11 Ogos 2009

SERBU PEJABAT EXCO LAGI, KHIR TOYO SENANG LENANG

Email Oleh :newsforwarder®™
by : SOFI WAHAB


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiba di pejabat exco kerajaan Selangor, Rodziah Ismail, untuk menyiasat isu peruntukan DUN yang dibelanjakannya.
Serbuan ini kali kedua dibuat terhadap pemimpin Pakatan Rakyat di bangunan sekretariat negeri itu selepas siasatan di pejabat Ean Yong Hian Wah, 15 Julai lalu.
Siasatan ini dipercayai susulan aduan Gerakan Rakyat dan Anti Korupsi Malaysia (Gerak) pada 30 Julai lalu.

Malang berguni-guni aduan dan laporan tentang Menteri Besar Pencen BN, Khir Toyo tidak dipandang langsung oleh SPRM. Terakhir laporan dan pendedahan tentang 'Istana' Khir Toyo yang didakwa berharga RM24 juta tidak langsung disentuh SPRM.

Mengapa SPRM tidak bertindak terhadap Khir Toyo tetapi bertindak sepantas kilat terhadap aduan rasuah pemimpin PR termasuk Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Jelas SPRM adalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah BN yang hanya menyiasat dan mendakwa mereka yang tidak sebulu dengan BN.

Khir Toyo yang kaya raya, mewah dan menjadi jutawan sehingga berupaya membina rumah bernilai jutaan ringgit sedikit pun tidak diusik oleh SPRM.

Rakyat sedang memantau dan memerhatikan tindak tanduk SPRM. Pegawai-pegawai SPRM sepatutnya bertanggungjawab kepada semua aduan tidak memilih bulu dan pangkat. Mereka bukan sahaja bertanggungjawab kepada rakyat tetapi juga bertanggungjawab kepada Allah.

Andaikata mereka menyembunyikan fakta dan tidak mahu mendakwa pemimpin BN yang dilaporkan bersalah maka tunggu siksaan Allah pada hari yang tidak berguna lagi anak pinak dan harta kecuali mereka yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.

3 ulasan:

Sufi_an berkata...

salam perjuangan...
secara peribadi,untuk satu aspek dan kebaikan kerajaan Pakatan Rakyat, tindakan SPRM ini merupakan satu tindakan yang baik demi menjaga kerajaan PR demi untuk mencapai matlamat menawan Malaysia dalam PRU 13 akan datang.

PR tidak perlu lagi melantik mana-mana agensi penasihat yang mengenakan bayaran berpuluh juta untuk menjaga imej bersih PR kerana semua telah disediakan oleh SPRM.

Anggaplah SPRM itu sebagai satu badan untuk menjaga akhlak dan tingkah laku PR dalam soal pentadbiran agar tidak terlibat dalam kes rasuah dan salah guna kuasa

Soal mereka tidak menyiasat kesalahan UMNO BN ni,kita sedia maklum,biar sekuat mana pun kita berkokok,tabiat buruk SPRM ini tidak akan berubah, bila mereka tidak berubah,maka kita yang kena berubah dan mengubah semua itu.

Allah tidak akan menguji hambaNYA yang tidak tahan dengan ujian,setiap ujian Allah itu tandanya ALLAH sayangkan mereka yang di uji.

Ada hikmahnya; kalau baru 5 negeri dikuasai PR sudah timbul skandal rasuah dan sebagainya, bagaimana pula jika 1 Malaysia ditakdirkan memerintah,pasti kelam kabut jadinya nanti, dan pastinya juga PR tidak akan mampu bertahan lama memerintah negara.

Rakyat akan melihat dan menilai,jika PR buruk laku,PRU 13 jangan harap nak menang

Kepada semua khususnya PAS,jangan kita menyalahkan SPRM yang semua tahu dah salah, tetapi tanggungjawab PAS menilai dan mengkaji dan sentiasa muhasabah dir sejauh mana semua YB2 PAS mengamalkan akhlak dan Sunnah Nabi..

wallahua'lam....

Tanpa Nama berkata...

Botullah tu.. Sodeh gak bilo asyik kona sorbu jo.. Lopeh satu satu.. Lopeh 2 satu, lopeh tigo pun satu.. Iyolah kan, satu Malaysio dok..??
SPRM pun dah boleh kito tukar namo jadi Siasat Pakatan Rakyat Malaysio.. Takdo dio nak siasat nyo si toyo tu.. Ditaburnya repot sampei membukit tinggi wisma massalam tu pun tak nampok dio repot kito nih..
Entoh la jang oii.. Sodeh sangat hati den nih.. Sodeh sangat-sangat.. Ya Allah.. Engkaulah Pemiliknya Agung Keadilan..

Tanpa Nama berkata...

serbu pukul rembat malaysia ( sprm)
suka pukul rotan malaysia
sapa peduli rakyat merana
suka pekena rakyat marhaen
skuad pembela rejim muhdnajib
suka pedajai rakyat miskin
sergah pukul rotan maki
hidup sprm......kami penyokong kamu yang suka bela bn.
hidup sprm kami sokong kamu yang memilih kes semata-mat untuk bn
hidup sprm nanti bila hangpa mati hangpa jawab la kat Allah.