15 August 2014

4 exco PAS pertahan Kerajaan Selangor dari jatuh

19 Syawal 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kehadiran empat Exco Kerajaan Selangor daripada PAS ke mesyuarat mingguan exco bersama Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim semalam adalah untuk menyelamatkan kerajaan daripada jatuh.


Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, undang-undang tubuh negeri mengiktiraf kerajaan negeri sebagai masih wujud jika sekurang-kurangnya mempunyai empat orang exco.

"Pada kami, kami masih menganggap itu kerajaan Pakatan Rakyat.

"Sebab itu kehadiran empat orang exco PAS itu sebagai mewakili Pakatan Rakyat selepas daripada exco PKR dan DAP dipecat," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Lajnah Politik PAS di pejabat angung parti itu.

Beliau mengulas ketetapan PAS terhadap empat exco mereka agar terus menjalankan tugas seperti biasa di bawah pentadbiran Abdul Khalid walaupun menteri besar itu telah dipecat dari PKR.

Turut serta pada sidang media itu ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Menteri Besar Kelantan yang juga pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan Penolong Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bagaimanapun tidak hadir pada mesyuarat malam ini atas faktor kesihatan.

"Bagi kita kalau exco tak hadir, kerajaan akan jatuh. Kita pentingkan rakyat. Kalau kita tak datang kita tak boleh buat keputusan untuk kepentingan rakyat," katanya sambil menegaskan bahawa PAS konsisten untuk terus bersama Pakatan Rakyat.

Terdahulu mereka mengadakan mesyuarat hampir sejam setengah bermula jam 9 malam.
Mesyuarat lajnah politik malam ini adalah sebagai rangka awal kepada perbincangan mesyuarat PAS Pusat 17 Ogos ini.

Bukan sebab jantina

Mustafa berkata, mesyuarat  bagaimanapun tidak menyentuh langsung soal calon menteri besar.

Ditanya adakah penolakan PAS terhadap Datuk Seri Wan Azizah sebagai calon menteri besar atas faktor jantina, Mustafa menafikannya.

"Bukan sebab jantina. Kita dah maklum kepada PKR...kenapa kita tu... tapi  saya tak akan dedah," katanya.

Berhubung dua calon PAS yang menghadiri sidang media bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah dan menyatakan sokongan kepada beliau sebagai calon menteri besar, Mustafa berkata PAS akan menyiasat terlebih dahulu perkara tersebut sebelum membuat apa-apa keputusan. - HARAKAHDAILY

2 comments:

Anonymous said...

Hanya 4 orang saja sanggup bersengkukul dengan umno. Kenapa seluruhan PAS tak berani buat keputusan sekarang. Nak tunggul najib pulang dari luar negeri kah? Hadi lobi jawatan menteri, Nassarudin lobi timbalan, adun2 lain lobi jawatan exco kerajaan negeri bawah bn. Alamat berpecah lah PAS kalu ni

Anonymous said...

Pepatah Melayu KemelutMB

PAS/BN - Ditelan mati bapak dibuang tak dapat jawatan menteri
PAS/PR- kalau hendak seribu daya tak endak seribu delay.

tak payah lampu suluh...bukan kerana wanita atau isteri dsai atau kurang pengalaman atau prinsip menghormati pemimpin. MEMANG DAH RENCANA NYA BN. MAU APA LAGI ! JALAN DAH TAK PAYAH MESYUARAT LAGI. BESOK PAGI TINGGOK AKAUN BANK KITA, BERTAMBAH TAK?

Najib pun tak kuar kuar