ALOR SETAR: Kerajaan Kedah mengisytiharkan daerah Yan dan Kuala Muda sebagai Kawasan Bencana Tahap Satu berikutan banjir buruk yang melanda sejak semalam.
Berikutan status itu, ini bermakna pengurusan dan pengendalian banjir ditangani agensi peringkat daerah sama, tanpa bantuan luar atau dengan bantuan luar yang terhad.
Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata pengisytiharan itu dibuat berdasarkan Arahan Tetap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Nombor 20.
"Semua agensi kerajaan dan badan berkanun yang berkaitan dengan pengurusan operasi bencana kini sedang mengambil pelbagai langkah yang perlu, bagi memastikan musibah yang melanda dapat ditangani dengan berkesan.
"Pihak swasta dan juga badan-badan sukarela yang mahu membantu akan diberikan latihan yang mencukupi di bawah penyelarasan MKN," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Muhammad Sanusi, berkata pihaknya turut merakamkan rasa dukacita yang amat mendalam berikutan kejadian banjir kilat dan kepala air di kedua-dua daerah, khususnya sekitar kaki Gunung Jerai, petang semalam.

Katanya, kejadian itu meragut beberapa nyawa dan menjejaskan kehidupan penduduk kawasan itu.
"Saya bagi pihak pimpinan kerajaan negeri dan pegawai-pegawai tadbir mengucapkan takziah dan berkongsi rasa sedih yang amat mendalam dengan setiap keluarga yang kehilangan insan tersayang dalam kejadian itu.
"Kerajaan negeri akan berusaha dengan sebaik mungkin dan melakukan apa sahaja yang perlu untuk memulihkan keadaan dan kehidupan penduduk yang terjejas.
"Meskipun kita sedang bergelut dengan musibah, saya ingin mengingatkan orang ramai terutama mereka yang terbabit, petugas kerajaan dan juga sukarelawan yang turun membantu di lapangan, agar sentiasa menjaga diri kerana ancaman COVID-19," katanya. BH ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan