Email : Shah Bundy
COPY DR BLOG : http://sukj.blogspot.com/
INI BAS PELANCUNG DI KOTA PARIS
INI BAS 2 TINGKAT DI KOTA LONDON
IA CUMA BAWA PENUMPANG
YANG NAK SIAR-SIAR
NAK TENGOK KOTA LONDON.
KELAJUANNYA HANYA DIANTARA
20KM/J HINGGA 35KM/J
SAMA JUGA BERGERAK PELAN-PELAN
INI PUN BAS 2 TINGKAT JUGA
DI SYDNEY
BERJALAN SEKEJAP KEMUDIAN BERHENTI
KEMUDIAN JALAN SEMULA
RASANYA KELAJUANNYA TAK LEBIH 50KM/J
YANG INI BAS 2 TINGKAT MELAYU
ORANG LAIN BAS 2 TINGKAT UNTUK BAWA PELANCUNG
JALAN DEKAT-DEKAT...JALAN PELAN-PELAN...KERAP BERHENTI
TAPI BAS 2 TINGKAT KEPUNYAAN DATUK SANI SALEH...PECUT 120KM/J
SELAGI TAK JUMPA R&R, BAS INI TAK AKAN BERHENTI
ITU SEBAB DRIVER BAS INI SEMPAT LELAP
AKHIRNYA 10 PENUMPANG LELAP TERUS
ORANG LAIN GUNA 2 TINGKAT...MELAYU PUN NAK GUNA 2 TINGKAT
ORANG PUNYA 2 TINGKAT SELAMAT DAN SEMPURNA
TETAPI MELAYU PUNYA 2 TINGKAT...'PELINGKUP'
akhir sekali
ALLAH DAH MENENTUKAN AJAL MEREKA
KENA REDHA BKN SALAH DRIVER
9 ulasan:
Jangan guna istilah 'Melayu". Ada juga bas 2 tingkat milik bangsa lain. Lebih baik guna istilah BAS 1 malaysia
Langkah terbaik apabila nak terpaksa kemana-mana menggunakan bas ekspress ialah dengan mempastikan bas yang akan dinaiki itu adalah bas eskpress setingkat. Kalau dengan bas setingkat pun berlaku juga kemalangan itu maknanya memang dah ajal dan nak elak pun tak boleh dah. Cuma, usaha dan langkah mengurangkan risiko tu boleh kita buat, Insyaallah selamat..
jgnla extreme sgt marah dgn bas SANI ni..
sekurang2nya kita bangga dan simpati atas ape yg berlaku..Lagipun ini bukan kali pertama bas dua tingkat xcden..Kerana dia melayu, islam ...semua kaki tangan di tunjal kpdanya..
semasa bas konsortium, mara terjunam...kenapa berdiam? apa2pun kita terima inilah kerja ALLAH...dah dijanjikan kematian itu bersebb..maka jadilah...nak hadkan perjlnan bas bukan cara terbaik juga...jgnlah pandang bas bandaraya tak terlibat dengn kemalangan...fikir2kan
saya juga bersetuju dengan pendapat yang lain... jangan guna bas melayu... pemilik bas, kemalangan tak ada kaitan dengan bangsa... mana2 kemalanganpun mungkin berlaku, tanpa mengira sapa pemilik kenderaan. harap lebih peka...
Minta jadi org yg bertanggunggjawab bila buat kenyataan dan juga ulasan. Yg tak sure jgn dimasukkan.
Cari pahala dgn penulisan bukan cari bala.
Cuba tanya apa yg LPPK/JPJ buat?APa kerajaan buat?Apa Post moterm/Kaji selidik/Seminar/?? Apa pendapat pakar2 jalan raya? Dato'Mahfuz dah beri pandangan apa yg kerajaan buat? Tak de apa2? Cuma simpati je dgn mangsa..kerajaan BN tak kisah pun walau semua penumpang BAS mati terbunuh sebabnya....kerana yg mati itu adalah golongan rakyat kelas bawahan bukannya orang UMNO kelas atasan yang mati.... kepada yang taksub dengan UMNO/BN tapi anda dikelas bawahan , kematian anda tak dihirau oleh puak UMNO atasan...
Aku tak masuk campur bab ni. Aku dah lama tak naik bas. Bila naik rasa pening nak muntah.Bila muntah orang lain dalam bas yang juga susah.Sebenarnya setingkat atau dua tingkat bukan masalah dia.Kalau bawa pelan-pelan, tak kan jadi kemalangan.90km sejam tu laju hoo. Eloklah bas 2 tingkat kita bagi kat dia 50 km sejam.Bukan ganggu orang lain, dia guna lorong tepi. Sekurang-kurangnya orang dalam bas boleh lena lama sikit.Kalau depa kata bas tu lambat sangat. Hangpa naik kapal terbang.Kami kat Baling ni katanya akan ada bas 2 tingkat perjalanan Tanjung Pari-Baling. Lajunya 40 km sejam. Mai nak ramai-ramai.
salam, sebenarnya terlalu banyak sangat jabatan atau lembaga yang nak jaga tentang pengangkutan awam ni, last penguat kuasa semua hancur. bermula dari nak mohon permit beberapa jabatan kita kena hadapi tapi bila bencana mula dia tunjuk dia akhirnya pemandu yang kena. saya dlm pengangkutan awam selama 20 tahun apa yang saya nampak penguatkuasa beberapa jabatan ni bermusim. semasa saya dlm kerajaan lagi contoh penguatkuasa dibuat selalunya bila ada pegawai datang bersama org surat kabar dah tu misti hari jumaat, cepat nak balik. cuba penguatkuasa 24 jam sebab gaji dibayar pun 24jam
. saya pernah buat kajian semasa dilebuh raya dlm perjalanan sejauh 200km selama 2 jam (termasuk rehat)kenderaan yang memotong kenderaan saya sebanyak 98 buah yakni melebihi 110km/j penguatkuasa satu pun tidak jumpa. semasa rehat 10 minit tu saya tanya orang yang bersihkan lebuh raya sampah yang jumpai selain kertas ialah tin minuman keras. ni cara saya yang marhaen ni buat kajian. kepada yang berkuasa kalau nak buat kajian keatas bas misalnya jemput sama wakil pemandu bas bukan tokeh bas dan pegawai kerajaan yang cuma bergantung pada fail je...pengalaman tiada. satu lagi kalau diperhatikan selepas bas beroperasi jauh maka stesyen minyaklah yang jadi hotel mereka mandi tidur dan sambung perjalanan untuk trip esoknya. pada saya buat penguatkuasaan bermusim ni seeloknya dibatalkan buat berterusan sebagaimana kerajaan bayar gaji kita berterusan,kurangkan jabatan yg berkuasa keatas pengangkutan lebih2 lagi lpkp ni yang bermasaalah lebih baik letak dibawah jpj kerana lpkp ni dibawah orang politik jadi kepentingan sendiri diutamakan, kami dibidang ni rasa lega sikit bila dekat pru maka datanglah mereka dengan janji manis lepas menang teksi pun jadi jamban.
memang la kalau bawa slow lambat sampai
driver pun boleh terlelap...
tapi kalau accident kesannya tak la dahsyat spt diipoh tu...
so,pandu perlahan BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT
pastu bertawakkal dan berdoa pada Allah
barulah serah pada takdir...
Catat Ulasan