KEMAMAN, 12 April :- Khabar angin yang bertiup kencang di kalangan rakyat Terengganu sejak hampir empat bulan lalu kononnya akan ada usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar (MB) Terengganu, Dato? Ahmad Said semakin menjadi kenyataan.
Justeru, satu amaran 'keras' terpaksa dikeluarkan oleh MB Terengganu tersebut terhadap mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) yang berhasrat berbuat demikian.
Dato' Ahmad berkata mana-mana di kalangan Adun BN Terengganu yang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadapnya akan berdepan dengan tindakan disiplin termasuk dipecat
"Ya, jika usul itu datang dari pihak pembangkang (PAS) kami (BN) dalam kerajaan akan menolaknya. Tetapi jika, ia (usul) dibawa (kemukakan) oleh wakil rakyat Barisan Nasional, dia (Adun) akan dipecat, itu biasalah.
"Jika usul (undi tidak percaya) itu dapat sokongan, kita (saya) akan bubar dewan (Dun Terengganu) itu sahaja. Kita (BN) terpaksa menerimanya kalau dia nak (hendak) buat..apa nak kata," tegasnya ketika ditemui pihak media selepas merasmikan Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman, di Bukit Takal, 11 April lalu.
Dato' Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu berkata usaha mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap seorang Menteri Besar dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) adalah satu perkara yang serius.
Selain itu, mengulas 'khabar angin' yang sama akan berlaku perubahan jawatan beberapa Menteri Besar termasuk di Terengganu di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Dato? Seri Najib Tun Abdul Razak, Dato? Ahmad Said enggan mengulas lanjut.
Beliau menjelaskan tidak mengetahui apa-apa tentang hal 'khabar angin' (cadangan) bakal berlaku pertukaran Menteri Besar tersebut dan terserah kepada Tuanku.
"Itu (tukar Menteri Besar) saya tidak tahulah, Terengganu kena tanya dengan Tuanku sendirilah," ujarnya dengan menyelar pihak media yang sering kali menggembar-gemburkan isu yang tidak sahih dan 'khabar angin'.
Khabar angin di negeri ini semakin kuat mengatakan terdapat usul undi tidak percaya yang akan dibawa oleh Adun Barisan Nasional (BN) pro-mantan MB Terengganu, Dato' Seri Idris Jusoh.
Usul tersebut dikatakan akan dikemukakan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu bermula Isnin (13 April) ini yang akan dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman. Harakahdaily.

6 ulasan:
rasa nya kalau tganu bubar dun kita leh jadikan negeri yang ke 5 ha3....aku rasa bubar tganu bubar dun bulan 5 ni sama ngan negeri perak ni....ha3
Tenganu kite...!
Ya Allah ya Tuhan ku terjadilah apa yang dikatakan itu, semua sama-sama kita ke Terengganu pula Ansya Allah.
Kita merancang Allah jua merancang,Perancangan Allah yang terbaik.
Insya Allah jika Dun Terengganu dibubar , Allah akan menggantikan negeri perak yang dirampas secara haram oleh Najib .
Jika Dun Perak juga dibubar ,Insya Allah kita akan berkuasa balik.Dari 5 negeri akan jadi 6.Semua itu kuasa Allah. Allah Maha Kaya,MahaKuasa,MahaPengasih..Kesabaran adalah sebahagian daripada iman.
Moh ler kiter ker ganu... Leh makang kopok lekor n sata lg mcm Prk KT aritu...
Sama-samalah kita berdoa kehadrat Allah swt agar Perak dan Terengganu menjadi milik kita kembali.
InsyaAllah ..Aamiin
Catat Ulasan