Seorang penduduk Kampung Buah Pala cuba menghalang anggota polis dan kontraktor pemaju projek perumahan Kampung Buah Pala, Nusmetro Ventures(P) Sdn Bhd untuk membuat proses merobohkan rumah di Pulau Pinang, semalam. Selepas membuat perbincangan pemaju projek bersetuju untuk memberikan tempoh sehingga 1 Sept ini untuk merobohkan rumah mereka. -- foto BERNAMA15 Ogos 2009
Kerja meroboh Kampung Buah Pala ditangguh 1 September
Seorang penduduk Kampung Buah Pala cuba menghalang anggota polis dan kontraktor pemaju projek perumahan Kampung Buah Pala, Nusmetro Ventures(P) Sdn Bhd untuk membuat proses merobohkan rumah di Pulau Pinang, semalam. Selepas membuat perbincangan pemaju projek bersetuju untuk memberikan tempoh sehingga 1 Sept ini untuk merobohkan rumah mereka. -- foto BERNAMABerjubah dan berserban...
Teoh 'mungkin diseret' sebelum mati
Saksi forensik polis dalam prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini tidak menolak kemungkinan mendiang diseret sebelum ditemui mati tertiarap di atas lantai tingkat lima Plaza Masalam, Julai lalu.Pegawai penyiasat Cif Inspektor Mazli Jusoh (kiri), 31, dari cawangan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor berkata demikian selepas ditunjukkan kesan geseran pada tapak kasut sebelah kanan mangsa yang ditemui di tempat kejadian.
"Setuju bahawa geseran bahagian tapak kasut ada implikasi yang penting?" tanya peguam pemerhati bagi kerajaan Selangor, Malik Imtiaz Sarwar dan Mazli menjawab: "Setuju".
"Adakah kemungkinan si mati diseret?" tanya Malik Imtiaz lagi dan Mazli berkata:
"Tidak, kerana pada kebiasaannya kalau seseorang diseret, ia akan tidak kena pada tapak kasut, sebab kalau diseret dari belakang, dia akan tahan kaki dengan tumit."
"Tapi kalau diseret dari tepi? Ada kemungkinan?" soal Malik Imtiaz dan kali ini saksi itu menjawab: "Ada."

Mazli kemudian menjelaskan kepada koroner Azmil Muntapha Abas bahawa kesan geseran sehingga menampakkan lapisan kain yang melekat di atas tapak kasut itu bukanlah bahan asing, tetapi merupakan sebahagian daripada kasut itu sendiri.
"Bukan ia (lapisan kain itu) melekat pada kasut masa si mati jatuh?" soal koroner dan Mazli menjawab: "Tidak, kerana ia melekat di situ (atas tapak kasut) dan tidak boleh dicabut."
Bagaimanapun, saksi itu mengakui tidak membuat apa-apa pemeriksaan terhadap kesan tersebut dan berkata: "Untuk pastikan, perlu hantar balik ke kilang kasut.
"Tapi saya ada periksa kawasan kejadian dan tidak menjumpai apa-apa benda yang sepadan dengan bahan yang sama yang melekat pada kasut itu," jelasnya.
Ketika ditanya peguam pemerhati Richard Wee samada terdapat bahagian tajam di luar tingkap tingkat 14 bangunan itu yang boleh menyebabkan seluar mangsa tersangkut dan terkoyak, Mazli menjawab: "Tidak."
Mazli juga berkata beliau tidak pula menjumpai sebarang kesan gentian fabrik seluar pada bingkai tingkap di tingkat 14, yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu.
Dalam keterangannya lagi, beliau berkata tingkap seluas hampir 0.6m, dengan ketinggian 0.9m dari aras lantai itu, boleh dilangkah keluar.

Bagaimanapun, beliau berkata hasil pemeriksaannya menunjukkan tiada kesan tapak kasut di bingkai dan cermin tingkap serta lantai di kawasan tersebut.
"Saya ada periksa kawasan itu, ia berhabuk, kalau berhabuk, dan dipijak mesti meninggalkan kesan (tapak kasut) tapi tiada kesan," katanya.
Beliau berkata hasil ujian cap jari pada bahagian tingkap itu menggunakan kaedah 'dusting' juga adalah negatif kerana keadaan tingkap yang kotor dan berhabuk.
Terdahulu pada prosiding itu, koroner ditunjukkan barang-barang kes yang diperiksa dan diambil pasukan forensik dari tempat kejadian termasuk seluar putih yang terkoyak di bahagian punggung dan berlumuran darah kering, kasut, tali jam dan empat calitan yang diambil di sofa dan tingkap di tingkat 14 pejabat SPRM.
Dalam keterangannya, Mazli memberitahu beliau telah memeriksa kawasan tempat kejadian pada 16 Julai dan menemui sebatang gigi berhampiran mayat mangsa, kesan lekukan atas lantai tempat mayat tertiarap, kesan lekukan pada bingkai tingkap serta kesan patah pada pemegang kunci tingkap di tingkat 14.
Teoh, 30, setiausaha politik pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung
Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di situ.
Prosiding bersambung esok. BERNAMA
MalaysiaKini/-
Speaker Sivakumar : Hee Yit Fong dicadang untuk dipenjara
Speaker DUN Perak Pakatan Rakyat, V.Sivakumar sekali lagi menggantung Menteri Besar BN Perak daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) selama 3 bulan dan didenda RM250,000 kerana kesalahan Zambry telah menghadiri sidang DUN pada 7 Mei lepas walaupun telah digantung sebelum itu.Sivakumar yang mempengerusikan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan itu turut menggantung Exco Kanan Datuk Hamidah Osman yang juga Adun Sungai Rapat bagi tempoh yang sama serta didenda dengan nilai yang sama.
Selain itu, Timbalan Speaker Hee Yit Foong pula dicadang untuk dipenjarakan selama enam bulan dan didenda RM500,000.
Dalam sidang media kelmarin Sivakumar turut mengumumkan persidangan DUN Perak akan diadakan pada 2 September ini pada 10 pagi dan sidang itu tidak perlu mendapat perkenan Sultan Perak kerana ia merupakan sidang yang ditangguhkan dan beliau mempunyai kuasa untuk memanggil persidangan.
Beliau yang membuat pengumuman berkenaan kepada media di sebuah hotel di sini berkata, beliau mengambil keputusan untuk membuat sidang DUN itu berdasarkan beberapa alasan termasuk sidang DUN pada 7 Mei lalu tidak lengkap sepenuhnya.
Siva berkata, mengikut peraturan sidang DUN hanya harus berjalan selepas titah Sultan.
Menurutnya, selepas titah, akan ada perkara-perkara lain termasuk debat mengenai ucapan Sultan dan pada hari terakhir persidangan menteri besar akan menggulung segala butir perdebatan dalam sidang berkenaan.
“Manakala titah Tuanku juga harus dibuat undi untuk meluluskannya.
“Bagaimanapun seperti yang dimaklumi semasa sidang yang lepas semua ini tidak berlaku dan dewan hanya ditangguhkan begitu sahaja dan kini sudah tiga bulan berlalu.
“Manakala hak sebagai ADUN untuk berbahas dan mengemukakan masalah dalam kawasan mereka juga telah dinafikan,” katanya.
Beliau berkata, apa yang berlaku dalam sidang berkenaan ialah kekacauan termasuk kehadiran tujuh ADUN yang telah digantung pada 3 Mac lalu dan tiga ADUN bebas yang telah meletakkan jawatan.
Menurutnya, kekecohan juga wujud apabila polis diarahkan untuk memasuki dewan dan seterusnya menariknya keluar dari dewan.
“Jadi adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai Speaker yang sah dari segi undang-undang untuk meneruskan persidangan yang tertangguh pada 7 Mei lalu selepas titah ucapan Sultan.
“Ia untuk membolehkan semua prosedur yang tidak dijalankan semasa persidangan yang lalu diteruskan,” katanya.
Manakala menjawab soalan wartawan mengenai adakah pihaknya mengiktiraf sidang 7 Mei lalu, Sivakumar berkata, pihaknya mengiktiraf titah Sultan dan bukannya perkara yang berlaku sebelumnya.
Katanya, persidangan yang bakal diadakan itu tidak perlukan perkenan Sultan kerana ia merupakan sidang yang ditangguhkan dan Speaker mempunyai kuasa untuk memanggil persidangan.
“Saya akan mengeluarkan notis panggilan untuk menghadiri sidang ini selewat-lewatnya hari ini,” katanya.
Sivakumar membacakan peraturan Dewan yang membolehkan speaker memanggil sidang DUN yang ditangguhkan.
Siasat segera RM10 juta untuk Ong Tee Kiat
Lim Kit Siang dalam kenyataannya berkata, bukan sahaja SPRM, polis juga patut membuat siasatan segera.
Semalam, bos syarikat Kuala Dimensi yang sedang disiasat ekoran dakwan salah laku dalam projek Perlabuhan Klang Free Trade Zone (PKFZ), Tiong King Sing berkata, dia telah mendermakan RM10 juta kepada Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat.
Derma itu, dakwa Tiong, diserahkan beliau melalui Bahagian MCA tahun lepas.
Hari ini, Bengkel Pakatan Rakyat di Petaling Jaya juga mengambil keputusan mengecam tindakan SPRM yang didakwa menjadi alat Barisan Nasional.
Ini ekoran tindakan rakus dan tergesa-gesa SPRM dalam menyiasat para pemimpin Pakatan Rakyat khasnya di Selangor tetapi membiarkan pemimpin BN bergelumang dengan rasuah.
Pagi tadi, Ong Tee Kiat membuat laporan polis ekoran kenyataan CEO Kuala Dimensi itu.
Namun, Tiong King Sing menyambut baik laporan itu dan meminta Ong membuat laporan polis dan seterusnya menyaman beliau.
Beliau juga berkata mempunyai saksi terhadap kenyataannya kepada semua laman web semalam.
"Saya bagi dia duit cash kerana dia mahu cepat," kata Tiong King Sing kepada satu laman web hari ini.
Isu PKFZ dianggap punca penolakan secara langsung orang Cina terhadap MCA. Sebaik sahaja menjadi Presiden MCA dan Menteri Pengangkutan, Ong Tee Kiat berusaha keras untuk menyelesaikan isu ini.
Ekoran itu, baru-baru ini, PKFZ telah mendedahkan, siasatan sedang dibuat terhadap Kuala Dimensi ekoran beberapa tuntutan yang tidak munasabah yang melibatkan wang sehingga RM1 bilion.
Apa yang menyebabkan Tiong King Sing marah adalah Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan untuk menyiasat penyelewengan PKFZ tidak pernah memanggil mereka untuk mendapatkan maklum balas sebelum membuat laporan termasuk salahlaku wang yang bernilai antara RM500 juta ke RM1 bilion.
ImageTiong King Sing (gambar), yang juga pengerusi Kelab Penyokong BN di Dewan Rakyat, mendakwa beliau telah 'menderma' RM10 juta kepada Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat tahun lalu.Wang tersebut, tambahnya, adalah untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahagian-bahagian MCA.
Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah berkata, Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali dan 'berhutang' kepada mereka sebanyak AS$40,000 bagi perkhidmatan tersebut, lapor satu laman web.
HarakahDaily.Net/-
Pengkhianat sebenar adalah Muhyidin?
Ini kerana beliau dan Umnolah yang diberikan mandat untuk menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara selama ini.
Nizar tidak menyebut secara jelas tetapi dipercayai kerana peranan Muhyidin dalam hubungan antara Malaysia dan Singapura serta kedudukan orang Melayu di Johor.
"Umno dan Barisan Nasional adalah parti yang telah mengkhianati orang Melayu dan Umat Islam dalam negara ini. Mereka telah mengkhianati amanah dan tanggungjawab yang sepatutnya mereka laksanakan sebagai pemimpin dan khalifah di muka bumi ini.
"Sebagai pendokong amanah mereka sepatutnya adil tanpa mengkhianati dalam apa jua aspek. Tapi kita lihat bagaimana sikap dan tindakan mereka apabila adanya bantahan dan rakyat tidak menyokong kepimpinan mereka maka amanah yang sepatutnya mereka laksanakan itu mereka kesampingkan walaupun yang mengharapkan sokongan daripada mereka itu adalah orang Melayu dan umat Islam sendiri."
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin memulakan serangan ke atas Anwar dan menyifatkan beliau pengkhianat. Ia dibuat menjelang pilihan raya kecil Permatang Pasir, Dun yang terletak dalam kawasan Parlimen Anwar iaitu Permatang Pauh.
Ia juga dibuat serentak dengan serangan berterusan terhadap Pakatan Rakyat khasnya dalam usaha yang dilihat sebagai mahu memecahkan hubungan antara parti-parti itu.
Ini kerana, Pakataan dilihat sebagai cabaran utama kepada BN dan Anwar adalah pemimpin utamanya.
Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata Umno dan Barisan Nasional perlu sedar bahawa rakyat sudah tidak menyokong mereka lagi untuk terus mentadbir negara ini.
"Sehubungan dengan itu sekali lagi dalam pilihan raya kecil yang kelapan dalam negara yang akan diadakan selepas Penanti baru-baru ini, Umno dan Barisan Nasional harus diberi pengajaran dan kesedaran kepada mereka di kerusi Permatang Pasir pula bahawa rakyat sudah tidak memerlukan mereka untuk meneruskan perjuangan sebagai pemerintah dalam negara ini," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah dalam majlis 'Sepetang Bersama Menteri Besar Pakatan Rakyat Negeri Perak' anjuran Dewan Muslimat kawasan Permatang Pauh.
HarakahDaily.Net/-
14 Ogos 2009
Kisah Nabi Adam A.S
Bismillah hirrahman nirrahim.... ...
Kisah Adam dalam Al-Quran.
Al_Quran menceritakan kisah Adam dalam beberapa surah di antaranya surah Al_Baqarah ayat 30 sehingga ayat 38 dan surah Al_A'raaf ayat 11 sehingga 25
Pengetahuan Adam Tentang Nama-Nama Benda.
Allah hendak menghilangkan anggapan rendah para malaikat terhadap Adam dan menyakinkan mereka akan kebenaran hikmat-Nya menunjuk Adam sebagai penguasa bumi,maka diajarkanlah kepada Adam nama-nama benda yang berada di alam semesta,kemudian diperagakanlah benda-benda itu di depan para malaikat seraya:
"Cubalah sebutkan bagi-Ku nama benda-benda itu,jika kamu benar merasa lebih mengetahui dan lebih mengerti dari Adam."
Para malaikat tidak berdaya memenuhi tentangan Allah untuk menyebut nama-nama benda yang berada di depan mereka.Mereka mengakui ketidak-sanggupan mereka dengan berkata:"Maha Agung Engkau! Sesungguhnya kami tidak memiliki pengetahuan tentang sesuatu kecuali apa yang Tuhan ajakan kepada kami.Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana."
Adam lalu diperintahkan oleh Allah untuk memberitahukan nama-nama itu kepada para malaikat dan setelah diberitahukan oleh Adam,berfirmanlah Allah kepada mereka:"Bukankah Aku telah katakan padamu bahawa Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan. "
Adam Menghuni Syurga.
Adam diberi tempat oleh Allah di syurga dan baginya diciptakanlah Hawa untuk mendampinginya dan menjadi teman hidupnya,menghilang kan rasa kesepiannya dan melengkapi keperluan fitrahnya untuk mengembangkan keturunan. Menurut cerita para ulamat Hawa diciptakan oleh Allah dari salah satu tulang rusuk Adam yang disebelah kiri diwaktu ia masih tidur sehingga ketika ia terjaga,ia melihat Hawa sudah berada di sampingnya.ia ditanya oleh malaikat:"Wahai Adam! Apa dan siapakah makhluk yang berada di sampingmu itu?"
Berkatalah Adam:"Seorang perempuan."Sesuai dengan fitrah yang telah diilhamkan oleh Allah kepadanya."Siapa namanya?"
tanya malaikat lagi."Hawa", jawab Adam."Untuk apa Tuhan menciptakan makhluk ini?",tanya malaikat lagi.
Adam menjawab:"Untuk mendampingiku, memberi kebahagian bagiku dan mengisi keperluan hidupku sesuai dengan kehendak Allah."
Allah berpesan kepada Adam:"Tinggallah engkau bersama isterimu di syurga,rasakanlah kenikmatan yang berlimpah-limpah didalamnya,rasailah dan makanlah buah-buahan yang lazat yang terdapat di dalamnya sepuas hatimu dan sekehendak nasfumu.Kamu tidak akan mengalami atau merasa lapar,dahaga ataupun letih selama kamu berada di dalamnya.Akan tetapi Aku ingatkan janganlah makan buah dari pohon ini yang akan menyebabkan kamu celaka dan termasuk orang-orang yang zalim.Ketahuilah bahawa Iblis itu adalah musuhmu dan musuh isterimu,ia akan berusaha membujuk kamu dan menyeret kamu keluar dari syurga sehingga hilanglah kebahagiaan yang kamu sedang nikmat ini."
Iblis Mulai Beraksi.
Sesuai dengan ancaman yang diucapkan ketika diusir oleh allah dari Syurga akibat pembangkangannya dan terdorong pula oleh rasa iri hati dan dengki terhadap Adam yang menjadi sebab sampai ia terkutuk dan terlaknat selama-lamanya tersingkir dari singgahsana kebesarannya. Iblis mulai menunjukkan rancangan penyesatannya kepada Adam dan Hawa yang sedang hidup berdua di syurga yang tenteram, damai dan bahagia.
Ia menyatakan kepada mereka bahawa ia adalah kawan mereka dan ingin memberi nasihat dan petunjuk untuk kebaikan dan mengekalkan kebahagiaan mereka.Segala cara dan kata-kata halus digunakan oleh Iblis untuk mendapatkan kepercayaan Adam dan Hawa bahawa ia betul-betul jujur dalam nasihat dan petunjuknya kepada mereka.Ia membisikan kepada mereka bahwa.larangan Tuhan kepada mereka memakan buah-buah yang ditunjuk itu adalah karena dengan memakan buah itu mereka akan menjelma menjadi malaikat dan akan hidup kekal.Diulang- ulangilah bujukannya dengan menunjukkan akan harumnya bau pohon yang dilarang indah bentuk buahnya dan lazat rasanya.Sehingga pada akhirnya termakanlah bujukan yang halus itu oleh Adam dan Hawa dan dilanggarlah larangan Tuhan.
Allah mencela perbuatan mereka itu dan berfirman yang bermaksud: "Tidakkah Aku mencegah kamu mendekati pohon itu dan memakan dari buahnya dan tidakkah Aku telah ingatkan kamu bahawa syaitan itu adalah musuhmu yang nyata."
Adam dan Hawa mendengar firman Allah itu sedarlah ia bahawa mereka telah terlanggar perintah Allah dan bahawa mereka telah melakukan suatu kesalahan dan dosa besar.Seraya menyesal berkatalah mereka:"Wahai Tuhan kami! Kami telah menganiaya diri kami sendiri dan telah melanggar perintah-Mu karena terkena bujukan Iblis.Ampunilah dosa kami karena nescaya kami akan tergolong orang-orang yang rugi bila Engkau tidak mengampuni dan mengasihi kami."
Adam dan Hawa Diturunkan Ke Bumi.
Allah telah menerima taubat Adam dan Hawa serta mengampuni perbuatan pelanggaran yang mereka telah lakukan hal mana telah melegakan dada mereka dan menghilangkan rasa sedih akibat kelalaian peringatan Tuhan tentang Iblis sehingga terjerumus menjadi mangsa bujukan dan rayuannya yang manis namun berancun itu.
Adam dan Hawa merasa tenteram kembali setelah menerima pengampunan Allah dan selanjutnya akan menjaga jangan sampai tertipu lagi oleh Iblis dan akan berusaha agar pelanggaran yang telah dilakukan dan menimbulkan murka dan teguran Tuhan itu menjadi pengajaran bagi mereka berdua untuk lebih berhati-hati menghadapi tipu daya dan bujukan Iblis yang terlaknat itu.Harapan untuk tinggal terus di syurga yang telah pudar karena perbuatan pelanggaran perintah Allah,hidup kembali dalam hati dan fikiran Adam dan Hawa yang merasa kenikmatan dan kebahagiaan hidup mereka di syurga tidak akan terganggu oleh sesuatu dan bahawa redha Allah serta rahmatnya akan tetap melimpah di atas mereka untuk selama-lamanya. Akan tetapi Allah telah menentukan dalam takdir-Nya apa yang tidak terlintas dalam hati dan tidak terfikirkan oleh mereka. Allah s.w.t.yang telah menentukan dalam takdir-nya bahawa bumi yang penuh dengan kekayaan untuk dikelolanya, akan dikuasai kepada manusia keturunan Adam memerintahkan Adam dan Hawa turun ke bumi sebagai benih pertama dari hamba-hambanya yang bernama manusia itu.Berfirmanlah Allah kepada mereka:"Turunlah kamu ke bumi sebagian daripada kamu menjadi musuh bagi sebagian yang lain kamu dapat tinggal tetap dan hidup disan sampai waktu yang telah ditentukan."
Turunlah Adam dan Hawa ke bumi menghadapi cara hidup baru yang jauh berlainan dengan hidup di syurga yang pernah dialami dan yang tidak akan berulang kembali.Mereka harus menempuh hidup di dunia yang fana ini dengan suka dan dukanya dan akan menurunkan umat manusia yang beraneka ragam sifat dan tabiatnya berbeda-beda warna kulit dan kecerdasan otaknya.Umat manusia yang akan berkelompok- kelompok menjadi suku-suku dan bangsa-bangsa di mana yang satu menjadi musuh yang lain saling bunuh-membunuh aniaya-menganianya dan tindas-menindas sehingga dari waktu ke waktu Allah mengutus nabi-nabi-Nya dan rasul-rasul- Nya memimpin hamba-hamba- Nya ke jalan yang lurus penuh damai kasih sayang di antara sesama manusia jalan yang menuju kepada redha-Nya dan kebahagiaan manusia di dunia dan akhirat.
Pengajaran Yang Terdapat Dari Kisah Adam.
Bahawasanya hikmah yang terkandung dalam perintah-perintah dan larangan-larangan Allah dan dalam apa yang diciptakannya kadangkala tidak atau belum dapat dicapai oelh otak manusia bahkan oleh makhluk-Nya yang terdekat sebagaimana telah dialami oleh para malaikat tatkala diberitahu bahawa Allah akan menciptakan manusia - keturunan Adam untuk menjadi khalifah-Nya di bumi sehingga mereka seakan-akan berkeberatan dan bertanya-tanya mengapa dan untuk apa Allah menciptakan jenis makhluk lain daripada mereka yang sudah patuh rajin beribadat, bertasbih, bertahmid dan mengagungkan nama-Nya.
Bahawasanya manusia walaupun ia telah dikurniakan kecergasan berfikir dan kekuatan fizikal dan mental ia tetap mempunyai beberapa kelemahan pada dirinya seperti sifat lalai, lupa dan khilaf.Hal mana telah terjadi pada diri Nabi Adam yang walaupun ia telah menjadi manusia yang sempurna dan dikurniakan kedudukan yang istimewa di syurga ia tetap tidak terhindar dari sifat-sifat manusia yang lemah itu.Ia telah lupa dan melalaikan peringatan Allah kepadanya tentang pohon terlarang dan tentang Iblis yang menjadi musuhnya dan musuh seluruh keturunannya, sehingga terperangkap ke dalam tipu daya dan terjadilah pelanggaran pertama yang dilakukan oleh manusia terhadap larangan Allah.
Bahawasanya seseorang yang telah terlanjur melakukan maksiat dan berbuat dosa tidaklah ia sepatutnya berputus asa dari rahmat dan ampunan Tuhan asalkan ia sedar akan kesalahannya dan bertaubat tidak akan melakukannya kembali.Rahmat allah dan maghfirah-Nya dpt mencakup segala dosa yang diperbuat oleh hamba-Nya kecuali syirik bagaimana pun besar dosa itu asalkan diikuti dengan kesedaran bertaubat dan pengakuan kesalahan.
Sifat sombong dan congkak selalu membawa akibat kerugian dan kebinasaan.. Lihatlah Iblis yang turun dari singgahsananya dilucutkan kedudukannya sebagai seorang malaikat dan diusir oleh Allah dari syurga dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat kepada dirinya hingga hari Kiamat karena kesombongannya dan kebanggaaannya dengan asal-usulnya sehingga ia menganggap dan memandang rendah kepada Nabi Adam dan menolak untuk sujud menghormatinya walaupun diperintahkan oleh Allah s.w.t.
MOTIVASI - CABAR DIRI UNTUK BERJAYA
Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D
Artikel ini telah dikeluarkan dalam Majalah Cermin, Disember 20031. Letakkan Sasaran Yang Tinggi
Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula.
Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.
2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain
Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak. Baca kisah-kisah kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka menghadapi cabaran dan menyusuri liku-liku kepayahan sebelum nama mereka tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan saingan kita.
Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa.
Saudara Abdul Halim, seorang yang kudung kaki dan tangannya tetapi boleh belajar masuk universiti, keluar sebagai akauntan, buka syarikat sendiri dan pernah terima anugerah daripada PM Malaysia. Tak cemburukah kita?
3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati
Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita berkata, “Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan. Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ok lah aku ni… ”. Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang dari kita? Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya, yang memiliki bangunan sendiri, yang menjadi jutawan, yang berkereta mewah, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK! Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi.
4. Soal Diri Dengan Soalan Positif
Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Misalnya, soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:
Kenapalah aku gagal?
Mengapa nasib aku sentiasa malang?
Kenapalah orang semua tak suka aku?
Apalah nak jadi dengan aku ni?
Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.
Apa yang belum aku lakukan lagi?
Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?
Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?
Dimana aku nak dapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk maju dalam bidang ini?
Siapa yang boleh bantu aku?
Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.
5. Tingkatkan ‘Standard’ Anda
Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan ‘standard’ kita. Misalnya, kita berkata pada diri kita bahawa tidak ‘standard’lah untuk selama-lamanya jadi kerani, 5 tahun dari sekarang mesti nak jadi pengurus pula. Tidak ‘standard’ lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula. Tidak ‘standard’ lah selama-lamanya dapat markah ‘C’, 3 bulan dari sekarang aku mesti dapat ‘A’ pula. Tidak ‘standard’ lah asyik bawa kereta Jepun aje, 5 tahun dari sekarang aku mesti nak bawa kereta Jerman pula. Tidak ‘standard’ lah untuk berumah teres sahaja, 10 tahun dari sekarang aku mesti nak ada rumah banglo pula.
Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut ‘standard’ baru itu. Lagi pula kita tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain tetapi kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri sendiri sebagai satu bentuk cabaran.
Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh hidup dalam ‘standard’ yang lebih tinggi hanya setelah kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu menampung ‘standard’ tersebut. Jangan pula menjadi orang yang papa asal bergaya.
Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang mengningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita. Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita.
Hassan Ali, Ronnie Liu sepakat isu 'Arak' selesai
KUALA LUMPUR, 13 Ogos :- Pesuruhjaya PAS Selangor Dato' Dr Hassan Ali bersama Exco DAP Ronnie Liu menyatakan kata sepakat isu penjualan Arak dianggap sudah selesai.Kedua-dua mereka dilihat berjabat tangan dan berdamai secara terbuka di satu sidang media bersama di Tropicanna dekat sini petang tadi. Dalam kenyataan kedua-dua belah pihak, mereka bersetuju bahawa penjualan arak dibenarkan bagi orang bukan Islam. Namun ianya mesti dikawal dan tidak dibenarkan kepada orang Islam. Dalam masa yang sama, difahamkan, kedua-duanya bersetuju bahawa tidak ada permit baru akan dikeluarkan bagi tujuan penjualan minuman beralkohol itu. Namun ianya mesti dikawal dan tidak dibenarkan kepada orang Islam. Dalam masa yang sama, difahamkan, kedua-duanya bersetuju bahawa tidak ada permit baru akan dikeluarkan bagi tujuan penjualan minuman beralkohol itu. Turut hadir di sidang media yang dibuat sejurus selepas Seminar Pakatan Rakyat di Tropicana, ialah Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali beserta barisan pimpinan parti masing-masing. Dalam sidang media itu Anwar menyatakan bahawa penubuhan Jawatankuasa Displin Pakatan Rakyat akan ditubuhkan di peringkat pusat bagi memantapkan lagi dasar dan pelan tindakan pemimpin Pakatan Rakyat. Seminar itu juga adalah bertujuan memperkukuhkan Pakatan Rakyat sekaligus cuba menangkis pelbagai tohmahan dan serangan 'pyswar' yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) dan Umno mutakhir ini.
Harakahdaily/-
Hati & Perasaan..
Mungkin Tuhan Sengaja Mahu KitaBerjumpa Dengan Orang Yang Salah
Sebelum Menemui Insan Yang Betul
Supaya Apabila Kita Akhirnya Menemui
Insan Yang Betul, Kita Akan Tahu
Bagaimana Untuk Bersyukur Dengan
Nikmat Pemberian Dan Hikmah Di Sebalik
Pemberian Tersebut.
Apabila Salah Satu Pintu Kebahagiaan
Tertu Tup, Yang Lain Akan Terbuka Tapi
Lazimnya Kita Akan Memandang Pintu
Yang Telah Tertutup Itu Terlalu Lama
Hinggakan Kita Tidak Nampak Pintu Yang
Telahpun Dibukakan Untuk Kita.
Kawan Yang Paling Baik Ialah Seseorang
Yang Anda Boleh Duduk Di Dalam Buaian
Dan Berbuai Bersama Tanpa Berkata Apa-
Apa Pun Dan Kemudian Berjalan Pulang
Dengan Perasaan Bahawa Itulah
Perbualan Yang Paling Hebat Yang
Pernah Dialami.
Memang Benar Yang Kita Tidak Akan Tahu
Apa Yang Telah Kita Punyai Sehinggalah
Kita Kehilangannya Dan Juga Benar
Bahawa Kita Tidak Tahu Apa Yang Kita
Rindukan Sehinggalah 'Ia' Datang.
Memberi Seseorang Seluruh Cinta Anda
Bukanlah Satu Kepastian Yang Mereka
Akan Menyintai Anda Kembali!
Jangan Harapkan Cinta Sebagai Balasan.
Nantikan Sahaja Ia Untuk Mekar Di
Dalam Hati Mereka Tapi Sekiranya Ia
Tidak, Pastikanlah Ia Terus Mekar Di
Dalam Hati Anda. Ia Cuma Mengambil
Masa Seminit Untuk Jatuh Hati Pada
Seseorang, Satu Jam Untuk Menyukai
Seseoran G, Satu Hari Untuk Menyintai
Seseora Ng Tetapi Ia Mengambil Masa
Sepanjang Hidup Untuk Melupakan
Seseorang.
Janga N Pandang Kepada Kecantikan
Kerana Boleh Jadi Ianya Palsu. Jangan
Kejar Kemewahan Kerana Ianya Akan
Susut.
Carilah Seseorang Yang Membuatkan Anda
Tersenyum Kerana Ia Cuma Memerlukan
Sekunt Um Senyuman Untuk Mencerahkan
Hari Yang Suram. Carilah Yang
Membuatkan Hati Anda Tersenyum. Akan
Tiba Satu Ketika Di Dalam Kehidupan
Apabila Anda Teramatkan Rindukan
Seseoran G Sehingga Anda Ingin
Menggapainy A Dari Mimpi Anda Dan
Memeluknya Dengan Sebenar.
Mimpilah Apa Yang Ingin Anda Mimpikan,
Pergila H Ke Mana-Mana Yang Ingin Anda
Tujui Dan Jadilah Apa Yang Anda
Inginkan Kerana Anda Hanya Memiliki
Satu Kehidupan Dan Satu Peluang Untuk
Melakukan Semua Perkara Yang Ingin
Anda Lakukan.
Semoga Anda Memiliki Kebahagiaan Yang
Cukup Untuk Membuatkan Diri Anda
Menarik, Percubaan Yang Cukup Untuk
Membuatkan Anda Kuat, Kesedihan Yang
Cukup Untuk Memastikan Anda Adalah
Seorang Insan Dan Harapan Yang Cukup
Untuk Membuatkan Anda Bahagia. Selalu
Bayangkan Diri Anda Di Dalam Kasut
Seseorang.J Ika Anda Rasa Ianya
Menyakitkan Anda, Fikirlah Ia Mungkin
Menyakitk An Orang Lain Juga.
Kebahagiaan Seseorang Manusia Tidak
Semestinya Dalam Memiliki Segala Yang
Terbaik. Mereka Hanya Membuat Yang
Terbaik Dalam Hampir Apa Saja Yang
Datang Di Dalam Perjalanan Hidup
Mereka.
Kebahagiaan Terletak Kepada Mereka
Yang Menangis, Mereka Yang Terluka,
Mereka Yang Telah Mencari Dan Mereka
Yang Telah Mencuba. Hanya Mereka Yang
Boleh Menghargai Kepentingan Manusia
Yang Telah Menyentuh Hidup Mereka.
Cinta Bermula Dengan Senyuman, Mekar
Dengan Ciuman Dan Berakhir Dengan
Tangisan. Masa Depan Yang Cerah
Sentiasa Berteraskan Kehidupan Yang
Lalu Yang Telah Dilupakan. Anda Tidak
Boleh Meneruskan Kehidupan Dengan
Sempurna Sehingga Anda Melupakan
Kegagal An Dan Kekecewaan Masa Silam.
Semasa Anda Dilahirkan, Anda Menangis
Dan Orang Di Sekeliling Anda
Tersenyum. Teruskanlah Hidup Anda
Supaya Apabila Anda Mati Nanti,
Andalah Yang Akan Tersenyum Dan Orang
Sekeliling Anda Pula Yang Akan Menangis
KEDATANGAN PENYAKIT MEMBUNUH SALAH SATU TANDA-TANDA KIAMAT
Oleh :Al-Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas
Tentang datangnya hari Kiamat, maka tidak ada seorang pun yang mengetahui, baik Malaikat, Nabi, maupun Rasul, masalah ini adalah perkara ghaib dan hanya Allah Subhanahu wa Ta’ala sajalah yang mengetahuinya. Sebagaimana yang disebutkan dalam ayat-ayat Al-Qur-an dan hadits-hadits Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang shahih.Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Mereka bertanya kepadamu tentang Kiamat: ‘Kapankah terjadinya.’ Katakanlah: ‘Sesungguhnya pengetahuan tentang hari Kiamat itu adalah pada sisi Rabb-ku; tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru-haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.’ Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: ‘Sesungguhnya pengetahuan tentang hari Kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.’” [Al-A’raaf: 187]
Juga firman-Nya:
“Manusia bertanya kepadamu tentang hari Berbangkit. Katakanlah: ‘Sesungguhnya pengetahuan tentang hari Berbangkit itu hanya di sisi Allah.’ Dan tahukah kamu wahai (Muhammad), boleh jadi hari Berbangkit itu sudah dekat waktunya.” [Al-Ahzaab: 63]
Juga ketika Malaikat Jibril Alaihissalam mendatangi Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam kemudian bertanya:
“Kabarkanlah kepadaku, kapan terjadi Kiamat?”
Kemudian Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallammenjawab:
“Tidaklah orang yang ditanya lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.” [1]
Meskipun waktu terjadinya hari Kiamat tidak ada yang mengetahuinya, akan tetapi Allah Subhanahu wa Ta’ala memberitahukan kepada Rasul-Nya Shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang tanda-tanda Kiamat tersebut. Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menyampaikan kepada ummatnya tentang tanda-tanda Kiamat. Para ulama membaginya menjadi dua: (pertama) tanda-tanda kecil dan (kedua) tanda-tanda besar.
Tanda-tanda kecil sangat banyak dan sudah terjadi sejak zaman dahulu dan akan terus terjadi di antaranya adalah wafatnya Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam, munculnya banyak fitnah, munculnya fitnah dari arah timur (Iraq), timbulnya firqah Khawarij, munculnya orang yang mengaku sebagai Nabi, hilangnya amanah, diangkatnya ilmu dan merajalelanya kebodohan, banyaknya perzinaan, banyaknya orang yang bermain musik[2] , banyak orang yang minum khamr (minuman keras) dan merebaknya perjudian, masjid-masjid dihias, banyak bangunan yang tinggi, budak melahirkan tuannya, banyaknya pembunuhan, banyaknya kesyirikan, banyaknya orang yang memutuskan silaturrahim, banyaknya orang yang bakhil, wafatnya para ulama dan orang-orang shalih, banyaknya orang yang belajar kepada Ahlul Bid’ah, banyaknya wanita yang berpakaian tetapi telanjang[3] , dan lain-lainnya. [4]
Banyak sekali dalil tentang hal ini, diantaranya sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam :
“Perhatikanlah enam tanda-tanda hari Kiamat:
(1) wafatku,
(2) penaklukan Baitul Maqdis,
(3) wabak kematian (penyakit yang menyerang haiwan sehingga mati mendadak) yang menyerang kalian bagaikan wabak penyakit qu’ash yang menyerang kambing dan manusia.
(4) melimpahnya harta hingga seseorang yang diberikan kepadanya 100 dinar, ia tidak rela menerimanya,
(5) timbulnya fitnah yang tidak meninggalkan satu rumah orang Arab pun melainkan pasti memasukinya, dan
(6) terjadinya perdamaian antara kalian dengan bani Asfar (bangsa Romawi), namun mereka melanggarnya dan mendatangi kalian dengan 80 kelompok besar pasukan. Setiap kelompok itu terdiri dari 12 ribu orang.” [5]
Juga sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda hari Kiamat adalah : diangkatnya ilmu, tersebarnya kebodohan, diminumnya khamr, dan merajalelanya perzinaan.” [6]
Kemudian munculnya tanda-tanda yang kedua, yaitu tanda-tanda Kiamat yang besar sebagai tanda telah dekatnya hari Kiamat. Penulis khususkan pembahasan tentang sebagian tanda-tanda Kiamat yang besar, karena ada sebagian orang (golongan) yang menolak tentang tanda-tanda besar tersebut berdasarkan akal, ra’yu dan hawa nafsu. Padahal para ulama Ahlus Sunnah sudah membahas permasalahan ini dalam kitab-kitab tafsir, kitab-kitab hadits, dan kitab-kitab ‘aqidah mereka.
Pembahasan mengenai permasalahan ini mengikuti jejak para ulama Ahlus Sunnah dalam kitab-kitab mereka, seperti dalam kitab Syarhul ‘Aqiidah ath-Thahaawiyyah [7] dan kitab-kitab lainnya.
Ahlus Sunnah wal Jama’ah mengimani tentang adanya tanda-tanda Kiamat yang besar (kubra) seperti,[8] keluarnya Imam Mahdi, Dajjal, turunnya Nabi ‘Isa Alaihissalam dari langit, Ya’juj dan Ma’juj, terbitnya matahari dari barat, dan yang lainnya.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Yang mereka nanti-nanti tidak lain hanyalah kedatangan Malaikat kepada mereka (untuk mencabut nyawa mereka), atau kedatangan Rabb-mu atau kedatangan sebagian tanda-tanda Rabb-mu tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang bagi dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu, atau dia (belum) mengu-sahakan kebaikan dalam masa imannya. Katakanlah: ‘Tunggulah olehmu sesungguhnya kami pun menunggu (pula).’” [Al-An’aam: 158]
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Hari Kiamat tidak akan terjadi sehingga kalian melihat sepuluh tanda:
(1) penenggelaman permukaan bumi di timur,
(2) penenggelaman permukaan bumi di barat,
(3) penenggelaman permukaan bumi di Jazirah Arab,
(4) keluarnya asap,
(5) keluarnya Dajjal,
(6) keluarnya binatang besar,
(7) keluarnya Ya’juj wa Ma’juj,
(8) terbitnya matahari dari barat, dan
(9) api yang keluar dari dasar bumi ‘Adn yang menggiring manusia, serta
(10) turunnya ‘Isa bin Maryam Alaihissalam.” [8]
[Disalin dari kitab Syarah Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, Penulis Yazid bin Abdul Qadir Jawas, Penerbit Pustaka Imam Asy-Syafi'i, PO BOX 7803/JACC 13340A. Cetakan Ketiga Jumadil Awwal 1427H/Juni 2006M]
Rasulullah SAW dan seorang pengemis..
Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya".Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.
Setelah wafatnya Rasulullah SAW praktis tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,
"Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?". Aisyah RAmenjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja".
Apakah Itu?", tanya Abubakar RA.
"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana", kata Aisyah RA.
Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil menghardik, "Siapakah kamu ?". Abubakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa."
"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", bantah si pengemis buta itu.
"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW".
Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya,memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... "
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.
http://www.rakanmasjid.com
43 Perkara Ringan Yang Menyekat Rezeki.
Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri..
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38.. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil
http://www.rakanmasjid.com
Khutbah Rasulullah menjelang Ramadhan.
http://www.rakanmasjid.comKhutbah Rasulullah menjelang Ramadhan.
Ustaz D.Cahyono Bin Nurdin
Imam Masjid Universiti Teknologi PETRONAS
Kaum Muslimin sidang Jumaat yang berbahagia.
Terlebih dahulu kita panjatkan kesyukuran kepada Allah swt. Yang telah memanjangkan usia kita, dengan penuh kenikmatan keimanan dan keamanan, sampailah kita berada di penghujung bulan ogos, hanya tinggal sehari lagi Rakyat Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 51, Syukurilah nikmat kemerdekaan ini kerana ianya salah satu nikmat yang Allah berikan, dan hayatilah makna kemerdekaan yang sebenarnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Merdeka adalah membebaskan diri daripada belenggu nafsu, kamu belum merdeka selagi nafsumu tidak tunduk kepada agama yang aku bawa. Allah Berfirman : Sesungguhnya nafsu itu boleh mengeret seseorang untuk melakukan keburukan. Merdeka adaalah bebas dari penghambaan kepada nafsu.
Juga kita berada dipenghujung bulan Sya’ban, hanya tinggal 2 hari lagi kita akan sampai ke bulan yang mulia bulan yang penuh keberkatan, bulan yang menjanjikan keampunan dan pelepasan dari dosa kita, iaitu bulan suci Ramadhan.
Di bulan Ramadhan ini kita di wajibkan berpuasa, puasa sebagai arena dan sarana melatih diri menjadi insan taqwa. Sebagaimana Firman Allah dalam surat Al-Baqarah 183.

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan puasa itu,ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
Sidang jumaat yang mengharapkan keridhaan Allah SWT.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan kehadirannya oleh ummat Islam, kerana di bulan itu banyak peluang dan kesempatan yang baik untuk meningkatkan keimanan dan amal ibadah. Bulan Ramadhan dikenal sebagai bulan barakah yang penuh keberkatan, bulan maghfiran bulan keampunan, sebagai bulan ibadah kerana di dalamnya berbagai ibadah serentak dilakukan, iaitu ibadah solat , zakat dan puasa dan pahalanya pula di lipat gandakan.
Rasulullah saw. Apabila menjelang kedatangan ramadhan beliau berkhutbah memberi motovasi kepada para sahabat dan ummat Islam untuk menyambut kedatangan Ramadhan ini dengan persiapan yang rapi, dan mengisinya dengan amal ibadah dengan penuh kesungguhan dan harapan. Sebagaimana dalam sebahagian Khutbah Rasulullah Menjelang Ramadhan
Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kamu sekalian bulan Allah dengan membawa berkah, rahmat dan maghfirah (keampunan). Bulan yang paling mulia di sisi Allah.
Hari-harinya adalah hari-hari paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. saat demi saatnya adalah saat-saat paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakan-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu adalah ibadah, amal-amalmu diterima, dan doa-doamu dimakbulkan.
Bermohonlah kepada Allah Rabbmu, dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan puasa dan membaca kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari Kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin.
Muliakanlah orang-orang tuamu, sayangilah yang muda, eratkanlah tali persudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya, dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya.
Kasihanilah anak-anak yatim, niscaya kamu akan dikasihi manusia. Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu karena itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih;
Dia menjawab kepada hanba Nya ketika mereka menyeru-Nya, Dia menyambut hamba Nya, ketika mereka memanggil-Nya, dan Dia mengabulkan permintaan hamba Nya, ketika mereka berdoa kepada-Nya.
Wahai manusia!
Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena beban (dosa)-mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu. Iaitu memperbanyakan solat sunat ( diantaranya solat sunat Tarawih).
Ketahuilah! Allah ta'ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang shalat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabbul 'Alamin. ( iaitu di hari kiamat nanti).
Wahai manusia!
Barangsiapa di antaramu memberi makanan untuk berbuka puasa kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ramadhan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba sahaya, dan ia diberi ampunan atas dosa-dosanya yang lalu.
(Sahabat- sahabat bertanya, " Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian." Rasulullah Menjawab Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya bersedekah dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya bersedekah dengan seteguk air.
Wahai manusia!
Barang siapa yang mempercantikkan akhlaknya di bulan ini ia akan berhasil melewati jambatan sirathal mustaqin, yang pada hari ketika itu, banyak kaki-kaki tergelincir.
Barangsiapa yang meringankan pekerjaan pegawai atau pembantunya atau hambanya di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari Kiamat.
Barangsiapa menahan keburukkannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-nya.
Barangsiapa menyambungkan tali persudaraan (silaturahmi) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Barangsiapa melakukan shalat sunat di bulan ini ( seperti solat sunat tarawikh) , Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka.
Barangsiapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa pada bulan ini membaca satu ayat Al-Qur’an, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Qur'an pada bulan-bulan yang lain.
Wahai manusia!
Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak akan pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Syaitan-syaitan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu. Ali bin Abi Thalib r.a. berdiri dan berkata,"Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama di bulan ramadhan ini? " Jawab Baginda, “Ya abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah."
Sidang Jumaat yang berbahagian begitulah sebahagian isi khutbah Rasulullah menjelang kedatangannya bulan suci ramadhan, penuh dengan pengajaran, sarat dengan nasihat, mengobarkan semangat beramal ibadah serta motifasi supaya umatnya menggunakan peluang dan kesempatan yang ada di bulan Ramadhan, mari kita rebut peluang dan kesempatan yang baik ini, semoga kita di beri kekuatan Iman kesehatan badan untuk melakukannya. Amin.
Sidang DUN 2 September
Beliau yang membuat pengumuman berkenaan kepada media di sebuah hotel di sini berkata, beliau mengambil keputusan untuk membuat sidang DUN itu berdasarkan beberapa alasan termasuk sidang DUN pada 7 Mei lalu tidak lengkap sepenuhnya.
Siva berkata, mengikut peraturan sidang DUN hanya harus berjalan selepas titah Sultan.
Menurutnya, selepas titah, akan ada perkara-perkara lain termasuk debat mengenai ucapan Sultan dan pada hari terakhir persidangan menteri besar akan menggulung segala butir perdebatan dalam sidang berkenaan.
“Manakala titah Tuanku juga harus dibuat undi untuk meluluskannya.
“Bagaimanapun seperti yang dimaklumi semasa sidang yang lepas semua ini tidak berlaku dan dewan hanya ditangguhkan begitu sahaja dan kini sudah tiga bulan berlalu.
“Manakala hak sebagai ADUN untuk berbahas dan mengemukakan masalah dalam kawasan mereka juga telah dinafikan,” katanya.
Beliau berkata, apa yang berlaku dalam sidang berkenaan ialah kekacauan termasuk kehadiran tujuh ADUN yang telah digantung pada 3 Mac lalu dan tiga ADUN bebas yang telah meletakkan jawatan.
Menurutnya, kekecohan juga wujud apabila polis diarahkan untuk memasuki dewan dan seterusnya menariknya keluar dari dewan.
“Jadi adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai Speaker yang sah dari segi undang-undang untuk meneruskan persidangan yang tertangguh pada 7 Mei lalu selepas titah ucapan Sultan.
“Ia untuk membolehkan semua prosedur yang tidak dijalankan semasa persidangan yang lalu diteruskan,” katanya.
Manakala menjawab soalan wartawan mengenai adakah pihaknya mengiktiraf sidang 7 Mei lalu, Sivakumar berkata, pihaknya mengiktiraf titah Sultan dan bukannya perkara yang berlaku sebelumnya.
Katanya, persidangan yang bakal diadakan itu tidak perlukan perkenan Sultan kerana ia merupakan sidang yang ditangguhkan dan Speaker mempunyai kuasa untuk memanggil persidangan.
“Saya akan mengeluarkan notis panggilan untuk menghadiri sidang ini selewat-lewatnya hari ini,” katanya.
Sivakumar membacakan peraturan Dewan yang membolehkan speaker memanggil sidang DUN yang ditangguhkan.