18 Mac 2010

Pemuda PAS rakamkan simpati mendiang Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak

1 Rabiulawal 1431H

IPOH (16 Mac 2010) - Pemuda PAS Perak yang di ketuai oleh Salman Saleh selaku Naib Ketuanya telah menziarahi mendiang Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, Panthiyan a/l Patchamuthu yang mati di tembak di hadapan kedai mencuci kereta miliknya di Langkap, yang kini masih di bedah siasat di Hospital Tengku Bainun, Ipoh sebentar tadi.

Beliau di iringi oleh Safarizal Saleh, Penolong Setiausaha dan juga Ridzuan Rashid selaku Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pemuda PAS yang berhubungan rapat dengan mendiang di dalam mengusahakan sokongan orang bukan melayu terhadap PAS khasnya.

Salman dalam masa bertemu dengan Suresh, anak tiri keempat mendiang menyatakan kesedihan di atas kejadian yang menimpa mendiang bagi pihak Pemuda PAS Perak. Salman juga menyampaikan sumbangan bagi pihak Pemuda PAS Perak kepada anak tiri mendiang tersebut.

"Bagi pihak Pemuda PAS Perak, kami merasakan kehilangan mendiang yang banyak membantu kami di dalam mendekatkan diri bersama masyarakat berbilang kaum" nyata Salman.

Beliau juga berharap ahli keluarga mendiang bersabar dan juga bertenang serta berharap pihak Polis dapat menjalankan siasatan bagi menyelesaikan kes yang membabitkan senjata api ini.




http://dppperak.blogspot.com/

SAFARIZAL SALEH
Penolong Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman

1 Rabiulakhir 1431H

Pada jam 12:40 Pagi bertarikh 01/03/2010, Allah S.W.T telah menguji penghuni Pusat Jagaan Anak Anak ...Yatim Dan Miskin Nurul Iman kg manjoi ipoh pwerak dengan ujian musibah kebakaran. Bersyukur juga kerana tiada kemalangan jiwa berlaku serta tiada sebarang kecederaan.

Bangunan yang terbakar, adalah sebuah bangunan setingkat dua pintu yang menempatkan bilik sembayang, stor pakaian anak anak yatim, stor makanan beku, ruang cucian, dan dua bilik pekerja. Jumlah kerugian adalah dianggarkan Ringgit Malaysia Empat Puluh Ribu ( RM40,000.00) bagi barangan yg musnah dan Ringgit Malaysia Tiga Puluh Ribu ( RM30,000.00 )bagi anggaran bangunan.

100% bangunan dan barangan yang dilanda kebakaran musnah.

Segala sumbangan bagi tujuan tersebut boleh terus "bank-in" ke Maybank 5082 2521 5570 atau Bank Islam 08-013-01-006136-1 atas nama PUSAT JAGAAN ANAK ANAK YATIM DAN MISKIN NURUL IMAN atau boleh menghubungi Pengurus/Pemegang Amanah iaitu En. Khairul Anuar Bin Mohmad Razi di talian 05-526 0071 atau 016- 546 0071


"Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7
"Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, Jika itu benar,maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah "

Barangan Boikot Dan Perbezaan Antara Dua Berita

1 Rabiulakhir 1431H
Oleh : ibnuirfadzil.blogspot.com

Coca Cola lancar kilang pembotolan RM1 bilion di Nilai

NILAI: The Coca Cola Company dari Amerika Syarikat hari ini secara rasminya melancarkan kilang pembotolan terbarunya yang bernilai RM1 bilion di Nilai, Negeri Sembilan.

Majlis pecah tanah kilang baru itu disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Hina Nabi: Umat Islam digesa boikot barangan Sweden

KUALA LUMPUR 16 Mac – Seorang penyokong kerajaan menyarankan umat Islam di negara ini memboikot barangan keluaran Sweden sebagai bantahan terhadap tindakan tiga akhbar negara itu menyiarkan lakaran karikatur menghina Nabi Muhammad SAW.

Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) berkata, kerajaan Sweden perlu memohon maaf kepada umat Islam di seluruh dunia kerana kejahilan warganya iaitu pelukis Lars Vilks yang jelas tidak menghormati agama Islam.

"Mereka seharusnya memahami perasaan penganut agama lain dalam memastikan keseimbangan berterusan dalam setiap perkara,” katanya ketika membahas usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini.
Lakaran karikatur berkenaan yang pada mulanya dikemukakan kepada sebuah pusat warisan budaya Sweden untuk pameran, ditolak atas sebab-sebab keselamatan, tetapi sebuah akhbar Sweden kemudian menyiarkannya.

Ini membawa kepada bantahan negara-negara Islam dan Vilks menerima beberapa ancaman bunuh.

Pada 10 Mac lepas, tiga akhbar Sweden lain menyiarkan semula karikatur itu.

"Tidakkah mereka terfikir disebabkan kejahilan tersebut boleh memberi kesan yang tidak baik seperti yang berlaku pada tahun 2008, apabila akhbar Denmark, Politiken yang menyiarkan perkara sama dan kemudiannya mendapat kecaman masyarakat Islam seluruh dunia,” kata Ismail. – Bernama

Ulasan Ringkas

Berita pertama dipetik dari akhbar Berita Harian, manakala berita yang kedua diambil daripada Utusan bertarikh 16 Mac. Tidak terlintas untuk mengulas secara terperinci dalam isu ini. Cukup sekadar bacaan daripada anda, kemudian buatlah konklusi sendiri.

Kita menganggap bahawa barangan boikot bukanlah hanya barangan Sweden semata-mata. Coca-cola juga adalah salah satu barangan musuh Islam.

Senarai Barangan Boikot

Sumber : Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Berikut adalah senarai Syarikat dan produk mereka serta sumbangan mereka ke rejim Zionis dan Amerika:

Syarikat : Phillip Morris Produk : Rokok dan Makanan Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector’s Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d’Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD 80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI

Syarikat : Coca-Cola – McDonalds – Burger King – Pizza Hut ?KFC Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.

Syarikat : Nestle Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : Disney Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.

Syarikat : Delta Galil Industries Ltd. Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut Jenama : JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca Fakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.

Syarikat : Nokia Produk : Telekomunikasi, telefon bimbit dan elektronik Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.

Syarikat : Danone Produk : Makanan, minuman dan biskut Produk : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun 1998.

Syarikat : Johnson & Johnson Produk : Kesihatan. Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

Syarikat : Revlon Produk : Kosmetik Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memilikki Revlaon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel.

Syarikat : AOL Time Warner Produk : Media Elektronik dan Cetak Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : IBM Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel. Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.

Syarikat : L’Oreal Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian malbur dengan begitu banyak di Israel. Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan L? real dan menganggap mereka sahabat akrab.

Syarikat : Intel Produk : Perkakasan komputer Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

Syarikat : Est? Lauder Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.

Syarikat : News Corporation Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins Fakta : Murdoch’s New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.

Syarikat : Kimberly-Clark Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.

LAIN-LAIN SYARIKAT

Syarikat : Procter and Gamble Produk : Kesihatan, sabun, syampu Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean

MARS INC – Bounty, M&M’s, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben’s, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies
HASBRO – Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger
GILETTE – Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman

COLGATE PALMOLIVE – Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic Haagen, Dazs Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg, Canderel, Levis, Raid, Heinz.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

Bi Shang Liang Shan : Terpaksa Pergi ke Gunung Liangshan

1 Rabiul Akhir 1431H,



Asal Usul:

Lin Chong yang hidup Pada zaman Dinasti Song Utara (tahun 960-tahun 1127) ialah Ketua Jurulatih kepada Pasukan Pembela Diraja. Dia seorang yang sangat jujur dan suka berterus terang.

Pada suatu hari, Lin Chong membawa isterinya ke Kuil Yuemiao untuk menyembah Buddha. Dalam perjalanan ke kuil tersebut, isteri Lin Chong yang jelita itu, telah diusik oleh sekumpulan penjahat. Lin Chong menjadi berang. Bagaimanapun, apabila dia hendak mengangkat tangannya untuk memukul penjahat tersebut, dia mendapati bahawa ketua mereka ialah Gao Yanei, iaitu anak angkat kepada ketuanya, Gao Qiu. Disebabkan takut kepada Lin Chong yang memang hebat dalam bidang silat, Gao Yenei bersama pengikutnya pun segera melarikan diri dari situ. Mahu tak mahu, Lin Chong terpaksa menahan perasaan dendam dan marah di dalam hatinya.

Walau bagaimanapun, selepas peristiwa tersebut, Gao Yanei tidak menghentikan cubaan untuk merampas isteri Lin Chong. Dengan menggunakan tipu muslihat, dia bersama bapa angkatnya, iaitu Gao Qiu, telah menahan Lin Chong di penjara, dan mengenakan pelbagai seksaan yang cukup berat kepadanya. Selepas itu, Lin Chong telah dijatuhi hukuman dibuang ke satu tempat terpencil yang bernama Cangzhou, iaitu di Provinsi Hebei pada masa ini, dengan tuduhan dia cuba melakukan pemberontakan.

Setelah tiba di Cangzhou, Lin Chong diberi tugas untuk menguruskan gudang makanan binatang. Gao Qiu memerintahkan pegawai-pegawai bawahannya supaya membakar gudang tersebut. Fikirnya, jika gudang itu terbakar, Lin Chong pasti akan dijatuhi hukuman mati, sekiranya dia tidak terbunuh dalam kebakaran itu. Ketika hendak pergi memadamkan api itu, Lin Chong terdengar beberapa orang pegawai sedang bercakap-cakap tentang niat jahat Gao Qiu. Api kemarahan dan dendam kesumat dalam hatinya kian membara sehingga dia membunuh semua orang yang bercita-cita hendak membunuhnya. Dengan perasaan penuh kecewa, dia pun pergi ke Gunung Liangshan, dan menyertai kumpulan pemberontak di gunung tersebut untuk menentang pemerintahan Dinasti Song yang membiarkan rakyat jelata hidup dalam keadaan yang begitu tertindas.

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Bi Shang Liang Shan" atau "Terpaksa Pergi ke Gunung Liangshan" ini bermakna terpaksa melakukan pemberontakan oleh sesuatu sebab. Ia juga digunakan untuk mempersenda seseorang yang melakukan sesuatu perkara secara terpaksa, dan bukan kerana kehendak hatinya.

Keputusan adakan pilihan raya PBT minggu depan

1 Rabiulakhir 1431H

SPR akan menjawab surat daripada ketua menteri Pulau Pinang dan menteri besar Selangor berhubung permintaan bagi mengadakan pilihanraya kerajaan tempatan di negeri masing-masing

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata makluman itu akan dibuat selewat-lewatnya minggu depan.

"Kita akan maklumkan selewat-lewatnya minggu depan. Ini (jawapan) berdasarkan interpretasi undang-undang.

"Kita tidak terikat dengan pandangan sesiapa, mahupun perdana menteri atau pendapat pembangkang," katanya ketika bercakap dalam satu sesi soal jawab bersama media di sebuah hotel di Putrajaya petang ini.

Ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (kanan) sebelum ini dilaporkan telah menghantar surat kepada Abdul Aziz bagi meminta pilihan raya tersebut diuruskan oleh suruhanjaya berkenaan.

Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pula dilaporkan telah menurut langkah Pulau Pinang mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan.

Pengumuman itu dibuat sempena merayakan sambutan ulang tahun kedua pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat di kedua-dua negeri berkenaan.

Ditanya mengapa permintaan untuk mengadakan pilihan raya itu timbul, Abdul Aziz (kiri) berkata beliau tidak dapat membaca hati Lim Guan Eng dan Khalid Ibrahim.

SPR akan mengumumkan pendirian mereka selepas menghantar surat makluman kepada Pulau Pinang dan Selangor berhubung penganjuran pilihan raya tersebut, katanya.

Dalam pada itu, Abdul Aziz turut mengulas mengenai hak wartawan dan kumpulan-kumpulan tertentu untuk mengundi sewaktu bertugas di luar kawasan.

Katanya, beliau sedang mengkaji sama ada wartawan berkenaan boleh mengundi secara pos apabila berdepan situasi seperti itu.

Katanya, ini juga termasuk ahli bomba, doktor, jururawat dan kumpulan lain yang tidak dapat membuang undi kerana bertugas.

Namun, SPR masih sukar untuk mengenalpasti di manakah seseorang wartawan itu ditempatkan semasa sesuatu pilihanraya.

Bagaimanapun katanya, undang-undang membolehkan permohonan untuk membuang undi tidak hadir dibuat kumpulan lain selain tentera dan polis.

"SPR boleh timbang berdasarkan kewajarannya. Contohnya pada pilihanraya umum akan datang apabila wartawan itu ditugaskan di Sri Lanka misalnya beliau boleh memohon dan mengemukakan bukti," katanya.

Malaysiakini/-




'Mohsin perlu berani berdepan dengan rakyat'

1 Rabiulawal 1431H

Ahli parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri tidak perlu takut dan khuatir untuk berdepan dengan rakyat di kawasannya sekiranya beliau yakin berada di pihak yang benar, kata pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub hari ini.

Mustaffa diminta mengulas kenyataan Mohsin yang beliau tidak dapat dihubungi kira-kira seminggu selepas keluar PKR baru-baru ini kerana bimbangkan keselamatan dirinya.

Mohsin dilaporkan berkata beliau 'menghilangkan diri' selepas mengumumkan keluar PKR dan menjadi wakil bebas pada 3 Mac lalu atas alasan tidak bersetuju dengan pandangan parti berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Pengundurannya itu dikritik pelbagai pihak dalam pembangkang, termasuk melalui beberapa siri demonstrasi dan solat hajat tujuh malam supaya beliau mengosongkan kerusi itu bagi memberikan laluan kepada pilihan raya kecil.

Mengulas lanjut, Mustaffa yang juga naib presiden PKR berkata, tidak ada sebarang ancaman terhadap Mohsin tetapi "siapa yang makan cili, dialah yang rasa pedas".

"Beliau tidak perlu menyalahkan orang lain, sebaliknya menilai diri sendiri. Kalau beliau betul, beliau harus berani berdepan dengan rakyat," katanya.

Ditanya sama ada kenyataan Mohsin yang bimbangkan keselamatan itu sebagai satu alasan, Mustaffa mendakwa, ia mungkin sekadar alasan sahaja kerana tidak berani berdepan dengan rakyat selepas keluar parti.

Mustaffa berkata perhimpunan di hadapan pejabat Mohsin bagi mendesaknya mengosongkan kerusi Bagan Serai dilakukan secara aman.

Dilaporkan sekurang-kurangnya demonstrasi diadakan di Bagan Serai susulan peletakan jawatan Mohsin daripada PKR dua minggu lalu.

Hanya sehari selepas beliau mengisytihar keluar PKR, kira-kira 200 pengundi berdemontrasi di hadapan pejabatnya.

Manakala bermula Sabtu lalu, satu solat hajat khas anjuran ahli majlis syura Ulama PAS Ahmad Awang diadakan di pelbagai tempat di parlimen itu bagi memohon hukuman Allah terhadap Mohsin kerana didakwa mengkhianati perjuangan.

Ia dijadual berakhir di Masjid Kampung Tinggi pada Jumaat ini.

Malaysiakini/-

Inter Milan singkir Chelsea

1 R$abiul Akhur 1431H.


PEMAIN Chelsea, Frank Lampard (kiri) dan pemain Inter Milan, Samuel Eto'o merebut bola dalam perlawanan kedua 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi. Inter Milan menewaskan Chelsea 1-0. - Foto AP


LONDON: Kelab Itali, Inter Milan melakukan kejutan di Stamford Bridge apabila menewaskan Chelsea 1-0 pada perlawanan kedua 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah, malam tadi. Saya juga sempat menyaksikan siaran langsung di TV semasa makan malam bersama rombongan PAS Perak yang baru sampai di London hari ini.

Samuel Eto'o menjadi wira Inter dengan menghasilkan gol menerusi larian dan tendangan leret menggegarkan jaring Chelsea pada minit ke-78.

Nyata anak buah Jose Mourinho lebih mendominasi perlawanan di tempat lawan dan bekas pengendali Chelsea itu nyata berjaya mencatur strategi lebih menyengat.

Keputusan itu membolehkan Inter layak ke suku akhir dengan kemenangan agregat 3-1. Sebelum ini pada perlawanan pertama, Inter menang 2-1.

Lebih malang lagi buat Chelsea apabila penyerangnya, Didier Drogba diarah keluar padang selepas dilayangkan kad merah, kira-kira lapan minit permainan hendak tamat.


Mohsin bimbang keselamatannya

1 Rabiulakhir 1431H

Ahli parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri menjelaskan bahawa beliau tidak dapat dihubungi kira-kira seminggu selepas keluar PKR baru-baru ini kerana bimbangkan keselamatan dirinya.

Sehubungan itu, tambahnya beliau mengambil keputusan tidak turun ke kawasan parlimennya dan menutup pejabat wakil rakyatnya buat sementara waktu.

“Insya-Allah, tidak lama lagi (beroperasi kembali). Saya rasa sudah makin kendur (bantahan orang ramai),” katanya kepada Malaysiakini.

Beliau sebelum itu membacakan sepotong ayat daripada surah Yasin yang mengisahkan bagaimana Rasulullah dapat meloloskan diri daripada dibunuh kaum kafir Quraish pada zaman permulaan dakwah Islam walaupun rumah baginda telah dikepong.

Mohsin diminta mengulas tindakannya 'menghilangkan diri' selepas mengumumkan keluar PKR dan menjadi wakil bebas pada 3 Mac lalu atas alasan tidak bersetuju dengan pandangan parti berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Pengundurannya itu dikritik pelbagai pihak dalam pembangkang, termasuk melalui beberapa siri demonstrasi dan solat hajat tujuh malam supaya beliau mengosongkan kerusi itu bagi memberikan laluan kepada pilihan raya kecil.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohsin bagaimanapun dilihat cuba bersikap tenang dan positif menangani perkara tersebut.

“Saya ingin mengambil iktibar daripada kisah Rasulullah berdakwah ke Taif. Baginda mendapat banyak tentangan sehingga dibaling dengan batu.

“Rasulullah bagaimanapun memaafkannya dan mendoakan kebaikan untuk mereka kerana mereka tidak tahu (baik-buruk perbuatan masing-masing),” katanya yang enggan mengkritik langsung pihak-pihak tertentu.

Mohsin bagaimanapun memberikan jaminannya akan terus memperjuangkan nasib rakyat di kawasannya secara lebih bebas tanpa perlu terikat dengan mana-mana parti.

“Kalau dengan Umno, ada yang saya tidak boleh kata (suarakan). Kalau dengan PAS, ada yang sama tidak boleh kata,” katanya, sekaligus menafikan khabar angin bahawa beliau akan menyertai Umno.

Mohsin menambah, oleh kerana beliau kini bebas sepenuhnya, kemungkinan terdapat keadaan-keadaan tertentu apabila beliau menyokong kerajaan dan pada masa yang lain menyokong pula pembangkang ketika membahaskan sesuatu isu di parlimen.

Setakat ini, sekurang-kurang dua demonstrasi dilaporkan diadakan di Bagan Serai susulan peletakan jawatan Mohsin daripada PKR dua minggu lalu.

Manakala bermula kelmarin, laporan di blog-blog menyebut, satu solat hajat khas anjuran ahli majlis syura Ulama PAS Ahmad Awang diadakan bagi memohon hukuman Allah terhadap Mohsin kerana didakwa mengkhianati perjuangan.

Malaysiakini/-

Penerangan diperluas melalui TVSelangor, Selangorkini

1 Rabiulakhir 1431H

Kerajaan negeri Selangor melalui anak syarikatnya Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB) sedang merancang untuk memperluaskan program penerangan melalui lidah rasminya TVSelangor dan juga Selangorkini.

Pengarang beritanya, Abdul Rahim Zain berkata, usaha itu bertujuan menarik lebih ramai penonton di laman TV dalam talian itu, manakala keluaran akhbar Selangor Kini pula akan ditingkatkan menjadi akhbar mingguan.

"Kita akan terbitkan Selangorkini dua kali sebulan bermula April dan kita juga merancang untuk terbitkan seminggu sekali bermula Jun," katanya dalam satu taklimat media di pejabat penerbitan itu di Shah Alam hari ini. Pada masa ini, Selangorkini diterbit sebulan sekali.

"Rancangan jangka panjang kita ialah untuk tubuhkan biro di setiap negeri dan supaya kita boleh buat liputan berita nasional, bermula di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

"Kita akan mula menempatkan pemberita sambilan di seluruh negeri bermula akhir tahun ini untuk tingkatkan laporan berita nasional," katanya.

Tambahnya, akhbar tersebut kini berjaya mencapai edaran sebanyak 100,000 naskhah manakala laman TVSelangor pula berjaya meraih sehingga 10.5 juta capaian pembaca sebulan.

Jelasnya, penerbitan Selangorkini tidak memerlukan permit daripada Kementerian Dalam Negeri kerana setiap kerajaan negeri sememangnya diperuntukkan kuasa untuk mengeluarkan buletin mereka sendiri.

"Fungsi kita boleh dikatakan seperti jabatan penerangan bagi kerajaan. Tugas kita adalah untuk memberi penjelasan kepada rakyat dengan fakta-fakta yang ada," tambahnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata usaha itu boleh dilihat melalui laporan mengenai pemberian geran tanah kepada rakyat Selangor di Sabak Bernam, pemberian kunci kepada pemilik rumah kos rendah dan juga program membaikpulih lif di rumah pangsa berkenaan.

"Kerajaan negeri tidak mendapat ruang yang sewajarnya di media arus perdana, sebab itulah kerajaan tubuhkan CCSB sebaik menubuhkan kerajaan dua tahun lalu," katanya lagi.

Tambahnya, kekuatan kedua-dua penerbitan itu ialah bentuk laporan yang telus khususnya melalui web TVSelangor.

"TVSelangor menjadi saluran rasmi kepada sidang Selcat (jawatankuasa pilihan khas mengenai keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan) dan sidang dewan undangan negeri.

"Dalam siaran kita, penonton boleh lihat contohnya ucapan (ketua pembangkang) Datuk Seri Khir Toyo, kita tidak sunting apa-apa.

"Jadi rakyat sendiri boleh menilai apa yang kita siarkan. Berdasarkan kajian kita, mereka lebih suka bentuk maklumat begitu," katanya.

Tambahnya, saluran TV berkenaan juga menerbitkan berita-berita sukan dan juga hiburan untuk menarik penonton muda, termasuk penyiaran filem-filem pendek.

Malaysiakini/-




Hilang yang sukar dicari ganti - Siva Panthiyan

1 Rabiul Akhir 1431H..
http://alhusseyn51.blogspot.com

LANGKAP, 16 Mac : Beberapa pemimpin PAS yang turut hadir sebagai kunjungan hormat dan tanda solidariti di rumah mendiang Panthiyan a/l Patchamuthu atau lebih mesra di panggil Siva pada tengahari ini telah menyampaikan uzapan takziah dan rasa simpati kepada keluarga yang malang itu.

Ust Nasir Zakaria telah menyampaikan salam takziah daripada Ketua Pemuda PAS Pusat, Ust Haji Nasrudin Hassan A Tantawi yang tidak berkesempatan hadhir pada hari ini.

“Kami berasa sedih diatas kehilanagn seorang aktivis masyarakat yang cukup gigih untuk melihat satu kesatuan diantara bangsa-bangsa atau pun kaum di Malaysia ini khususnya.

“Setinggi-tinggi takziah kami ucapkan dan berharap keluarga mendiang bersabar menghadapinya,” katanya.

Sebagai wakil Pemuda PAS Pusat, beliau telah menyampaikan sedikit sumbangan awal sebagai tanda simpati dan rasa kehilangan daripada satu perjuangan untuk membentuk sebuah negara Malaysia baru.

Sementara Ahli Parlimen Kota Bharu, Dato Wan Abd Rahim pula, bagi pihak warga Kota Bharu Kelantan dan juga bagi pihak YAB Tok Guru, merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Siva dan merasakan pemergian mendiang suatu kehilangan besar kepada perjuangan PAS , terutama sekali Dewan Perhimpunan Penyokong PAS negeri Perak, khususnya di Teluk Intan dan Pasir Salak.

Beliau berharap keluarga mendiang akan dapat menghadapi dengan tabah akan ujian ini dan yang kan mendatang bersama-sama dengan jemaah.

Bekas Exco Pakatan Rakyat Perak yang kini merupakan pengerusi Lujnah Perpaduan PAS Perak, Tuan Haji Zainuddin Yusuf menyifatkan mendiang Siva sebagai seorang yang berani dan mampu menimbang fakta-fakta serta mampu memberi pandangan yang bernas disamping dapat menerima nasihat-nasihat yang diberikan.

Menurutnya, mendiang merupakan pejuang asal penubuhan kelab penyokong PAS yang kini dinaik taraf sebagai Dewan Perhimpunan Penyokong-Penyokong PAS.

Beliau berjanji, PAS Perak akan berikhtiar untuk membantu keluarga yang malang ini.

Sementara itu pula, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, merangkap YDP Pasir Salak, Ust Mustafa Shaari , sebagai mewakili PJ, Ust Abu Bakar dan Dato’ Seri Nizar yang sedang berada di luar negeri , merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan berharap akan ada penggantinya nanti untuk bersama meneruskan perjuangan suci ini.

Beliau yang berasal dari kawasan yang berhampiran ini, amat mengenali tingkah laku dan peribadi mendiang Siva.

Ka Ting sahkan bertanding Presiden MCA

1 Rabiulakhir 1431H

Bekas presiden MCA, Tan Sri Ong Ka Ting hari ini mengesahkan bahawa beliau akan bertanding jawatan presiden parti itu pada pemilihan 28 Mac ini.

Ka Ting berkata keputusannya itu berdasarkan dorongan yang diberikan oleh perwakilan parti itu, ahli-ahli veteran dan juga ahli biasa yang mendesaknya 'menyelamatkan' MCA.

"Paling penting, saya percaya gesaan mereka didorong oleh cinta mereka kepada parti dan ingin melihat kemelut dalaman parti yang berlarutan sekarang ini berakhir.

"Kepada semua anggota parti yang prihatin dan sayangkan parti, saya kata, saya dapat dengar dengan lantang dan jelas.

"Oleh itu, saya ingin mengumumkan pencalonan saya bagi jawatan Presiden MCA bagi pemilihan parti akan datang,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Ka Ting berkata walaupun beliau pernah berjanji bahawa tidak akan bertanding semula, namun keadaan semasa dalam parti itu memaksa beliau mengubah pendiriannya.

"Apabila saya umumkan pada 28 Jun, 2008 untuk tidak bertanding semula kerusi presiden, saya berpendapat yang saya tinggalkan MCA di tangan yang selamat dan bersatu.

"Tetapi sebagai bekas presiden parti, ia bukan satu rahsia bahawa kedudukan hal ehwal parti itu telah membuat saya begitu sedih dengan perkara sebaliknya yang berlaku, malah budaya politik yang sihat juga terhakis," katanya.
Selain Ka Ting, hanya Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat telah mengumumkan hasratnya untuk mempertahankan jawatan berkenaan.

Malaysiakini/-

'Tiada rombakan exco di Kelantan'

1 Rabiulakhir 1431H

Kerajaan Kelantan tidak akan mengadakan sebarang rombakan yang melibatkan barisan exco dan kepimpinan utamanya di bawah pentadbiran Datuk Nik Aziz Zik Mat, kata beberapa exco kerajaan negeri.

Exco penerangan, pembangunan maklumat, sains dan teknologi, Dr Mohd Fadhli Hassan dan Abd Fattah Mahmood (pembangunan insan, belia, sukan dan NGO) menegaskan khabar angin berhubung sebarang rombakan adalah tidak benar.

Mereka diminta mengulas dakwaan terbaru di laman-laman blog bahawa rombakan besar akan dibuat di negeri itu bulan depan dan mendakwa nama Nik Aziz (foto) yang lebih 20 tahun memimpin negeri itu dan exco kanan, Datuk Husam Musa tidak tersenarai.

“Tidak betul. Sekarang ini orang serang kami (kerajaan negeri) dari segenap penjuru,” kata Dr Mohd Fadhli.

Sementara Abd Fattah pula menyifatkan pembawa khabar angin tersebut lebih tahu daripada kerajaan negeri sendiri berhubung hal ehwal pentadbirannya.

“Nampaknya mereka lebih ke depan daripada kami. Tidak ada apa-apa (rombakan). Tidak ada apa-apa,” tegasnya.

Ketika dihubungi Malaysiakini Dr Mohd Fadhli pula berkata, beliau menasihatkan penulis blog lebih bertanggungjawab dan tidak terlibat menyebarkan perkara yang tidak betul.

Katanya, walaupun mereka tidak terikat dengan etika kewartawanan seperti yang menjadi amalan pihak media, kumpulan tersebut masih “terikat dengan undang-undang tuhan dan dosa pahala”.

Sementara Abd Fattah pula berkata, penulis blog sepatutnya mengamalkan kebebasan menulis dengan penuh tanggungjawab, termasuk tidak melupakan kepentingan umum ketika menghasilkan sesuatu laporan.

“Saya tidak boleh hendak komen niat mereka. Tetapi biarlah ada prinsip, tulislah yang benar dan baik-baik. Tentang niat (mereka) itu hak masing-masing,” katanya.

Beberapa bulan sebelum ini, berlaku perdebatan hangat berhubung pelapis kepimpinan Nik Aziz apabila seorang lagi exconya Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah secara terbuka menyarankan Nik Aziz menamakan penggantinya.

Menteri besar bagaimanapun dilaporkan berkata berdasarkan hirarki dalam PAS dan kerajaan negeri, timbalan menteri besar, Datuk Ahmad Yaakub merupakan pelapis nombor satunya.

Malaysiakini/-

Ahli parlimen pembangkang keluar dewan

1 Rabiulakhir 1431H

Ahli parlimen pembangkang bertindak keluar dewan hari ini selepas timbalan speaker Ronald Kiandee enggan membenarkan pembahasan bagi usul yang dibentangkan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Kementerian berkenaan membentangkan usul mengarahkan ketua polis negara supaya memastikan jalan dan laluan ke Parlimen dibuka sepanjang masa tanpa sebarang halangan kepada ahli parlimen.

Usul tersebut diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti sewaktu pengundian lisan, tanpa membukanya untuk dibahaskan dan mencetuskan bantahan daripada kalangan penyokong pembangkang.

Malaysiakini/-

Pelik tapi benar, ekonomi pulih tapi BLR naik

1 Rabiulakhir 1431H
Mutaligat

Ini cerita negera Pasir Bedengung dan Pasir Dua Butir. Memanda menteri perdananya mengumumkan bahawa ekonomi negara tersebut semakin pulih dan baik. Tetapi bank-bank di dalam negara tersebut mengumumkan bahawa BLR dinaikkan.

Pada kebiasaanya jika ekonomi sesebuah negara dalam keadaan baik, bank-bank tidak akan menaikkan kadar BLRnya. Tetapi di negeri Pasir Bedengung lain pula ceritanya.

BANK tempatan negara tersebut menaikkan Kadar Pinjaman Asas (BLR) masing-masing sejajar langkah Bank Negara Pasir Bedengung dan Pasir Dua Butir meningkatkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 0.25 peratus, Khamis minggu lalu.

Mendahului senarai, Malayan Bedengung Bank (MBB) menyemak semula BLRnya daripada 5.55 peratus setahun ketika ini kepada 5.80 peratus setahun, berkuat kuasa hari ini.

Bank terbesar negara itu berkata, kadar pembiayaan asas (BFR) Maybank Bedengung Islamic Bhd, turut disemak semula daripada 5.55 peratus kepada 5.80 peratus.

Sementara itu, CIMBedengung Group bank kepunyaan adik memanda menteri perdana mengumumkan peningkatan BLR dan BFR untuk CIMBedengung Bank dan CIMBedengung Islamic Bank sebanyak 25 mata asas daripada 5.55 peratus kepada 5.80 peratus, mulai minggu lepas.


* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Harakahdaily.net/-

Tarik rayuan kerana tidak yakin sistem kehakiman- Anwar

1 Rabiulakhir 1431H
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 16 Mac: Tidak yakin dengan kebebasan institusi kehakiman negara mendorong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik rayuannya sebelum ini supaya menghalang Hakim Datuk Mohd Zabidin Mat Diah dari mendengar perbicaraan kes liwat yang membabitkannya.

Menurut beliau, sekiranya rayuan mengetepikan Mohd Zabidin diterima sekalipun, beliau seolah-olah menganggap perbicaraan di Malaysia tidak dilaksanakan secara bebas dan adil.

“Penarikan ini jelas, (sekiranya) menukar seorang Hakim, tidak akan menukar sistem kehakiman di Malaysia,” kata beliau di lobi parlimen tengah hari tadi.

Penarikan itu sekaligus membatalkan pendengaran rayuan yang sepatutnya dilakukan pada Jumaat ini.

Turut serta pada sidang media itu peguamnya, Karpal Singh.

Pada 19 Februari Anwar menfail notis rayuan selepas Hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Zabidin Mohd Diah menolak permohonan Anwar supaya beliau menarik diri daripada mendengar kes itu pada hari sebelumnya.

Mohamad Zabidin berkata tidak ada sebab baginya untuk menarik diri daripada terus mendengar kes itu, dengan mengatakan bahawa sekiranya beliau melakukannya ia bermakna beliau melarikan diri daripada menunaikan tanggungjawabnya.

Pada 8 Februari Anwar menfail permohonan supaya hakim itu menarik diri dengan alasan Mohamad Zabidin bertindak berat sebelah apabila enggan melayan permohonan oleh peguam utama Anwar, Karpal Singh, untuk mengenakan tindakan menghina terhadap Utusan Malaysia berhubung dua artikel yang disiarkan akhbar itu.

Harakahdaily.net/-