05 Sya'aban 1438H [MOD] -
Muktamar Tahunan PAS kali Ke 63 yang telah berlangsung di Kompleks PAS Kota Sarang Semut Kedah dari 29 April hingga 1 Mei telah menyaksikan penegasan sikap Istiqamah yang tinggi dari seluruh peringkat kepimpinan dan seluruh ahli serta pendokong PAS untuk terus menerajui perubahan landskap politik negara dengan memacu perjuangan berpandukan kepada Al Quran dan Sunnah sebagai rujukan utama.
Muktamar Tahunan PAS kali Ke 63 yang telah berlangsung di Kompleks PAS Kota Sarang Semut Kedah dari 29 April hingga 1 Mei telah menyaksikan penegasan sikap Istiqamah yang tinggi dari seluruh peringkat kepimpinan dan seluruh ahli serta pendokong PAS untuk terus menerajui perubahan landskap politik negara dengan memacu perjuangan berpandukan kepada Al Quran dan Sunnah sebagai rujukan utama.
Muktamar yang dilangsungkan sebagai yang diibaratkan sebagai bahtera yang berada didalam lautan yang tenang setenangnnya sehinggakan semua penumpang bahtera PAS sedang menikmati tiupan angin ditambah dengan pemandangan yang indah menyejukkan mata memandang.
Walaupun belaku sedikit pertandingan dan semestinya ada yang tidah terpilih ianya cuma menjadi syarat dalam pertandingan ada yang kalah dan ada yang menang. Semuanya tetap istiqamah termasuk yang ditegaskan terlebih awal oleh YB Nasaruddin Tantawi yang tidak terpilih dalam senarai Naib Presiden. Malah perwakilan rata- rata melihat kekalahan itu sesuatu yang tidak perlu dibesar dan diperkatakan malah jauh sekali mengandai sesuatu yang bukan-bukan.
Andaian yang pelbagaui semuanya datang dari musuh yang tidak tidur lena dengan kelancaran dan keharmonian perjalanan muktamar sejak dari awal. Sehinggakan bila ribut yang melanda diisukan bagai gegak gempita guruh dilangit sedangkan muktamar terus belangsung sampai ke penghujungnnya. Lagi melucukan ada yang berkata PAS sudah sesat dalam perjuangan politiknya. Biarkanlah mereka berkata- kata kerana itulah sikap mereka yang sebenarnya. Kekecewaan yang berpanjangan entah bila kesudahannya
Seusainya muktamar semuanya dilihat sangat gembira apa lagi diiringkan doa penutup dan ucapan akhir dari Pengerusi Tetap yang mendoakan semua pimpinan dan pewakilan yang seluruhnya adalah pimpinan disemua peringkat yang diwakilinya agar semuanya selamat sampai ke destinasi masing-masing.
Alhamdulillah sewaktu saya menulis ini diandaikan sudah hampit semua yang berkampung di Kota Sarang Semut sudah sampai ke destimasi masing-masing. Cuma ada yang masih melepaskan lelah dek kerana memerah tenaga dan fikiran sepanjang bermuktamar.
Ayuh marilah kita memulakan kerja- kreja parti yang rasanya begitu banyak sekiranya secara jujur kita hitung . Bermula dari kerja yang tertangguh dab kerja yang akan mendatang.
Sinsingkan lengan baju dan seluar. Ayuh kita bergerak pantas dengan semangat dan suntikan muktamar. Ibaratkan minyak yang masih panas jangan biarkan ianya sempat sejuk. Marilah kita pastikan untuk memaksimumkan pengorbanan masa, tenaga dan harta benda demi kemenangan yang kita impikan dunia mahupun akhirat.
Kerana di sana kita bukan ditanya natijah kemenangan yang hanya dilihat oleh mata kasar sebagaimana mereka yang telah terjun dan keluar dari bahtera ini . Namun yang akan ditanya kelak dihadapan Rabbul Jalil ialah sejauh mana dan sebabyak mana kamu berkerja bersungguh-sungguh demi untuk memenangkan Islam yang kita perjuangkan.
Sesungguhnya masa tidak akan menunggu kita. Ingatlah kelalaian kita akan menjadi saham kepada kemenangan pihak musuh yang sentiasa mengintai dimana kelemahan kita.
Cina Islam
Kuala Kangsar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan