Hukum Memberi Salam dan Menjawab Salam Orang Bukan Islam



14 Muharram 1431H
Oleh: al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Abi Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda:
لا تبدأوا اليهود ولا النصارى بالسلام فإذا لقيتم أحدهم في طريق فاضطروه إلى أضيقه

Maksudnya: “Janganlah kamu mulakan orang-orang Yahudi dan juga orang Nasrani dengan salam. Justeru itu, sekiranya kamu menemui seseorang mereka di jalan tolaklah mereka ke jalan yang paling sempit.

Ulama berbeza pendapat dalam menyelusuri fiqh (kefahaman) hadis ini. Kebanyakan mereka memutuskan bahawa haram memulakan ucapan salam kepada mereka. Sebahagian pula berkata ianya tidak haram tetapi makruh.

Seorang fuqaha iaitu Abu Sa`ad berpendapat, sekiranya seorang muslim ingin memberi ucapan hormat kepada bukan Islam dia boleh melakukannya dengan lafaz yang lain daripada lafaz salam. Contohnya dengan menyebut: (هداك الله ) maksudnya moga Allah memberi hidayah kepada kamu atau (أنعم الله صباحك) maksudnya moga Allah memberi anugerah di waktu pagimu ini. Imam Nawawi menyetujui pendapat ini tetapi dengan tambahan: sekiranya ianya diperlu. Antara contoh ucapannya bagi Imam Nawawi ialah ucapan selamat pagi, pagi yang bahagia, pagi yang baik, moga Allah kurniakan kamu dengan kebahagian di waktu pagi, atau nikmat di waktu pagi dan seumpamanya. Sekiranya tidak perlu maka pilihannya ialah jangan mengucapkan apa-apa. (Nawawi, al-Azkar, Dar al-Khayr, hlm. 311)

Pandangan ini bagi saya sesuai diamalkan oleh umat Islam di Malaysia pada hari ini. Mereka boleh menyatakan selamat pagi kepada bukan Islam tanda penghormatan, atau berdoa moga Allah bagi hidayah atau seumpamanya. Ucapan-ucapan ini boleh mendekatkan mereka dengan bukan Islam sebagai satu pendekatan dakwah.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik katanya, Rasulullah saw bersabda:
إذا سلم عليكم أهل الكتاب فقولوا وعليكم

Maksudnya: “Apabila kamu diberi salam oleh ahli Kitab, jawablah “wa`alaikum”.

Imam Bukhari pula meriwayatkan daripada Ibn `Umar –radiyallahu `anhuma- katanya; Rasulullah saw bersabda:
إذا سلم عليكم اليهود فإنما يقول أحدهم السام عليك فقل وعليك

Maksudnya: “Apabila kamu diberi salam oleh Yahudi, mereka hanya menyatakan Assaamu `alaikum (mampuslah kamu), maka jawablah: wa `alaik (dan ke atas kamu juga).

Daripada kedua-dua hadis diatas para fuqaha mengambil hukum apabila seorang muslim diberi salam oleh bukan Islam, jawapan yang diberi ialah wa `alaik atau wa `alaikum (dan ke atas kamu juga).

Imam Mawardi menghikayatkan satu wajah di kalangan ashab Syafie iaitu harus memulakan salam kepada bukan Islam dengan menyebut Assalamu `Alaik sahaja bukannya Assalamu `Alaikum. Begitu juga boleh menjawab salam mereka dengan Wa `Alaikum Salam, tapi tidak menyebut warahmatullah. Imam Nawawi menegaskan bahawa kedua-dua pendapat ini adalah janggal dan ditolak. (Nawawi, al-Azkar, Dar al-Khayr, hlm. 311)

Kesimpulan perbahasan di atas ialah ucapan salam adalah ucapan khusus untuk umat islam. Justeru, untuk bukan Islam tidak perlu digunakan lafaz salam tetapi boleh digunakan lafaz-lafaz penghormatan yang lain.


Responses

7 Respones to "Hukum Memberi Salam dan Menjawab Salam Orang Bukan Islam"

DAKWAH YEOP berkata...

insyaallah pendapat ini adalah yang rajih,,syukran ustaz al-takiri hafizahullah..


12/31/2009 12:36 PM
salam berkata...

Kesempurnaan milik allah, kehambaan kita usahakan. bagaiman memproses kehambaan? www.nuruliman.com.my


12/31/2009 12:49 PM
B berkata...

Bagaiman jika kafir zimmi (ahli kelab KPP)yg memberikan salam kpd kita? Boleh kita jawab?


12/31/2009 12:50 PM
karawilak berkata...

saya setuju pendapat fuqaha abu sa'ad,dan guru saya pun ade bagitau kalau org kapir beri salam baik harbi atau zimmi jawab je..hadhakallah(semoga allah memberi hidayah).wassalam.dari kulaan.


12/31/2009 5:29 PM
khusairi talib berkata...

YB tolonglah nasihatkan juga Adun DAP Pantai Remis, YB Nga Kor Meng supaya tidak melafazkan lagi "Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh" dalam ucapannya, begitu juga kepada Adun PKR Simpang Pulai, Wong Meng Kai supaya tidak lagi melafazkan ucapan yang sama kepada orang Islam yang ditemuinya.

Pernah satu hari saya bertembung dengan Adun Simpang Pulai ini di Hospital Pakar Ipoh dan dia mengucapkan salam kepada saya, dan saya terpinga-pinga mahu menjawab bagaimana. Terasa seolah-olah beliau cuba mempermainkan ucapan mulia kepada umat Islam itu.

Terima kasih atas artikel ini. Semoga ianya menjadi panduan kepada semua. Insyaallah.


12/31/2009 9:17 PM
Tanpa Nama berkata...

ini yg kita amalkan dan yang kita dgr dr ulamak kita dan kita yakin ngn pendapat mereka..
tp timbul pulak ulamak sarjana yang bnyak ilmu mendakwa boleh jwb salam org kafir..btul ker dia ni??
knp die tu bg pndpt die jer,seolah2 die je btul?
sejauh mana kita ngn ulamak kita?setaraf ke agaknya?
cm pndpt die je yg btul..yg len tak rojih belaka....ulamak yg mu'tabarpun boleh disanggah lagi...Nauzubillahi minnaas zaalik!


1/01/2010 12:28 AM
Tanpa Nama berkata...

sangat menarik dan membantu terutamanya kpd pelajar tingkatan 6 yg mengambil subjek syariah bhgn ayat dan hadis ahkam


4/27/2010 9:12 PM

Catat Ulasan