16 Januari 2022

Pakai pelitup muka jadikan wajah nampak lebih menarik ?

 

KAJIAN mendakwa individu memakai pelitup muka dianggap lebih menarik. - AFP

LONDON: Satu kajian baharu mendapati pemakaian pelitup muka mampu menjadikan wajah seseorang individu kelihatan lebih menarik.

Lapor Daily Mail, kajian itu mendakwa individu yang mengenakan pelitup muka dianggap lebih menarik berbanding golongan tidak menutup muka mereka.

Pemakaian pelitup muka kini menjadi kebiasaan di seluruh dunia bagi mengelak jangkitan Covid-19.    

Ads by Kiosked

Pasukan penyelidik dari Universiti Cardiff mendakwa pelitup muka mampu menjadikan golongan lelaki mahupun wanita kelihatan lebih menarik di mata seseorang.

Kajian yang bermula pada Februari tahun lalu, meminta 43 wanita menilai gambar lelaki berdasarkan daya tarikan mereka.

Wanita berkenaan ditunjukkan gambar lelaki mengenakan dua jenis pelitup muka, dengan sebahagian muka ditutup dan tidak menutup langsung.

Dilaporkan, pelitup muka jenis perubatan dan pelitup muka kain biasa digunakan dalam kajian tersebut.

Para wanita berpandangan lelaki yang memakai pelitup muka perubatan adalah paling menarik.

Sementara itu, Dr. Micheal Lewis dari Universiti Cardiff berkata, kajian dilakukan itu membuktikan keutamaan individu berubah mengikut peredaran masa.

Ads by Kiosked

Kajian itu diterbitkan dalam jurnal Cognitive Research. – AGENSI    

Tiada ulasan: