30 Disember 2009

Mahasiswa mahu perkataan 'Pelajar' ditukar kepada 'Mahasiswa'

12 Muharram 1431H

SKUDAI, 29 Dis: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) semalam dicadangkan untuk menggunakan perkataan 'mahasiswa' menggantikan 'pelajar' pada nama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di Universiti tersebut.

Cadangan tersebut dibuat Pengerusi Pro Mahasiswa UTM, Nur Azim Fahada Ahmad dalam suatu memorandum kepada Naib Canselor Datuk Prof. Ir. Dr. Zaini Ujang semalam.

Beliau berkata, cadangan tersebut sejajar dengan kenyataan Timbalan Naib Canselor Prof. Dr. Tajuddin Ninggal dalam suatu upacara rasmi Universiti sebelum ini.

Beliau juga berpendapat, penggunaan perkataan 'mahasiswa' pada pertubuhan-pertubuhan siswa Universiti sekali gus mengiktiraf kedudukan mahasiswa sebagai kelompok intelektual terpilih di peringkat Universiti.

Beliau turut memaklum inti perbincangan ProM UTM dengan pentadbiran Universiti, sebelum upacara penyerahan memorandum dilakukan.

"Dalam pertemuan tadi (Isnin), perbincangan kami lebih menumpu pada bagaimana semua pihak dapat bekerjasama dalam menjayakan Pelan Pembangunan Mahasiswa dan melestarikan ilmu di semua peringkat," dipetik dari laman rasmi ProM UTM, promahasiswautm.blogspot.com

Dalam perkembangan yang sama, lebih 50 orang mahasiswa berhimpun di lobi pejabat pentadbiran Universiti menuntut diadakan Majlis Pengenalan Calon dan kebebasan berkempen dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) yang dijangka umum diadakan pada awal Januari depan.

HarakahDaily.Net/-

Lumut, johan Futsal Piala Pesuruhjaya PAS Perak

12 Muharram 1431H

IPOH 29 Dis: Pasukan futsal dari Lumut muncul juara keseluruhan kejohanan futsal piala Pesuruhjaya PAS Perak dan membawa pulang hadiah berupa sebuah piala dan juga wang tunai RM1,500.

Tempat kedua pula diraih pasukan dari Ipoh Timur dan menerima wang tunai sebanyak RM700, manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing dari Tanjung Malim dan Kampar membawa pulang hadiah saguhati.

Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Abu Bakar merakamkan ucapan tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) yang telah berjaya mengadakan Pertandingan Futsal Piala Pesuruhjaya PAS Perak.

Abu Bakar berkata, program sedemikian amat penting kerana ianya merupakan medan untuk mengeratkan ukhuwwah di kalangan pemuda negeri yang hadir dari setiap kawasan di negeri itu bagi mencapai persefahaman dalam melaksanakan kerja dakwah.

"Semasa bertemu,ahli-ahli boleh saling bertanya khabar dan mengetahui perkembangan organisasi. Ini penting untuk mengeratkan lagi ukhuwwah dan kesatuan organisasi bagi melancarkan agenda dakwah," katanya.

Abu Bakar juga berpandangan, program yang diadakan itu boleh dijadikan sebagai medan untuk menarik dan mengumpul golongan muda agar mencintai cara hidup Islam.

"Program ini boleh menjadi medan mengumpul mad'u (sasaran dakwah) yang baru. Riadah boleh dijadikan masa untuk bertemu dan saling berkenalan. Dengan berkenalan akan timbul kesefahaman dan kasih sayang yang merupakan asas dalam dakwah," katanya lagi.

Selain itu ujarnya, program riadah juga juga dapat membentuk akhlak muslim. Ini kerana jelasnya, ketika bersukan pastinya akan berlaku kekasaran.

Kadangkala juga seorang itu akan diuji sejauh mana dia jujur dengan kesalahan yang dilakukannya ketika bersukan. Oleh itu dari kekasaran akan terbentuknya sifat kemaafan dan kejujuran menanamkan sifat sering merasai pemerhatian oleh Allah (ma’iyatullah).

"Sehubungan itu, penghayatan terhadap kepentingan riadah pula adalah sebahagian daripada fikrah Islam yang syumul. Sebuah organisasi yang membawa fikrah yang syumul harus merialisasikan apa yang didokongnya," katanya.

Beliau turut berharap agar DPPN Pk dapat meneruskan usaha untuk menjadikan program riadah dan sukan sebagai salah satu wasilah kepada dakwah, tarbiyah dan juga siasah.

Ahad lalu, sebanyak 24 pasukan terdiri daripada kawasan-kawasan Parlimen di seluruh negeri mengambil bahagian dalam Pertandingan Futsal Piala Pesuruhjaya PAS Perak.

Pertandingan itu berlangsung meriah di Extreme Park Tambun, Ahad lalu dan dirasmikan oleh Abu Bakar sendiri.

Pengadil perlawanan yang dibawa khas daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyemarakkan lagi semangat para pemain. Setiap perlawanan menggunakan khidmat 2 orang pengadil untuk memberikan keadilan kepada semua pasukan.

Setiap pasukan juga menerima sijil penghargaan daripada pihak penganjur.

HarakahDaily.Net/-



Nik Aziz desak Umno keluar BN

12 Muharram 1431H

KUALA LUMPUR, 29 Dis: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kelmarin meminta Umno keluar dari BN dan bersama-sama PAS dalam Pakatan Rakyat sekiranya jujur dan benar-benar mahu memperjuangkan hak rakyat.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian sebagai mengulas aksi sekumpulan pemuda mendesak PAS Selangor supaya keluar dari Pakatan Rakyat negeri Ahad lalu.

Jelasnya, mereka yang terbabit dipercayai sebagai ahli atau penyokong Umno.

"Kalau Umno boleh minta PAS keluar daripada Pakatan (Rakyat), maka saya minta daripada Umno (supaya) keluar dari BN untuk bersama dengan PAS," jelas Nik Aziz seperti yang dilaporkan suatu akhbar tempatan.

Beliau berkta, teknik menjadi dalang mengganggu PAS tersebut merupakan amalan kebiasaan Umno sejak PAS mula memerintah Kelantan dua dekad lalu lagi.

"Didalangi itu, perkara biasa bagi golongan sekular ini (Umno)," jelasnya.

"Sebenarnya orang PAS ini dah masak dah (menjadi dalang Umno)...sejak tahun 1991 lagi, macam-macam perkara dibuat."

Ujarnya, Umno diminta menggugurkan dasar kebangsaan dan bersedia menerima Islam sebagai dasar parti, sekiranya jujur mahu bersama-sama perjuangan Islam yang dibawa PAS.

Tambahnya lagi, Umno juga seharusnya bersedia menerima parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang lain kerana PAS sekarang komited bersama-sama Pakatan Rakyat demi menumbangkan kerajaan yang zalim secara demokratik.

Beliau yang sebelum ini disebut-sebut sebagai 'Pemimpin Spiritual' dalam Pakatan Rakyat turut berpandangan Pakatan Rakyat lebih memenuhi semangat 1Malaysia, berbanding BN.

"Ia (Pakatan Rakyat) lebih bersemangat 1Malaysia daripada apa yang ada (BN) sekarang ini," sinisnya.

HarakahDaily.Net/-

Pertandingan Futsal Piala Pesuruhjaya PAS Negeri Perak

12 Muharram 1431H
Email : safarizal saleh







http://dppperak.blogspot.com/

http://ajijoi.blogspot.com/2009/12/perasmian-pertandingan-futsal-piala.html



Khasiat Buah Pisang

12 Muharram 1431H
Email : anuarani

Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Desakan keluar Pakatan, seperti usaha kudeta UMNO Perak –Pesuruhjaya PAS Perak

12 Muharram 1431H
Email : mohd hafez sabri

IPOH, 28 Dis. Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain tidak menolak kemungkinan bahawa demontrasi pemuda mendesak PAS supaya keluar dari Pakatan Rakyat di Selangor merupakan suatu usaha menjatuhkan kerajaan negeri itu.

“Saya tak tolak kemungkinan ia suatu usaha mereka (Umno) untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, seperti kudita yang mereka buat di Perak,” jelasnya

“Semacam di Perak, mereka (Umno) cuba adakan pelbagai helah dan demontrasi, modul ini yang kita lihat di Selangor sejak Umno tak perintah kerajaan negeri itu lagi.”

Selain menyamakan demontrasi tersebut dengan Demontrasi Mengarak Kepala Lembu September lalu, beliau mengganggap demontrasi tersebut dilakukan oleh segelintir yang kecewa melihat PAS bersama-sama Pakatan Rakyat memerintah Selangor sejak 8 Mac tahun lalu.

“Sama seperti demontrasi kepala lembu berdarah sebelum ini, perhimpunan ini mungkin didalangi membabitkan mereka yang kecewa apabila Umno (dan) BN gagal menguasai (kerajaan negeri) Selangor,” jelasnya.

Sekiranya anggapan tersebut benar, beliau menasihatkan kepemimpinan PAS Negeri serta Pakatan Rakyat Selangor supaya tidak cepat melatah dengan aksi-aksi pemuda terbabit.

“Saya lihat PAS dan Pakatan sepatutnya tidak mudah melatah dengan permainan mereka (Umno) ini yang sengaja mencari isu (dan) jalan (tektik) walaupun tidak bermoral asalkan boleh boleh rampas Selangor seperti mereka kudeta Perak,” jelasnya.

“Keduanya, PAS dan Pakatan Rakyat sepatutnya lebih usaha mengeratkan persefahaman, semacam yang dituntut dalam Konvensyen (Pakatan Rakyat) baru-baru ini.”

Semalam, lebih 20 pemuda melancarkan demontrasi kerana mengganggap PKR dan DAP mengetepikan keberadaan PAS dalam Pakatan Rakyat ketika mentadbir negeri itu.

Mereka yang diwakili Wan Hilman Abdul Halim dilaporkan mahu menyerah memorandum kepada Pesuruhjaya PAS Datuk Dr. Mohd Hassan pagi tadi, namun gagal.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali kemudiannya mengarahkan Badan Perhubungan PAS Selangor supaya menyiasat dalang di sebalik perhimpunan misteri tersebut.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pula menegaskan bahawa mereka yang terbabit sebenarnya tidak mewakili PAS negeri itu.

Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari-Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam

12 Muharram 1431H
Email : anuarani

1. TUJUAN

1.1 Garis Panduan ini disediakan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat Islam dalam menyertai majlis perayaan orang bukan Islam supaya tidak berlaku perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

1.2 Garis Panduan ini juga menjadi asas rujukan kepada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dalam menganjur majlis perayaan orang bukan Islam bersama dengan orang Islam supaya tidak berlaku perbuatan syubhat atau acara yang bercanggah dengan prinsip dan nilai-nilai Islam.

2. PENDAHULUAN

2.1. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah

mengadakan majlis-majlis perayaan sama ada di peringkat nasional, negeri, daerah dan lain-lain. Perayaan tersebut adalah Hari Raya Idul Fitri, Tahun Baru Cina, Depavali, Pesta Kaamatan, Hari Gawai dan juga Hari Krismas. Ia disambut melalui konsep penganjuran “rumah terbuka nasional”, bertujuan meningkatkan persefahaman dan sikap toleransi di kalangan masyarakat pelbagai kaum serta fahaman agama di negara ini.

2.2 Persoalan timbul di kalangan masyarakat Islam tentang apakah hukum turut merayakan perayaan agama lain. Ada pendapat yang mengatakan hukum merayakan hari perayaan agama lain adalah haram. Mereka bimbang perbuatan tersebut boleh menjejaskan akidah atau secara tidak langsung akan membawa kefahaman bahawa semua agama adalah sama.

2.3 Dalam mengatur hubungan antarabangsa, kaum dan agama di negara ini agar tidak menimbulkan kekeliruan dan prasangka dalam pergaulan khususnya bagi umat Islam, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam dalam muzakarahnya pada 1 dan 2 Oktober 1970 yang secara khusus menyentuh mengenai rumah ibadat telah memutuskan;

“Pembesar-pembesar Islam tidak boleh merasmi pembukaan rumah-rumah ibadat orang-orang bukan Islam kecuali difikirkan kalau tidak berbuat demikian akan mendatangkan perpecahan dan permusuhan kaum dengan syarat tidak menyertai upacara ibadat dengan mereka”

2.4 Pada dasarnya terdapat dua pandangan berbeza dari sudut hukum tentang orang Islam turut merayakan hari perayaan orang bukan Islam. Pandangan yang membenarkan orang Islam merayakan hari perayaan orang Islam adalah berdasarkan pandangan berikut;


i. Kekeliruan dari sudut hukum tentang merayakan hari perayaan agama lain atau dalan konteks masa kini “rumah terbuka nasional” adalah berpunca daripada fahaman yang kurang jelas terhadap maksud merayakan atau mengucapkan ucapan selamat hari kebesaran kaum lain itu. Jika maksud merayakan itu adalah ikut serta berhari raya, merelai kekufuran orang bukan Islam dan bermuamalah dengan mereka atas nama agama mereka ia adalah bercanggah dengan ajaran Islam.

Sebaliknya jika merayakan hari perayaan kaum lain sekadar hanya ikut bercuti pada hari itu atau menyertai perayaan mereka atas tujuan merapatkan perhubungan sesama manusia maka ia adalah diluar daripada konteks meraikan akidah mereka atau merelakan agama mereka. (Hukum Merayakan Perayaan Kaum-kaum Bukan Islam, Dr. Abdul Hayei bin Syukor, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya)

ii. Menurut Dr. Ahmad al-Syarbashi seseorang Islam yang turut menyertai hari perayaan orang bukan Islam setelah memastikan majlis yang dihadiri itu tidak mengandungi perbuatan yang bercanggah dengan akidah atau upacara yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti penyajian arak dan sebagainya (Dr Ahmad al-Syarbashi, Yas`alunaka Fid Din Walhayah, hal 390, jilid 4, Darul Jail, Beirut).

2.5 Hukum yang melarang orang Islam turut merayakan perayaan orang bukan Islam berdasarkan pandangan berikut;

i. Abu al-Qasim Hibbatullah bin Al-Hussain bin Mansur al-Tabari berkata, tidak harus bagi orang Islam menghadiri perayaan orang bukan Islam kerana kemungkaran mereka. (Ibn Qayyim Al-Jauziyah, Ahkam Ahl al-Zimmah, jilid 1, hal 156, Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut)

ii. Menurut Fatwa Lajnah Daaimah, kunjungan terhadap perayaan orang bukan Islam tidak boleh dilakukan kerana ia akan melibatkan orang yang melakukannya kepada dosa. (al-Syeikh Ahmad bin Abdul Razak, Fatawa al-Lujnah al-Da`imah lil Buhuth al-Ilmiah wal Ifta`, jilid 3, hal 436, Dar al-Muaiyyad, Riyadh)

2.6 Berdasarkan persoalan hukum tersebut maka pihak yang menganjurkan majlis tersebut perlu meneliti adakah perayaan yang dianjurkan mempunyai unsur agama atau semata-mata bercirikan kebudayaan. Kedua-dua unsur ini perlu diteliti dalam memastikan sambutan perayaan tersebut tidak menyinggung sensitiviti keagamaan terhadap orang awam yang menyertainya.

3. TAKRIF

3.1 Simbul

Maksud simbul dalam garis panduan ini adalah sesuatu yang mewakili sesuatu yang lain, lambang, tanda (Kamus Dewan).

3.2 Ciri

Maksud ciri dalam garis panduan ini adalah sifat (unsur, tanda) yang khusus pada sesuatu (yang membezakannya dengan yang lain) (Kamus Dewan).

3.3 Tunduk

Maksud tunduk dalam garis panduan ini adalah kepala atau muka condong ke hadapan (Kamus Dewan).

3.4 Upacara

Maksud upacara dalam garis panduan ini adalah majlis menurut adat (kebiasaan, agama), kermaian atau peralatan (menurut adat) (Kamus Dewan).

3.5 Budaya

Maksud budaya dalam garis panduan ini adalah tamadun, peradaban, cara berkelakuan (berfikir dsb), kemajuan (akal budi), kebudayaan (Kamus Dewan).

3.6 Dakyah

Maksud dakyah dalam garis panduan ini adalah penyiaran (penyebaran) sesuatu ideologi (doktrin, pendapat dsb) untuk mendapat sokongan, propaganda (Kamus Dewan).

3.7 Mempersenda

Maksud mempersenda dalam garis panduan ini adalah mempermainkan (dengan gurau senda), memperolok-olokkan, mengejekkan(Kamus Dewan).

3.8 Sensitiviti

Maksud sensitiviti dalam garis panduan ini adalah perihal perihal sifat mudah merasai sesuatu (mudah tersinggung, bergerak balas dsb (Kamus Dewan).

3.9 Kriteria

Maksud kriteria dalam garis panduan ini adalah beberapa ukuran (asas pertimbangan) untuk menentukan nilai (Kamus Dewan).

4. KRITERIA PERAYAAN ORANG BUKAN ISLAM YANG BOLEH DIHADHIRI OLEH ORANG ISLAM

4.1 Dalam menentukan perayaan orang bukan Islam boleh dihadhiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut;

4.1.1 Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.

Maksud “bertentangan dengan akidah Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam.

Contohnya;

i. menyertakan simbul-simbul agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas dan sebagainya.

ii. menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama.

iii. meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain pada anggota tubuh.

iv. memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam.

v. tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam.


4.1.2 Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.

Maksud “bertentangan dengan syarak” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam.


Contohnya:

i. Memakai pakaian bewarna merah seperti santa claus atau pakaian lain yang melambangkan agama;

ii. Menghidangkan minuman atau makanan yang memabukkan dan seumpamanya;

iii. Mengadakan bunyi-bunyian atau hiasan seperti loceng gereja, pokok krismas, kuil atau memecah kelapa;

iv. Mengadakan acara yang berunsur perjudian, penyembahan, pemujaan, khurafat dan sebagainya.

4.1.3 Majlis tersebut tidak disertakan dengan “perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” di negara ini.

Maksud “bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat Islam Negara ini yang berpegang kepada ajaran Islam berdasarkan ahli sunnah wal jamaah.

Contohnya:

i. Percampuran bebas tanpa batas dan adab sopan;

ii. Berpakaian yang menyolok mata;

iii. Mendendangkan lagu-lagu yang mempunyai senikata berunsur lucah serta pemujaan;

iv. Mengadakan program seperti pertandingan ratu cantik, laga ayam dan sebagainya.


4.1.4 Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam”.

Maksud “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan menyingung perasaan umat Islam tentang kepercayaan dan amalan mereka.

Contohnya:

i. Ucapan-ucapan atau nyanyian berbentuk dakyah keagamaan bukan Islam;

ii. Ucapan-ucapan yang menghina umat Islam;

iii. Ucapan-ucapan yang menghina agama Islam;

iv. Persembahan yang bertujuan mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam.


4.1.5 Pihak penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang yang bukan beragama Islam.


5. PENUTUP

Sekiranya terdapat keraguan atau ketidakjelasan dalam mentafsir dan melaksanakan Garis Panduan ini hendaklah merujuk kepada;

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
Blok D7, Parcel D,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502, PUTRAJAYA
Tel: 03-8886 4253

GMI terkejut menteri kata semua sokong kekal ISA

12 Muharram 1431H

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) membidas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa semua pihak sepakat Akta Keselamatatan Dalam Negeri (ISA) dikekalkan.

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, kenyataan yang dibuat oleh Hishamuddin itu tidak menggambarkan persetujuan semua pihak kerana pertemuan yang dibuat Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak melibatkan semua pihak.

GMI khususnya dan beberapa badan bukan kerajaan yang lantang menuntut ISA dimansuhkan seperti Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), dan Jemaah Islah Malaysia (JIM) juga tidak dipanggil menghadiri sesi Pertemuan Awam dengan KDN bagi berbincang mengenai akta tersebut.

"Banyak prsoalan yang timbul daripada kenyataan Datuk Seri Hishamuddin itu. Yang dikatakan sepakat (ISA dikekalkan) itu siapa? Siapa yang terlibat dalam pertemuan itu?

"Setahu saya badan bukan kerajaan seperti GMI, SUARAM dan JIM yang ke depan dalam isu ini tidak dipanggil. Bagaimana dengan bekas tahanan ISA, ahli keluarga, peguam yang ada pandangan berbeza dan meluas dalam isu ini?" soalnya ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi.

Syed Ibrahim turut berkata, Hishamudin juga tidak menunjukkan kesungguhan dalam melihat akta ini secara menyeluruh apabila gagal menunaikan janji untuk membentang dan membahaskan pindaan mengenai ISA pada sesi Dewan Rakyat baru-baru ini.

"Kenapa akta ini hanya akan dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat akan datang? Menteri tidak tunaikan janjinya. Sedangkan masa Datuk Seri Najib baru jadi PM, beliau minta ISA dikaji kemudian dibentangkan.

"Kalau betul kerajaan mengambil kira pandangan rakyat, mereka sepatutnya berusaha untuk membentangkan mengenai ISA baru-baru ini, bukan melengah-lengahkannya,"tegasnya.

Beliau turut mendakwa, kenyataan Hishamuddin untuk meminda ISA hanya sekadar untuk menawan kembali rakyat yang 'atas pagar' agar kembali memberikan sokongan penuh kepada kerajaan dengan menabur pelbagai janji manis.

Namun kata Syed Ibrahim, pada hakikatnya tiada sebarang perubahan berlaku sejak dari awal akta ini ditubuhkan sehinggalah usianya sudah mencecah 40 tahun kini.

"Saya yakin ini semua cara untuk menawan orang atas pagar dengan menunjukkan kononnya perubahan telah berlaku, kerajaan ambil kira pandangan rakyat, tapi hakikatnya tidak ada sebarang perubahan yang berlaku dalam ISA. Ia kekal 100 peratus.

"Sesiapa sahaja boleh ditahan di bawah akta ini pada ketika ini. Sekarang ini masih ada lagi sembilan orang yang ditahan dan salah seorangnya sudah lebih tujuh tahun dalam tahanan.

"Tapi itu semua orang tidak nampak sebab kerajaan pandai menyembunyikan perkara sebenar," katanya lagi.

Beliau dalam pada itu turut menyokong Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia yang menggesa kerajaan melantik sebuah jawatankuasa pilihan parlimen bagi mendapatkan maklum balas awam sebelum pindaan terhadap ISA dibahaskan di Parlimen.

Menurutnya, isu besar yang melibatkan hak asasi rakyat itu harus segera dibawa ke parlimen untuk diselesaikan.

"Saya bersetuju dengan cadangan NUJ itu. Memang perkara ini perlu ditangani di peringkat Parlimen. Apa-apa perubahan ianya perlu dibincangkan di Parlimen kerana undang digubal di peringkat Parlimen. Kalau dari segi jawatankuasa tindakan, teknikal mesti dijawab di Parlimen supaya skop perbincangan boleh diperluas.

"ISA ini kuasa eksekutif. Kami sangsi apabila pihak yang buat kajian ialah badan eksekutif, dan buat keputusan pun badan yang sama," ujarnya.

Setiausaha Agung NUJ, V.Anbalagan Sabtu lalu dilaporkan sebagai berkata, perbincangan mengenai pindaan kepada akta itu tidak harus tertumpu kepada satu kumpulan kecil.

Beliau turut mendakwa, sebagai kumpulan berkepentingan, NUJ tidak dipelawa ke sebarang perbincangan oleh KDN ataupun pendapatnya diminta.

Beliau menyebut sebagai contoh penahanan seorang wartawan selama 18 jam tahun lepas berhubung sebuah artikel.

Sementara itu, GMI ujar Syed Ibrahim, tetap dengan pendirian menuntut kerajaan memansuhkan terus akta zalim itu meskipun usaha-usaha yang dilakukan ini tidak diendahkan pihak kerajaan.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, GMI sedang dalam perbincangan untuk mengadakan satu sesi pertemuan dengan semua ahli parlimen sebagai platform untuk menyampaikan maklumat berkenaan ISA serta sebab ia perlu dimansuhkan, bukan dipinda seperti yang dicadangkan.

Bagaimanapun, ianya perlu mendapat persetujuan daripada Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kami mungkin akan adakan sesi (perbincangan) dengan semua ahli parlimen tapi saya percaya yang akan datang cuma ahli Parlimen pembangkang sahaja. Kami kena bincang dengan Ketua Pembangkang (Anwar)khususnya supaya ia dapat diadakan," katanya.

Beliau turut menyeru Hishamuddin khususnya agar memberikan ruang kepada GMI untuk memberikan penerangan yang sejelas-jelasnya mengenai kepentingan ISA dimansuhkan.

GMI tegasnya sentiasa bersedia untuk berdialog dengan pihak KDN demi memastikan ISA dimansuhkan.

"Hishamuddin tolong bagi ruang kepada GMI.Walaupun sebelum ini beliau tidak layan permintaan kami untuk mengadakan pertemuan, tapi kami sentiasa bersedia. Panggil kami, kami sedia datang. Selain demonstasi, kita masih ada ruang untuk berdiskusi dan berdialaog," katanya.

Khamis lalu, Hishamuddin berkata, pindaan terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 akan dibentang dan dibahaskan pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

Hishammuddin berkata, berikutan pertemuan dan perbincangan awam dengan kumpulan-kumpulan sasaran, Jawatankuasa Teknikal Kajian Undang-undang kini berada di peringkat akhir kajian semua pandangan dan cadangan yang dikemukakan semasa sesi berkenaan sebelum pindaan dibentangkan di Parlimen.

HarakahDaily.Net/-

Setelah Sebulan

12 Muharram 1431H

Saya minta maaf kerana telah sebulan tidak menulis. Maklumlah agak sibuk sedikit termasuklah menunaikan ibadah Haji di Makkah baru-baru ini. Alhamdullilah, semua kerja ibadat telah selesai. Malah sempurna juga kerja menjayakan Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama pada Sabtu lepas. Inilah perkara yang saya ingin huraikan hari ini.

Kejayaan konvesyen itu memang tidak boleh dinafikan. Sudah tentu UMNO dan media miliknya akan terus memperlekehkan usaha murni kita dan mengatakan itu semua cakap-cakap kosong sahaja dan tidak boleh dilaksanakan. Ada pula yang berkata, tidak ada perkara baru yang diketengahkan. Ada pula menuduh PAS menggadaikan perjuangan Islamnya. Inilah cara mereka yang biasa kita dengar; merendah-rendah, menghina dan menidakkan usaha baik orang lain. Malahan, mereka juga tidak malu mengaku bahawa mereka ini menghayati ajaran dan amalan Islam.

Yang paling ketara dan jelas ialah Pakatan Rakyat; DAP, KeAdilan dan PAS, telahpun sebulat suara bersatu untuk berpegang teguh kepada empat perkara pokok – menolak dasar perkauman dalam politik tanah air; menegakkan unsur demokrasi, keadilan dan keluhuran undang-undang selari dengan kehendak agama dan kepercayaan kita; merencana dasar ekonomi yang telus dan mengira kepentingan rakyat; dan menolak rasuah serta kerakusan kuasa. Ini adalah paradigma baru dalam politik negara.

Apa yang bakal menjadi cabaran kepada kita bukanlah menangani dakyah UMNO (walaupun ini memang perlu dilakukan) tetapi seperti kata Pemuda PAS, kita jangan jadikan konvesyen itu sebagai satu kejayaan satu hari sahaja. Ia perlu disusuli dengan kegiatan bersama dalam usaha bersungguh meyakinkan rakyat bahawa kita akan laksanakan janji tersebut. Kita perlu menunjukkan kepada rakyat bahawa kita membawa mesej serta fahaman politik yang berbeza.

Orang-orang Cina dalam Pakatan Rakyat mestilah menunjukkan bahawa kita bukan hanya mementingkan isu orang-orang Cina. Orang-orang India bukan sahaja memperjuangkan isu sekolah Tamil. Orang-orang Melayu pula tidak harus terus-terusan memperkatakan tentang kelemahan mereka serta meminta pertolongan ekonomi. Kita dalam Pakatan Rakyat mestilah memperjuangkan semua isu dan kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Kita mesti mengembalikan maruah kepada perjuangan politik Malaysia. Kita perlu buktikan muafakat sejati di antara kaum. Kita perlu menjalankan pentadbiran negeri serta negara yang adil dan saksama. Inilah sebenarnya cabaran yang menanti kita semua.

Perkembangan dunia hari ini akan membawa perubahan nilai di negara kita. Usaha-usaha meningkatkan kedudukan ekonomi dan taraf hidup mesti dibawa bersama dengan hak-hak keadilan, demokrasi dan kebebasan. Nilai inilah yang berpihak kepada kita.

Jika kita kuat berkerja, hasilnya juga lumayan. Tetapi bukanlah untuk orang-orang politik mendapat kuasa. Lebih penting hasil ini adalah untuk rakyat menikmati pembaharuan yang kita perjuangkan. Kita bukanlah mahu berubah semata-mata untuk perubahan. Tetapi kita berubah untuk menjadikan negara dan masyarakat kita berada di tahap lebih baik.

Dalam hal ini, saya amat yakin bahawa semakin ramai orang-orang Melayu Islam telah menyedari bahawa masyarakat yang bersih dari rasuah, penyelewengan dan korupsi merupakan tuntutan utama dalam Islam. Apa jua label atau slogan yang dilaung-laungkan tidak akan sama apabila dibandingkan dengan amalan sebenar yang berteraskan nila-nilai murni yang dituntut. Itu adalah Islam sebenar dan bukanlah hanya bercakap pasal hal-hal Islam. Inilah juga merupakan teras empat perkara pokok yang mahu diperjuangkan atas nama Pakatan Rakyat.

HarakahDaily.Net/-

MOHD IKHMAL: Kecelakaan bas: Antara teori, retorik dan pelaksanaan

12 Muharram 1431H

Kemalangan yang melibatkan bas menumpang baru-baru ini sungguh menyayat hati. Apa tidaknya, kemalangan ini mengorbankan 10 orang penumpang termasuk sepasang suami isteri yang berasal dari Klang, Selangor.

Bas yang membawa 48 penumpang itu dalam perjalanan dari Klang menuju ke Kangar dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan di LebuhRaya Utara Selatan (Plus) kira-kira 8km dari Plaza Tol Ipoh Selatan. Menurut siasatan awal, kemalangan itu berpunca daripada pemandunya yang mengantuk dan terlelap seketika.

Sejurus media menayangkan berita ini samada di media massa atau media cetak, ramai cakap-cakap mencadangkan pelbagai idea bagi mengelak malapetaka ini dari terus berlaku. Cadangan-cadangan tersebut adakalanya bersifat jangka pendek mahupun bersifat jangka panjang.

Seharusnya, pihak-pihak berkenaan perlu melihat kecelakaan ini tidak berpunca daripada ‘human factor’ semata-mata. Apakah mungkin terdapat faktor-faktor lain yang mengakibatkan kecelakaan ini terus berlaku? Adakah ia mungkin disebabkan juga faktor fizikal (bas, jalanraya, cuaca) dan faktor undang-undang (dasar kerajaan)

Justeru itu, apakah mekanisme yang sesuai dalam memastikan kecelakaan ini dari tidak terus berlaku?

Pada hemat saya yang daif ini, beberapa mekanisme perlu digabungjalinkan dan dilakukan secara bersama bagi mengelak kecelakaan ini dari terus berlaku

Faktor fizikal:-

1. Bas :

Seperti mana yang kita sedia maklum, terdapat bas-bas yang uzur yang masih lagi dibenarkan beroperasi di atas jalan raya. (Cuba lihat intercity bas). Walaupun kita tahu bas-bas ini sudah lulus pemeriksaan dari Puspakom, tetapi adakah sesiapa dapat bertanggungjawab jika bas-bas yang usianya melebihi 10-20 tahun ini menempuh kecelakaan di atas jalan raya?

Sebagai contoh dengan dasar Kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Kenderaan Perdangangan (LPKP) yang membenarkan bas sekolah beroperasi walaupun berusia hingga 30 tahun sangat mendukacitakan malah dasar ini ternyata berpontensi mengundang pelbagai malapetaka dan kecelakaan kepada penggunanya khususnya kanak-kanak sekolah.

Disamping itu juga, bas-bas penumpang ini perlu dilengkapkan dengan beberapa ‘gadget’ tertentu bagi memastikan bas ini dapat beroperasi di tahap yang optimum. Antara ‘gadget’ yang perlu dipasang dalam setiap bas penumpang adalah system GPS, kotak hitam dan penyekat kelajuan. Walaupun ‘gadjet’ tersebut mahal, ia mampu bertindak sebagai pemberi isyarat awal kepada pengusaha dan pemandu bas terhadap keupayaan dan kebolehpanduan sesuatu bas itu. Tentang kosnya? Kerajaan boleh mengenakan rebat atau potongan cukai kepada pengusaha bas yang menggunakan ‘gadjet’ ini dalam setiap bas mereka.

2. Jalan raya

Jalan raya di Malaysia yang diiktiraf sebagai antara Jalan Raya yang terbaik di Asia Tenggara seharusnya memperlihatkan tiada kemalangan yang direkodkan akibat daripada faktor jalan raya ini. Walaubagaimanpun perkara ini tidak boleh menyebabkan penyelenggaran jalan raya dilakukan seolah-olah melepaskan batuk di tangga. Masih ada jalan-jalan persekutuan mahupun jalan-jalan negeri yang keadaan tidak menyenangkan dengan hanya diturap ketika menjelang pilihanraya semata-mata. Justeru itu setiap jalan raya baik jalan –jalan negeri, persekutuan dan lebuh raya diselenggarakan secara konsisten bagi memastikan jalan raya di Malaysia berada dalam keadaan yang optimum

3. Cuaca

Cuaca di Malaysia yang panas dan lembab memungkinkan hujan turun secara tiba-tiba. Walaubagaimanapun, faktor cuaca ini seharusnya tidak dijadikan sebagai penghalang dalam kita memastikan tiada lagi kecelakaan bas yang direkodkan. Dengan hampir majoriti bas-bas penumpang menggunakan LebuhRaya Utara Selatan (PLUS) sebagai jalan utama, bas-bas penumpang ini perlu memanfaatkan setiap hentian Rehat dan Rawat (R&R) yang disediakan jika cuaca dalam suatu ketika itu tidak mengizinkan perjalanan diteruskan. Apa salahnya, pemandu dan penumpang berehat seketika daripada tetap meneruskan perjalanan yang mana mendatangkan risiko yang tinggi kepada mereka. Jika perjalanan kapal terbang boleh ditangguhkan akibat cuaca buruk, adakah sistem bas penumpang kita tidak boleh mengaplikasikan sistem yang sama?

Faktor manusia

1. Pemandu

Pemandu adalah duta kecil kepada sesuatu syarikat bas. Malah dengan kata lain, nyawa 48 penumpang berada di kedua belah tangan pemandu. Walaubagaimanapun, adalah kurang cermat malah keterlaluan jika sesuatu malapetaka itu dipertanggungjawab ke atas pemandunya semata-mata. Dalam menelusuri permasalahan seseorang pemandu itu, mari kita selongkar beberapa perkara terpencil seseorang pemandu itu.

Tidak dinafikan, untuk menjadi seorang pemandu bas mereka hanya perlu mendapatkan lesen daripada JPJ sahaja selepas menjadi beberapa ujian tertentu. Apabila ujian tertentu itu selesai dan mereka dapat melepasinya dengan jayanya, maka mereka akan dinobatkan sebagai pemandu bas. Tetapi dalam senario terkini, adakah lesen daripada JPJ sahaja sudah mencukupi sedangkan nyawa 20-48 penumpang di dalam tanggungjawab mereka? Seharusnya suatu akademi khusus ditubuhkan bagi melatih pemandu bas ini supaya menjadi pemandu bas yang professional dan kompeten selaras dengan tuntutan semasa. Jika pemandu teksi diminta profesional dalam pemanduan mereka selaras dengan tanggungjawab mereka selaku duta kecil negara, pemandu bas juga wajib diangkat sebagai pemandu profesional selaras nyawa 20-48 penumpang berada di dalam tanggungjawab mereka.

Disamping itu juga, sering terdengar gaji asas pemandu bas ini terlalu kecil. Untuk mendapat lebih pendapatan, mereka perlu mengejar ‘trip’ dalam sesuatu hari. Adakah ini berbaloi dengan nyawa-nyawa penumpang yang berada didalam sesuatu bas itu berbanding ‘extra’ pendapatan yang cuba diraih oleh pemandu dalam sesuatu bulan. Justeru itu, tangga gaji minima perlu dilaksanakan kepada pemandu bas bagi memastikan kebajikan mereka dibela selaras nyawa penumpang juga terpelihara.

2. Pengusaha bas

Siapa yang berniaga hendak rugi. Itulah falsafah yang dipegang oleh setiap usahawan khususnya pengusaha bas. Dengan memperkudakan ‘bas lama’, dan meletakkan gaji asas yang rendah kepada pemandu, pengusaha bas bakal menikmati pendapatan lumayan pada hujung tahun pendapatan.

Seharusnya dalam menerobos dunia perniagaan yang lebih mencabar, konsep tersebut perlu dikikis dan dibuang sama sekali. Pengusaha bas juga perlu dipertanggungjawabkan jika sesuatu malapetaka berlaku. Jika sesuatu malapetaka itu berlaku dan disiasat bahawa pengusaha bas bertanggungjawab kepada malapetaka itu, maka nama setiap ahli lembaga pengarah dan ahli keluarga mereka disenarai hitam dari memiliki dan mengusahakan sebarang perkhidmatan pengangkutan awam di masa akan datang.

Seharusnya pengusaha bas sedar, kerajaan telah memberi bantuan dan insentif yang banyak kepada mereka. Sebagai contoh, kerajaan membenarkan surcharge 30% kepada setiap tiket bas yang dibeli oleh pengguna khususnya untuk bas ekspress. Walaupun kerajaan pernah berkata surcharge ini bersifat sementara, ia masih dikuatkuasakan hingga ke saat ini. Dan kerajaan juga membenarkan harga tiket bas dikaji dari semasa ke semasa. Dan sebagai timbal balas kepada pengguna mahupun pemandu, pengguna perlu dibekalkan dengan perkhidmatan yang berbaloi dan pemandu juga perlu digajikan dengan gaji yang setimpal dengan usaha mereka. Tidak hanya keuntungan ini dinikmati oleh pengusaha bas seorang sahaja.

Faktor kerajaan

1. Dasar kerajaan

Dasar kerajaan yang flip-flop sebenarnya turut menyumbang kepada permasalan kecelakaan bas penumpang ini. Sebagai contoh, kerajaan pernah menetapkan setiap bas dilengkapkan dengan kotak hitam. Walaubagaimanapun, selepas rungutan daripada pengusaha bas, dasar tersebut ‘disimpan di bawah karpet’. Senyap begitu sahaja. Dahulu, kerajaan pernah menetapkan seorang pegawai JPJ tanpa uniform ditempatkan dalam bas secara rawak. Adakah dasar tersebut masih dikuatkasakan sekarang? Dan juga kerajaan pernah menetapkan setiap bas yang keluar dari sesuatu terminal bas akan melalui pemeriksaaan JPJ. Sekali lagi ditanya, adakah dasar dan peraturan tersebut masih berjalan.

Hakikatnya dasar dan peraturan kerajaan yang bersifat sementara dan hangat-hangat tahi ayam sungguh mendukacitakan dan menjadi bahan lawak oleh sesetengah pengusaha bas. Seharusnya dasar dan peraturan kerajaan perlu dilaksanakan secara konsisten dan tidak bermusim. Kerajaan melalui JKJR, JPJ, LPKP, MOT, dan JAS perlulah memastikan setiap dasar yang dibentuk, dilaksanakan secara konsisten. Bukan hanya dilaksanakan apabila timbul sesuatu kecelakan besar menimpa khususnya yang melibatkan bas Sani Ekspress tempoh hari

2. Peranan LPKP

Apa itu LPKP? LPKP merupakan singkatan kepada Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan yang bertanggungjawab mengikut Akta LPKP 1987. Ia bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas seperti berikut

* Membangunkan usahawan Bumiputera dalam sektor industri kenderaan perdagangan melalui latihan dan program pembangunan usahawan.
* Menimbang dan meluluskan permohonan untuk mendapatkan lesen baru, membaharui dan ubah syarat bagi semua kelas lesen kenderaan perdagangan di Semenanjung.
* Mengenakan syarat-syarat ke atas semua kelas lesen kenderaan perdagangan yang meliputi penetapan kadar tambang, penentuan peringkat tambang, jadual perjalanan, bilangan penumpang, kawasan operasi, berat muatan, jenis barang-barang, hal-hal pengendalian dan syarat-syarat khas yang lain.
* Menggantung, membatal atau mengenakan apa-apa hukuman yang sesuai ke atas mana-mana kelas lesen kenderaan perdagangan yang disabitkan kesalahan melanggar syarat lesen atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta LPKP 1987 (Akta 334) serta kaedah-kaedah yang diperbuat di bawahnya serta undang-undang lain yang berkuatkuasa.
* Menentukan tempoh kuatkuasa lesen bagi semua kelas lesen kenderaan perdagangan.
* Melesenkan kenderaan perdagangan dari Singapura, Thailand atau negara lain yang dibenarkan beroperasi di Semenanjung Malaysia.
* Membuat kajian laluan baru sebelum memberi pertimbangan ke atas permohonan untuk mendapatkan lesen bas bagi laluan-laluan yang dipohon.
* Mengumpul rekod, penyata kewangan, statistik atau dokumen-dokumen berhubung perniagaan pemegang lesen kenderaan perdagangan.
* Menentukan prosedur permohonan, memproses dan menimbang permohonan lesen, mengenakan bayaran, menetapkan penalti dan menentukan tanda pengenalan kepada kenderaan perdagangan.
* Melaksanakan tugas-tugas yang berhubung dengan penguatkuasaan ke atas syarat-syarat lesen kenderaan perdagangan

Walaubagaimanapun, tugas LPKP terlalu terhad malah seringkali bertindan dengan skop tugas JPJ, JAS dan POLIS.

Dengan LPKP telah diangkat sebagai suatu lembaga yang beroperasi dibawah Jabatan Perdana Menteri, ia ternyata suatu kesilapan yang jelas dengan ia dilihat membesarkan lagi jurang antara LPKP dan jabatan-jabatan lain yang berkaitan dengan pengangkutan awam.

Seharusnya dengan skopnya yang menjurus kepada pengangkutan awam, LPKP sepatutnya beroperasi di bawah Kementerian Pengangkutan dan diberi suatu authoriti penuh dalam melaksanakan pemodenan pengangkutan awam di Malaysia.

Sebenarnya, LPKP layak untuk diangkat sebagai sebuah lembaga yang tersendiri sama seperti JPJ. Walaubagaimanapun demi menjaga segelintir poket-poket menteri, LPKP kini berpindah ke Jabatan Perdana Menteri (Sebelum ini dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi). Kenapa ini berlaku? Teorinya cukup mudah, supaya Perdana Menteri dapat mengawal jumlah permit teksi yang dikeluarkan dan permit teksi ini dapat diberikan kepada penyokong politik mereka.

Bilamana peranan LPKP itu dimanipulasi sedemikian rupa, maka janganlah kita harap pengangkutan awam di Malaysia khususnya pengangkutan bas awam dapat berdiri megah sama seperti yang berlaku di negara-negara eropah.

Tepuk dada Tanya selera, Kuasa di tangan anda.

HarakahDaily.Net/-

Hasan dan Khalid belum diputuskan bersalah - Tuan Ibrahim

12 Muharram 1431H

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Keputusan Jawatankuasa disiplin PAS untuk memanggil Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali dan Pesuruhjaya PAS Shah Alam, Khalid Samad merupakan proses biasa untuk mendengar penjelasan daripada kedua-dua pihak, kata Pengerusinya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar).

Tuan Ibrahim yang juga Naib Presiden PAS berkata, pihak jawatankuasa telah meneliti dokumen mengenai kedua-dua individu terbabit yang diserahkan kepada jawatankuasa berkenaan.

"Setelah bermesyuarat pada Sabtu lalu, pihak jawatankuasa mendapati ada satu keperluan untuk memanggil kedua-dua pihak bagi mendengar keterangan mereka. Ini adalah proses biasa dalam parti," katanya ketika dihubungi Harkahdaily petang tadi.

Beliau meminta pihak media tidak membuat laporan yang menggambarkan seolah-olah Hasan dan Khalid sudah dibuktikan bersalah kerana pihak jawatankuasa belum membuat apa-apa keputusan berhubung perkara itu.

"Buat masa sekarang, pihak jawatankuasa tidak boleh cakap mereka bersalah atau tidak sebab belum mendengar keterangan daripada mereka. Sebab itu lah jawatankuasa akan memanggil mereka untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada kedua-duanya," kata beliau kepada Harakahdaily.

Pihak jawatankuasa, ujarnya, akan menghantar surat rasmi dalam masa terdekat ini kepada Hasan dan Khalid bagi meminta mereka hadir memberikan keterangan pada tarikh yang telah dipersetujui.

Menurutnya, Khalid akan dipanggil memberi keterangan pada 7 Januari, diikuti Hasan pada 9 Januari, iaitu dua hari berikutnya.

"Kita akan hantar surat rasmi kepada mereka berdua untuk hadir pada hari tersebut," katanya.

Tuan Ibrahim juga berpuas hati dengan maklum balas yang diberikan Hasan dan Khalid yang bersedia untuk dihadapkan ke jawatankuasa berkenaan.

Ditanya hukuman yang mungkin dikenakan kepada kedua-duanya, beliau berkata perkara itu tidak boleh ditentukan lagi kerana mereka belum dibuktikan bersalah.

"Kita tidak boleh cakap apa-apa lagi berhubung hukuman yang akan dikenakan kerana sekarang ini baru dalam proses mendengar keterangan.

"Bila cakap pasal hukuman, seolah-olah mereka memang bersalah. Sedangkan mereka masih belum diputuskan sebagai bersalah," tegasnya.

Hasan disiasat berhubung tindak tanduknya yang didakwa boleh menjejaskan Pakatan Rakyat manakala Khalid pula disiasat kerana membuat kenyataan yang boleh menjejaskan kepimpinan kerajaan negeri.

HarakahDaily.Net/-

Sekatan bantuan: Pemuda PAS akan adakan demo bantah Mesir

12 Muharram 1431H

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan mengadakan demonstrasi bagi menyerahkan satu memorandum bantahan kepada Kedutaan Mesir pada Jumaat, 8 Januari, 2010 selepas solat jumaat di Masjid Tabung Haji, Jalan Ampang.

Ketuanya, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan berkata, demonstrasi berkenaan sebagai menunjukkan bantahan keras terhadap tindakan kerajaan Mesir yang tidak memberi kebenaran dan laluan kepada Viva Palestina Convoy 3 untuk meneruskan perjalanan bantuan ke Gaza.

Konvoi yang dikendalikan oleh Palestine Solidarity Campaign tersebut kini tersekat di Aqaba, Jordan setelah disekat masuk oleh kerajaan Mesir.

Kerajaan Mesir telah menyekat deligasi sukarelawan tersebut yang diterajui oleh ahli Parlimen Britain, George Galloway yang telah berjaya mengumpulkan lebih dari 240 ambulan dan kenderaan pelbagai jenis untuk menghantar bantuan ubat-ubatan dan lain-lain barang keperluan ke Gaza.

Rombongan ini telah bertolak dari London pada 05 Disember 2009 dan merentasi jalan darat melalui benua Eropah dan sepatutnya dijadualkan sampai ke Gaza semalam sempena ulang tahun serangan biadap dan pembunuhan zalim rakyat Gaza oleh regim zionis, kerajaan haram Isreal.

Sehubungan itu, Pemuda PAS berharap agar seluruh rakyat Malaysia terdiri dari muslim dan non-muslim serta seluruh badan bukan kerajaan (NGO) yang cintakan keamanan dapat bersama hadir membantah tindakan Kerajaan Mesir menghalang Viva Palestina Convoy 3 yang dikendalikan oleh Palestine Solidarity Campaign agar dapat meneruskan perjalanan memasuki Gaza.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Lo' Lo' Ghazali kesal dengan sikap berdiam diri Kementerian Luar Negeri berhubung sekatan Kerajaan Mesir itu.

Beliau dalam satu kenyataan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Harakahdaily berkata, PAS mesti membuat bantahan rasmi terhadap kementerian berkenaan berhubung isu ini kerana ianya melibatkan nyawa umat Islam di Palestin.

HarakahDaily.Net/-

29 Disember 2009

Pemuda PAS Selangor lapor polis himpunan haram

SHAH ALAM, 28 Dis.:-Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) Isnin membuat laporan polis terhadap kumpulan yang menggelar diri mereka Gerakan Kesedaran Penyokong dan Pengundi PAS Negeri Selangor (GKPPNS) berhubung desakan kumpulan itu supaya PAS Selangor keluar daripada Pakatan Rakyat.

Timbalannya Ahmad Zaidi Abdul Talib berkata tindakan 20 anggota kumpulan itu semalam yang membuat demonstrasi di perkarangan pejabat PAS Selangor dan cuba menghantar memorandum mendesak supaya PAS Selangor keluar daripada Pakatan Rakyat negeri jelas menjejaskan imej parti itu.

"Tujuan kita buat laporan ini untuk bersihkan nama kita kerana individu terbabit 'menyamar' sebagai ahli PAS dan menggunakan nama PAS dalam perhimpunan itu.

"Kita tidak tahu siapa mereka kerana dari semakan yang kita buat (di PAS Pusat dan PAS Kawasan Gombak), kita dapati mereka bukan ahli kita," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam hari ini. Turut hadir sekitar 50 orang anggota DPPNS.

Ahmad Zaidi juga tidak menolak kemungkinan perhimpunan itu didalangi Umno.

Setakat ini kebanyakan media alternatif melaporkan bahawa himpunan itu adalah didalangi oleh UMNO.

Kelantan sedia pinda undang-undang bolehkan bukan Melayu jadi MB

11 Muharram 1431

KOTA BAHARU, Dis 28 – Kerajaan PAS Kelantan sedia meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi membolehkan orang bukan Melayu beragama Islam menjadi Mentri Besar negeri itu.

Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata bukanlah menjadi persoalan untuk meminda peruntukan dalam undang-undang berkenaan asalkan ia selari dengan kehendak Islam seperti diperkenalkan PAS sejak memerintah Kelantan pada 1990

“Undang-undang Kelantan itu lain kerana ia dibuat pada zaman itu. Benda itu boleh diubah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ijtimak Ulama Muda Negeri Kelantan di sini hari ini.

Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya yang akan menyokong mana-mana calon bukan Melayu menjadi Mentri Besar selepas beliau asalkan orang itu beragama Islam.

Beliau berkata mengikut dasar Islam sendiri, asalkan calon berkenaan berakhlak baik dan mengamalkan ajaran Islam dengan sebenarnya, mereka layak untuk dijadikan pemimpin.

“Itu sebabnya kita jangan berpegang kepada bangsa sebaliknya berpegang kepada mereka yang mengamalkan ajaran Islam, barulah Islam itu dihormati.

“Langkah ini (melantik bukan Melayu) menjadi mentri besar sudah tentu Islam itu sendiri akan dihormati dan lebih ramai yang menjadikan Islam sebagai pegangan agama,” katanya.

Ketika menyentuh perkara yang sama dalam ucapannya, Nik Aziz berkata beliau sendiri akan mencadangkan mana-mana pemimpin bukan Melayu beragama Islam yang layak untuk menjadi penggantinya. – Bernama

White Coffee (Oldtown Kopitiam) NON-HALAL.

11 Muharram 1431H
Email : suhaimi mohd

Kalau kita tidak berdakwah..kita akan dipertanggungjawabk an oleh Allah di akhirat kelak.sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,surah ke 7,ayat ke 164:
"Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa". ayat ini.pula .

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah
kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui."
(Al-Baqarah ayat 42)

`Makanan itu menjadi DARAH & DAGING yang kita usung setiap hari.' Tidak hairanlah apabila kita mudah terpedaya dalam hasutan syaitan & musuh islam.. Lalai & malas dalam mengerjakan perintah Allah sbn seterusnya tidak terdaya mencegah amar
mak'aruf nahi mungkar. Apakan tidak, apabila darah yang mengalir & daging yang membesar kita sirami dengan makanan yang tidak diberkati seterusnya 'HARAM' untuk dimakan. WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam 'WCOK' telah beroperasi bermula sekitar
tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi.

Beberapa produk yang harus diragui STATUS HALAL & dikenalpasti HARAMnya ialah:-
-Nissin Noodles (Mee Segera Nissin Noodles) yang diimport dari Hong Kong
(tertulis dipaket bungkusan)

-Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish & Nissin Noodles juga diragui status halalnya. Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee Oldtown Kopitiam 1999 tiada dipasaran Malaysia yang menjual Daging Salai HALAL. Perkara ini anda boleh rujuk kepada para penyelidik, pensyarah & pelajar di Fakulti/ Jabatan Perhotelan @ F&B / Food & Beverages.

-Minyak yang digunakan didalam penyediaan menu 'Ipoh Ho Fun @ Ipoh Kuew Teaw Sup'. Minyak tersebut dihasilkan sendiri oleh WCOK dan tidak terdapat dipasaran. Hanya diberitahu ianya minyak udang. Tetapi adakah ianya benar & tiada campuran lain?

-Herbal Jelly adalah produk yang diimport daripada China . Diberitakan, antara isi kandungannya adalah kulit kura-kura. Khasiatnya dikatakan dapat memanaskan anggota dalaman badan (persoalannya - bolehkan UMAT ISLAM makan yang terhasil daripada KURA-KURA) Apa yang membuatkan UMAT ISLAM diMalaysia TERPEDAYA dengan status HALALnya
ialah salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM PERAK @ 'JAIPK' pada beberapa produknya dijaja dengan mengatakan JAIPK akan memberi STATUS HALAL pada semua produknya yang sehiingga kini (dari awal penubuhnnya- dekat 10tahun dah) masih lagi tidak diperoleh Sila layari laman Web WCOK. Hanya sijil halal bagi beberapa produk yang disahkan oleh JAIPK yang dijajanya. Berbagai anugerah telah diperolehi, namun STATUS HALAL BAGI RESTORENNYA masih lagi TIDAK BERJAYA DIPEROLEHI. KENAPA & MENGAPA? Maka itulah umat islam dinegara ini terpedaya dengan helah apabila nama JAIPK digunakan.

Selain daripada penyalahgunaan Sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAIPK umat islam juga terpedaya dengan paparan pekerja islam yang diambil bekerja. Dimana dengan mengatakan yakni makanan yang dihidangkan adalah halal, maka pekerja-pekerja islam ini telah terpedaya untuk berkerja seterusnya menjadi penipuan yang tidak diketahui mengenai status halal makanan direstoren tersebut. Bagi pengunjung-pengunju ng, apabila melihat Sijil HALAL yang dipaparkan (yang dikeluarkan oleh JAIPK bg sesetengah produk sahaja & bukan yang dikeluarkan oleh JAKIM yakni pengesahan makanan yang dihidangkan oleh restoren terbabit adalah HALAL semuanya) serta pekerja-pekerja islam (yang tidak mengetahui akan Status Non-HALAL yang dihidangkan. Siap pakai tudung lagi) maka dengan mudahnya mereka memasuki dan menjamahnya.

Seperti apa yang berlaku di KULIM, KEDAH bagi Kopitiam PAK'HAINAN (juga 'TIDAK HALAL'). Sungguh menyedihkan apabila pengurus restoren beragama Islam dan berbangsa Melayu tidak mengendahkan & mengetahui status HALAL bagi makanan yang dihidangkan. Papan tanda diluar restoren juga sungguh besar menunjukkan pekerja islamnya memakai tudung menghidangkan makanan.

Begitu juga yang berlaku di TESCO Seberang Jaya, Perai pula Kopitiam WHITE HOUSE (juga 'TIDAK HALAL') selain menghidangkan `noodles @ mee' yang TIDAK HALAL dan beberapa menu lagi yang tidak diketahui Status HALAL HARAMnya, mereka juga dengan selamba & tampa rasa bersalah mengunakan LOGO HALAL JAKIM tampa kelulusan. Apabila ditanya, mereka menjawab produk mereka semuanya HALAL. Dan apa buktinya bagi Noodles @ Mee Import yang dihidangkan dan beberapa produk lain, tidak tahu jawapannnya.

Di TESCO Kajang pada tahun 2006, WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam telah menghidangkan `noodles @ Meenya' yang antara isi kandungannya terdapat 'LUNCHEON MEAT'. Aduan telah dibuat, namun tiada tindakan daripada pejabat Agama diambil bagi men`yamak' restoren terbabit.

Perkara ini telah disahkan oleh perkerja Islam White Coffee Oldtown Kopitiam (kini telah berhenti apabila mengetahui perkara ini) selain daripada pekerja pihak pengurusan berbangsa Cina (juga telah berhenti apabila menghadapi tekanan daripada pelanggan mengenai Status HALAL JAKIM).

Selain itu, walaupun WCOK telah membuka sehingga melebihi 100 cawangan dari
tahun 1999-2008 diseluruh negara yakni dari utara hingga ke selatan namun STATUS HALALnya masih lagi tidak diperolehi. Dalam masa 10tahun, 100 cawangan telah berjaya dibuka dengan menghidangkan kepada UMAT ISLAM MALAYSIA makanan yang HARAM. Dan sungguh menyedihkan apabila pihak JAKIM selaku pihak Jabatan Agama yang bertanggungjawab dinegara ini mengambil sikap berdiam diri. Adakah seseorang dijabatan ini telah disogok agar tiada isu dibangkitkan & tindakan diambil walaupun sebenarnya telah ada aduan yang dibuat. Apakah pihak di JAKIM hanya melihat kepentingan yang akan diperolehi dengan tindakan ini tetapi tidak PERHINTUNGAN di PADANG MASYAR nanti?

Apakah perlu adanya aduan baru ada tindakan? Sedangkan pihak JAKIM telah melihat begitu ramai umat islam menjamah makanan di `WHITE COFFEE OLDTOWN KOPITIAM'
yang 'TIADASTATUS HALAL' dan kini terbukti 'TIDAK HALAL' nya. Adakah tiada pemantauan dan tindakan bagi pihak yang `TIDAK MENDAPAT KEBENARAN/ KELULUSAN' JAIKIM menjugakan LOGO HALAL JAKIM?

Hanya beberapa Kopitiam sahaja yang prihatin & dilihat telah mendapat `PENGESAHAN SIJIL HALAL JAKIM' walaupun baru setahun jagung dibuka.

Seperti SWENZ KOPITIAM & KAPITAN KOPITIAM. Dimana melalui produk menunya didapati
sememang tiada makanan yang diimport dari TAIWAN , HONG KONG & JEPUN yang kebanyakkannya tidak HALAL. Mengapa restoren ini boleh mendapat Status HALAL
JAKIM & terdapat sesetengahnya TIADA HALAL JAKIM..

Jawapannya MUDAH, ini kerana sesetengah hidangan makanan yang dihidangkan di
Rangkaian Kopitiam seperti:-
-WHITE COFFEE OLDTOWN Kopitiam,
-NEWTOWN Kopitiam
-WHITE HOUSE Kopitiam
-PAK HAINAN Kopitiam
-JOM BALI Kopitiam
adalah 'TIDAK HALAL'
Merujuk kepada isu yang dinyatakan, sebenarnya selain kita empunya diri yang akan dihisab kerana memberi makan kepada anggota tubuh dengan makanan yang di HARAMkan seharusnya Jabatan Agama mengambil tindakan segera didalam mewajibkan status HALAL & HARAM diperolehi bagi setiap kedai makan @ restoren yang beroperasi. Pihak JAKIM seharusnya menjalinkan kerjasama bersama Majlis Perbandaran yang memberi & mengeluarkan LESEN perniagaan agar MEWAJIBKAN bagi restoren & food court (mungkin tidak termasuk gerai) mempamirkan STICKER TIDAK HALAL. Bagi yang mengatakan restoren mereka adalah HALAL hendaklah mendapatkan sijil & pengesahan Status HALAL daripada
JAKIM terlebih dahulu sebelum beroperasi. Ini bertujuan agar UMAT ISLAM
dinegara ini tidak dihidangkan makanan yang TIDAK HALAL dengan PENIPUAN apabila
hanya dengan menunjukkan sijil halal bagi beberapa produk sahaja dan mengunakan
PEKERJA ISLAM yang terpedaya & Jahil.

Ini agar umat islam dinegara ini tidak terpedaya dengan Helah pengusaha yang asyik mengejar keuntungan dengan menyajikan makanan HARAM kepada umat islam dengan hanya mengatakan yakni tiada babi & minuman keras dihidangkan (NO PORK & LARD) tetapi sebenarnya ada.

Apakah Halal sesuatu makanan itu jika bukan babi yang dihidangkan. Tetapi bagaimanakah jika terdapat isi kandungannya diragui status halal (yakni diperbuat daripada unsur babi itu sendiri). Selain itu, jika Nasi Lemak serta menu lain boleh disahkan status HALALnya, bagaimanakah dengan pinggan mangkuknya yang telah dibasuh sekali dengan pinggan mangkuk yang menghidangkan menu HARAM ini. tidakkah jatuh hukumnya HARAM jua.