12 Ogos 2009

Cap jari bukan Noordin Mat Top

Analisis cap jari menunjukkan lelaki yang dibunuh polis anti-keganasan Indonesia kelmarin bukan suspek pengganas rakyat Malaysia, Noordin Mat Top.

Bagaimanapun, ujian DNA masih lagi dijalankan.

Lelaki yang disyaki Noordin itu mati ditembak dalam 'Operasi Tiga Serangkai' di Jawa Tengah Sabtu lalu.

Bagaimanapun, polis anti-keganasan Indonesia berkata hanya ujian DNA dapat mengesahkan identiti mangsa.

Bagaimanapun, satu sumber memberitahu AFP bahawa Noordin masih bebas.

“Bukan dia. Kami tahu dari raut mukanya serta cap jarinya,” kata satu sumber polis yang tidak mahu namanya disebut.

"Kami masih meneruskan gerakan mengesannya," tambahnya.

Media tempatan melaporkan Noordin mati ditembak selepas polis menyerbu sebuah rumah di Jawa Tengah Sabtu lalu selepas mengepungnya selama 17 jam.

Pegawai kanan anti-keganasan, Ansyad Mbai enggan mengulas mengenai identiti mayat yang mati ditembak di rumah tersebut.

Menurutnya, ujian DNA akan mengesahkan sama ada dia Noordin atau orang lain.

"Lebih baik kita tunggu ujian DNA,” tambahnya.

MalaysiaKini/-


6 lagi korban H1N1, 203 kes baru

kemaskini 5.50pm Enam lagi menjadi korban selesema A (H1N1), menjadikan jumlah semuanya 32 orang sejak kes pertama 23 Julai lalu.

Semalam lapan disahkan mati akibat virus wabak tersebut.

Keenam-enam kematian itu antara 203 kes terbaru yang dilaporkan hari ini - kenaikan kes tertinggi dalam satu hari - menjadikan jumlah keseluruhannya 1,983 kes.

Ketua pengarah kesihatan menjelaskan, angka kematian terbaru itu merujuk satu kes yang berlaku semalam, manakala selebihnya kematian lebih awal yang hanya disahkan pada 7 dan 8 Ogos.

"Empat daripada kes kematian ini didapati mempunyai faktor risiko. Tarikh kematian sebenar seperti berikut: 5 Ogos (2 dua), 8 Ogos (3 orang) dan 9 Ogos (seorang)," kata Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Seramai 67 pesakit kini sedang dirawat di hospital dan seramai 15 lagi dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Enam di unit tersebut mempunyai risiko iaitu penyakit kronik (3 orang), obesiti (1), selepas hamil (1) dan bayi (1).

Dr Mohd Ismail menambah, mereka yang mengalami simptom dan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan influenza A (H1N1) diminta segera mendapatkan rawatan.

"Rawatan anti-virus akan diberikan tanpa memerlukan ujian pengesahan makmal. Rawatan ini sangat berkesan untuk mengubati pesakit jika dimulakan dalam tempoh 48 jam selepas gejala bermula," katanya.

"Berikan perhatian kepada tanda-tanda amaran seperti masalah sukar bernafas, demam atau sakit dada yang berterusan, batuk/kahak berdarah, muntah/cirit-birit yang kerap.

"Dapatkan rawatan segera apabila mengalami tanda-tanda tersebut."

MalaysiaKini/-

Kenyataan Media : Kepada semua Bloggers PAS

Lajnah penerangan PAS Perak akan mengadakan "Program Santai Bersama Bloggers" yang akan diadakan seperti berikut .

Tarikh/Hari : 15 Ogos/Sabtu

Jam : 3.00 Petang

Tempat : Kem Hanifa (Kebun Pak Kholil), Jenahang, Gopeng

Tetamu Kehormat : Pesuruhjaya PAS Perak dan AJK Harian PAS Perak

Dengan ini saya menjemput semua bloggers PAS untuk menghadirkan diri dalam program di atas. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Blogger Al Banjari Email : albanjari_online@yahoo.com dan No. Tel - 012 402 6129.

11 Ogos 2009

P'raya kecil Pmtg Pasir bulan puasa

kemaskini 12.40pm Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos, awal Ramadhan, dan penamaan calon pula 17 Ogos.

Pengerusi SPR, Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya memutuskan untuk mengadakan pilihanraya kecil itu dalam bulan puasa "ia merupakan masa yang palng sesuai sekali untuk menyelesaikan secepat yang boleh kerana umat sedang berpuasa"


"Waktu itu juga merupakan masa cuti sekolah," katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya pagi ini.

Pilihanraya kecil kelapan ini diadakan ekoran kematian ADUN tunggal di negeri tersebut, Datuk Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lalu.

Permatang Pasir adalah satu daripada tiga kerusi negeri dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.

Kubu kuat PAS ini dipertahankan selama tiga penggal berturut-turut oleh allahyarham sejak pilihanraya umum 1999, sewaktu memuncak kemarahan orang ramai susulan insiden pemecatan Anwar daripada kerajaan dan Umno.

Awal Ramadhan dijangka jatuhnya pada 21 Ogos.

Bercakap dalam sidang akhbar pagi ini, Pengerusi SPR Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan kerusi DUN Pematang Pasir kosong, berkuatakuasa 1 0gos lalu.

Berikutan itu, katanya, SPR melantik pegawai daerah Seberang Perai Tengah, Roslan Yahaya sebagai pegawai pengurus pilihanraya kecil tersebut.

Abdul Aziz berkata, senarai pemilih induk 2008 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2009 yang telah dikemaskini sehingga 31 Julai 2009, akan digunakan dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

DUN ini mempunyai 20,290 pemimilih berdaftar yang terdiri daripada 20,289 pemilih biasa dan seorang pemilih pos.

Abdul Aziz berkata, SPR akan menggunakan Dewan Perdana Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam sebagai pusat penamaan calon dan penjumlahan undi.

Terdapat lapan pusat mengundikan disediakan melibatkan 39 saluran. Daftar pemilih akan mula dijual pada 14 Ogos, tambahnya.

Menurut Abdul Aziz, keputusan dijangka dapat diumumkan pada jam 8 malam.

"Tepat 8 malam SPR akan umumkan keputusan walaupun calon yang menang tidak hadir.

"Apabila keputusan sudah muktamad ia boleh diumumkan. Kita tidak mahu lewat," katanya Abdul Aziz.

MalaysiaKini/-


Replika Najib di Batu Caves jadi isu

kemaskini 5.18pm Selepas replika gergasi Datuk Seri Anwar Ibrahim di kawasan DUN Batu Caves menjadi kontroversi antara PKR dengan Umno, kini patung besar Datuk Seri Najib Razak di situ dijadikan isu.

Namun seorang pemimpin PKR menyifatkan replika perdana menteri di perkarangan kuil Batu Caves yang dinaikkan "tidak ada masalah apa-apa" kerana "kami tidak pernah menganggapnya haram".

ADUN Batu Caves, Amirudin Shari menjadi sasaran kontroversi susulan kewujudan replika penasihat PKR akhir tahun lalu menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Penegakan imej mula memancing kontroversi apabila mufti Perlis waktu itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin mendakwa ia "berunsur keberhalaan" dan "perlu dihapuskan dengan segera."

Selepas itu, banyak pihak mempertikaikan kehadiran replika besar itu di simpang utama dekat Wisma Keringat - selain dianggap "patung" yang dilarang oleh Islam, ia juga dianggap membazir.

"Tetapi bagi Umno (Gombak) yang ingin mengadakan demonstrasi, kita harap mereka mengambil pendirian yang sama (terhadap patung Najib)," kata Amirudin, yang juga naib ketua Angkatan Muda PKR.

"Begitu juga mereka yang mengeluarkan fatwa, mengharamkan replika Anwar. Kita harap mereka mengeluarkan fatwa yang sama."

Replika besar Najib dinaikkan beberapa ratus meter di depan patung besar Dewa Muruga yang berwarna emas - di pintu masuk gua Batu Caves - bersempena festival Satu Malaysia di situ selama tiga hari sehingga Ahad.

Pada 29 Oktober tahun lalu, Umno Gombak menentang keras penegakan replika Anwar kerana imej besar berdekatan simpang jalan itu didakwa mengganggu kelancaran lalulintas.

Ketuanya Abdul Rahim Kamaruddin turut mengancam mengadakan "bantahan terbuka" sekiranya Majlis Perbandaran Selayang (MPS) membenarkan tempoh penegakannya dilanjut
sehingga hari natal tahun lalu.

Menurutnya, ketika pemerintahan Umno di Selangor dahulu, parti itu hanya menggunakan imej besar untuk papan iklan, bagi tujuan perlancongan sahaja.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Abdul Rahim enggan mengulas mengenai replika presiden Umno itu buat masa ini dengan alasan "belum melihat sendiri imej tersebut".

Sementara blog rasmi Amirudin semalam menerbitkan tulisan yang menempelak pemimpin Umno dan Dr Asri yang disifatkan sebagai "bising bagai nak rak" terhadap replika Anwar.

"Masa kita bina replika DSAI (Anwar) dulu di Batu Caves, semua pihak daripada BN bising bagai nak rak, termasuklah mantan mufti Perlis.

"Sekarang kita mohon, apa pula fatwa membina replika Najib di kuil Batu Caves? Mana puak-puak BN atau Umno yang mulut bising hari itu," artikel penulis Shahabaker dipetik.

Dalam tulisan 'Kata dulang paku serpih, dulu kata orang, sekarang kau pula lebih-lebih', penulis itu memuatkan kenyataan dua pemimpin Umno yang mengkritik isu replika Anwar, antaranya:

Naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam waktu itu dilaporkan berkata, pembinaannya menunjukkan PKR "mendewa-dewakan pemimpinnya".

Naib Presiden Umno, Datuk Ahmad Zahid Hamidi pula dipetik berkata, pembinaan replika itu "tidak diizinkan di sisi agama" dan "usaha taksub" penyokong PKR yang bukan Islam.

MalaysiaKini/-

PPSMI: GMP bincang demonstrasi susulan

Cadangan demonstrasi susulan bagi mendesak kerajaan memansuhkan serta merta dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mungkin dibincangkan dalam mesyuarat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) minggu ini.

"Pak Samad (A Samad Said) penasihat GMP. Cadangan itu ditimbulkan beliau. Apabila disebut dalam mesyuarat nanti, bolehlah dibincang.

"Dulu kita pun tidak sangka, (pemansuhan PPSMI) akan meleret macam ini," kata setiausaha gerakan itu, Hasni Abas kepada Malaysiakini semalam.

Beliau diminta mengulas kemungkinan GMP mengadakan demonstrasi kedua selepas peristiwa 7 Mac lalu yang menghimpun ribuan penunjuk perasaan di ibu negara, termasuk seniman dan budayawan bagi menuntut pemansuhan PPSMI.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini akur terhadap desakan kuat pelbagai pihak supaya PPSMI dimansuhkan. Bagaimanapun, ia dilaporkan hanya akan berkuat-kuasa pada tahun 2014.

Mengulas lanjut tuntutan pemansuhan serta-merta dasar itu, Hasni berkata, perkara itu merupakan tuntutan GMP sejak awal lagi.

Tambahnya, isu teknikal yang digunakan bagi menangguhkan penggunaan bahasa Melayu dalam dua subjek tersebut, antaranya penyediaan buku teks baru, tidak seharusnya ditimbulkan.

"Buku darjah 1 (contohnya), macam one plus one (satu campur satu), apa yang teknikal sangat? Lagi pun, dulu buat (dasar baru dalam bahasa Inggeris) tidak ada masalah pun, boleh buat serta-merta," katanya.

Menurut Hasni lagi, kerajaan juga boleh menggunakan kembali buku teks asal yang digunakan enam tahun lalu ketika PPSMI belum diperkenalkan.

Sementara itu, Hasni juga berkata pihaknya masih berminat menemui Muhyiddin - yang juga menteri pelajaran - bagi memberikan pandangan mereka secara langsung.

Katanya, surat permohonan untuk bertemu dengan Muhyiddin dihantar sebelum demonstrasi besar di Masjid Negara Mac lalu, tetapi sehingga kini masih belum dijawab dan dilayan.

Kenyataan rasmi terkini gabungan itu dijangka dikeluarkan awal minggu depan selepas jawatankuasanya selesai bermesyuarat.

MalaysiaKini/-

Suratan bukan kebetulan

Oleh : Ummu Waheedah

Sudah seminggu saya tidak mengetuk papan aksara ini. Terakhir sekali ialah pada petang Selasa minggu lalu ketika itu saya sedang menunggu pihak kontraktor membaiki beberapa kerosakan kecil di 'rumah tumpangan' saya di East lake Residence,Serdang. Seperti kebiasaan, ke mana pun saya bermusafir emak saya akan ikut serta.

Pepatah melayu menyebut "malang tidak berbau" dan sesungguhnya ini adalah hakikat hidup. Tidak ada malang yg dapat dihidu dan tak malapetaka yg dapat diramal secara tepat. Mungkin bencana alam dapat diramal dan diambil tindakan berjaga2.Tetapi malang dan kemalangan yang menimpa diri adalah suratan, bukan satu kebetulan. Itulah terjadi kepada emak saya, tiba-tiba sahaja beliau jatuh dari tangga. Biasanya saya akan memimpin beliau dan saya sememangnya sudah bersedia untuk membuat kebiasaan itu. Malangnya entah macam mana emak saya secara sepontan terus melangkah dan terjunam empat anak tangga ke lantai menyebabkan dahinya berdarah dan tak bergerak beberapa ketika.

Kejadian berlaku sejurus selepas kami melakukan solat jamak maghrib dan isyak dan keluar untuk ke rumah kakak.Tak dapat dibayangkan betapa cemasnya saya ketika cuba 'menyedarkan' dan mengangkat emak saya. Saya hanya mampu membangunkan beliau dan menyandarkan pada badan saya sambil mengajar mengucap. Darah sudah keluar banyak dan kebetulan ketika itu juga kakak saya menalipon. Dia menyuruh saya meletakkan minyak gamat, dan kebetulan , ada minyak gamat dalam beg telekung yg masih belum dibuka. Minyak gamat pun disapukan pada dahi emak yg berdarah dan benjol. Tangan emak saya ketika itu mengelepar sedikit..

Sambil menunggu kakak datang, saya menalipon jaga dengan mengggunakan alat intercom. Tak sampai 5 minit jaga datang membantu mengangkat emak saya ke katil dan saya berikan beliau rawatan kecemasan, iaitu menalipon 'talian hayat'. Saya menalipon seorang ustaz yg biasa membantu kami. Ustaz mengarahkan saya memberi ibu saya minum air dan merenjiskan air ke tempat yg sakit sambil membaca 'la haula wa la quwata illa billah' dan berjanji akan 'bantu' dari jauh.Keadaan emak saya tidak tentu arah, asyik bergerak dan tak keruan..mungkin terlalu sakit tetapi dia tetap mengatakan yang dia seolah2 ditolak oleh 'sesuatu'.

Kira2 45 minit kemudian kakak dan anak saudara datang dan kami bawa emak ke unit kecemasan HUKM. Emak saya diberikan rawatan kecemasan , xray, ct-scan dan ECG. jam 3.30pagi barulah Dr memberikan laporan yg Emak saya mesti dimasukkan ke Hospital untuk rawatan selanjutnya.

Malangnya hospital Kerajaan tidak ada katil kosong. Pihak HUKM telah menalipon 9 hospital di Selangor tetapi diberitakan tak ada kekosongan malam itu. Jadi saya terpaksa menghantar ke hospital swasta. Talipon Pusrawi pun tak ada katil yang kosong. Hanya Hospital pakar al-Islam,Kg Baru [HPAI] yg ada reserve satu katil. Saya minta juga dibenarkan masuk kerana ibu saya sudah ada rekod di sana. Jam 4.30 emak saya tiba di HPAI dengan ambulan St John dan saya tiba sejurus kemudian selepas tersasar jalan sewaktu memandu dari HUKM ke Kg Baru.

Jam 5 pagi barulah saya pulang semula ke rumah tumpangan dan cuba tidur ttp tak mampu kerana menunggu solat subuh. Selepas subuh saya hanya baring tak mampu juga tidur kerana terlalu letih. Jam 10 pagi bergegas ke hospital dan kakak saya sekeluarga dari Ipoh sudah menunggu. Waduh, lega rasanya. Jam 11 saya kembali semula ke rumah tumpangan kerana ada tetamu dari Jeddah yg akan menginap di sana. Saya terpaksa menguruskan hal mereka kerana semua jadual sudah dirancang.

Sepanjang perjalanan wirid ' Rabbi yassir wala tu'asyir, ya kareem' tetap menjadi wirid saya. Walaupun pening,penat dan bengal, petang itu taklimat perniagaan yg sudah dijadualkan tetap mesti diteruskan.Syarikat memberikan taklimat sudah bersedia , jadi tak wajar jika dibatalkan. Malah mensyuarat keesokkan harinya juga tetap dijalankan. Begitulah hal dunia, yang ditimpa musibah tetap mesti merasa musibah, kehidupan tetap perlu diteruskan.Alhamdul illah emak saya sudak keluar wad Jumaat lalu.

Inilah surat takdir, kita merancang Allah yg menentukan.Kakak saya sudah merancang, kalau emak datang dapatlah dia gunting baju raya. Emak boleh tolong tengok2kan cucunya.. emm rupanyanya emak yg kena ditengok dan dijaga..itulah cobaan namanya. Banyak perancangan yg terpaksa diubah akibat tragedi terbaru ini. Mudah2an ada hikmahnya.Mudah2an emak saya juga tabah dengan cubaan ini, pergelangan tangannya kirinya retak.Mudah2an cepat sembuh dengan bantuan ubat kampung dan moden. Amin.

Sumber: Memacu minda ummah
Mari Bersama kita bertekad, Menjadi Generasi Tiada Hari Tanpa Qur'an

A H1N1 , Perokok memburukkan lagi wabak Selsema Babi

Oleh : Rozmal bin Malakan

Artikel dari The New England Journal of Medicine mendapati aktiviti merokok menambahkan lagi risiko penyebaran wabak A H1N1. Masyarakat yang kuat merokok akan menyebabkan epidemik ini bertambah buruk.

Kepada perokok-perokok di Malaysia semua. Fikir-fikirkanlah. Demi untuk diri anda sendiri , untuk isteri anda (lebih-lebih lagi yang mengandung) , demi anak-anak anda (lebih-lebih lagi yang berumur bawah 6 tahun) , demi ibu bapa anda (lebih-lebih lagi berumur 60 tahun ke atas) , demi agama, bangsa dan negara, INILAH MASANYA UNTUK ANDA BERHENTI MEROKOK ATAU JANGAN MEROKOK DI HADAPAN ORANG LAIN.

We conclude that smoking is a major determinant of morbidity in epidemic influenza and may contribute substantially to incapacitation in outbreaks in populations that smoke heavily.

Rozmal bin Malakan
http://waghih. blogspot. com

SERBU PEJABAT EXCO LAGI, KHIR TOYO SENANG LENANG

Email Oleh :newsforwarder®™
by : SOFI WAHAB


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiba di pejabat exco kerajaan Selangor, Rodziah Ismail, untuk menyiasat isu peruntukan DUN yang dibelanjakannya.
Serbuan ini kali kedua dibuat terhadap pemimpin Pakatan Rakyat di bangunan sekretariat negeri itu selepas siasatan di pejabat Ean Yong Hian Wah, 15 Julai lalu.
Siasatan ini dipercayai susulan aduan Gerakan Rakyat dan Anti Korupsi Malaysia (Gerak) pada 30 Julai lalu.

Malang berguni-guni aduan dan laporan tentang Menteri Besar Pencen BN, Khir Toyo tidak dipandang langsung oleh SPRM. Terakhir laporan dan pendedahan tentang 'Istana' Khir Toyo yang didakwa berharga RM24 juta tidak langsung disentuh SPRM.

Mengapa SPRM tidak bertindak terhadap Khir Toyo tetapi bertindak sepantas kilat terhadap aduan rasuah pemimpin PR termasuk Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Jelas SPRM adalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah BN yang hanya menyiasat dan mendakwa mereka yang tidak sebulu dengan BN.

Khir Toyo yang kaya raya, mewah dan menjadi jutawan sehingga berupaya membina rumah bernilai jutaan ringgit sedikit pun tidak diusik oleh SPRM.

Rakyat sedang memantau dan memerhatikan tindak tanduk SPRM. Pegawai-pegawai SPRM sepatutnya bertanggungjawab kepada semua aduan tidak memilih bulu dan pangkat. Mereka bukan sahaja bertanggungjawab kepada rakyat tetapi juga bertanggungjawab kepada Allah.

Andaikata mereka menyembunyikan fakta dan tidak mahu mendakwa pemimpin BN yang dilaporkan bersalah maka tunggu siksaan Allah pada hari yang tidak berguna lagi anak pinak dan harta kecuali mereka yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.

National Geographic best pictures of the year "sejuk mata d PC"

Oleh : Shah Bundy

These are the National Geographic BEST pictures for the year.
































Selingan-Clever Living

Oleh : Amirrudin Ahmad

Akal manusia memang kreatif tapi masalahnya menyusahkan diri sendiri. Benda yang senang jadi susah dibuatnya tapi macam manapun itu lah dinamakan Idea Kreatif. Perbuatan dibina diluar kemampuan otak manusia lain.














SERAHAN SURAT RASMI KEPADA DATUK BANDAR IPOH MEMOHON MENGGUNAKAN STADIUM PERAK, IPOH UNTUK MENGADAKAN HIMPUNAN BUBURKAN DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) PE

MEMO

Kepada :-
Semua Editor dan Wartawan,
Media Massa.

Saudara / saudari,

SERAHAN SURAT RASMI KEPADA DATUK BANDAR IPOH MEMOHON MENGGUNAKAN STADIUM PERAK, IPOH UNTUK MENGADAKAN HIMPUNAN BUBURKAN DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) PERAK

Adalah dimaklumkan bahawa Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) dan juga Pemuda Pakatan Rakyat (PR) Perak akan membuat serahan tersebut pada maklumat seperti berikut :-

Tarikh :11 Ogos 2009 / 20 Syaaban 1430(SELASA)

Masa :10.30 pagi

Tempat:Pejabat Datuk Bandar Ipoh,Majlis Bandaraya Ipoh ,Jalan Sultan Abdul Jalil,
Greentown, Ipoh .

Serahan akan di ketuai oleh pimpinan Pemuda Pakatan Rakyat (PR) Perak.

Semua wartawan dijemput hadir untuk membuat liputan. Terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

SAFARIZAL BIN SALEH
Penolong Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
(H/P : 013-326 6194)




POSTER CERAMAH

Oleh : Yunus Jamsari



Salam hormat,

YB. Abd. Yunus b. Jamhari
ADUN Kawasan Kuala Kurau
Ketua Cabang Bahagian Parit Buntar

H/P : 012-4133260
Pej / Faks : 05-7278506
Email : yunusjamsari@yahoo..com
Web : http://ybyunus.blogspot.com