IPOH, 13 Sept:- Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional semakin kehilangan pengaruh dan sokongan di kalangan rakyat. Mengulas lanjut mengenai hal ini, Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain mengatakan, hal ini dapat dilihat sendiri melalui kenyataan mentor kerajaan Barisan Nasional sendiri, Tun Dr Mahathir Mohammad yang mengatakan UMNO kini sedang mengikuti jejak langkah Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun.
Menambah mengenai mengenai kebobrokan UMNO dan Barisan Nasional, beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional sudah terlalu lama memerintah dengan korup dan sudah terlalu parah untuk diubati. Hal ini disahkan sekali lagi melalui kenyataan Tun Dr Mahathir yang mengatakan budaya rasuah di dalam UMNO yang mendakwa sebagai ketua gerakan di dalam Barisan Nasional, semakin menjadi-jadi. Hal ini menyebabkan parti-parti yang seangkatan dengan UMNO di dalam Barisan Nasional turut sama mengalami kehancuran.
Konflik dalaman MIC dan MCA yang begitu teruk menunjukkan adanya pro-kerajaan yang ada kini dan juga mereka yang ingin melakukan perubahan. Namun, seperti lazimnya, kerajaan kini terlalu angkuh dan enggan menerima perubahan yang menyebabkan Barisan Nasional itu sendiri semakin parah.
Menurut Pesuruhjaya PAS Perak itu lagi, Pakatan Rakyat sebagai kerajaan menunggu atau “government-in-waiting”, katanya melihat perkara tersebut serius dan katanya, Pakatan Rakyat bersedia menjadi bahtera penyelamat buat mereka yang ingin bersama. “Kita selaku Pakatan Rakyat sentiasa menghulurkan tangan terbuka buat mereka yang ingin bersama dan meninggalkan Barisan Nasional” katanya.
15 September 2009
Rakyat Malaysia bersedia mengeluarkan bn dari memerintah Malaysia : Pesuruhjaya PAS Perak
KAWAL SEBELUM PARAH: POLIS KENA BERTINDAK SEGERA
Kenyataan Media (13 September 2009)
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) meminta tindakan segera pihak Polis untuk melihat sendiri perkembangan tidak sihat di Perniagaan Gerbang Malam di sepanjang Jalan Dato’ Tahwil Azar (Jalan Osborn) yang amat berleluasa sekarang ini.
DPPK IT dalam tinjauan semalam mendapati budaya samseng dan pergaduhan mudah tercetus di situ akibat tindakan tidak puas hati antara peniaga-peniaga dan juga pembeli. Suasana tersebut menyebabkan keselamatan pengunjung terjejas dan amat menakutkan.
DPPK IT mendesak supaya Polis menyediakan Balai Polis Bergerak di situ untuk kemudahan pemantauan atau pembanterasan untuk mencegah kejadian tidak sihat di situ. DPPK IT yakin dengan adanya Balai Polis Bergerak memberikan keselesaan pengunjung serta keselamatan mereka terjamin.
AHMAD SHAHRIL JALALUDIN
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur.
Ziarah-Bantuan
LENGGONG: Program Ziarah-Bantuan anjuran Pas Cawangan Kampung Luat dekat sini semalam, membuka peluang kepada Yang Dipertua Pas Lenggong, Razman Zakaria mendekati beberapa penduduk yang sedang terlantar sakit. Katanya, melalui program sepetang itu juga, beliau dapat merasakan betapa peritnya penderitaan penduduk, terutama yang sedang terlantar sakit dan yang benar-benar berada dalam kedaifan.
Salah seorang penduduk berkenaan ialah Husin Awang Long, 70, yang diserang demam chikungunya sejak Ogos lalu yang kini terlantar di rumahnya di Kampung Talong, Luat.
Husin yang sebelum ini bertugas sebagai amir zakat bagi kariah itu tidak lagi dapat menyambung tugasnya kerana sakit, selain tidak lagi mampu untuk ke surau menunaikan solat berjamaah.
Razman juga berkesempatan menziarahi sambil menyampaikan bantuan kepada seorang pemuda cacat, Badri Yusof yang juga tinggal di Kampung Talong, Luat da seorang pesakit kencing manis di kampung Sandarhalu, Luat.
Sempena program itu, Razman yang disertai lebih 10 Ahli Jawatankuasa Pas Cawangan Kampung Luat, telah menyampaikan bantuan berupa beras, gula, jus minuman berperisa dan buah korma kepada 40 penerima.
Hadiah berupa sehelai kain pelekat dan sehelai kain batik turut disampaikan kepada seluruh keluarga di Kampung Luat bagi meringankan penduduk yang terpaksa mengeluarkan banyak belanja untuk menyediakan pakaian menyambut Aidilfitri nanti.
Razman yang juga Ketua Pas Cawangan Kampung Luat, ketika ditemui, berkata setelah berkesempatan menziarahi penduduk sambil menyampaikan bantuan dan hadiah, baru benar-benar dirasainya pelbagai masalah yang dihadapi masyarakat kampung.
"Kalau tidak diadakan program secara ziarah begini saya sendiri pun tidak tahu mana-mana penduruk kampung saya yang sedang sakit atau penduduk yang kehidupannya benar-benar daif.
"Setelah melihat keadaan sebenarnya, saya amat prihatin dan insaf dengan kehidupan kita di dunia ini yang sebenarnya tidak ada apa untuk kita bermegah," katanya.
Umno Parti Islam Apa?
Entah kali keberapa Umno diisytihar sebagai parti Islam, kurang dapat dipastikan. Mahathir pernah mengisytihar Malaysia sebagai negara Islam, maknanya Umno yang perintah Malaysia adalah parti Islam.Abdullah pernah popular dengan slogan ‘Islam Hadhari’, maknanya Umno ketika itu parti Islam Hadhari. Suatu masa dulu Umno pernah digahkan sebagai parti Islam ketiga terbesar di dunia dan terbesar di Malaysia.
Kini Najib pula kata Umno adalah parti Islam. Buktinya, ayahnya pernah buat Felda, tolong orang miskin dan macam-macam lagi. Oklah tu.
Mengapa pada hari ini, Najib perlu beritahu lagi kepada orang bahawa Umno adalah parti Islam? Tentu kerana Najib percaya bahawa orang tidak percaya Umno adalah parti Islam. Beritahu pula bukan sekali tetapi sudah berkali-kali. Walau sudah berkali-kali pun orang tidak percaya juga, tentu ada masalahnya.
Baguslah kalau Umno jadi parti Islam, tiada masalah apa-apa. Walau pun nama dan perlembagaan Umno tidak menyatakan secara nyata komitmen Islamnya, Umno mungkin boleh kata, “Ah, itu nama sahaja, apa ada pada nama. Yang penting amalan….,” Ok, tak mengapa.
Sebahagian besar orang Umno sendiri pun sebenarnya kurang percaya Umno adalah parti Islam. Mereka masuk dan sokong Umno pun bukan kerana Islamnya tetapi kerana habuan dan fulusnya.
Orang memang tidak pertikai Umno yang jadi kerajaan buat baik. Buat Felda, baik. Tapi, cuba Najib jenguk kembali ke Felda pada hari ini. Apa jadi dengan generasi kedua dan ketiganya? Apa jadi dengan masalah sosial yang membarah di Felda? Pernahkan isu-isu pegangan agama remaja Felda diberi perhatian oleh kerajaan?
Itu masalahnya, Umno yang jadi kerajaan buat baik separuh-separuh atau separuh jalan. Kalau masuk Islam, Umno masuk Islam separuh-separuh atau separuh jalan. Aqad nikah ikut cara Islam, tetapi majlis kendurinya penuh dengan keburukan.
Umno yang jadi kerajaan buat musabaqah al-Quran, itu bagus. Tetapi ditempat yang sama dimana musabaqah dianjurkan, ada pula selepas itu acara-acara lain yang bercanggah dengan al-Quran.
Umno yang jadi kerajaan bagi tanah kepada rakyat, itu bagus. Tetapi masalahnya dalam masa yang sama ada tanah-tanah rakyat yang dirampas dan diambil tanpa pampasan wajar. Bagi tanah memang ikut Islam tetapi ambil dan rampas sebarangan macam mana pula?
Macam mana dengan PKFZ, isu-isu Islam dalam perlembagaan, sikap terhadap Palestin, ISA, isu-isu pendidikan Islam, premis judi dan arak, sikap Umno terhadap golongan anti hadis, sikap Umno terhadap SIS, tidak patuh kepada fatwa dalam isu seperti meletak kalungan bunga dan banyak lagi.
Umno yang jadi kerajaan buat masjid dan surau, tetapi Umno yang jaga kerajaan itu juga yang luluskan lesen judi dan arak.
Kalau Najib kata Umno parti Islam tiada masalah, tapi itulah bentuk Islam yang Umno amalkan. Separuh-separuh, separuh jalan atau serba boleh.
Kalau begitu, Umno parti Islam apa? Parti Islam separuh-separuh, parti Islam separuh jalan atau parti Islam Liberal?
Saya bukan mempersoal keIslaman orang lain, tetapi sekadar untuk beritahu kepada Najib mengenai Islam Umno yang dia laungkan itu.
Ibu tunggal saudara baru terlantar perlukan bantuan
ALOR SETAR, 13 Sept: Kunjungan Pembela dan Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis tengah malam tadi ke rumah puan Fatimah Abdullah, 29 tahun di Flat Simpang Kuala, Alor Setar berkesudahan dengan linangan air mata semua yang terlibat.
Ini memandangkan dalam kesibukan sebahagian besar umat Islam yang berkemampuan menyediakan pelbagai keperluan untuk menyambut ketibaan 1 Syawal akan datang, masih ada umat Islam di negara ini yang hidup dalam kesusahan dan melarat.
Lebih memilukan hati dan perasaan apabila melihat yang menanggung kesusahan itu dalah seorang ibu tunggal dari kalangan saudara baru.
Menurut Basir Haji Ismail, setiausaha agung Pembela, mereka dimaklumkan oleh pengerusi Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis tentang nasib yang menimpa seorang saudara baru berstatus ibu tunggal yang hidup dalam keadaan yang amat daif.
Kata Basir, berdasarkan maklumat tersebut beberapa wakil Pembela dan aktivis PAS Kubang Pasu telah pergi menemui saudara baru berkenaan malam tadi. Sungguh mengejutkan kerana kami mendapati keadaan kehidupan saudara baru tersebut cukup daif kerana tidak ada apa-apapun makanan lain kecuali setengah kampit beras.
�Kunjungan kami pada asalnya hanyalah untuk memberi sedikit sumbangan dari dana tabung kemanusiaan Pembela," katanya.
Setelah melihat sendiri keadaan saudara baru berkenaan, maka pihaknya rasa terpanggil untuk membuat rayuan dari kepada seluruh umat Islam di negara ini yang berkemampuan supaya tampil memberi bantuan kepada Fatimah yang sedang dalam kesusahan.
Dari maklumat yang diterima dari Fatimah, kehidupannya amat susah sekali..setelah diceraikan oleh suaminya kira-kira 2 tahun lalu. Kini ia tidak ada apa-apa yang ditinggalkan oleh suaminya kecuali terpaksa membesarkan ketiga-tiga anaknya yang masih kecil yang berumur antara 2-8 tahun.
Buat masa ini saudara baru ini menumpang di rumah Yayasan Islam Negeri Kedah tidak termasuk bayaran bil air dan elektrik yang terpaksa ditanggung oleh pihaknya sendiri.
(Gambar:Fatimah bersama dua anaknya, hanya nasi puteh tanpa lauk yang sedang di makan oleh anak kecil ini.)Ketika berkunjung ke rumahnya kami mendapati anak sulung (lelaki) terlantar di katil kerana cedera di bahagian bawah mata akibat terjatuh ketika bermain di luar rumah pada siang hari.
Tidak ada ubat yang mampu diberikan, apa lagi untuk membawanya ke klinik berhampiran. Dua lagi anaknya sedang menjamah makanan iaitu nasi putih yang tidak berlauk, kata Basir.
Lebih malang lagi, anak sulungnya yang berumur lapan tahun tersebut tidak lagi dapat meneruskan pengajian kerana tidak mampu untuk menyara kos persekolahannnya setiap hari.
Fatimah, nama asalnya Lim Yen Thik berkata, "Saya tidak tahu nak buat apa-apa, kecuali menjaga anak-anak yang masih kecil. Nak kerja cari duit, susah, lebih-lebih lagi kalau jauh dari rumah."
"Kalau ada masalah, saya mengadu kepada Haji Ibrahim Lai kerana dia adalah pengerusi Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis. Keluarga kandung langsung tak mau ambil peduli tentang saya lagi kecuali saya bersetuju balik semula kepada agama asal (Budha)," katanya.
"Rasa perit apabila memeluk agama Islam, keluarga kandung buang saya. Jiran tempat tinggal (Melayu) pun tak mahu berkawan kerana mereka anggap saya bukan orang Islam, tak tahulah apakah ini ujian dari Tuhan kepada saya," katanya.
Sehubungan itu, Basir bagi pihak Pembela ingin merayu kepada orang ramai, khususnya umat Islam yang berkemampuan supaya dapat menghulurkan sumbangan kepada Fatimah dengan seberapa segera.
Sumbangan tersebut boleh dimasukkan ke dalam akaun peribadinya atas nama LIM YEAN THIK, nombor akaun Maybank 1521 7003 1022 ataupun menghubunginya di talian 019-514 7892 . Keterangan lanjut boleh menghubunginya di talian 017-484 7791 (Basir Hj Ismail).
Ceramah Dato Seri Hj Abd Hadi Awang 17 Sep Bagan Pinang
CERAMAH PERDANA dan Pelancaran jentera pilihan raya kecil N31 dan dan laman web rasmi PRKN31
Khamis 17 September 2009
Jam 9:30 malam
Di Kg Bagan Pinang ,Bt 3 , Jalan Pantai , Port Dickson
(Masuk ikut Masjid Kg Bagan Pinang)
Penceramah :
YB Dato Seri Hj Abd Hadi Awang – Presiden PAS
YB Ustaz Nasharuddin Md Isa – Timbalan Presiden PAS
YB Salahuddin Ayub – Pengarah Pilihanraya PRK N31 Bagan Pinang
Sdr Zukefly Mohamad Omar – Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Dato Kamarul Baharin Abbad – Pengerusi PKR N.Sembilan / Ahli Parlimen Telok Kemang
YB Loke Siew Fook – Pengerusi DAP N.Sembilan
SEMUA DIJEMPUT HADIR
Hadith: Bila Ajal Telah Tiba
Hadith :
Daripada Mathar bin ‘Akamis dan Abu Azzah katanya Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila Allah telah memutuskan bagi seseorang hamba-Nya bahawa ia akan mati di satu bumi (tempat) nescaya Allah menjadikan sesuatu hajat baginya di tempat itu.”
Diriwayatkan oleh Ahmad dan at-Tirmidzi, rujuk Sahih sunan at-Tirmidzi 2249-1745
Huraian
Kematian itu tidak semestinya disebabkan oleh penyakit. Dengan perkataan lain, walau bagaimana hebat sekalipun kita menjaga kesihatan, ketentuan Allah itu mendahului segala-galanya kerana ada orang yang sangat teliti dalam penjagaan kesihatan, namun akhirnya menemui ajal dalam kemalangan jalan raya malah banyak lagi kisah-kisah lain yang membuktikan bahawa ajal itu bukan urusan manusia. Justeru setiap Muslim dituntut agar memohon perlindungan Allah pada setiap waktu dan ketika. Kita juga wajib percaya kepada Qadha’ dan Qadar Allah SWT dan segala ketentuan-Nya kerana kita tidak mengetahui bila dan di mana kita menemui ajal.
Susulan pemilihan: 300,000 akan keluar jika Subra tinggalkan MIC?
Penyokongnya juga mendakwa kira-kira 300,000 ahli MIC akan keluar jika Subramaniam memutuskan untuk meninggalkan parti itu.
Sehubungan itu penyokong-penyokong Subramaniam menanti tindakan susulan beliau ekoran kekalahan semalam.
"Subramaniam harus mengambil platform lain... beliau harus memutuskan platform lain untuk menyatupadukan mereka (masyarakat India).
"Untuk menyatupadukan komuniti India, beliau memerlukan satu platform," kata salah seorang penyokong kuat Subramaniam, K.P. Samy yang memenangi kerusi Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) pemilihan semalam.
K.P. Samy mengatakan demikian ketika ditemui pada hari kedua Perhimpunan Agung MIC Ke-63 di sini hari ini.
K.P. Samy menambah, walaupun beliauSubramaniam tewas sebanyak dua kali dalam perebutan jawatan nombor dua parti, namun lebih 500 perwakilan memberi sokongan padu kepada bekas Timbalan Presiden itu manakala Palanivel, calon diiktiraf Presiden Datuk Seri S. Samy Vellu, hanya memperoleh kira-kira 35 peratus sokongan.
Sehubungan itu kata K.P. Samy, pihaknya menanti keputusan Subramaniam untuk menentukan masa depan dalam MIC.
K.P. Samy menambah, sebelum ini beliau dan Subramaniam ada mengadakan pertemuan bersama dua pemimpin Hindraf dalam usah menarik mereka menyertai MIC.
"Saya tidak mahu sebut siapa pemimpin Hindraf itu... mereka pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. "... kita juga mengadakan perbincangan bersama bekas ahli Barisan Progresif India (IPF) dan Parti Progresif Penduduk (PPP).
"Perbincangan ini diadakan bertujuan untuk menarik kembali minat mereka menyertai MIC. Bagaimanapun, mereka menyatakan pertimbangan akan dilakukan selepas melihat keputusan pemilihan MIC," katanya.
Bagaimanapun katanya, keputusan pemilihan semalam menunjukkan suasana yang berlainan. Pada perhimpunan parti itu semalam, calon Pasukan Presiden direstui Samy menyapu bersih semua jawatan tertinggi parti manakala 19 daripada 27 calon pilihann beliau memenangi kerusi CWC yang dipertandingkan.
K.P. Samy berkata, selepas melihat kepada keputusan pemilihan MIC itu, beliau tidak pasti sama ada usaha atau perbincangan bersama kumpulan terbabit akan berjaya atau tidak.
"Saya akan terus bekerja untuk menyatupadukan masyarakat India.
"Kini saya tidak tahu apakah keputusan Subramaniam yang seterusnya. Kita tunggu dan lihat," katanya.
mStarOnline/-
PAS kenal pasti tiga calon untuk pilihan raya kecil Bagan Pinang
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata nama tiga calon tersebut diserahkan oleh PAS Negeri Sembilan pada mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat hari ini.
"PAS negeri (Negeri Sembilan) telah kemukakan nama tiga orang calon yang telah dikenalpasti berpengalaman dan diyakini boleh berkhidmat kepada rakyat. Semuanya adalah anak tempatan," katanya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Ibu Pejabat PAS di sini, hari ini.
Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya Azman Mohamad Noor, 54, daripada Barisan Nasional (BN) yang meninggal dunia pada 4 Sept lepas.
Beliau berkata PAS hanya menunggu pengumuman tarikh pilihan raya kecil tersebut daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum mengumumkan nama calon yang terpilih.
SPR dijangka mengumumkan tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian esok.
Mengenai peluang PAS, Abdul Hadi berkata peluang untuk PAS memenangi pilihan raya kecil tersebut adalah cerah berikutan momentum kemenangan yang semakin melonjak yang diperolehi parti itu sejak Pilihan Raya Umum 2008 lalu.
"Pada pilihan raya umum lalu kita hanya kalah dengan kirakira 2,000 undi sahaja dan berdasarkan momentum kemenangan yang diperolehi menerusi beberapa pilihan raya kecil, peluang untuk menang adalah cerah," katanya.
Pada pilihan raya umum lepas, calon PAS, Ramli Ismail memperolehi 4,097 manakala Azman memperolehi Azman 6,430 undi. BERNAMA
mStarOnline/-
Samy Vellu dikritik dalam perbahasan MIC
Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu hari ini dikritik beberapa perwakilan yang mengambil bahagian dalam perbahasan ucapan presiden pada hari kedua perhimpunan agung parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).Seorang perwakilan dari Selangor berkata presiden parti telah menghantar kad hari lahir kepada seorang pemimpin cawangan yang telahpun meninggal dunia empat tahun lalu.
Perwakilan itu berkata isteri mendiang pemimpin itu telah melahirkan rasa kesal dengan penghantaran kad itu dan meminta presiden parti itu supaya mengelak daripada berbuat sedemikian pada masa depan.
Seorang lagi perwakilan dari Kubang Pasu, Kedah berkata bahawa ia mengambil masa sembilan tahun bagi masyarakat India di situ untuk membeli sebidang tanah bagi membina sebuah sekolah Tamil dan telah berjumpa dengan Samy Vellu untuk bantuan kewangan bagi pembinaannya, lapor Bernama.
Bagaimanapun, katanya, walaupun menghantar surat dan menemui Samy Vellu tiga kali, tiada perkembangan positif daripada pemimpin itu setakat ini.
Seorang lagi perwakilan dari Kedah menegaskan bahawa sebab utama masalah Kampung Buah Pala adalah disebabkan "kegagalan" pemimpin MIC untuk menangani isu dari peringkat awal.
Ini mendorong Samy Vellu untuk mencabar perwakilan itu membuktikan dakwaannya dengan berkata bahawa beliau (Samy Vellu) bersedia untuk meletak jawatan dalam parti jika perwakilan itu dapat membuktikannya.
Seorang lagi perwakilan berkata sementara pandemik Influenza A(HINI) adalah baru - yang memberi kesan kepada negara sejak beberapa bulan kebelakangan ini, bagaimanapun, beliau berkata ia telah "menjejaskan" MIC sejak 8 Mac 2008 apabila parti itu mengalami kekalahan yang memalukan dalam sejarah 63 tahun penubuhannya.
Sementara itu, walaupun mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan bahawa beliau campur tangan dalam hal dalaman MIC, beliau juga dikritik para perwakilan.
"Tak perlu nasihat" kata seorang seorang perwakilan dari Negeri Sembilan dan seorang lagi berkata: "Tolong jaga urusan sendiri. Kami tahu apa yang kami lakukan".
Seorang perwakilan wanita meminta parti supaya mengeluarkan satu reka bentuk uniform baru untuk kegunaan rasmi semasa majlis parti kerana mereka telah menggunakan reka bentuk yang ada sejak 10 tahun lalu dan Samy Vellu berkata reka bentuk baru sedang dirancang.
Seorang perwakilan wanita meminta perwakilan yang lain supaya tidak terlalu memuji Samy Vellu dan pemimpin yang lain kerana semua puji-pujian hanya untuk Tuhan.
"Anggota MIC perlu mengikis sikap ini...ia tabiat yang tidak baik," katanya.
Seorang perwakilan dari Lembah Klang pula meminta kerajaan menyediakan bantuan kewangan kepada masyarakat India membeli unit amanah saham yang ditawarkan kerajaan.
Beberapa perwakilan juga mengingatkan pasukan yang baru menang dalam pemilihan parti semalam supaya turun padang bagi mengukuhkan parti di semua peringkat dan menghormati anggota di peringkat akar umbi dalam usaha mendapatkan semula sokongan daripada masyarakat India.
Pengerusi Tetap Tan Sri G.Vadiveloo juga menghadapi hari-hari yang agak teruk kerana terpaksa terus mengingatkan para perwakilan untuk menumpukan perhatian terhadap perbahasan dan tidak membaca akhbar di dalam dewan itu.
Seorang perwakilan dari Pahang yang menyokong konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata mana-mana pemimpin Malaysia pada masa depan perlu meneruskan usaha menggalakkan konsep itu kerana ia boleh memastikan BN terus memerintah negara ini pada masa depan.
Seorang perwakilan wanita dari Shah Alam kecewa bahawa walaupun menghadiri empat konvensyen MIC, beliau mendapati para perwakilan mengajukan soalan dan membangkitkan isu yang sama dan meminta mereka mengubah pemikiran mereka dan juga menghormati Samy Vellu yang disifatkannya sebagai "bapa" bagi setiap orang dalam MIC.
MalaysiaKini/-
ADUN Titi Serong Lawat Pasar Ramadhan Parit Buntar.
"Lawatan ke pasar Ramadhan ini adalah lawatan yang rutin dilakukan oleh Drs. Khalil pada setiap kali Ramadhan menjelang termasuk pada tahun ini jadual telah disusun kebeberapa lokasi pasar Ramadhan dalam DUN Titi Serong" Jelas Hj. Zakaria Abdullah Pegawai khas kepada ADUN berkenaan.
Ditanya apakah matlamat kunjungan tersebut, beliau menjelaskan selain bertemu dengan rakyat, Drs. Khalil juga mendengar rungutan dari para peniaga yang disampaikan kepada beliau, antaranya mengenai masalah parking yang agak terhad di sekitar Taman Wawasan sehingga ada yang disaman oleh pihak polis apabila meletakan kenderaan ditempat yang tidak sebenarnya" Jelas Hj. Zakaria.
Lawatan yang disifatkan berjaya itu diharapkan dapat diteruskan dimasa akan datang kata Hj. Zakaria mengakhiri pertemuan ringkas dengannya di pejabat ADUN titi Serong.
BN mungkin akan ditolak seperti LDP - Dr M
"Adakah pilihan raya yang akan datang akan menyaksikan fenomena yang sama seperti di Jepun? Ia tidak mustahil sama sekali," kata bekas Presiden Umno dan Pengerusi BN itu.
Para pengundi muda, katanya, dikatakan kecewa dengan "parti yang mendapatkan kemerdekaan" kerana perkara itu telah menjadi sejarah dan tidak begitu bermakna kepada mereka.
Menurut beliau, di beberapa negara lain, parti-parti yang "berjuang dan mencapai kemerdekaan" telah hilang lenyap seolah-olah rakyat tidak tahu berterima kasih dan tidak peduli "pejuangan dan pengorbanan" parti-parti tersebut dan para pemimpinnya.
"Adakah mereka tidak tahu berterima kasih? Ada kebenarannya tetapi jika kita mahu mengkaji, kita akan dapati sikap para pejuang kemerdekaan itu dan mereka yang mengggantikan para pejuang tersebut telah berubah hampir sepenuhnya," kata beliau dalam blognya.
Mereka, kata Dr Mahathir, menjadi tamak dan angkuh serta tidak lagi mempedulikan negara dan rakyat.
Walaupun menyatakan bahawa para pengundi Melayu begitu setia kepada BN, tetapi Dr Mahathir mengingatkan wujudnya bukti di dalam pilihan raya umum tahun lalu bahawa para pengundi setia itu telah memberikan undi kepada pembangkang.
Menyentuh keadaan Umno kini, Dr Mahathir berkata, gejala yang melanda parti itu tidak boleh dinafikan lagi.
"Rasuah menjadi-jadi di dalam Umno dan parti-parti komponen (BN) yang lain. Perebutan kuasa telah melemahkan mereka. Para pemimpin begitu ghairah untuk terus berkuasa walaupun tidak lagi mampu berperanan.
"Dengan para pemimpin sedemikian, negara dan rakyat diabaikan. Pada dekad yang lepas, walaupun berdegar-degar dengan cakap-cakap bahawa berbilion ringgit diperuntukkan kepada koridor dan sebagainya, tidak ada bukti yang ketara dan boleh dilihat.
"Tidak ada apa-apa pun yang boleh ditunjukkan walaupun Petronas membayar RM250 bilion lebihan kepada kerajaan," katanya.
Adalah menghairankan, kata Dr Mahathir, apabila didapati Malaysia ketinggalan di belakang jiran-jirannya.
Negara ini, kata beliau, "bukan lagi negara yang terkehadapan di rantau ini. Tentunya tidak lagi boleh disifatkan sebagai negara contoh".
Beliau berpendapat, BN hanya boleh diselamatkan oleh prestasi lemah pembangkang.
"Tetapi, jika prestasi kerajaan BN dan parti-parti di dalamnya gagal meyakinkan, pera pengundi yang kecewa mungkin akan melakukan apa yang telah dilakukan para pengundi Jepun - menyingkirkan parti yang mereka sokong sejak lebih dari separuh abad," kata Dr Mahathir.
Tsunami revolusi pilihan raya di Jepun 30 Ogos lalu menyaksikan kemenangan Parti Demokratik Jepun (DPJ) menyingkirkan pemerintahan Parti Liberal Demokratik (LDP) di negara itu sejak Perang Dunia Kedua.
Kehancuran kuasa LDP itu menyaksikan DPJ memenangi 308 dari 480 kerusi parlimen negara itu.
HarakahDaily.Net/-
"Aku akan rogol kau Rodziah" ke balai polis
SHAH ALAM, 13 Sept: "Aku akan rogol kau, Rodziah!" adalah antara kata-kata cabul yang dihamburkan terhadap Exco Kerajaan Selangor, Rodziah Ismail ketika majlis dialog antara penduduk Seksyen 23, Shah Alam dengan kerajaan Selangor 5 September lalu.Dalam kenyataannya ketika membuat laporan polis semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga itu menceritakan, beliau telah dihamburkan pelbagai kata-kata cabul lain oleh mereka yang mencetuskan kekecohan dalam dialog yang di adakan di dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu.
"Antara kata-kata kesat terhadap saya yang dikenalpasti ialah 'jalang!', 'Rodziah mengalahkan pelacur!', 'pelacur lebih baik dari kau!', 'babi!', 'sundal!', 'kau jangan bersuara, Rodziah!', (dan) lemparan kata, 'aku akan rogol kau, Rozdiah!'," kata beliau.
Rodziah membuat laporan polis itu di ibu pejabat polis daerah Shah Alam di Seksyen 11 di sini, kira-kira pukul 12 tengahari semalam iaitu kira-kira seminggu selepas sesi dialog itu.
Turut serta memberikan sokongan moral kepada beliau adalah Ketua Muslimat PAS, Nuridah Salleh, anggota Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud dan rakan exco beliau, Elizabeth Wong.
Menurut Rodziah, selain klip video, ungkapan-ungkapan tidak bermoral itu telah didengar dan disaksikan oleh ramai penduduk, wartawan, dan para petugas keselamatan MBSA yang telah hadir melihat sendiri gelagat segelintir mereka yang memporak-perandakan majlis secara sengaja.
ImageBeliau menyifatkan kelakuan liar kumpulan kecil ini telah merosakkan majlis yang bertujuan untuk membuka ruang kepada penduduk berdialog secara berhemah.
Kepada beliau, tindakan kumpulan itu jelas bukan untuk berdialog tetapi mencemarkan kerajaan negeri dan nama individu atas agenda politik tertentu.
"Intimidasi ini jelas adalah untuk memburukkan nama dan menghina saya.
"Saya berasa amat kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh segelintir mereka ini sehingga merasakan keselamatan dan kehormatan diri saya terancam," katanya.
Menurut Rodziah, bukan hasrat beliau untuk memanjangkan isu tersebut kerana fokusnya adalah isu sebenar yakni pemindahan kuil Seksyen 19, namun keputusan membuat laporan polis itu dibuat kerana kegusaran tentang keselamatan dirinya, keluarga serta pegawainya makin hari makin bertambah memandangkan pihak polis belum lagi mengambil sebarang tindakan dalam perkara ini.
"Kerisauan saya ialah, jika saya seorang Adun dan Exco Kerajaan Negeri boleh dilemparkan kata-kata kesat and ugutan sebegini, apakah wanita-wanita lain akan terasa selamat menghadapi atau berurusan dengan mereka yang seperti itu?," katanya.
Bagi Rodziah, kedurjanaan yang menganjur keburukan, membudayakan unsur keganasan, seksisme, dan menakut-nakutkan orang lain serta merosakkan keharmonian sesama insan yang telah ditunjukkan oleh golongan tersebut wajar diperangi dan dibanteras sehingga rakyat, khususnya wanita dikembalikan nikmat rasa selamat dan aman di mana-mana saja mereka berada.Kekecohan telah ditimbulkan oleh mereka yang bertindak liar itu sepanjang sesi penerangan daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Datuk Bandar Shah Alam dan Rodziah sendiri sebagai Adun Batu Tiga.
Ketika dihubungi Bernama, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Noor Azam Jamaluddin mengesahkan menerima laporan itu dan memberi jaminan akan menyiasat perkara berkenaan.
Dua lagi laporan polis telah dibuat oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan Ahli MBSA, K. Uthayasoorian.
HarakahDaily.Net/-
Lapor siasatan rumah mewah Khir, SPRM diberi tempoh 7 hari
Pengerusinya, Mohd Nazri Mohd Yunus semalam berkata, SPRM dilihat lambat bertindak sehingga tiada apa apa laporan dikeluarkan sejak kes itu dibangkitkan sejak tiga bulan lalu.
"Kami beri tempoh 7 hari untuk menyatakan perkembangan kes atau dakwaan, jika tidak Jumaat ini Gerak Malaysia akan hantar memorandum pada SPRM. Saya tuntut pendakwaan segera.� katanya.
Ujarnya lagi, SPRM perlu bertindak secara adil dan saksama; tanpa mengira seseorang yang didakwa itu dari Pakatan Rakyat atau pemimpin penting Umno sendiri.
Ditanya mengapa perlu tunggu tujuh hari untuk mengantar memo tersebut, Nazri menjelaskan bahawa pihaknya akan bersemuka dengan SPRM bukan untuk membuat pengaduan atau laporan, sebaliknya menunggu maklum balas siasatan berbangkit.
"Berkaitan banglo mewah Khir Toyo ini, kita sudah hantar dakwaan pada 7 Julai lalu; termasuk beberapa pendedahan laman web berkaitan dan sebagainya," jelasnya.
ImageSambil melahirkan kekesalan atas pendakwaan terpilih SPRM dalam kes Khir Toyo itu, beliau mempersoal komitmen luar biasa SPRM sebelum ini apabila agresif menyisat beberapa kes pendakwaan yang dikaitkan dengan pemimpin Pakatan Rakyat.

"Tentang kes Tan Sri Khalid (Menteri Besar Selangor) dan kes peruntukan Dun yang kita (Gerak) hantar, saya kira dalam tempoh dua minggu siasatan terus dimulakan. Mengapa tidak dalam kes Khir Toyo ini?" soalnya lagi.
Bercakap pada sidang media di Hotel De Palma, Nazri berkata, keengganan SPRM menyiasat kes Khir Toyo bukan sahaja mengakibatkan kredibiliti suruhanjaya itu terus dipertikai khalayak, malah turut mengakibatkan Gerak sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bebas juga terpalit difitnah sebagai "buat laporan terpilih" dan proksi Mohd Ezam Mohd Noor (Umno).
Beliau juga menjelaskan bahawa pertubuhannya mempunyai beberapa dokumen bukti berkaitan kes tersebut.
Pun begitu, beliau masih menunggu mana-mana saksi kes tersebut tampil bersamanya dalam pendakwaan kes Khir itu.
Beliau turut mencabar Khir menafikan segala pendedahan terbuka yang dilakukan oleh beberapa laman web termasuk oleh mereka yang bergelar Umno Reform.
Artikel berjudul Khir Perlu Jawab! dalam Umno Reform 2, 6 Julai lalu mendedahkan Istana gaya Bali yang terletak di Jalan 1/7L, Seksyen 7 Shah Alam bernilai lebih RM20 juta.
Walaupun SPRM masih belum membuat sebarang pendakwaan kes terbabit, khalayak amnya percaya seseorang ahli politik yang bersih sebenarnya tidak mampu memiliki rumah bernilai RM20 juta, dengan menjawat jawatan Menteri Besar Selangor selama dua penggal pemerintahan sahaja.
HarakahDaily.Net/-
