KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang, hari ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook Istana Negara sebentar tadi, sesi menghadap Seri Paduka berlangsung selama satu jam 30 minit.
Majlis yang bermula jam 11 pagi itu adalah bagi Perdana Menteri mempersembah senarai anggota Jemaah Kabinet baharu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan