09 March 2014

Kehilangan Pesawat MH370 Jadi Tajuk Utama Akhbar Luar Negara

7 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, menjadi tajuk utama sebahagian besar akhbar utama luar negara.
Akhbar di Australia, The Australian memaparkan tajuk 'Flight Families Pray for Miracle', sementara Sydney Morning Herald pula menggunakan 'Oil slicks Found at Sea in Search for Malaysia Jet' sebagai tajuk laporan muka depannya.
Muka depan akhbar USA Today pula memaparkan tajuk 'Stolen Passports Add to Flight Mystery'.
Akhbar yang diterbitkan setiap Ahad di Britain, The Observer dalam laporan muka depannya menggunakan tajuk 'Oil Slicks Spotted in Sea as Plane Disappears with 239 Feared Dead'.

Turut menjadikan insiden sebagai laporan muka depan ialah The New York Times dengan tajuk 'Passport Theft Adds to Mystery of Missing Jet Carrying 239', manakala laporan Washington Post pula bertajuk 'Passport Mystery Adds to Concern over Missing Jet'.
Laporan muka depan Beijing Bulletin pula menggunakan 'Passengers with Stolen Passport on Board Malaysian Airlines Flight' sebagai tajuk.
Tidak ketinggalan akhbar Chicago Tribune yang memaparkan laporan muka depan bertajuk 'Malaysian Airlines Says Fearing the Worst for Missing Jet'.
Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal dilapor hilang daripada radar pada pukul 1.30 pagi semalam, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Pesawat itu membawa penumpang dari 14 negara dengan lebih separuh merupakan warga China. - BERNAMA

No comments: