14 April 2009

Kes Demo di Kuala Kangsar di sebut pagi ini

Peserta Perhimpunan di Kuala Kangsar yang di tangkap pada 6 Februari 2009 yang lepas disebut kesnya di Mahkamah Kuala Kangsar pagi ini.

Mereka yang ditangkap itu terlibat dalam perhimpunan di sekitar Mesjid Ubudiah Kuala Kangsar pada hari berlakunya angkat sumpah Menteri Besar rampasan kuasa.Perhimpunan yang tidak dirancang oleh mana-mana pihak itu telah menarik ribuan pengunjung bersembahyang Jumaat di Mesjid sebelum gerombolan mereka cuba bergerak ke Istana namun dihalang dengan tembakan gas pemedih mata oleh FRU.

13 April 2009

Kekuatan akidah halang keruntuhan akhlak

Oleh : Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Hari ini umat Islam disibukkan dengan isu keruntuhan akhlak muda-mudi. Adakah ia benar-benar berlaku di dalam masyarakat? Ya, memang berlaku, bahkan sampai ke peringkat boleh menggugat keutuhan peribadi umat Islam keseluruhannya.

Pada hari ini, kita sering mendengar berita tentang anak-anak yang tidak menghormati ibu bapa, bahkan sampai ke peringkat mencedera dan membunuh mereka. Berlakunya gejala pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan sehingga melahirkan anak luar nikah, remaja dirosakkan oleh bahan-bahan yang membahayakan tubuh badan seperti dadah, ganja, gam, ubat batuk dan sebagainya, bahkan kita sudah mendengar ada kanak-kanak sekolah yang mencederakan rakan sekolah dan kejadian melawan guru sehingga mahu membakar rumah guru dan sekolah, bukanlah suatu yang pelik pada hari ini.

Di manakah silapnya apabila pemuda pemudi menjadi rosak akhlaknya? Banyak jawapan yang boleh diberikan. Semua jawapan tersebut berkaitan di antara satu sama lain dan bantu membantu ke arah kerosakan akhlak remaja hari ini.

Asas pendidikan remaja adalah di rumah. Sekiranya di rumahnya sendiri mereka tidak mendapat asas pendidikan, maka apabila berada di luar rumah sudah tentu payah untuk membentuk peribadi Muslim yang sejati kerana godaan dan pancaroba di luar sana seperti pergaulan dengan rakan-rakan yang jahat, pergaulan bebas, hiburan yang melalaikan dan sebagainya adalah lebih hebat dan mencabar. Hanya mereka yang mempunyai asas pendidikan Islam dan diwarnai oleh akhlak yang murni yang berpeluang untuk selamat, namun bukan sedikit yang tercicir di pertengahan jalan.

Oleh itu, ajaran Islam telah menentukan cara untuk melahirkan rumah tangga Islam yang sejati, yang akan menumbuhkan tunas-tunas Islam, yang mampu tumbuh menjalar dan membesar dengan sempurna, tidak mampu dihalang dan dicantas oleh gejala maksiat yang bersimpang siur, kiri dan kanan, akan lahirlah pemuda-pemuda dan generasi sebagaimana firman Allah (maksudnya): Mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, maka kami (Allah) menambahkan kepada mereka dengan hidayah. (Al-Kahfi: 13)

Untuk melahirkan rumah tangga Islam yang sejati, di dalamnya terpancar kecantikan ajaran Islam, maka asas perkahwinan mestilah dibina di atas cita-cita Islam, bukan sekadar untuk memenuhi hawa nafsu. Biarlah pasangan yang mahu berkahwin itu berniat daripada perkahwinan mereka untuk melahirkan zuriat keturunan yang baik yang akan meramaikan umat Nabi Muhammad s.a.w. yang akan dibanggakan oleh Nabi s.a.w. di hadapan para nabi dan rasul yang lain, bukan sahaja kerana jumlahnya yang ramai tetapi juga kerana mereka patuh dan tunduk kepada ajaran Allah SWT.

Untuk mencapai tujuan tersebut, mereka yang berkeinginan mendirikan rumah tangga mestilah membuat pilihan pasangan masing-masing melalui kaca mata Islam, bukannya melalui kaca mata nafsu dan bisikan syaitan.

Di dalam satu hadis Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawa seseorang perempuan yang dipilih untuk dijadikan isteri berdasarkan empat sifat: kerana kekayaannya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Sekiranya semua sifat tersebut tidak ada pada diri seseorang perempuan itu kecuali agamanya, maka sifat beragamanya yang mesti menjadi pilihan.

Pada hari ini, kaum lelaki yang ingin berkahwin dan ibu yang hendak mengahwinkan anak perempuan mereka tidak lagi memberi perhatian terhadap sifat beragama dan berakhlak. Perempuan yang mahu dikahwini itu mungkin dikenali di pusat membeli-belah atau di perhentian bas, di tepi pantai atau di dalam surat khabar melalui iklan mencari jodoh. Mereka menjadikan artis, penyanyi dan pelakon sebagai contoh isteri solehah sedangkan artis itulah perosak utama muda-mudi Islam pada hari ini kerana pakaian dan fesyen mereka menjadi ikutan di kota-kota dan pedalaman.

Sementara ibu bapa pula menerima sahaja lamaran untuk meminang anak gadis mereka tanpa menyelidiki sama ada teruna itu sembahyang, puasa menutup aurat atau tidak. Kita bimbang sekiranya anak gadis kita yang asalnya beragama, menutup aurat, sembahyang dan berakhlak mulia, apabila jatuh ke tangan lelaki yang tidak setia kepada agamanya akan membawa fitnah kepada anak gadis kita.

Islam juga mewajibkan ibu bapa mendidik anak dengan pendidikan Islam, mengajar mereka mengenal Tuhan sekalian alam iaitu Allah SWT, mengajar mereka perangai yang baik, akhlak dan kesopanan, mengajar mereka batas-batas halal dan haram dan bersikap tegas kepada anak-anak sekiranya ada timbul bibit-bibit untuk cenderung kepada kejahatan sebelum nasi menjadi bubur.

Firman Allah (maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada azab api neraka, bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu, penjaganya adalah malaikat yang kasar lagi bengis, mereka tidak melanggar perintah Allah ke atas mereka dan mereka lakukan apa yang disuruh. (At-Tahrim: 6)

Allah Taala memerintahkan supaya setiap orang Islam berusaha menyelamatkan diri masing-masing dan ahli keluarga daripada azab api neraka. Bagaimanakah caranya? Caranya ialah dengan beramal menurut ajaran Islam. Suami hendaklah memastikan isteri masing-masing patuh kepada ajaran Islam pada perbuatan, percakapan, berpakaian dan melakasakan apa yang diwajibkan oleh Allah Taala dan meninggalkan apa yang dilarang.

Ibu bapa hendaklah sentiasa memerhatikan tingkah laku anak-anak mereka. Menjadi kewajipan untuk bertanya ke manakah mereka keluar, dengan siapa, bila akan pulang dan pelbagai soalan berkaitan. Jangan membiarkan anak-anak melakukan apa yang mereka suka walaupun melanggar batas agama.

Betapa ramai anak-anak yang tidak bersembahyang kerana berkawan 24 jam, pulang ke rumah untuk tidur dan makan. Betapa ramai anak-anak yang terjebak dengan ketagihan dadah dan ganja, pil khayal dan ubat batuk kerana terpengaruh dengan kawan-kawan. Pada asalnya cuma untuk cuba-cuba tetapi apabila sudah ketagih tidak lagi pulang ke rumah siang dan malam.

Anak-anak gadis sudah pandai berkawan dengan lelaki walaupun masih bersekolah menengah. Anak gadis diarak ke hulu ke hilir dengan motosikal oleh lelaki yang bukan suaminya, sudah menjadi perkara biasa di dalam masyarakat. Ibu bapa tidak lagi mampu berbuat apa-apa, sekadar memerhatikan sahaja gelagat anak muda mereka.

Anak pinak adalah harta penting yang dikurniakan oleh Allah. Jika seseorang itu bekerja bersungguh-sungguh untuk mencari sesuap nasi sedangkan rezeki esok hari belum dapat dipastikan lagi, mengapakah kita mensia-siakan rezeki yang dikurniakan oleh Allah yang berupa anak sedangkan anak itu sendiri akan menjadi pesaka yang amat berharga apabila mati kelak, sekiranya anak itu menjadi anak yang soleh.

Sabda Nabi s.a.w. (maksudnya): Apabila mati anak Adam, maka putuslah amalannya kecuali daripada tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya.

Marilah sama-sama kita kembali kepada ajaran Islam di dalam membina rumah tangga. Suami yang baik dijadikan untuk isteri yang baik, akan melahirkan pula anak-anak yang soleh, yang akan menjadi harta yang tidak ada galang ganti, bermanfaat semasa hidup dan sesudah mati. Itulah benteng yang yang paling kukuh untuk menghadapi kerosakan akhlak muda mudi masa ini.

Kes Adun digantung disebut di Mahkamah Persekutuan hari ini.

Kes Pengantungan Zambry dan kuncu-kuncunya akan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan pagi ini. Demikian satu tulisan memaklumkan perkara itu oleh speaker DUN Perak, V. Sivakumar dalam blognya "suara perak".

Beliau juga mengatakan pada hakikatnya mahkamah tidak mempunyai bidangkuasa untuk membicarakan kes ini. Keputusan untuk mengantung 7 ADUN Perak dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Apa sahaja tindakan atau keputusan yang dibuat oleh Dewan Negeri atau jawatankuasanya tidak boleh diheret ke mahkamah. Ini merupakan imuniti yang diberikan oleh Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan.

"Kita lihat apa yang akan berlaku di Mahkamah Persekutuan esok" tulisnya dalam blog tersebut.

Blog Speaker DUN Perak.

"Tolong maklumkan kepada semua ADUN PakatanRakyat Perak dan maklumkan kepada umum mengenai bolog saya yang baru" Demikian antara kandungan perbualan saya dengan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar kelmarin.

Kini Sivakumar mempunyai blog dalam versi Bahasa Melayu untuk dikunjungi oleh semua. Sila layari : http://speakforperak.blogspot.com

Nizar dan ADUN PR hadir Majlis Keputeraan Sultan Perak

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan hadir bersama 16 ADUN Pakatan Rakyat lain pada Majlis Peanugerahan Pingat dan Santapan Diraja Sempena keputeraan Sultan Perak pada 19 April ini di Istana Iskandariah Kuala Kangsar. ADUN Pakatan Rakyat semuanya diundang menghadiri majlis sambutan ulang tahun hari keputeraan baginda itu.

"Saya dijemput oleh Sultan menghadiri majlis (ulang tahun hari keputeraan)...seperti ahli-ahli politik lain (di Perak), saya dijemput, bukan (sesuatu yang) istimewa," kata beliau ketika dihubungi Mstar.

Desas-desus sebelum ini menyebut beliau akan menghadap Sultan Azlan pada tarikh tersebut. beberapa akhbar internet dan blog menyiarkan berita yang boleh disalah tafsir dalam perkara tersebut.

Dalam kenyataan yang berbeza ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim telah mengesahkan jawapan telah diberikan kepada pihak Protokol majlis tersebut iaitu sebanyak 17 ADUN termasuklah DS. Nizar dan beliau sendiri disahkan hadir dan 11 orang mempunyai masalah yang tidak dielakkan dan mereka memberi jawapan tidak hadir.

Pada 7 April lalu, Nizar memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan menewaskan calon Barisan Nasional dan Bebas dengan majoriti undi sebanyak 2789 undi.

Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat itu juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang.

Selepas memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang, yang dilihat sebagai referendum rakyat berhubung isu krisis politik Perak, Nizar meminta diadakan pilihan raya baru negeri dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sidang DUN bawah pokok awal Mac juga meluluskan usul sedemikian dan telah dipersembahkan untuk perkenan Sultan Perak.

Adun BN tidak percayai MB Terengganu?

KEMAMAN, 12 April :- Khabar angin yang bertiup kencang di kalangan rakyat Terengganu sejak hampir empat bulan lalu kononnya akan ada usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar (MB) Terengganu, Dato? Ahmad Said semakin menjadi kenyataan.

Justeru, satu amaran 'keras' terpaksa dikeluarkan oleh MB Terengganu tersebut terhadap mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) yang berhasrat berbuat demikian.

Dato' Ahmad berkata mana-mana di kalangan Adun BN Terengganu yang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadapnya akan berdepan dengan tindakan disiplin termasuk dipecat

"Ya, jika usul itu datang dari pihak pembangkang (PAS) kami (BN) dalam kerajaan akan menolaknya. Tetapi jika, ia (usul) dibawa (kemukakan) oleh wakil rakyat Barisan Nasional, dia (Adun) akan dipecat, itu biasalah.

"Jika usul (undi tidak percaya) itu dapat sokongan, kita (saya) akan bubar dewan (Dun Terengganu) itu sahaja. Kita (BN) terpaksa menerimanya kalau dia nak (hendak) buat..apa nak kata," tegasnya ketika ditemui pihak media selepas merasmikan Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman, di Bukit Takal, 11 April lalu.

Dato' Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu berkata usaha mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap seorang Menteri Besar dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) adalah satu perkara yang serius.

Selain itu, mengulas 'khabar angin' yang sama akan berlaku perubahan jawatan beberapa Menteri Besar termasuk di Terengganu di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Dato? Seri Najib Tun Abdul Razak, Dato? Ahmad Said enggan mengulas lanjut.

Beliau menjelaskan tidak mengetahui apa-apa tentang hal 'khabar angin' (cadangan) bakal berlaku pertukaran Menteri Besar tersebut dan terserah kepada Tuanku.

"Itu (tukar Menteri Besar) saya tidak tahulah, Terengganu kena tanya dengan Tuanku sendirilah," ujarnya dengan menyelar pihak media yang sering kali menggembar-gemburkan isu yang tidak sahih dan 'khabar angin'.

Khabar angin di negeri ini semakin kuat mengatakan terdapat usul undi tidak percaya yang akan dibawa oleh Adun Barisan Nasional (BN) pro-mantan MB Terengganu, Dato' Seri Idris Jusoh.

Usul tersebut dikatakan akan dikemukakan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu bermula Isnin (13 April) ini yang akan dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman. Harakahdaily.

12 April 2009

Antara mencari harta dan ilmu

“Allah meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang berilmu pengetahuan beberapa derajat” (QS. Al-Mujadilah: 11).

Menurut Syaidina Ali bila ditanya perbezaan Ilmu dengan harta, antaranya katanya ilmu berperanan sekali dalam menjaga kita, sedangkan harta dan kedudukan kita yang harus menjaganya. Tepat sekali kata-kata bijak ini, lebih-lebih lagi ketika merenung perbezaan usaha mencari harta atau kedudukan dan mencari ilmu. Seseorang akan terasa sekali kegagalannya bila bila gagal meraih kedudukan dan harta, namun tidak demikian dalam hal mencari ilmu.

Sehingga seseorang sanggup menumpukan waktu bepuluh tahun untuk mendapatkan ilmu, namu kalau dalam hal mencari harta dan kedudukan dalam tempoh tertentu mungkin telah timbul rasa jemu. Akhirnya dia merasakan lebih baik jagi penganggur sahaja.

Mencari ilmu yang baik dan bermanfaat tidak mengenal arti kegagalan. Sebab, ilmu yang dicari dengan sungguh-sungguh pasti akan didapat, meskipun tarafnya berbeza-beza, tergantung kemampuan individu menguasainya. Kalaupun gagal mendapatkan dalam jumlah banyak , pasti akan mendapatkannya dalam jumlah yang sedikit, baik ilmunya mahupun proses mencarinya. Bahkan ilmu biasanya diperolihi setelah beberapa kali menemui kegagalan.

Lain halnya kalau gagal dalam memperoleh kedudukan dan harta. Ada perasaan kecewa yang menusuk hati dan mewnekan perasaan dan fikiran. Apalagi kalau mengingat besarnya jumlah modal yang telah dihabiskan dalam mencapai matlamat peribadi itu.

Rasulullah SAW sendiri mengutamakan manusia untuk sentiasa mencari ilmu, meskipun mencari harta itu penting bagi kehidupan. Sabdanya, "tuntutlah ilmu dari ayunan sampai ke liang lahat". Lagipula, kalau diberikan kepada orang lain , ilmu akan bertambah banyak dan kuat, serta memperoleh pahala yang terus-menerus dan darjat yang tinggi. Juga, ilmu akan membuat kehidupan masyarakat lebih baik.

Sebaliknya harta kalau diberikan kepada orang lain ianya akan semakin berkurang dan sampai masa akan habis jua.

Dalam hal mencari ilmu, Rasulullah juga pernah berpesan, “Jika kalian melalui taman-taman surga, nikmatilah. Para sahabat bertanya, “Apa itu taman surga?” Rasul menjawab, “Majlis-majlis ilmu.”

Kasih Kepada Rasulullah

Manusia mempunyai sifat kasihkan diri sendiri dan keluarga yang terdekat. Sifat kasihkan seseorang yang Allah anugerahkan ini sangat penting dalam kontaks kasihkan sesama manusia dan kasihkan Rasulullah s.a.w.

"Dari Anas ra. dari Nabi saw., beliau bersabda: "Tidak beriman salah seorang diantaramu sehingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri"."(HR: Bukhari)

Namun begitu kasihkan Rasulullah hendaklah terlebih kasih dari mengasihi diri kita sendiri. Kerana kasihkan diri sendiri keluarga terdekat dan manusia lain mungkin sahaja menyelamatkan kita setakat di dunia sahaja. Tetapi kasihkan Rasulullah menyebabkan kita selamat dunia dan akhirat.

"Dari Abu Hurairah ra. bahwasanya Rasulullah saw. bersabda: "Demi Dzat yang jiwaku di tangan-Nya (kekuasan-Nya), salah seorang di antara kamu tidaklah beriman sehingga saya lebih dicintai olehnya daripada orang tua dan anaknya". "(HR: Bukhari)

"Dari Anas katanya: "Nabi saw. bersabda: "Salah seorang di antaramu tidaklah beriman sehingga saya lebih dicintai olehnya daripada orang tuanya, anaknya dan semua manusia."(HR: Bukhari)

Hikmat Berjemaah.

Banyak Hikmah dari sembahyang secara berjemaah sehinggakan ianya bukan hanya pahala 27 darjat yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Antaranya sembahyang berjemaah adalah menifestasi dari sebuah kerajaan, adanya pemimpin dan adanya rakyat(jemaah).


Perintah untuk mengikut pemimpin yang mengikut perintah Allah dan Rasul tergambar dalam jemaah itu. Kerana itu wajib seorang mufaraqah imam yang batal sembahyang. Imam yang diikuti selagi sah sembahyangnya. kerana itu imam adalah orang yang terbaik dikalangan jemaah yang ditolak ke depan, adakah akhlaknya, ilmu,dan bacaan. Dalam satu hadits Rasulullah bersabda :Hendaklah salah seorang daripada kamu melaungkan azan dan hendaklah orang yang paling tua dari kalangan kamu menjadi imam .



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ارْكَعُوا وَاسْجُدُوا وَاعْبُدُوا رَبَّكُمْ وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Hai orang-orang yang beriman, ruku`lah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan.(Al-Mu`min: 42 )

Gambaran sembahyang jemaah sebagaimana yang digambarkan oleh Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya seorang imam (pemimpin) itu merupakan pelindung. Dia bersama pengikutnya memerangi orang kafir dan orang zalim serta memberi perlindungan kepada orang-orang Islam. Sekiranya dia menyuruh supaya bertakwa kepada Allah dan berlaku adil maka dia akan mendapat pahala, akan tetapi sekiranya dia menyuruh selain dari yang demikian itu, pasti dia akan menerima akibatnya .

Indahnya Islam....




Istiqamah

Godaan dunia menyebabkan kebanyakan manusia menjadi lemah imannya dan terkadang tergadai kerananya. namun begitu selamatlah orang yang sentiasa istiqamah dijalan Islam.

Istiqamah makna nya hati yang tetap teguh berpegang kepada Islam dan ianya mestilah merangkumi hati , lisan dan perbuatan, itulah istiqamah yang menyeluruh.

فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلاَ تَطْغَوْاْ إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.(Hud:113)

Seorang insan mestilah istiqamah bermula pada hati nya, kerana hati adalah pusat dan tempat yang mempengaruhi perbuatan seseorang. Hati yang teguh adalah hati yang terbina oleh dasar ketakwaan yang teguh kepada Allah. Tiada perasaan ragu atau sangsi dan mereka yang teguh keimanan yang bertapak dihati ini akan sentiasa mempertahankannya diwaktu senang atau susah.

Dari hati sikap istiqamah ini digambarkan oleh perbuatan. Kerja-kerja amal soleh yang berterusan adalah gambaran istiqamah yang sejati. Kerana itulah Rasulullah menganjurkan kita melakukan ibadah yang sedikit tetapi ianya istiqamah atau berterusan.

Lisan orang yang istiqamah menerbitkan bibit persaudaraan bukan perselisihan. Ucapannya menyatukan bukan memecah belahkan.Indahnya kehidupan masyarakatnya sekiranya individunya adalah yang sentiasa istiqamah.

Forum DS Anwar dan DS Nizar dihalang polis


IPOH , 11 April :- Forum yang dijadualkan berlangsung di Dewan Dato Ahmad Said, Kg Sg Rokam, Ipoh anjuran Parti Keadilan Rakyat jam 9.00 malam ini terbatal akibat tiada perkenan pihak polis.

DS Anwar Ibrahim, DS Nizar, S Manikumar (Adun Bukit Selambau), Dr Lee Boon Chye (MP Gopeng) dan Shamsul Iskandar (Ketua AMK) yang sepatutnya menjadi panelis pada forum tersebut.

Pihak polis mengadakan sekatan disetiap jalan dan lorong yang menuju ke Dewan tersebut bagi menghalang kehadiran orang ramai kesitu.

Kenderaan yang bertali arus tidak putus-putus mencari jalan untuk kesitu, namun hampa. Kg Sg Rokam pada malam ini penuh sesak dengan kehadiran kenderaan orang ramai.

Alternatifnya, forum tersebut dipindahkan lokasi ke Jalan Pemimpin, Kg Manjoi. Maka petugas lalu lintas pun memaklumkan kepada semua kenderaan yang hadir untuk ke Kg Manjoi.

Setengah jam kemudian, arahan diterima mengatakan bahawa di Kg Manjoi juga terhalang di atas sebab yang sama, tiada permit.

DS Anwar dan DS Nizar pada mulanya menghadiri jamuan makan malam anjuran PKR di Dewan Tow Boh Keong, Jalan Kampar. Oleh kerana Kg Sg Rokam dan Kg Manjoi telah dihalang, maka majlis diteruskan di Dewan cina tersebut.

Makluman yang diperolehi pada waktu ini (10.45 malam), dewan 2 tingkat tersebut penuh sesak dengan orang ramai. Begitu juga di dalam kawasan halaman dewan dan juga luar dewan. Kawasan sekitar telah dipenuhi dengan kenderaan yang diletakkan di kedua-dua arah. Orang ramai masih berpusu-pusu datang









http://ajijoi.blogspot.com/

Polis halang program Nizar dan Anwar di Ipoh.

Pihak polis telah menghalang program Forum Rakyat anjuran Angkatan Muda PKR yang sepatutnya dihadiri sama oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YB Dato' Seri Hj Nizar Jamaluddin di Dewan Orang Ramai Sungai Rokam. Semua laluan ke dewan tersebut telah ditutup oleh pihak polis sejak petang tadi lagi. Orang ramai begitu kecewa dengan sikap pihak polis yang telah menutup pintu demokrasi di Perak. Sedangkan program tersebut dianjurkan oleh sebuah parti yang halal di Malaysia. Pihak polis tidak memberi sebarang sebab dan alasan yang munasabah mengapa program tersebut dihalang. Penganjur memang tidak memohon permit, kerana ia diadakan di permis JKKK yang Ketua Kampung memberi kebenaran untuk digunakan. Tempat berlangsungnya program tersebut diadakan di dalam dewan dan kawasan sekitar yang berpagar.

Menurut Cikgu Ali Husein, Ketua Kampung Sungai Rokam, pihaknya tiada halangan untuk mana-mana pihak menggunakan dewan tersebut. UMNO atas tujuan apa program sekalipun, beliau sebagai Ketua Kampung tiada halangan untuk membenarkannya. Beliau tidak faham mengapa kebenaran yang diberikan olehnya sebagai Ketua Kampung dihalang oleh pihak polis, sedangkan permis tersebut adalah di bawah kuasanya sebagai Ketua Kampung. Program tersebut pula diadakan di dalam dewan.

Tindakan polis menghalang program tersebut diadakan jelas bertentangan dengan slogan PM yang baru iaitu 'rakyat didahulukan'. Program ini adalah program antara pimpinan PR dengan rakyat. Rakyat ingin tahu perkembangan terkini isu-isu negara pasca pilihanraya Bk. Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Rakyat ingin mendengar penjelasan dari pucuk pimpinan tertinggi PR iaitu Anwar Ibrahim. Selain itu, rakyat Perak khususnya warga Ipoh ingin mendengar ucapan Ahli Parlimen baru Bukit Gantang, Hj Nizar Jamaluddin.

Orang ramai percaya, Anwar Ibrahim dan Hj Nizar semakin berpengaruh dalam merubah pemikiran dan pendirian politik rakyat di Perak yang seterusnya akan mewujudkan satu gerakan menjatuhkan kerajaan haram BN di Perak. Gelombang Bukit Gantang bakal melanda bumi Perak. Lantaran itulah, polis digunakan oleh UMNO BN untuk menyekat pengaruh ini.

Posted by MisbahulMunir at 10:58 PM

SPRM: Ketua Pemuda Umno Sabah diikatjamin

Ketua Pemuda Umno Sabah, Japlin Akim, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Khamis lalu dan ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan, dibebaskan dengan ikatjamin hari ini.

Japlin, yang juga menteri muda pembangunan infrastruktur negeri, adalah antara pemimpin Umno yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno sebelum pemilihan itu hujung bulan lalu.

Ekoran itu, keahliannya dalam Umno digantung selama tiga tahun. Khamis lalu, Japlin ditahan bersama seorang kontraktor tempatan, Limus Jury, yang juga dibebaskan dengan ikatjamin hari ini.

Japlin dikenakan ikatjamin RM100,000 manakala Jury dibebaskan dengan ikatjamin RM300,000. Kedua-duanya dibebaskan dari balai polis Karamusing pada kira-kira jam 6.15 petang. Hadir sama ialah peguam mereka David Tan dan Nobert Chin.

Difahamkan, Majistret Herlina Muse menolak permohonan SPRM untuk melanjutkan tahanan reman ke ta Japlin dan Jury selama empat hari lagi selepas mendengar hujah dari kedua belah pihak di prosiding yang diadakan di balai polis tersebut.

"Kedua-duanya ditahan oleh pasukan SPRM dari Putrajaya tanpa pengetahuan SPRM negeri dan dipercayai berkaitan dengan ‘politik wang' sewaktu pemilihan Umno bulan lalu," kata satu sumber.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang juga pengerusi Umno Sabah dilaporkan berkata, Japlin kekal sebagai ADUN Usukan dan jawatan timbalan menteri yang disandangnya walaupun lembaga disiplin telah mendapatinya bersalah terbabit dalam politik wang.

Penyokong kuat Khairy

Sementara itu, dua lagi ketua Pemuda negeri - Nizam Abu Bakar Titingan dan Faizal Ampong - turut dipanggil oleh SPRM untuk soal siasat.

Mereka tiba di balai polis Karamunsing sejurus selepas Japlin dan Jury dibebaskan.

Nizam adalah timbalan ketua Pemuda Umno Sabah manakala Faizal pula merupakan bekas ketua Pemuda Batu Sapi.

Berikutan penahanan tersebut, difahamkan SPRM turut meneliti kes ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin yang didapati bersalah oleh lembaga disiplin berhubung politik wang.

Japlin dikenali sebagai penyokong kuat Khairy.

Pada 17 Mac, Khairy didapati bersalah oleh lembaga tersebut selepas ejennya terbabit dalam politik wang, tetapi hanya diberi amaran kerana tidak cukup bukti.

Beliau juga dibenarkan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno, yang dimenanginya selepas menewaskan dua lagi calon - bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir.

Khairy, yang menegaskan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan, juga tidak tersenarai dalam barisan kabinet baru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diumumkan Khamis lalu. Malaysiakini

Parti Demokrat Menjadi Parti Terbesar dalam Parlimen Indonesia

Menurut hasil pengiraan undi yang diumumkan oleh badan statistik Indonesia semalam, Parti Demokrat yang dipimpin oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono memperoleh 20.48 % undi dalam pilihan raya dan menjadi parti terbesar dalam Parlimen.

Berdasarkan hasil pengiraan, Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan di bawah pimpinan bekas Presiden Megawati Sukarnoputri memperoleh 14.33% undi, dan tetap merupakan parti kedua terbesar dalam Parlimen. Parti Golkar yang diketuai oleh Naib Presiden, Yusuf Kalla menduduki tempat ketiga dengan undi sebanyak 13.95%. Ketiga-tiga parti hampir mendapat separuh undi dalam pilihan raya tersebut.

Pilihan Raya Parlimen Indonesia

Sebanyak 44 buah parti menyertai pilihan raya kali ini, 38 buah diperingkat negara dan 6 buah di provinsi Aceh. Pembuangan undi bermula pada 9 April lepas berakhir tengah hari berikutnya dan keputusan awal pengiraan undi akan diumumkan kemudian. Keputusan akhir pula akan diumumkan dalam tempoh sebulan.

Pilihan raya ini kali ke-3 sejak pembaharuan demokratik diadakan pada tahun 1998. Berdasarkan tinjauan pendapat umum sebelum pengundian diadakan, kadar sokongan terhadap Parti Demokratik yang dipimpin oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, Parti Golkar di bawah pimpinan Naib Presiden Jusuf Kalla, dan Parti Perjuangan Demokratik yang diketuai oleh bekas Presiden Megawati Sukarnoputri jauh lebih tinggi daripada parti-parti lain. Oleh itu, salah sebuah parti itu berkemungkinan menjadi pemenang terbesar dalam pilihan raya ini.