KUALA LUMPUR: Rakyat dibenarkan ke luar negara tanpa perlu memohon MyTravelPass selepas program vaksinasi negara melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mencapai kadar 90 peratus.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kelonggaran itu dijangka akan diberikan kepada rakyat Malaysia tidak lama lagi.
"Bila 90 peratus program vaksinasi tercapai untuk penduduk dewasa lengkap vaksin, kita akan membenarkan rakyat kita ke luar negara tanpa memohon MyTravelPass.
"Maknanya MyTravelPass tidak akan digunakan apabila program vaksinasi mencapai 90 peratus secara keseluruhan. Mungkin tidak lama lagi," katanya pada wawancara khas yang disiarkan secara langsung malam tadi.
bharian/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan