19 Ogos 2021

Ismail Sabri masuk menghadap Agong

 Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Ahli Parlimen Barisan Nasional melambai ke arah petugas media ketika tiba di perkarangan pintu dua Istana Negara. - NSTP/Aizuddin Saad

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Ahli Parlimen Barisan Nasional melambai ke arah petugas media ketika tiba di perkarangan pintu dua Istana Negara. - NSTP/Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bera yang juga calon Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, tiba di perkarangan pintu dua Istana Negara, bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO, tiba menaiki bas bersama Ahli Parlimen lain pada jam 1.15 tengah hari tadi.

Beliau dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menyatakan secara lisan mengenai sokongan terhadap calon Perdana Menteri.

Terdahulu, beberapa Ahli Parlimen daripada UMNO dan BERSATU yang dibahagi kepada beberapa kumpulan dilihat masuk dan keluar dari pintu dua Istana Negara selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong. BH/-

Tiada ulasan: