09 March 2014

Travelog Idham Lim (8)

7 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -

10. Kenangan dulu2...sekali ini sya suka untuk bercakap mengenai masuk Islam dan masuk Melayu ?

Firman Allah dalam Surah Al Hujurat ayat ke 13....

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki & seorang perempuan & menjadikan kamu berbangsa-bangsa & bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yg paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yg paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.


Ayat ini jelas menerangkan mengenai asal kejadian manusia yang berasal dari satu keturunan yakni Nabi Adam dan isteri Baginda Siti Hawa ...selepas itu manusia berkembang biak dengan berbagai bangsa dan suku didunia . Contohnya bangsa Cina memilik 56 suku yang memiliki iras muka yang berbeza dan memiliki bahasa dan cara hidup atau budaya yang berlainan.

Demikianlah Islam yang dapat menjawab segala permasalah dan kajian yang menjadi buntu dalam soal mencari jawapan dari mana asal kejadian manusia. Allahlah yang mencipta manusia dari satu keturunan selepas itu Allah jualah yang mencipta manusia dari berbagai bangsa dan suku.

Selepas itu Allah datangkan Rasul silih berganti sehingga kepada penutup segala Rasul yakni Nabi Muhammad s.a.w...sesungguhnya Allah tidak membiarkan kesempurnaan penciptan manusia sebagai sebaik-baik kejadian dari segi jasmani dan rohani manusia terumbang ambing tanpa satu petunjukyang jelas.

Jalan mana yang betul jalan mana yang salah ? Kerana itulah Allah datangkan Rasul sebagai pembimbing dan penunjuk jalan kepada manusia menuju jalan yang pastinya di redhai Allah Penciptanya...

Begitulah Rasul yang juga pasti tidak punya kemanpuan melainkan beliau juga dibekalkan dengan Mukjizat terbesar yakni Al Quran sebagai panduan dan dustur hayah.

Sesuatu yang pasti tidak bilah di ubah-ubah adalah bangsa dan asal keturunan kita. Inya bermula sejak kita dilahirkan sehingga kota mati kita pasti memiliki bangsanya senditi menurut siapa dan apakah bangsa bapanya.

Kerana itu saya sangat memahami bahawa saya tidak pernah berbaj bangsa menjadi bngsa lain selepas saya maauk Islam.

Sebenarnya ada masalah disana yang secara umumnya masih tidak 100 pratus difahami oleh semua orang adakah yang twlah Islam atau tidak. Sekelompok yang lain lebih aneh bila sengaja buat-buat tidak faham dengan memanupulasi bangsa serta diperjuangkan.

Maksud saya sangat jelas bila ada sekelompok orang Melayu yang berjuang atas bangsanya malah menubuh sebuah parti politik utk berjuang atas nama bangsanya. Disana mereka yang punya kepentingan mengaut untung besar bila dilantik menjadi pemimpin oleh bangsa Melayu yang mengharapkan bntuan. Akhirnya bila mereka yang sipih audah berada dipuncaknya bangsanya dan penyokong Melayu yang dipinggirkan.

Semuanya nampak gah dan hebat dengan berbagai slogan dan laungan sehingga keluar anak tekuk. Melayu juga akhirnya terpinggir dan merempat di buminya sendiri.

Sebenarnya Melayu sangat hebat dan saya sangat rasa bangga kerana disana Bangsa Melayu memiliki Islam yang sifatnya universal..atau rahmatan lil alamin sebagaimana tujuan diutuskan Rasulullah .

Artinya Islam merupakan agama yang membawa rahmat dan kesejahteraan bagi semua seluruh alam semesta, termasuk hewan, tumbuhan dan jin, apalagi sesama manusia, apa jua bangsa..Sesuai dengan firman Allah dalam Surat al-Anbiya ayat 107 yang bunyinya, “Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam”.

Bangga kerana bangsa kalau dia Cina tidak akan kemana dan kalau dia Melayu juga tidak akan kemana..

Sebenarnya kita kena bangga sebab kita dipih menjadi Islam . Apa lagi yang teepilih untuk berjuang atas nama Islam. Islamlah yang akan menyelamatkan kita dunia dan akhirat.

Bangsa yang kita miliki mana ada boleh selamatkan bangsa. Malah kita kekadang kalau berfikir waras sudah pasti boleh mwnjawab kitalah pengkhinat kepada bangsa sensiri. Kerana berapa banyak budaya dan ciri aali bangsa sendiri kita sudah lupakan. Bukankah itu pengkhinat namanya?. Kalau begitulah bagsa mana yang boleh selamat dan apalagi mahu menyelamatkan dia.

Sebab itu diawal saya masuk Islam saya tegaskan saya tidak masuk melayu tetapi saya hanya masuk Islam. Saya ada alasan tersendiri dan banyak yang hanyut dgn kefahaman macam boleh masuk nelayu...

Bersambung....

No comments: