
09 Ogos 2008
Mahkamah Tinggi Ipoh Tolak Petisyen Untuk Batal Keputusan Tiga Kerusi Dun Perak

Sukan Olimpik : Beijing sudah bersiap sedia
Pusat Media Antarabangsa Beijing (BIMC) telah mengadakan sidang akhbar . Dalam sidang akhbar itu, pegawai-pegawai dari jabatan berkenaan telah menjelaskan kepada orang awam tentang persiapan Sukan Olimpik Beijing dari aspek lalu lintas, keselamatan makanan dan perkhidmatan pelancongan. Mereka menyatakan bahawa Beijing sudah bersiap sedia untuk memastikan Sukan Olimpik dilaksanakan dengan jayanya.Naib Ketua Pengarah Jawatankuasa Pengangkutan Beijing, Encik Zhou Zhengyu menyatakan bahawa sejak 20 Julai lalu, kerajaan Beijing telah mengambil beberapa langkah untuk menjamin kelancaran lalu lintas, seperti mengatur kenderaan supaya bergerak mengikut giliran berasaskan nombor pendaftaran kereta, sama ada ganjil atau genap, menjadualkan semula waktu kerja serta membuka 3 laluan kereta api yang baru, dan 34 laluan bas khas untuk Sukan Olimpik. Kata beliau, "Sejak langkah kawalan lalu lintas dilaksanakan, keadaan keseluruhan operasi lalu lintas di Beijing amat memuaskan. Dengan itu, kelancaran lalu lintas semasa berlangsungnya Sukan Olimpik pasti akan terjamin."
Kematian
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami, dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar (QS. Al-`Araf: 179). Ketika ajal tiba, barulah seseorang manusia menyadari dengan sesungguhnya tentang perjalanan hidup yang telah dilaluinya. Saat itulah manusia terkenang tentang alangkah bahagianya kalau sempat melalui kehidupan seperti kehidupan seekor lebah.
MBI Akan Promosikan Bangunan Bersejarah Dan Warisan Bijih Timah Untuk Tarikan Pelancong
IPOH, 7 Ogos (Bernama) -- Aset pelancongan menarik yang dimiliki bandar raya Ipoh seperti Taman Warisan Gunung Lang, warisan bijih timah, gua-gua batu kapur serta bangunan-bangunan bersejarah mampu menarik kehadiran ramai pelancong sekiranya ia dipromosikan dengan baik, kata Datuk Bandar Ipoh Roshidi Hashim.
Pusat Seni Setempat merupakan aktiviti penting untuk mendekatkan masyarkat umum khususnya di kawasan bandar dengan kegiatan seni dan budaya yang diadakan pada minggu pertama dan minggu ketiga setiap bulan bermula pada 11 Mei lalu.08 Ogos 2008
JKKKP Dilarang Guna Kemudahan Awam Di Kampung-Kampung Di Perak
IPOH, 7 Ogos :- Kerajaan Perak melarang Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) daripada mengguna kemudahan awam di kampung-kampung dan menjadikannya sebagai milik mutlak mereka.Raja Muda Perak terima mengadap delegasi Pemuda PAS
KUALA LUMPUR , 7 oGOS :- Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi PAS yang diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub di Istana Perak, Bukit Persekutuan dekat sini, Khamis. Dalam pertemuan hampir sejam itu, baginda dan delegasi PAS membincangkan beberapa perkara berkaitan negara termasuk peranan Majlis Raja-raja serta isu berkaitan negara dan rakyat.
"Perbincangan adalah berkisar kepada bagaimana seharusnya peranan yang dimainkan oleh Majlis Raja-raja dan institusi di negara ini ke arah kebaikan semua rakyat.
"Tuanku amat gembira dengan kehadiran dan perbincangan yang diadakan hari ini. Dan kami mengharapkan agar pertemuan seperti ini akan diadakan pada masa akan datang," kata Salahuddin kepada Bernama selepas pertemuan itu.
Salahuddin hadir bersama lima anggota Dewan Pemuda PAS terdiri daripada Setiausaha Ahmad Sabri Yusof, Penolong Setiausaha 1 Musaddak Ahmad, Bendahari Zaki Ibrahim, Ketua Penerangan Suhaizan Kayat dan Ketua Dewan Pemuda PAS Perak Norazli Musa.
Hadir sama Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Mohd Annuar Zaini.

CERAMAH DI PARIT BUNTAR
OLEH

YB TUAN HAJI MAHFUZ OMAR
( KETUA PENERANGAN PAS PUSAT )
TARIKH :
11 OGOS 2008 ( ISNIN )
MASA :
9.30 MALAM
TEMPAT :
DEWAN TUAN GURU HAJI AHMAD TUAN HUSIN,
TITI SERONG.
SEMUA DIJEMPUT HADIR
Sidang media wartawan asing dengan Presiden China Hu Jintao
Seminggu sebelum upacara perasmian Sukan Olimpik Beijing diadakan, Presiden China, Hu Jintao telah mengadakan sidang media dengan wartawan media asing dari 25 buah negara di Beijing. Beliau telah menjawab soalan wartawan mengenai Sukan Olimpik Beijing dan pembangunan sosioekonomi China."Sukan Olimpik Beijing bukan kepunyaan rakyat China sahaja, malah kepunyaan rakyat seluruh dunia. Saya mewakili kerajaan dan rakyat China mengalu-alukan kawan-kawan dari seluruh dunia ke Beijing untuk beraksi dan menonton pertandingan Sukan Olimpik, juga wartawan dari pelbagai negara yang akan membuat liputan acara Sukan Olimpik Beijing."
"Kami menganggap bahawa mempolitikkan Sukan Olimpik bukan sahaja tidak berfaedah bagi menyelesaikan masalah, malah mengetepikan semangat Olimpik, dan hasrat rakyat sedunia. Akhirnya hal ini juga akan merosakkan pembangunan Sukan Olimpik.
Gambar menarik hari ini
Gambar ini saya ambil dari blog Isteri YAB.Menteri Besar Perak , Y.A.B Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin. Semuga doa Menteri besar Perak dan seluruh Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan dikabulkan oleh Allah SWT.
Berikut adalah blognya :
http://datinserifatimah.blogspot.com/
Anwar mengaku tidak bersalah, bebas dengan jaminan bon
KUALA LUMPUR, 7 Ogos :-Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini, mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.Hakim SM Komathy kemudiannya membenarkan Anwar diikatjamin diri tanpa penjamin.
Katanya, Anwar juga tidak perlu menyerahkan pasportnya kerana yakin mantan timbalan perdana menteri itu tidak akan melarikan diri.
Blog Baru Timbalan Presiden PAS: http://nasharudin.com
Pagi ini saya hadir lebih awal ke KLCC untuk meneruskan Persidangan Parlimen Komenwel kali ke 54 untuk hari yang 7. Tinggal 3 hari lagi untuk balik ke perak.Beliau menjadi pembentang ke 5 dalam kumpulan kerja A bertajuk : "Democracy and global peace - an international order."
http://nasharudin.com/
Kebetulan komputer saya sudah siap dibuka dan disambungkan dengan celcom broadband yang dilanggan sejak sebulan lepas, saya cuba untuk membukanya dan mendapati ianya menarik dari blog sebelumnya.
Namun beliau memohon maaf kepada semua kerana kekerapan kemaskini pada masa sekarang tidak begitu aktif .
Tetapi beliau mengalu-alukan pengunjung untuk cuba berkujung ke website tersebut. Saya juga meminta izin dari beliau untuk menulis berita mengenai website barunya dalam blog cina-islam.
Saya memuji Naib Presiden, Ust. Ahmad Awang yang seingat saya hampir setiap minggu menulis dalam blognya : http://usahmadawang.blogspot.com/
Persiapan Muktamar PAS Ke 54 di Ipoh berjalan lancar.
Muktamar PAS kali ke 54 kali ini akan bermula dengan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS pada 13 Ogos jam 9 malam di Stadium Indramulia. Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa akan menyempurnakan majlis perasmiannya. 07 Ogos 2008
Harapan di Muktamar PAS ke-54
Muktamar PAS Ke-54 yang bakal berlangsung di Perak Darul-Ridzwan dari 13 hingga 17 Ogos ini sudah tentu mempunyai makna penting atas beberapa sebab.Pertama, rakyat ingin melihat pernyataan komitmen PAS untuk turut memperkukuh Pakatan Rakyat. Justeru kerana Muktamar kali ini diadakan setelah Pakatan Rakyat, di mana PAS menjadi komponannya yang penting, menguasai lima negeri hasil keputusan PRU Ke-12 8 Mac lalu.
Pakatan Rakyat, yang berdepan dengan pelagai cabaran getir dari musuh politiknya itu sedang mengamil tempatnya yang kukuh di arena politik tanah air.
Bahkan sebelum itupun, Presiden PAS sendiri dalam satu kenyataannya baru-baru ini telah menyatakan ikrar untuk bersama-sama dalam Pakatan Rakyat dan akan turut memperkukuhnya.
Kehadirannya penting diiktiraf, kerana ia bukan sebuah parti pinggiran, atau parti yang tercungap-cungap menumpang hidup atas kudrat orang lain.
Dalam PRU Ke-12, PAS telah menampilkan jenteranya demikian tersusun dan kemas, kawalan keselamatannya yang cukup rapi dan berhikmah, solat hajat, doa munajat yang tidak putus-putusnya dari para Tuan Guru di setiap markas.
Jadi selepas menang ini, katanya, peranan pendukung PAS perlu diambil kira dan jangan sekali-kali mengenepikan peranan mereka selepas pilihan raya.
(Abdul Syukur Harun)
Majlis Pembukaan Sukan Olimpik Beijing siap diatur.
BEIJING, 6 Ogos :-Persiapan Majlis Pembukaan Sukan Olimpik Beijing siap diatur. Demikian diumumkan oleh pegawai Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing yang bertanggungjawab terhadap kerja majlis pembukaan, Encik Zhang Heping.Menurut beliau, majlis pembukaan itu akan berlangsung pada pukul 8.00 malam 8 Ogos di Sarang Burung, iaitu arena utama Sukan Olimpik.
Anwar sahkan bertanding di Permatang Pauh
Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh ditetapkan 26 Ogos ini dengan hari penamaan calon 16 Ogos. Pengumuman tarikh pilihan raya itu dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengadakan mesyuaratnya, di sini, tengah hari ini.
Permatang Pauh di Seberang Prai Tengah merupakan kawasan Parlimen yang amat menarik di Pulau Pinang kerana wakil rakyatnya beberapa kali bertukar sejak pilihan raya umum 1969.
Kerusi itu menjadi milik parti Perikatan pada pilihan raya umum 1969 setelah calonnya, Mohd Nor Bakar menewaskan wakil Pas, Musa Mohd Yatim dan pada 1974, Ariffin Md Daud, calon Barisan Nasional (BN) (yang menggantikan Perikatan), menewaskan Abu Bakar Murni dari Pekemas dan Baharuddin Ibrahim dari Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM).
Pada pilihan raya umum 1978, calon Pas, Zabidi Ali menewaskan Ariffin untuk mengambil alih kerusi itu, dan pada pilihan raya umum 1982, calon BN Datuk Seri Anwar Ibrahim merampas kembali kerusi itu daripada Zabidi dalam pertandingan yang turutu membabitkan Tan Ah Huat dari DAP.
Pada pilihan raya umum 1999, Anwar yang disingkirkan daripada Umno dan dikenakan hukuman penjara kerana tuduhan liwat dan rasuah tidak dibenarkan bertanding, dan kerusi itu dimenangi oleh isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menerusi parti baru, Parti Keadilan Nasional (PKR), yang kemudiannya menukar nama pada Ogos 2003 kepada PKR setelah bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM).
Wan Azizah, yang mempertahankan kerusi itu untuk tiga penggal, akhirnya melepaskan kerusi itu pada 31 Julai lalu bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding semula di situ.
Bagi penduduk Permatang Pauh, penat pilihan raya umum 2008 pada 8 Mac lalu belumpun reda, dan kini mereka berhadapan kembali dengan tanggungjawab untuk membuat pilihan sekali lagi.
Permatang Pauh yang juga satu daripada 13 kerusi Parlimen di Pulau Pinang, memang ’panas’ sejak kawasan itu diambil alih oleh PKR daripada BN pada 1999.
Majoriti pengundi kawasan ini terdiri daripada orang Melayu iaitu 68.5 peratus atau 40,039 daripada 58,449 pengundi kawasan itu, diikuti kaum Cina (14,489) atau 24.79 peratus dan India 3,581 (6.3 peratus) serta lain-lain 240 (0.41 peratus).
Kerusi Parlimen Permatang pauh meliputi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.
Kerusi DUN Seberang Jaya, yang diwakili oleh Datuk Arif Shah Omar Shah daripada BN, mempunyai 22,678 pengundi iaitu Melayu 14,163 orang (62.36 peratus), Cina 5,436 (23.97 peratus), India 2,978 (13.13 peratus) dan lain-lain 122 (0.54 peratus).
Kerusi DUN Permatang Pasir yang diwakili Hamdan Abd Rahman dari PAS mempunyai 20,350 pengundi iaitu Melayu 14,715 orang (72.31 peratus), Cina 5,278 (25.94 peratus), India 328 (1.61 peratus) dan lain-lain 29 (0.14 peratus).
Kerusi DUN Penanti, yang diwakili oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin dari PKR mempunyai 15,421 pengundi iaitu Melayu 11,181 orang (72.51 peratus), Cina 3,776 (24.49 peratus), India 375 (2.43 peratus) dan lain-lain 89 (0.57 peratus).
Pada pilihan raya umum lalu, Wan Azizah mengalahkan calon BN Datuk Pirdaus Ismail dalam pertandingan satu lawan satu dengan majoriti 13,388 undi.
Sementara itu Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan tetap akan bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, 26 Ogos ini meskipun tuduhan dakwaan liwat di mahkamah, esok.
Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, petang ini, Penasihat PKR itu juga menyifatkan tuduhan itu sebagai tindakan kejam dan konspirasi terancang kerajaan terhadapnya.
Beliau turut mempertikaikan tarikh mengundi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi tadi, sebagai 'unik' kerana menyukarkan pengundi keluar mengundi pada hari bekerja.


