22 September 2014

Azmin ganti Khalid sebagai MB Selangor

27 Zulkaedah 1435 . [MOD] -

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim, berkuatkuasa esok.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, memaklumkan perkara itu dalam surat pemberitahuan pelantikan kepada Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, hari ini.

Salinan surat berkenaan diedarkan kepada pihak media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang tadi.

Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta pengurniaan surat cara pelantikan menteri besar akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang jam 10.30 pagi esok. 

No comments: