01 Januari 2010

Dari Kelab ke Himpunan Penyokong PAS

14 Muharram 1431H

HAJI Ahmad Fuad semasa menjadi Yang Dipertua Agung PAS sebelum merdeka dulu ada menyebutkan keperluan memikirkan penyertaan penduduk bukan Islam dalam PAS.

Perhatiannya itu dipercayai betapa tidak dapat dimungkiri, masyarakat bukan Islam akan menjadi sebahagian dari rakyat Tanah Melayu yang merdeka dan jika pentadbiran selepas merdeka mengikut lunas demokrasi, pemimpin dan kerajaan ditentukan oleh rakyat, peranan itu akan dimainkan sama oleh rakyat bukan Melayu dan bukan Islam.

Prof. Zulkifli Mohamad, Timbalan Yang Dipertua Agung PAS terbunuh dalam kecelakaan jalan raya di Gambang, Pahang sehari selepas Pilihan Raya Umum 1964, pernah mencadangkan kepada Kongres, panggilan Muktamar PAS pada masa itu, supaya dibuka keahlian PAS kepada masyarakat bukan Islam.

Sebagai permulaan, keahlian itu dalam bentuk ahli bersekutu.

Kongres belum bersedia menimbangkan pandangan pimpinan PAS yang sehebatnya yang belum ada gantinya. Rekod tentang cadangannya itu tidak ada dan orang yang benar-benar ingat tentang perkara itu pun sudah tidak ada.

Haji Yusof Rawa dulu ingat-ingat lupa cadangan Prof. Zul itu dan begitu juga Ustaz Fadzil. Mereka sendiri pun sudah tidak ada.

Semasa pimpinan Ustaz Fadzil Noor, cadangan Prof. Zulkifli Mohamad itu dibangkitkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Ustaz Fadzil bersetuju supaya cadangan itu dikaji.

Masa itulah Ustaz Fadzil menyebut beliau ingat isu itu tetapi ingat-ingat lupa persoalan yang dicetuskan oleh Prof. Zul itu. Sejak ia saya bangkitkan dalam Jawatankuasa PAS Pusat itu, keahlian bukan Islam dalam PAS mulai menjadi percakapan.

Wakil dari PAS Wilayah Persekutuan hampir setiap tahun membangkitkannya dalam perbahasan ucapan dasar di Muktamar. Ustaz Azhar Yaakub antara wakil PAS Wilayah yang pernah memberi hujah menarik dari sudut politik dan agama. Ia juga disentuh oleh perwakilan lain.

Sepanjang saya menyertai muktamar lebih dari 30 kali, saya tidak pernah mendengar perwakilan menentangnya.

Ada anggota PAS yang berhati-hati bimbang ia ditolak oleh ahli-ahli PAS. Tetapi mereka yang menyatakan kebimbangannya itu pula menolaknya secara peribadi.

Dalam satu ijtimak PAS Wilayah Persekutuan menjelang muktamar telah membuat ketetapan untuk membuka keahlian PAS kepada rakyat bukan Islam.

Ada reaksi positif dari masyarakat bukan Islam. Mereka menunggu bila resolusi PAS Wilayah Persekutuan itu dapat dilaksanakan.

Dalam satu forum berbelas-belas tahun dulu, anjuran DAP di Dewan Perhimpunan Cina di Kuala Lumpur yang penalisnya dari parti-parti pembangkang, jika saya tidak silap mewakili DAP ialah Dr. Tan Sing Giaw. Saya mewakili PAS. Lim Kit Siang juga hadir.

Seorang pemuda Cina yang wajahnya seperti Speaker Negeri Selangor sekarang bangkit bertanya di depan pemimpin-pemimpin DAP itu. Dia mengaku tidak menganggotai mana-mana parti politik. Parti politik yang diminatinya ialah PAS. Malangnya PAS tidak membuka keahliannya kapada orang bukan Islam.

Ditujukannya soalannya kepada saya, bilakah resolusi ijtimak PAS Wilayah Persekutuan itu dapat diluluskan kerana dia sedang menunggu untuk menyertainya?

Apa yang dapat saya jawab selain dari menyatakan Insya Allah dalam waktu yang segera dan harap pemuda Cina itu bersabar.

Reaksi Ustaz Fadzil terhadap ijtimak PAS Wilayah itu dapat dikira positif, tetapi ia belum dapat dikemukakan dalam muktamar yang terdekat kerana ia baru diputuskan oleh PAS Wilayah Persekutuan saja.

PAS negeri lain belum membincangkannya. Beliau mahu ia dibincangkan oleh PAS negeri-negeri. Untuk muktamar yang terdekat, tidak sempat bagi negeri-negeri untuk membincangkannya. Kita tunggu ia dibincangkan dulu.

Tetapi tiada PAS negeri-negeri membincangkannya seperti yang dibuat oleh PAS Wilayah Persekutuan.

Ustaz Fadzil pernah mengetuai rombongan pimpinan PAS yang terdiri dari ulama ke London meninjau pandangan pimpinan gerakan Islam antarabangsa tentang cadangan PAS menerima keahlian bersekutu bukan Islam.

Gerakan Islam itu memahami keadaan sosial dan politik Malaysia berpendapat adalah harus menerima rakyat bukan Islam bahkan sebagai ahli penuh, bukan sekadar ahli bersekutu.

Suatu yang harus boleh dilaksana dan boleh tidak dilaksanakan.

Apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari Umno, Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri haus tangga Markaz Tarbiyah PAS dinaiki oleh orang bukan Islam yang datang minta borang keahlian PAS.

Justeru PAS belum jadi parti untuk semua – PAS For All – maka tidak dapat hasrat mereka itu dipenuhi. Sebahagian dari yang Islam beramai-ramai menyertai PAS dan yang bukan Islam bergabunglah dengan kumpulan yang boleh bekerjasama dengan PAS.

Apabila Parti KeADILan ditubuhkan mereka pun menyertai parti itu yang bersekutu dengan PAS. Lama selepas itu dilancarkan Kelab Penyokong PAS yang ternyata mendapat sokongan yang menggalakkan.

Setelah dua tahun tema PAS Untuk Semua – PAS For All diperkenalkan, maka telah disetujui Kelab Penyokong PAS itu akan dikenali sebagai Himpunan Penyokong PAS yang ahlinya adalah ahli PAS.

Peruntukannya akan dimasukkan dalam perlembagaan PAS. Pindaan perlembagaan PAS dipercayai akan dibentangkan dalam muktamar akan datang.

59 tahun PAS menunggu untuk menjadikan parti untuk sekalian rakyat.

HarakahDaily.Net/-

SU Akhbar Nik Aziz minta Berita Harian mohon maaf

14 Muharram 1431H

KOTA BHARU, 30 Dis: Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohd Saiba Yaacob meminta akhbar Berita Harian memohon maaf secara terbuka kerana menyiarkan kenyataan yang dianggap tidak tepat mengenai dirinya.

Malah katanya, wartawan akhbar berkenaan tidak pernah menemuinya sebelum menyiarkan kenyataan dianggap panjang lebar berkaitan dirinya.

“Beberapa laporan yang terdapat dalam akhbar berkenaan semalam bukan sahaja tidak betul, bahkan tidak pernah menghubungi saya untuk mendapatkan sebarang penjelasan.

“Laporan itu kata saya merancang untuk mengajar di Kias tak betul, nak melanjutkan pengajian di Kuis pun tak betul, sebaliknya saya akan menyambung pengajian di peringkat PhD di UM,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Akhbar terbabit semalam menyebut Mohd Saiba sudah lama merancang menjadi pensyarah di Kias sambil melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Kuis.

Laporan tersebut juga memberitahu beberapa pihak mempersoalkan Setiausaha Politik Menteri Besar, Annual Bakri Harun kerana gagal memberi nasihat yang betul kepada Menteri Besar.

Oleh yang demikian, Mohd Saiba memberi peluang akhbar berkenaan memohon maaf sebelum tindakan lanjut diambil memandangkan berita yang disiar tidak mendapat kebenarannya dan turut dilibat nama Anual Bakri.

“Jadi bagi membersihkan nama saya dengan laporan yang agak kurang manis, ada baiknya akhbar berkenaan memohon maaf secara terbuka sebelum tindakan lanjut diambil,” ujarnya.

Katanya begitu kecewa dan terkejut dengan laporan tersebut dengan memperincikan maklumat mengenainya.

Beliau juga berkata, ekoran laporan tersebut menyebabkan beliau bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz untuk menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.

Katanya juga beliau mengambil keputusan tidak menyambungkan kontrak kerana ingin melanjutkan pengajiannya di peringkat PhD di Jabatan Syariah di Universiti Malaya (UM) dalam bidang Siasah Syariah.

“Pada masa yang sama saya akan bertugas sebagai ahli akademi seperti jawatan asal sebelum ini di sebuah kolej di sini,” tambahnya.

Saiba sebelum ini pernah bertugas sebagai pembantu pensyarah di UM selama empat tahun sehingga 2000, kemudiannya mengajar di Kolej Darul Quran di Terengganu akhir 2000 hingga Januari 2002.

Selepas itu dilantik Setiausaha Akhbar Menteri Besar pada 3 Febuari 2002 dan berakhir Febuari 2010.

Beliau merupakan Setiausaha Akhbar yang keempat dan paling lama berkhidmat iaitu selama lapan tahun.

Semalam Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengesahkan kedua-dua setiausahanya itu akan tamat tempoh perkhidmatan, di mana Anual mohon berhenti dan Saiba tamat tempoh kontrak.

HarakahDaily.Net/-

Enggan tubuh suruhanjaya bebas, Najib bermain politik

14 Muharram 1431H

KUALA LUMPUR, 30 Dis: Keengganan kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan seorang penulis barat terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat sebagai satu permainan politik Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendakwa, perdana menteri enggan menubuhkan suruhanjaya itu kerana mahu menyelamatkan dirinya daripada turut disoal siasat dan takut segala penyelewengan yang dilakukannya terbongkar.

"Ini satu permainan politik datuk Seri Najib.Beliau tidak mahu suruhanjaya siasat Dr Mahathir kerana beliau tahu jika suruhanjaya itu dibentuk, beliau akan terheret sama.

"Sudah tentu beliau juga akan dipanggil untuk disoal siasat mengenai peranan dan apa yang dilakukan sewaktu berada dalam Kabinet Dr Mahathir dan Pak Lah," katanya ketika dihubungi Harakahdaily petang tadi.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut berkata, Najib juga dilihat tidak pernah membela Dr. Mahathir sewaktu penulis buku yang berpengkalan di Singapura, Barry Wain mendakwa beliau membazirkan RM100 billion sewaktu pentadbirannya.

Sebaliknya Najib hanya berdiam diri ketika rakyat bercakap mengenai dakwaan penulis itu dalam bukunya bertajuk 'Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times' dan hanya membiarkan Dr. Mahathir turut menuduh Tun Abdullah Ahmad Badawi melakukan perkara yang sama.

"Sekarang ini Najib hanya membiarkan orang mempersoalkan keborosan pada zaman Dr. Mahathir di media-media artelnatif seperti blog dan sebagainya.Dr.Mahathir pula tuduh Pak Lah dan Najib hanya berdiam diri asalkan beliau tidak dikaitkan.

"Najib tidak pernah membela Dr.Mahathir apabila didakwa oleh penulis ini dan menolak penubuhan suruhanjaya bukan bermakna beliau membela Mahathir tapi hanya nak menyelamatkan diri supaya jangan ada orang turut mempersoalkannya," katanya.

Najib juga ujar Mahfuz terselamat dalam hal ini kerana berjaya mengalihkan pandangan rakyat daripada mempersoalkan pentadbirannya.

"Nampaknya Najib berjaya mengalihkan pandangan orang daripada mempersoalkan dirinya sebaliknya mempersoalkan Dr. Mahathir dan Dr. Mahathir kemudiannya mengheret Pak Lah sama," ujarnya.

Pakatan Rakyat sebelum ini menggesa satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat pendedahan dalam buku tulisan Barry Wain bahawa di bawah pentadbirannya lebih RM100 juta lesap akibat rasuah dan pembaziaran.

Dr. Mahathir sendiri turut mencabar Najib menubuhkan suruhanjaya itu.

Namun Najib semalam dilaporkan sebagai berkata, penubuhan suruhanjaya bebas berkenaan tidak sesuai kerana tuduhan tersebut merupakan kandungan sebuah buku.

HarakahDaily.Net/-

Kerana Melayu perjuangan Umno makin luput

14 Muharram 1431H

KOTA BHARU, 30 Dis: Biar pun kajian mendapati perjuangan berteras bangsa dalam masyarakat majmuk tidak lagi relevan, namun Umno enggan keluar dari belenggu perkauman.

Ramai percaya perjuangan berteraskan bangsa akhirnya akan pupus. Keadaan yang sama bakal menimpa Umno sekiranya dogma itu terus dipertahankan.

Ini dapat dilihat kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi yang menganggap kenyataan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu melantik Cina Muslim warak sebagai Menteri Besar sebagai gimik politik.

Seorang pensyarah, Nadzir Awang Ahmad pula menganggap kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengejutkan orang Melayu.

Pensyarah berkenaan menulis di sebuah akhbar tempatan sekiranya dasar itu diamalkan kerajaan Pakatan Rakyat, lebih ramai lagi orang bukan Melayu akan menjadi Menteri Besar.

Sebelum ini Menteri Besar Kelantan menyatakan kesediaan kerajaan PAS meminta perlembagaan negeri bagi melantik Cina Muslim sebagai pemimpin kerajaan negeri.

Mengulas itu tersebut anggota parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir berkata, amalan melantik pemimpin Islam yang berwibawa tanpa memilih bulu adalah amalan Islam sebenar.

“Saya amat bersetuju dengan cadangan tersebut kerana ia memperlihatkan perjuangan Islam tidak sempit dan melangkui sempadan bangsa.

“Sedangkan pemimpin Umno sebelum ini mendakwa Malaysia sebagai negara Islam, namun mengapa pula pemimpin yang patuh kepada ajaran agama tidak mahu dicontohi,” katanya.

Beliau percaya perjuangan Umno semakin luput kerana ideologi yang dipertahankan sejak 1946 sudah tidak sesuai lagi dalam situasi masyarakat pelbagai agama dan bangsa di Malaysia.

Oleh itu katanya beliau menyokong penuh cadangan Tuan Guru Nik Abdul bagi memberi peluang pemimpin Cina Muslim yang warak menjadi ketua kerajaan.

Adun Guchil, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria berkata, pemikiran Menteri Besar Kelantan melangkau sempadan bangsa sehingga menyebabkan Umno semakin gelisah.

Kata beliau Umno tetap mahu mempertahankan perjuangan berteraskan bangsa bukan bagi kepentingan rakyat, sebaliknya bagi mendapat faedah peribadi mereka.

Adun Dabong, Ariffabillah Ibrahim berkata, cadangan Menteri Besar itu tidak mustahil dilaksanakan kerana Islam tidak meletakkan bangsa sebagai fokus perjuangan.

“Cadangan tersebut amat ditakuti Umno kerana tanpa perjuangan Melayu Umno sudah tidak bermakna lagi,” tambahnya.

HarakahDaily.Net/-

Husam sekali lagi nafi akan letak jawatan

14 Muharram 1431H

KOTA BHARU, 30 Dis: Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat Negeri, Datuk Husam Musa, hari ini menafikan beliau akan meletakkan semua jawatannya termasuk sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor.

Katanya, tidak ada sebab kenapa beliau harus berbuat demikian sedangkan pada masa yang sama beliau lebih menumpukan tuntutan royalti minyak dari Kerajaan Pusat.

“Lainlah kalau dah dapat royalti besok tuan-tuan buat rumous macam tu,”ujarnya sambil ketawa.

Katanya, akibat khabar angin sebagaimana yang didakwa dalam blog atau media itulah yang menyebabkan beliau membuat tuntutan saman dari pihak yang menyebarkan berita tidak benar.

Setakat ini beliau telah mengemukakan saman terhadap satu blog berhubung kes yang mendakwanya akan menerima wang dari Datuk Tamrin sebanyak RM15juta.

“Saya dah hantar surat saman kira-kira lebih sebulan lalu pada alamat di Klang, walaupun penulis blog terbabit orang Kelantan dan peguam saya memang dah saman dia. Dan dia ni kita dapati ‘cybers troopers Umno’,”ujarnya.

Beliau juga memberitahu, media seharusnya tidak menjadikan laman web atau blog tertentu khususnya yang didalangi pihak Umno sebagai bahan berita untuk siaran media.

Sambungnya, sebagai contoh sebuah akhbar harian hari ini yang mendakwa beliau telah menyindir keluarga Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, juga tidak benar.

“Tidak betul macam tu, kenapa saya nak sindir Tuan Guru, saya sendiri ada keluarga, ada adik-adik, bahkan adik saya sendiri pernah ditemuduga oleh sebuah agensi kerajaan negeri beberapa tahun lalu.

“Saya nasihatkan agensi kerajaan ni jangan ambil adik saya walaupun berkelayakan, saya lakukan demikian untuk menjaga imej kerajaan negeri disamping ingin mengelak tuduhan-tuduhan macam ni dari pihak yang tidak bertanggugjawab,”ujarnya.

Sambungnya lagi tulisan dalam blognya sebelum ini bukan bermaksud menuding sesiapa, apa lagi kepada Tuan Guru.

Sambungnya, akhbar hari ini memetik kenyataannya dalam blog beliau itu kononnya menyindir Tuan Guru, seolah-olah ingin melaga-lagakan beliau dengan Tuan Guru.

Menurutnya, sebelum ini beliau pernah mengemukakan surat tuntutan saman kepada akhbar Utusan Malaysia dan New Strait Times (NST) berhubung perkara yang sama.

Ketika ditanya berhubung perkembangan tuntutan saman, beliau memeberitahu setakat ini NST mengemukakan kepada peguamnya untuk berunding awal tahun hadapan.

Ketika menjawab jumlah tuntutan saman terhadap kedua-dua media terbabit beliau bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas berhubung jumlahnya.

“Saya memang tidak letak hargalah, hanya sekadar munasabah saja, lagipun apa yang saya lakukan sebagai pengajaran untuk para media sahaja, tidak lebih dari itu,”ujarnya lagi.

HarakahDaily.Net/-

Bas Ekspress Melayu

14 Muharram 1431H
Email : Shah Bundy
COPY DR BLOG : http://sukj.blogspot.com/


INI BAS 2 TINGKAT DI KOTA LONDON
IA CUMA BAWA PENUMPANG
YANG NAK SIAR-SIAR
NAK TENGOK KOTA LONDON.

KELAJUANNYA HANYA DIANTARA
20KM/J HINGGA 35KM/J

INI BAS PELANCUNG DI KOTA PARIS
SAMA JUGA BERGERAK PELAN-PELAN

INI PUN BAS 2 TINGKAT JUGA
DI SYDNEY
BERJALAN SEKEJAP KEMUDIAN BERHENTI
KEMUDIAN JALAN SEMULA
RASANYA KELAJUANNYA TAK LEBIH 50KM/J


YANG INI BAS 2 TINGKAT MELAYU

ORANG LAIN BAS 2 TINGKAT UNTUK BAWA PELANCUNG

JALAN DEKAT-DEKAT...JALAN PELAN-PELAN...KERAP BERHENTI

TAPI BAS 2 TINGKAT KEPUNYAAN DATUK SANI SALEH...PECUT 120KM/J

SELAGI TAK JUMPA R&R, BAS INI TAK AKAN BERHENTI

ITU SEBAB DRIVER BAS INI SEMPAT LELAP

AKHIRNYA 10 PENUMPANG LELAP TERUS

ORANG LAIN GUNA 2 TINGKAT...MELAYU PUN NAK GUNA 2 TINGKAT

ORANG PUNYA 2 TINGKAT SELAMAT DAN SEMPURNA

TETAPI MELAYU PUNYA 2 TINGKAT...'PELINGKUP'

akhir sekali
ALLAH DAH MENENTUKAN AJAL MEREKA
KENA REDHA BKN SALAH DRIVER




31 Disember 2009

Kenyataan Media : Penafian Himpunan Desak Zambry Letak Jawatan Bohong

13 Muharram 1431H

Berhubung dengan sebaran sms dan khabar angin yang mengatakan Pakatan Rakyat akan mengajurkan satu himpunan mendesak MB Kudeta, DR. Zambry Abd Kadir supaya meletakkan jawatan pada 31hb Disember(esok),dengan ini saya suka mengeluarkan beberapa kenyataan :-

1. Saya menafikan bahawa Pakatan Rakyat Perak akan menganjurkan himpunan berkenaan. Suka ditegaskan disini bahawa prinsip Pakatan Rakyat dalam isu jawatan MB Perak dan langkah untuk menyelesaikan kemelut politik yang berlaku di Perak adalah dengan jalan pembubaran DUN Perak dengan memberi peluang kepada rakyat Perak untuk mengundi dan memilih siapakah kerajaan Perak.

2. Saya juga mengecam pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah menyebarkan sms dan berita yang tidak berasas langsung itu.

3. Saya juga memohon dari pihak keselamatan mengadakan siasatan yang terperinci mengenai siapakah yang bertanggungjawab menyebarkan berita yang saya anggap satu provokasi dan fitnah terhadap Pakatan Rakyat Perak.

4. Selain itu, saya suka memberi ingatan kepada semua penyokong Pakatan Rakyat supaya jangan mempercayai dan mengabaikan maklumat bohong itu. Juga saya menegaskan semua penyokong Pakatan Rakyat sentiasa berhati-hati dengan provokasi dan fitnah yang berterusan dari musuh-musuh Pakatan.

5. Seterusnya saya berharap semua penyokong Pakatan Rakyat supaya tidak mudah mempercayai kepada sumber maklumat yang disebarkan dalam pelbagai media yang pro BN, dan saya sarankan supaya hanya mempercayai maklumat yang diterbit dan disiarkan dalam-media parti yang mewakili Pakatan Rakyat.

Kenyataan
13 Muharram 1431H/30hb Disember, 2009
DRS. Khalil Idham Lim
Setiausaha,
Sekretariat Pakatan Rakyat, Perak.

Web site palsu (FAKE) - Maybank and Hong Leong --pls be alert especially online users

13 Muharram 1431H
Email : kamil

Please note it is not easy to tell the difference between FAKE and genuine website if you do not pay close attention.
The only difference is to refer to the address bar.

Teman sekelian tentu telah notice akan pelbagai makluman dari Bank Negara Malaysia dan PDRM berkaitan dgn online bank transactions aktiviti yg dilakukan oleh pihak tertentu yg bertujuan utk mencuri info dari pelanggan akaun online banking.
Disini saya ingin share dua link yg saya sendiri terima yg betul betul menyerupai M2U dan HLB sites dihantar melalui mail dgn alasan saya harus memperbaharui info didalam akaun saya. Sila perhatikan dan lihat perbezaan masing masing.

Website palsu M2U

Website ‘ori’ M2U (Genuine)

Website palsu Hong Leong (FAKE)

Website ‘ori’ Hong Leong (Genuine)

Tak nampak perbezaannya, rite. Memang sukar utk mencari perbezaannya. These ppl are very good at their job copying the original site.
The only difference is to refer to the address bar. The web address should refer to the bank’s address dan juga sila pastikan tanda icon kunci(mangga) ada pada site itu coz itu confirm that it is a secured site and not a fake site.
Sila berjaga jaga ya coz once they have ur id and password, penat-penat duit dan simpanan yg diusaha boleh hilang sekelip mata.
Regards,


Keluarga cari pesakit mental hilang

13 Muharram 1431H
Email : Zamri keciks

SIMPANG EMPAT – Keluarga kepada Ahmad Zaidi Hamid,48,yang cacat mental sejak lahir hilang 13 hari yang lalu dan merayu kepada semua masyarakat awam yang menjumpainya supaya menghubungi keluarga berkenaan di Simpang Empat, Semanggol.

Adik Ipar,Jalil Bakar,42, berkata, pihak keluarga telah membuat laporan polis di Balai Polis Simpang Empat Semanggol disebabkan Ahmad Zaidi yang lebih mesra dipanggil ‘Mat’ tidak pulang ke rumah setelah lebih 24 jam keluar bersiar-siar sejak 18 Desember 2009 lalu.

Menurutnya, sebelum ini ‘Mat’ gemar ke perhentian Bas dan menumbang bas untuk berjalan-jalan kemudian pulang semula ke rumah sebelum malam.

“Semuanya ehsan daripada penduduk setempat yang sudah mengenali Mat terutamanya pemandu-pemandu bas dan teksi di daerah Kerian serta Kamunting.

“Tetapi sejak 18 Desember lalu Mat didapati keluar rumah sejak jam 8 pagi dan tidak lagi kelihatan dan kini sudah hampir 2 minggu dia hilang,”katanya.

Bercerita mengenai sejarah Ahmad Zaidi, adik iparnya Jalil Bakar berkata, abang iparnya itu cacat dari segi mental dan tidak mampu untuk bercakap dengan petah apatah lagi apabila ditanya di mana rumahnya.

“Mat tidak boleh bercakap dengan banyak selain lupa dimana rumahnya sendiri,”katanya.

Adik Ahmad Zaidi,Zaiton Hamid,43, berkata, abangnya itu merupakan anak sulong dalam keluarga dan mengalami kecacatan mental sejak dilahirkan lagi.

Menurutnya,beliau khuatir kerana sewaktu keluar rumah ‘Mat’ dipercayai tidak membawa kad pengenalan dan ini menyukarkan orang ramai untuk menghubungi pihak keluarga apabila menjumpainya.

“Sebelum ini dia ada membawa salinan kad pengenalannya ke mana sahaja dia pergi.

“Kami sekeluarga amat khuatirkan keadaan beliau dan amat berharap orang ramai yang menjumpainya terus menghubungi pihak keluarga di talian 019 4086188 atau 05-8905499 yang dibuka 24 jam atau terus menghantar Ahmad Zaidi ke alamat No 52 Sungai Kepar,Simpang Empat ,34400 Semanggol,Perak.

Menurut Zaiton, pernah sekali Ahmad Zaidi hilang itupun 9 tahun yang lalu sekitar tahun 2001 sewaktu sambutan Hari Raya Puasa diadakan Ahmad Zaidi dipercayai menumpang Bas dan dijumpai di Kuala Lumpur oleh orang kampung yang menziarahi keluarga mereka di sana.

“Kami sekeluarga amat berharap orang ramai yang menjumpai ‘Mat’ dapat memberi kerjasama dengan menghubungi pihak keluarga dengan segera,”katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.



Dana bina markaz

13 Muharram 1431H
Oleh Mohd Syamil Azhar.

Dari kiri Zulkifli, Razman, Mohd Hatta dan Shukri melancarkan kutipan dana pembinaan Markaz PAS Cawangan Kampung Changkat Berangan, Lenggong.

LENGGONG: PAS Cawangan Kampung Changkat Barangan dekat sini memerlukan dana RM10,000 untuk menyiapkan markaz yang masih terbengkalan sejak setahun lalu.

Ketua cawangannya, Mohd Hatta Abdul Aziz, berkata markaz terbabit yang mula dibina di atas tanah yang diwakafkan oleh seorang pimpinan baru 40 peratus siapnya.

Katanya, bangunan yang dibina secara gotong royong dengan menggunakan dana sumbangan ahli itu akan disiapkan secepat mungkin sekiranya mempunyai sumber kewangan mencukupi.

"Bagi mengumpul dana untuk menyiapkan bangunan itu, kita mengadakan program makan malam baru-baru inisambil melancarkan kutipan dana.

"Kita jemput Yang Dipertua PAS Kawasan Lenggong, Haji Razman Zakaria melancarkan kutipan dananya," katanya ketika ditemui selepas program itu.

Hadir sama Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Perak, Ustaz Zulkifli (Ibrahim) Zakaria, Ketua Penerangan PAS Lenggong, Ustaz Shukri Ahmad dan pimpinan PAS kawasan.

Terdahulu Razman menyampaikan ucapan mewakili PAS Kawasan Lenggong, manakala Zulkifli diberi peluang menyampaikan kuliah agama.

Mohd Hatta berkata, orang ramai yang ingin menyumbang dana untuk menyiapkan markaz itu boleh berbuat demikian dengan mengirim cek kepada Bendahari PAS Cawangan Changkat Berangan, Encik Zakaria Mat, Kampung Changkat Berangan, 33400 Lenggong, Perak.


Mustafa Ali sokong saranan Nik Aziz

13 Muharram 1431H

KUALA LUMPUR, 29 Dis: Setiuasaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyokong saranan agar semua orang boleh menjadi ketua kerajaan tanpa mengira bangsa dengan syarat dia seorang Islam yang baik.

Namun, Mustafa mencadangkan agar syarat baru itu tidak hanya untuk Menteri Besar Kelantan sahaja bahkan juga pemimpin utama negara.

"Saya tidak setuju ia terbatas kepada Kelantan sahaja tetapi seluruh negara dan perlembagaan Persekutuan perlu dipinda untuk membolehkan semua orang, tanpa mengira dia Cina atau India, dengan syarat Islam boleh menjadi perdana menteri dengan syarat dia memenuhi kualiti kepimpinan yang baik," kata Mustafa kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, Nik Aziz berkata, beliau sedia meminda perlembagaan Kelantan untuk membolehkan orang bukan Melayu boleh menjadi menteri mesar negeri itu.

Namun, segelintir pemimpin Umno menolak cadangan itu dengan andaian ia membelakangi kepentingan Melayu.

Ketua Pembangkang di Dun Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad menyifatkan Nik Abdul Aziz sebagai hilang kredibiliti dan tidak perlu lagi diulas sebarang kenyataannya.

Ketika mengulas pandangan balas itu, Nik Aziz menyifatkan mereka yang mempertikaikan cadangannya melantik orang Cina Muslim sebagai ketua kerajaan di Kelantan sebagai taksub kepada bangsa sendiri.

Katanya, bangsa Cina yang beriman kepada Allah tidak menjadi kesalahan dilantik sebagai pemimpin, memandangkan pemikiran mereka sudah lama maju ke hadapan.

“Pihak yang tidak bersetuju dengan pendapat itu kerana taksub kepada bangsa sendiri,” katanya di sini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pemimpin Umno begitu taksub terhadap bangsa sehingga menganggap bangsa lain tidak layak menjadi pemimpin.

“Walaupun bangsa lain itu warak, takwa, pelajaran tinggi, namun kerana terikat dengan bangsa mereka tidak bersetuju,” ujarnya.

Menurutnya juga kenyataan pemimpin yang enggan menerima kemampuan bangsa lain menyebabkan Umno tidak tempat dalam politik negara pada masa akan datang.

Malah katanya akan lebih memburukkan imej Umno di kalangan masyarakat Cina.

“Kalau bangsa Arab sekali pun jahat nak jadi Menteri Besar saya tidak terima, tetapi kalau orang Cina berperangai baik, saya akan menyokongnya.

Menurutnya, dengan cara ini akan memperluaskan kefahaman Islam kepada masyarakat pelbagai bangsa.

Ketika ditanya adakah undang-undang membenarkan pelantikan itu kata beliau perkara tersebut boleh dipinda.

HarakahDaily.Net/-

Salam revolusi oren

13 Muharram 1431H

Minggu lepas minggu yang agak sibuk bagi saya, ada dua peristiwa, kematian ayahanda mertua saya dan anak kecil saya demam empat hari. Ayahanda mertua saya meninggal Selasa malam, keesokan paginya (Rabu), urusan pengkebumian dijalankan. Kebetulan hadir sama di tanah perkuburan adalah YB Azan Ismail, Ahli Parlimen Indera Mahkota dari PKR. Beliau telah menelefon saya pada malam sebelumnya, mungkin ada sesuatu yang penting yang ingin diceritakan, tetapi kerana saya sekeluarga baru dikejutkan dengan pulangnya ke rahmatullah ayahanda mertua saya itu, tidak dapatlah saya keluar untuk berjumpa beliau.

Selesai upacara pengkebumian menjelang tengahari Rabu, saya mengajak YB Azan dan dua orang rakannya untuk minum di restoran berhampiran, sementara isteri dan anak saya ke rumah kakak iparnya. Banyak yang kami sembangkan, dari masalah politik, krisis politik, sehinggalah ke strategi politik.

Senario hari ini, Pakatan Rakyat sedang berada di ambang transisi perubahan, dalam istilah mudahnya dari zaman percintaan ke gerbang perkahwinan, maka banyaklah hal-hal teknikal dan administratif yang muncul menyibukkan para pemimpin atasan parti. Dengan masalah tok kadinya, dulu memanglah dia kata tiada masalah mahu menikahkan Pakatan Rakyat, mana tahu selepas ini dia kata liberal dengan fundamental tidak sekufu pula? Itu belum lagi difikir masalah mak andam mana boleh mencantikkan Pakatan Rakyat, soal pengapit, pelamin, malam berinai, juga di mana Pakatan Rakyat akan bermastautin selepas sah menikah nanti?

Tidak mengapalah, memang ini semua tugas mereka di atas sana untuk menyelesaikannya, ia penting juga demi kerukunan hidup berjamaah dan berorganisasi. Namun pada masa yang sama, massa yang menjadi pendokong terkuat parti-parti politik harus diperhatikan juga. Di ketika semakin banyak isu mula terdedah tanpa dirancang, seperti kehilangan enjit jet pejuang, penerbitan buku tentang Mahathir, laporan Ketua Audit Negara dan banyak lagi, gerakan massa sepatutnya diaktifkan segera, massa harus disedar dan dibangkitkan. Soalnya siapa yang perlu mengambil inisiatif mengemudinya di ketika pemimpin atasan sedang sibuk menyelesai persoalan-persoalan pengurusan? Pilihanraya Umum dijangka akan datang dalam masa yang tidak lama lagi dan mungkin secara mengejut. Inilah antara inti perbualan hangat saya dengan YB Azan pada tengahari tersebut (sambil menikmati Nasi Beriani Kamaruddin yang terkenal di bandar Kuantan ini).

Dari sinilah YB Azan mula melontarkan idea Revolusi Orennya. Perbualan kami bertambah rancak dan nampaknya saya boleh menghadzami gagasan ini, tetapi ia memaksa saya sedikit menelaah untuk menyelusuri sejarahnya. Revolusi Oren asalnya berlaku di negara Ukraine, disebut dalam bahasa mereka sebagai Pomarancheva Revolyutsiya. Ia adalah siri protes dan acara-cara politik yang berlangsung bermula akhir tahun 2004 sehingga Januari 2005, akibat dari pengundian run-off Pilihanraya Presiden Ukraine pada 21 November 2004 yang didakwa tercemar teruk dengan korupsi besar-besaran, intimidasi pengundi dan penipuan elektoral. Sepanjang tempoh revolusi demokratik ini, ratusan ribu rakyat berdemonstrasi di Kiev, ibu negara Ukraine pada setiap hari.

Revolusi Oren di Ukraine ini akhirnya berjaya bila pengundian run-off Pilihanraya Presiden diisytiharkan terbatal dan Mahkamah Agung Ukraine telah mengarahkan satu pengundian semula diadakan pada 26 Disember 2004. Di bawah pengawasan ketat pemerhati tempatan dan antarabangsa, Viktor Yushchenko, calon sokongan Revolusi Oren telah menang dengan undi 52%. Revolusi Oren tamat secara rasmi bila Yushchenko mengangkat sumpah sebagai Presiden Ukraine pada 23 Januari 2005.

Revolusi Oren Ukraine adalah sebahagian dari apa yang dipanggil sebagai Revolusi Warna yang berlaku di beberapa negara CIS (bekas USSR) dan Balkan. Selain Ukraine, yang lain adalah Revolusi 5 Oktober di Serbia pada tahun 2000, Revolusi Mawar di Georgia pada tahun 2003, Revolusi Tulip di Kyrgyzstan pada tahun 2005 dan Revolusi Cemara di Lebanon juga pada tahun 2005. Revolusi Warna secara amnya adalah protes tanpa keganasan terhadap kerajaan yang dilihat korup dan autoritarian, juga sebagai tanda sokongan kepada demokrasi.

YB Azan melihat intipati dari konsep Revolusi Oren, juga dari revolusi-revolusi warna yang lain sesuai untuk diaplikasikan dalam gerakan politik di Malaysia. Pelajaran penting dari sejarah moden Ukraine ini adalah, kerajaan yang korup dan zalim, biar sekebal dan sekuat mana sekalipun mereka, tidak mustahil untuk dijatuhkan bila massa iaitu rakyat berjaya disatukan secara kukuh, dengan sifat berani dan konsisten. Dalam konteks Malaysia, YB Azan dan saya sendiri tentulah mengharapkan barisan hadapan dari massa ini, iaitu anak muda supaya bangkit menyahut seruan Revolusi Oren.

Saya bersetuju banyak dengan YB Azan. Saya tidaklah meminta anda semua mencari tanah lapang di sekitar Kuala Lumpur atau Putrajaya untuk berhimpun dan berdemonstrasi, melancarkan siri protes setiap hari! Cukuplah bila berjabat tangan dengan setiap rakan yang anda jumpa, anda ucapkanlah Salam Revolusi Oren. Bila rakan anda bertanya apakah itu Revolusi Oren, katakan ia revolusi demokratik tanpa keganasan, menyeru kebangkitan anak muda untuk menolak secara mutlak BN yang korup dan angkuh dalam Pilihanraya Umum yang akan datang, juga mintalah mereka menyampaikan salam yang sama kepada rakan-rakan mereka pula.

Sebagai permulaannya, biarlah saya yang ucapkannya, “Salam Revolusi Oren!”

HarakahDaily.net/-

30 Disember 2009

Sidang Media Tok Guru.

Nik Aziz dalam sidang medianya petang ini. Di kiri dan kanan beliau adalah Datuk Mohamad Daud-Ketua Dewan Ulama Negeri dan Nik Amar - Timbalan Pesuruhjaya III/:Foto: Harakahdaily


Nik Aziz nafi: Husam letak jawatan dan dua pegawainya dipecat

11 Muharram 1431

Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 29 Dis: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak dakwaan dua pegawainya dipecat di samping menafikan exconya, Datuk Husam Musa meletakkan jawatan.

Bercakap kepada pemberita dalam satu sidang media di kediaman Menteri Besar hari ini, beliau memberitahu niat setiausaha politiknya, Anual Bakhri Haroun untuk meletakkan jawatan sudah lama dinyatakan.

Ianya dibuat atas sebab Anual mahu menumpukan kepada bidang penulisan dan syarikat beliau dan juga atas masalah kesihatan anak bongsunya yang harus deberi penumpuan.

Manakala setiausaha akhbarnya pula, Mohd Saiba Yaakob akan habis kontrak hujung bulan ini.

Apa yang berlaku katanya bukan rombakan tetapi prosedur biasa lantikan politik apabila seseorang itu tamat kontrak.

Nik Aziz juga menolak spekulasi kononnya Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa akan meletakkan jawatannya ekoran rombakan dalam pentadbiran pejabat menteri besar.

Sebaliknya Nik Aziz memberitahu, Husam yang merupakan bekas setiausaha politiknya sebenarnya pemimpin kesayangan beliau.

“Mana boleh dia (Husam) letak jawatan...Datuk Husam ini antara yang saya sayang, dia punya kebijaksanaan,” kata beliau selepas mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan di sini petang ini.

Ketika ditanya mengenai desas-desus bahawa Husam akan meninggalkan Kabinet kerajaan negeri dan kerusi Dewan Undangan Negeri, Nik Aziz berkata, “siapa kata dia (Husam) nak letak jawatan? Karut semua itu.”

Dimaklumkan perkara itu dilaporkan oleh blog sejak beberapa hari lalu, Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan menegaskan, “celaka blog itu. Tak ada kerja lain... tau nak laga-lagakan orang.”

“Suka buat dosa. Berdosa menulis perkara bukan-bukan tanpa bukti dan fakta jelas,” tambah beliau.

Husam juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan. Malah juga diamanahkan untuk mengetuai jawatankuasa berkaitan isu pertikaian royalti minyak untuk negeri itu. Harakahdaily/-

Makna batin penyempurna solat

12 Muharram 1431H
Email : mohd naim mohd zain

Makna-makna batin yang mesti wujud bagi menyempurnakan kehidupan solat, mengikut pandangan Imam Ghazali, terhimpun di dalam enam perkara, iaitu hudur al-qalb (kehadiran hati), tafahhum (usaha memahami bacaan dan perbuatan), ta'zim (mengagungkan) , haibah (takut yang timbul daripada perasaan hormat atau mengagungkan) , raja'(harap) , dan haya'(malu).

Hudur al-qalb

Yang dimaksud dengan hudur al-qalb ialah mengosongkan hati daripada selain yang kita sedang lakukan dan ucapkan, sehingga kita mengetahui apa yang kita lakukan dan apa yang kita ucapkan dan fikiran, kita tidak berkeliaran kepada selain keduanya. Selama fikiran kita berpaling daripada selain keduanya dan dalam hati kita tidak ada selain ingatan terhadap apa yang sedang kita hadapi dan tidak ada sebarang kelalaian terhadap setiap sesuatu, maka tercapailah dengannya kehadiran hati. Faktor utama bagi kehadiran hati adalah himmah, iaitu minat, keinginan atau perhatian, kerana hati seseorang akan menjadi perhatiannya. Jika seseorang berminat pada sesuatu atau mengingini sesuatu atau menaroh perhatian pada sesuatu, maka hatinya akan hadir padanya, sama ada ia kehendaki atau tidak, sebab hati dijadikan bertabiat demikian.

Apabila hati kita tidak hadir dalam solat, maka ia tidak menganggur, tetapi berkeliaran ke berbagai macam urusan dunia yang diminati atau menjadi perhatian utamanya. Maka tidak ada cara untuk menghadirkan hati kita kepada solat, melainkan dengan memalingkan minat dan perhatian kita kepada solat. Minat atau perhatian kita tidak akan terpaling kepada solat selama belum jelas bahawa tujuan yang dicari bergantung kepadanya. Yang demikian adalah keimanan dan kepercayaan bahawa akhirat itu lebih baik dan lebih berkekalan daripada dunia, dan bahawa solat merupakan sarana untuk mencapainya. Jika perkara ini didukung oleh hakikat pengetahuan tentang betapa tidak berharganya dunia dan betapa sedikit kepentingannya jika dibanding dengan akhirat, maka akan tercapailah daripada keseluruhannya kehadiran hati dalam solat.

Jika dengan sebab seperti ini, hati anda boleh hadir bila anda berada di hadapan orang besar atau raja yang tidak berkuasa menimpakan bahaya atau memberi manfaat kepada anda, dan tidak boleh hadir pada waktu anda bermunajat di hadapan Maha Diraja, Yang ditanganNya segala kerajaan, kekuasaan, manfaat dan bahaya, maka janganlah anda menyangka bahawa hal tersebut memiliki sebab lain selain daripada kelemahan iman.

Oleh sebab itu, berjuanglah anda untuk memperkuat keimanan anda yang lemah tersebut.

Tafahhum

Tafahhum atau memahami makna ucapan merupakan perkara di luar kehadiran hati. Boleh jadi hati hadir bersama lafaz yang diucapkan, tetapi tidak bersama makna lafaz tersebut. Kehadiran hati bersama pengertian tentang makna lafaz yang diucapkan inilah yang dimaksud dengan tafahhum.

Dalam kefahaman ini manusia berbeza-beza, kerana mereka tidak sama dalam memahami makna-makna yang terkandung di dalam Al-Qur'an dan berbagai tasbih. Bahkan kefahaman seseorang itu sendiri berbeza dari semasa ke semasa. Berapa banyak makna-makna yang halus yang difahami oleh seseorang yang sedang menunaikan solat, padahal sebelumnya tidak pernah terlintas di dalam hatinya. Melalui kefahaman terhadap makna-makna yang terkandung di dalam bacaan inilah solat mencegah orang-orang yang menunaikannya daripada segala perkara yang keji dan mungkar. Faktor penyebab timbulnya tafahhum, setelah kehadiran hati, ialah sentiasa berfikir dan mengarahkan fikiran ke arah usaha untuk mengetahui dan memahami makna. Usaha menimbulkan tafahhum ialah dengan menghadirkan hati beserta menghalakan pemikiran ke arah memahami makna lafaz yang dibaca dan usaha menolak berbagai lintasan fikiran yang liar.

Cara menolak lintasan fikiran yang menyibukkan ialah dengan memutuskan atau memotong berbagai perkara yang boleh menjadi bahan pemikiran, yakni menjauhkan diri daripada sebab-sebab yang membuat fikiran tertarik kepadanya. Jika perkara-perkara yang menjadi bahan fikiran itu tidak dilenyapkan, maka fikiran tidak akan dapat dipalingkan daripadanya. Sesiapa yang mencintai sesuatu, maka ia pasti banyak mengingatinya, dan ingatan itu pula pasti akan melanda hatinya. Oleh sebab itu, maka kita melihat bahawa orang yang mencintai selain Allah, solatnya tidak akan terhidar daripada berbagai lintasan fikiran yang liar.

Ta'zim

Ta'zim juga merupakan perkara di luar kehadiran hati dan kefahaman, kerana seseorang mungkin mengatakan kepada hamba sahayanya perkataan-perkataan yang ia fahami maknanya dengan kehadiran hati, tetapi ia tidak mengagungkannya, ertinya tanpa ta'zim. Jadi ta'zim adalah tambahan ke atas keduanya. Ta'zim ini merupakan keadaan hati yang lahir daripada dua makrifat:

Pertama: Makrifat akan kemuliaan dan keagungan Allah, yang merupakan salah satu asas keimanan. Sesiapa yang tidak diyakini keagungannya, maka jiwa tidak mahu mengagungkannya.

Kedua: Makrifat akan kehinaan diri dan kedudukannya sebagai hamba yang tidak memiliki sebarang kekuasaan.

Daripada kedua makrifat tersebut lahirlah perasaan istikanah (yakni pasrah dan merendah diri), inkisar (lemah, tidak terdaya) dan khusyu' kepada Allah, yang diungkapkan dengan perkataan ta'zim. Selama kedua makrifat tersebut belum wujud, maka tidak akan timbul keadaan ta'zim dan khusyu'.

Seseorang yang merasakan kecukupan, tidak memerlukan pihak lain dan merasa aman atas dirinya mungkin mengetahui sifat-sifat keagungan pihak lain, tetapi pada dirinya tidak ada perasaan khusyu' dan ta'zim, kerana makrifatnya akan keagungan pihak lain tersebut tidak disertai oleh makrifat lain, iaitu makrifat kehinaan dirinya dan kedudukannya sebagai hamba yang tidak memiliki sebarang kekuasaan.

Haibah

Haibah adalah tambahan ke atas ta'zim, bahkan ia merupakan perasaan takut yang berpunca daripada ta'zim, kerana orang yang tidak takut tidak dapat dikatakan ha'ib. Perasaan takut kepada kala atau ular atau kejahatan seseorang atau yang seumpamanya daripada sebab-sebab yang hina tidak dinamakan haibah, kerana haibah adalah perasaan takut yang berpunca daripada sikap atau perasaan mengagungkan.

Haibah dan khawf adalah keadaan jiwa yang timbul daripada makrifat akan kekuasaan Allah, akan pengaruh dan berlakunya segala kehendaknya ke atas dirinya, dan pengetahuannya bahawa sekiranya Allah membinasakan seluruh manusia, yang dahulu maupun yang kemudian, maka yang demikian itu tidak akan mengurangi kerajaanNya sedikitpun juga. Yang demikian, di samping mengetahui akan segala yang berlaku ke atas para nabi dan para Wali, daripada berbagai musibah dan bermacam-macam ujian, meskipun Allah SWT Maha Kuasa untuk menolaknya. Berbeza dengan keadaan yang disaksikan daripada raja-raja dunia.

Kesimpulannya, semakin bertambah ilmunya tentang Allah, maka semakin bertambahlah rasa takut dan haibahnya kepadaNya.

Raja'

Raja' atau harap pula merupakan tambahan. Beberapa banyak orang yang mengagungkan seseorang raja yang ditakuti, kebaikannya. Seorang hamba adalah sudah selayaknya mengharapkan dengan solatnya ganjaran daripada Allah swt, sebagaimana ia takut bila mencuaikannya akan seksaanNya.

Faktor penyebab timbulnya raja' adalah makrifat akan kelembutan, kedermawanan, keluasan ni'mat, keindahan ciptaan, dan pengetahuan akan kebenaran segala janji Allah swt., khususnya janji Syurga bagi orang-orang yang menunaikan solat. Jika telah wujud keyakinan akan kebenaran janjiNya dan pengetahuan akan kelembutanNya, maka timbullah raja.

Haya'

Haya' merupakan tambahan bagi semua perkara di atas, kerana ia timbul daripada perasaan melakukan kecuaian dan perasaan berdosa. Mungkin sahaja pada seseorang terdapat kesemua yang lain, yakni ta'zim, haibah, raja dan lain-lainnya, tetapi tidak ada padanya haya', kerana tidak ada padanya perasaan melakukan sebarang kecuaian ataupun melakukan sebarang perbuatan dosa.

Maka perasaan haya' ini hanya akan muncul dengan adanya perasaan kekurangan, atau kecuaian dalam ibadat, dan mengetahui akan ketidak mampuan diri untuk mengagungkan Allah sepenuh hakNya. Dan perasaan tersebut menjadi lebih kuat lagi dengan mengetahui akan kecacatan diri, kekurangan ikhlasnya, keburukan batin dan kecenderungannya kepada memperoleh keuntungan yang segera dalam segala amal perbuatannya, di samping mengetahui akan besarnya konsekuensi yang dituntut kebesaran Allah, dan bahawa Dia Maha Mengetahui akan segala rahasia dan lintasan hati sehingga kepada yang sekecil-kecilnya. Semua pengetahuan ini jika telah diperoleh secara yakin, pasti akan menimbulkan suatu keadaan yang dinamakan haya'(malu).

Inilah sifat-sifat atau makna-makna batin yang mesti wujud bagi menyempurnakan kehidupan solat, dan faktor-faktor penyebabnya. Setiap perkara yang dituntut memperolehnya, maka caranya adalah dengan menghadirkan faktor penyebabnya. Dengan mengetahui faktor penyebabnya, maka kita akan mengetahui cara mewujudkannya. Penghubung kesemua sebab-sebab tersebut adalah keimanan dan keyakinan. Kekhusyu'an hati adalah mengikut kadar keyakinan, dalam erti semakin tinggi kadar keyakinan seseorang, maka semakin tinggi pula kadar kekhusyu'annya.

Dengan melihat kepada perbezaan makna-makna yang telah disebutkan di dalam hati, maka manusia terbahagi kepada orang yang lalai yang menyempurnakan solatnya tanpa kehadiran hatinya, walau sesaatpun; dan orang yang menyempurnakan solatnya dan hatinya tidak lalai walaupun sesaat, seluruh perhatiannya tertumpu pada solatnya, sehingga ia tidak menyedari apa yang berlaku di hadapannya, bahkan ada sekumpulan manusia yang wajah mereka menjadi pucat dan sendi-sendinya menggeletar.

Bahagian tiap orang daripada solatnya adalah mengikut kadar kekhusyu'an, pengagungan, perasaan takut dan lain-lainnya daripada makna-makna tersebut, kerana yang menjadi tempat perhatian Allah swt adalah hati, bukan gerakan anggota badan yang nampak. Pada hari kiamat nanti, tidak ada yang selamat melainkan orang yang datang menemui Allah swt dengan hati yang selamat.

Usaha Menghadirkan Hati Dalam Solat

Seorang mukmin, di samping beriman, ia juga tidak terlepas daripada keadaan mengagungkan Allah swt, takut, menaruh harapan, dan merasa malu kepadaNya atas kecuaian dan kekurangannya. Meskipun kekuatan keadaan tersebut bergantung kepada kadar kekuatan keyakinannya, tetapi terlepasnya dirinya daripada keadaan tersebut dalam solat tidak mempunyai sebab lain selain daripada berpencarnya fikiran, bercawangnya lintasan, ketidak hadiran hati pada munajat dan kelalaian daripada solat.

Tidak ada yang melalaikan seseorang daripada solat selain lintasan-lintasan yang mendatang yang menyibukkan atau mengganggunya. Tidak ada cara untuk menghadirkan hati melainkan dengan jalan menolak atau mengusir lintasan-lintasan tersebut. Sesuatu tidak dapat ditolak atau diusir melainkan dengan menolak atau mengusir sebab-sebabnya. Oleh sebab itu, hendaklah ia mengetahui sebab-sebabnya. Sebab datangnya lintasan-lintasan tersebut sama ada merupakan perkara yang datang dari luar, atau pun perkara yang datang dari dalam dirinya sendiri.

Yang datang dari luar, sama ada yang mengetuk telinga atau nampak bagi penglihatan, yang meragut perhatian, sehingga mengikutnya dan hanyut terbawa olehnya, kemudian fikirannya pun terseret kepada perkara-perkara lainnya secara berantai. Penglihatan menjadi sebab pemikiran, kemudian sebahagian daripada pemikiran-pemikiran tersebut menjadi sebab bagi sebahagian yang lainnya. Orang yang kuat niatnya dan tinggi minat atau perhatiannya, segala yang berlaku pada pancainderanya tidak akan membuatnya lalai. Tetapi orang yang lemah, fikirannya pasti akan berpencar kerananya.

Mengatasinya adalah dengan memutuskan atau menghalang sebab-sebab tersebut dengan memejamkan penglihatan, solat di tempat yang gelap, tidak membiarkan sesuatu yang boleh menyibukkan perasaannya berada di hadapannya, solat dekat dinding agar tidak luas jarak penglihatan, dan menghindari solat di tepi atau menghadap ke jalan, atau solat di tempat-tempat yang penuh dengan perhiasan, atau diatas permaidani yang berwarna-warni, apalagi yang dilukis dengan bermacam-macam lukisan.

Oleh kerana itulah, maka para ahli ibadat beribadat di dalam ruangan yang kecil atau sempit, supaya lebih dapat menumpukan perhatian. Orang-orang yang kuat daripada kalangan mereka meghadiri masjid-masjid dan menundukkan pandangan dan tidak melampaui pandangan mereka dari tempat sujud. Mereka berpendapat bahawa daripada kesempurnaan solat adalah bahawa kita tidak mengetahui siapa di sebelah kanan dan kiri kita. Ibnu Umar r.a. tidak membiarkan di tempat solatnya ada sebarang mushaf atau pedang melainkan beliau menyingkirkannya, dan tidak ada sebarang tulisan melainkan beliau menghapusnya.

Adapun sebab-sebab batin yang datang dari dalam diri kita sendiri, maka ia lebih susah mengatasinya. Sesungguhnya orang yang memiliki obsesi yang bercawang-cawang di lembah-lembah dunia, fikirannya tidak tertumpu pada satu aspek sahaja, tetapi sentiasa berkeliaran dari satu aspek ke aspek lain, sehingga menundukkan atau memejamkan pandangan tidak lagi berguna baginya. Apa yang telah bersemayam di dalam hati sebelumnya telah cukup menyibukkannya.

Cara mengatasinya adalah dengan menarik jiwa secara paksa untuk memahami apa yang dibaca di dalam solat dan menyibukkannya dengannya sehingga melupakan yang lainnya. Perkara lain yang boleh membantunya ialah mempersiapkan diri sebelum takbirat al-ihram dengan memperbaharui ingatan akan akhirat, kedudukan munajat dan pentingnya berdiri di hadapan Allah swt Yang Maha Melihat, di samping mengosongkan hatinya daripada perkara yang boleh menarik perhatiannya sebelum takbiraat al-ihram.

Rasulullah saw bersabda kepada Usman Bin Talhah:

Maksudnya: "Aku lupa mengatakan kepadamu supaya engkau menutup periuk yang ada di rumah. Sesungguhnya tidak semestinya di dalam rumah ada sesuatu yang boleh melalaikan manusia daripada solatnya".

Ini merupakan salah satu cara menenangkan fikiran. Apabila gelora fikirannya tidak dapat ditenangkan dengan cara ini, maka tidak ada yang dapat menyelamatkannya melainkan dengan menumpas atau mencabut materi penyakit dari akar umbinya, iaitu dengan melihat kepada perkara-perkara yang menghalang usaha menghadirkan hati. Tidak syak lagi bahawa yang demikian kembali kepada berbagai perkara yang diminati, yang telah menjadi perhatian utama bagi syahwatnya, maka ia menghukum jiwanya dengan melepaskan diri daripada syahwat-syahwat tersebut dan memutuskan berbagai ikatannya.

Setiap perkara yang melalaikan seseorang daripada solatnya membahayakan agamanya dan merupakan tentera Iblis, musuhnya; maka memegangnya lebih berbahaya daripada membuangnya. Oleh sebab itu, ia hanya dapat melepaskan dirinya daripadanya dengan membuangnya, sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Hisyam Bin Urwah, daripada bapanya, daripada Aisyah r.a. bahawa beliau berkata:

"Nabi SAW mempunyai khamisah (pakaian daripada wool yang padanya terdapat lukisan), maka baginda memberikannya kepada Abu Jahmah dan mengambil sebagai gantinya anbijaniyahnya (pakaian daripada wool yang paling kasar dan paling rendah mutunya). Mereka berkata: Wahai Rasulullah, khamisah lebih baik daripada anbijaniyah.

Baginda saw bersabda: Aku melihat lukisannya dalam solat".

Hadis tersebut juga diriwayatkan oleh Imam Malik daripada Hisyam Bin Urwah, daripada bapanya, tidak melalui Aisyah r.a.

Nasai dan Ahmad meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa beliau berkata:

"Bahawa Rasulullah saw mengambil sebentuk cincin dan memakainya. Kemudian baginda bersabda: Cincin ini, sejak hari ini, telah melalaikan aku daripada kamu, sekejap aku melihat kepadanya dan sekejap aku melihat kepadamu. Kemudian baginda membuangnya" .

Diriwayatkan bahawa baginda saw telah memerintah menggantikan tali terompahnya dengan yang baru. Kemudian baginda saw tergerak hatinya untuk melihatnya dalam solatnya, kerana barunya. Maka baginda pun memerintahkan supaya menggantikannya dengan tali yang lama kembali.

Diriwayatkan bahawa Abu Talhah menunaikan solat di dalam kebunnya, maka tiba-tiba beliau tertarik dengan seekor binatang yang terbang di atas pokok mencari jalan keluar. Beliau mengikutinya dengan pandangannya, kemudiannya beliau terlupa berapa rakaat beliau telah solat? Beliau pun menceritakan fitnah yang terjadi pada dirinya kepada Rasulullah saw, dan beliau berkata: "Kebun itu aku sedekahkan, aturlah mengikut kehendak tuan hamba".

Demikianlah mereka bertindak untuk memutuskan perkara yang menjadi bahan pemikiran, selain juga sebagai kesempurnaan solat. Itulah ubat yang mujarab bagi penyakit tersebut dan tidak ada ubat lainnya yang bermanfaat.

Adapun ubat penenang dan ajakan memahami zikir yang dibaca, maka ia hanya bermanfaat untuk mengatasi syahwat yang lemah dan keinginan atau minat yang tidak menyibukkan kecuali pinggiran hati. Adapun syahwat yang kuat yang bergelora, ubat penenang tidak berguna dan ia akan terus menariknya dan terus menarik anda, kemudian mengalahkan anda sehingga musnah seluruh solat anda dalam usaha tarik menarik. Walaupun demikian, anda tidak boleh meninggalkan mujahadah atau berhenti berusaha untuk mengembalikan hati kepada solat dan mengurangi sebab-sebab yang melalaikan.

Itulah ubat yang pahit, dan kerana pahitnya dianggap buruk oleh tabiat, sehingga penyakit yang ada menjadi kronik dan sukar disembuhkan.
Dipetik daripada buku Pejalanan Rabbani, Merentasi Alam Dunia, Barzakh dan Akhirat karangan Prof Madya Dr Musa bin Fathullah Harun