07 Mac 2014

Travelog Idham Lim (6)

5 Jamadil Awwal 1435. [MOD] - 

8.Kenangan dulu2...Kisah keluarga bukan Islam mengusahakan anak mereka yang memeluk Islam telah saya dengar sebelum dari saya memeluk Islam. Termasuklah kakak kandung orang pertama dalam keluarga yg masuk Islam pada tahun 1971. Memang keluarga mengusahakan secara serius untuk mengembalikan kakak kepada agama asal namun gagal kerana mendapat perlindungan rapi dari keluarga angkatnya.

Selain itu ada beberapa kes dalam keluarga lain yang berjaya menangkap dan mengembalikannya kepada agama asal. Antara tindakan yang dilakukan ialah dengan mengurung dalam bilik dan diberi minum air jampi yang saya tahu diambil dari sami buddha. Sehingga jadi semacam pendiam dan bodoh sekaligus lupa kepada Islam.

Begitulah jadinya kepada salah seorang dari keluarga saya yang berjaya dikembalikan kepada agama buddha selepas memeluk Islam selama sebulan. Kejadian itu berlaku ketika saya sudah Islam dan sedang belajar di Aceh Indonesia.

Semasa saya menziarahi keluarga itu mangsa diam dan tidak mahu bercakap semacam takut dan lari dari saya. Nampak muram dan tidak seperti yang saya kenali.

Pengalaman inilah yang menyebabkan keluarga angkat perlu menjaga keselamatan saudara baru sebaik mungkin dari diambil balik oleh keluarga asal. Paling bahaya untuk mengelak dia kembali murtad.

Dalam kes seorang pelajar perempuan cina disebuah sekolah menengah di pasir putih yang menjadi perhatian dan titik tolak seriusnya keluarga untuk kembalikan anaknya ke pangkuan keluarga sehingga dibicarakan di mahkamah.

Permasalahannya pelajar perempuan itu dibawah umur 18 tahun dimana mengikut perlembagaan negara hak agamanya ditentukan oleh keluarganya. Isu inilah yang memberi peluang kepada keluarga saudara baru itu menyaman pihak pengetua sekolah dan majlis agama Islam Kelantan yang mendaftar anaknya dibawah umur sebagai pemeluk Islam.

Ceritanya panjang sehingga dikaitkan dengan pemecatan Ketua Hakim Negara pada masa itu, Tun Salleh Abbas.

Cuma yang saya ingin sebutkan dengan soal penjagaan awal tadi dimana ketika kes masih dibicarakan di mahkamah akhirnya pelajar perempuan itu berjaya diambil kembali oleh keluarga asalnya.

Diawal tahun 1986 semasa baru memeluk Islam saya masih ingat bagaimana Sdr Ridwan Onn beberapa kali datang bertemu dengan ayah angkat Ust Abd Rahman membincangkan isu pelajar perempuan itu. Tidak silap pada masa itu Ridwan Onn dalam Pemuda Pas Malaysia memegang jawatan sebagai ketua CCC iaitu satu badan awal mengendalikan hubungan antara kaum dalam PAS..

Bersambung....

Tiada ulasan: