11 Ogos 2009

Syaitan Menyuruh Anaknya Sholat *

oleh : http://amkj.blogspot.com
Catatan Zabidie Abas


" Anwar Penghianat " kata Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.

Lantas dari itu hiruk-pikuk terutama anak-anak muda yang bergelar Pemuda Umno seluruh Malaysia menyokong laungan itu. Hingga hari ini akhbar dan media prima pro-Umno begitu berbangga dengan laungan ' Anwar Penghianat'. Di Johor dan merata negara terpampang sepanduk dibeberapa laluan ditepi jalanraya utama dengan 'Anwar Penghianat'.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berbangga dengan celaannya diraikan.

Jahaman anak-anak kita dibangku sekolah mempunyai menteri yang berideologi hina-dina. Dihasut-disematkan sekelian pelajar , anak bangsa , kakitangan kerajaan dan seluruh rakyat dengan budaya primitif. Apabila diberi ruang untuk meminta maaf dengan sifat kesyaitanan enggan bertolak ansur. Tercela sungguh pemimpin yang mengaku beragama Islam ini.

Jika berlarutan dan tidak diperbaiki, maka anak-anak kita dibawah kawal-selianya lebih dasyat diajar budaya tidak bertamadun dari seorang menteri bermoral tidak senonok .

Beliau sebagai Menteri Pendidikan Malaysia yang saban hari meminta guru-guru dan dan pelajar sekolah bertatsusila dan bersopan-santun memberi tauladan sebaliknya. Malunya kita mempunyai menteri yang dianggap idola berperangai hodoh sedemikian.

Kalah di Manek Urai, itu adat pertandingan. Usahlah digadai anak-bangsa apabila keringat disudahi dengan kekalahan. Terimalah kekalahan itu kerana strategi dan penampilan belum diterima pengundi sepenuhnya. Adalah memalukan sebagai anak Johor menampilkan budi perkerti sedemikian. Bangsa jawa dibekalkan peradapan yang tinggi, bukankah begitu Tan Sri ?.

Berpolitik biar dengan peradapannya tanpa serangan peribadi dan mencarca keterlaluan. Mencerca dan menghasut sedemikan rupa ibarat 'Syaitan mengajar anaknya bersholat'.

Tan Sri, maaf dari saya atas melebelkan Tan Sri dengan peribahasa ini . Tetapi jika keegoan Tan Sri berterusan. Kalungan ini amat bersesuaian sebagai mentari-pemimpin berperangai dipenuhi sifat hasad-dengki.

Jika benar Anwar Ibrahim penghianat, saluran mahkamah adalah jalan terbaik untuk 'bersemuka'. Tan Sri amat memalukan anak-bangsa Johor.

* ungkapan ini dipinjam dari artikel Johor Daily.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pada saya biar pi lah nak label apa-apapun ,yang penting diri kita sendiri jangan label-labelkan pada orang.Pada pandangan TPM anwar pengkhianat dilihat daripada sudut politik kerajaan BN.Begitu juga jika di kalangan parti pembangkang yang melabelkan pelbagai gelaran kepada politik kerajaan adalah pandangan diri politik masing-masing.Saya tak bela TPM,tapi kerap juga saya ikuti ceramah anwar sama ada live atau melalui cd, ada juga dia melabelkan pemimpin umno atau BN dengan pelbagai nama dan gelaran yang tak sedap didengar.Oleh itu pandangan saya untuk sdr Zabidi Abas dalam kolum ini,ialah tidak maki hamun kalau bukan politik namanya.Untuk melarikan diri daripada melabelkan sesama manusia jangan melibatkan diri dalam politik.

Tanpa Nama berkata...

Salam, saya berharap dr idham lim turut sama menegur tuan guru nik aziz yang lebih teruk melabel pihak umno dengan pelbagai lagi tohmahan seperti sama dengan ayah pin, ppergi jahanam umno dan lain-lain yang lagi mendorong anak muda mengeluarkan kata2 kesatt kerana tuan guru nik aziz dilabel ulama..saya harap dr idham dapat mengkaji terlebih dahulu ucapan siapa yang sering menimbulkan kekacauan dan kontroversi..wassalam

david ahmad muniandy berkata...

baca blog umno ds zambry kadir pun memperli-perli blog pakatan rakyat dan baca blog pakatan rakyat pun sama juga memperli-perli blog umno.

bagi aku kedua-dua parti lebih kurang sama juga 2x5 5x2, lebih elok lagi rakyat duduk diam-diam lihat semua menteri termasuk menteri pakatan rakyat buat kerja dan mengeluarkan undang-undang barulah rakyat sendiri menilaikan.

Tanpa Nama berkata...

Tan Sri Muhyiddin Yassin... setiap org yg melaungkan perkara yg penah dilaungkan...
tak sedar ker saham dosa makin bertambah...
cari la down line ramai lagi...
nanti makin senang masuk neraka...
tak payah beratur, sebab duk kat depan sekali

Tanpa Nama berkata...

minta TPM tarik balik..kalau tidak berbuat demikian anwar ada merit utk bawa ke mahkamah.

Tanpa Nama berkata...

semua org ubn setuju kata macam tu sbb depa dah nampak nak tewas dlm pru 13 nanti..
tak dan puas memerintah, baru dpt peluang... dah pr nak rampas.bukti? semua prk tewas..

Tanpa Nama berkata...

SALAM BUAT SEMUA PEMBACA, ADALAHLEBIH BAIK PEMIMPIN MEMIKIRKAN BAGAIMANA CARA UNTUK MENSEJAHTERAKAN RAKYAT DARIPADA MENGELUARKAN KENYATAAN YANG TIDAK BERFAEDAH. CUBA TANYA DIRI SENDIRI, APAKAH FAEDAHNYA MENGELUARKAN KENYATAAN BERIKUT? ADAKAH HANYA UNTUK MENCARI POPULARITI MURAHAN? UNTUK TPM, SEBAGAI NEXT IN LINE TO BE THE TOP MAN, JANGANLAH BIARKAN DIRI ANDA BERADA DI BAWAH IQ YANG RENDAH, THINK FORWARD FOR THE BETTERMENT OF THE NATION.

gembala lembu berkata...

tuduhan TPM terhadap DSAI itu perlu disertakan bukti terperinci,kalau tidak ia akan dianggap satu fitnah semata-mata
puak2 umno yg berhimpun menyokong TPM itu jgn hanya menyokong secara membuta tuli tanpa mempunyai hujjah...
jangan jadi lembu menarik pedati!

Tanpa Nama berkata...

Kalau di perhatikan tabiat ahli politik kita hari ini tidak lah banyak beza nya dengan mereka yang hidup di dua dekat dahulu. Maki memaki, kata mengata dan serang menyerang. Bezanya dahulu adalah sesama mereka yang sekampung, tetapi sekarang ruang lingkup nya dalah lebih besar.
Amat memalukan melihat menteri, pembesar negara, ahli politik berkelakuan begini. Seolah olah mereka ini tidak berpelajaran. Apa yang di dahulukan ialah sifat nak menang dalam perbahasan. Tidak ada lansung sifat mahu mendengar teguran, menilai diri dan bertolak ansur.Nafsu telah menguasai mereka.
Saya tercari cari seorang pemimpin politik yang bolih saya hormati sepenuhnya, tapi malangnya belum saya temui. Mungkin ada tetapi mereka ini adalah di antara mereka yang tidak menunjulkan diri.

john berkata...

Kepada yg berkenaan, TG N.Aziz x mencela orang/individu..tapi dia mencela parti UMNO (dasar sekular) dia kato "UMNO ni mcm ayoh pin,pergi jahane UMNO" bukan individu ya.kena faham term tu..kalau masuk court kalah tu.. Individu/seseorang, dia boleh berubah mana tahu sempat bertaubat. Ade sapa2 sini boleh bagi contoh yg TGNA pernah mengata ke..mengutuk ke seseorang individu..ade? UMNO ni dia takkan berubah dah sebab dia parti benda bukan hidup (non-living thing) UMNO tak masuk neraka tapi orang yang berfahamannya tak tahulaa wallahuallam..so paham2 je la..tahu sangat takut bila ulama marah...kalu takut tak yah menganut ajaran umno la...cit poodah punya orang la!

Tanpa Nama berkata...

nampaknya ramai lagi ahli2 politik yg tidak matang walaupun bergelar pemimpin tertinggi.
Jadi tidak hairanlah pengikut2 pun menjadi jadi kurang matangnya.Cita2 hendak maju kedepan tetapi masih berundur kebelakang,bila nak sampai kedepan sana.
Inilah akibatnya jika beranggapan dan terpengaruh dengan politik adalah segalanya.

Tanpa Nama berkata...

Habis tu anwar ibrahim tu [embela bangsa mana?Pembela bangsa cin dan india,tetapi melayu nanti dulu?