SINGAPURA: Mahkamah Tinggi Singapura hari ini menangguh hukuman ke atas rakyat Malaysia yang sepatutnya digantung Rabu ini kerana disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah.
Peguam kepada pesalah, M Ravi menulis di facebook, hukuman ke atas Nagaenthran K Dharmalingam, 33, ditangguh.
"Mahkamah Tinggi baru saja menangguhkan hukuman gantung sementara menunggu rayuan ke Mahkamah Rayuan," katanya.
Semakan perlembagaan itu didengar menerusi zoom hari ini, dua hari sebelum hukuman.
Nagaenthran ditahan pada 2009 kerana membawa masuk 42.7 gram heroin ke Singapura. – BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan