ini merupakan rentetan daripada satu kes yang menarik perhatian orang ramai sebelum ini.

    Difahamkan bahawa SPRM sedang menyiasat pihak pengurusan anak syarikat tersebut kerana disyaki telah menipu GLC tersebut dan pihak bank.

    Pada tahun 2011, laporan Ketua Audit Negara mendedahkan bahaw projek NFC yang diberikan dana RM250 juta untuk menyediakan bekalan daging lembu berakhir dengan masalah.

    Sejak tahun lepas, SPRM telah menyiasat dan mendakwa beberapa tokoh korporat terkemuka, termasuk bekas ketua pegawai eksekutif  Sime Darby, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid dan dua pengarah Koperasi Permodalan Felda Quality, Datuk Tan Han Kook dan bekas ketua pegawai  operasinya, Ching Siew Cheong.

No comments: