29 May 2014

10 cedera bom meletup di selatan Thailand

29 Rejab 1435. [MOD] -

Sebutir bom buatan sendiri meletup di tempat letak motosikal di Khokpo, selatan Thailand semalam, menyebabkan 10 orang cedera dan dua daripadanya parah.
    
Lebih 60 motosikal turut musnah dalam kebakaran akibat letupan itu.
   
Ketua Polis Daerah Khokpo, Pol. Col. Kampanat berkata bom yang diletakkan pada sebuah motosikal meletup ketika pasukan sukarelawan sedang membuat pemeriksaan di kawasan letak motosikal itu pada kira-kira 9.30 pagi.
    
Suspek yang dipercayai berada di kawasan berdekatan mengaktifkan bom dengan walkei talkie, katanya.
    
Katanya anggota bomba dan penyelamat mengambil masa 20 minit untuk memadamkan kebakaran itu.
    
Sementara itu, tiga orang awam ditembak di daerah Khokpo pada 6 petang tadi.
    
Seorang daripada mereka mati di hospital manakala dua lagi cedera.
    
- Bernama

No comments: