15 Jun 2021

UMMAH UCAP TAKZIAH KEPADA 15 JEMAAH MASJID YANG MENINGGAL DI KEDAH


Gerakan Pembela Ummah(UMMAH) mengucapkan Takziah kepada ahli keluarga 15 jemaah masjid di Taman Mahsuri, Jitra Kedah disahkan meninggal dunia akibat dijangkiti COVID-19 sebagaimana yang telah disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman.
UMMAH mendoakan kepada semua arwah supaya Allah SWT. menempatkan mereka ditempat yang terpuji disisi Nya. Semoga semua ahli keluarga yang meninggal dunia diberikan kesabaran atas kehilangan insan tersayang.
Sehubungan dengan itu UMMAH menyeru seluruh rakyat Malaysia terus berdoa kepada Allah SWT supaya wabak ini cepat berakhir dan mengharapkan semua Rakyat Malaysia terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh KKM.
IDHAM LIM
Setiausaha Agung,
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)

Tiada ulasan: