19 April 2010

RUMAH DIROBOH : PENDUDUK KG BAKAU TUNJUK PERASAAN BANTAH KEZALIMAN KERAJAAN BN

4 Jamadil Awal 1431H.

KOTA KINABALU : Hujan yang turun tidak menghalang para penduduk mangsa rumah roboh mengadakan tunjuk perasaan secara aman di Kg Bakau, Likas. Tidak kurang 200 orang penduduk berkumpul mengadakan tunjuk perasaan untuk menyuarakan bantahan mereka berikutan tindakan kejam kerajaan Barisan Nasional (BN) meroboh rumah-rumah mereka yang telah didiami sejak 30 tahun yang lalu.







Turut hadir ialah Ketua Penerangan PAS Pusat Idris Ahmad, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat Anwar Ali dan Ketua Penerangan PAS Sabah Hishamudin Sulaiman bagi menyatakan sokongan moral PAS kepada mangsa kezaliman BN Sabah. Idris yang berkebetulan dalam perjalanan ke satu majlis di Tuaran singgah ke Kg Bakau untuk melihat sendiri keadaan yang dialami oleh mangsa roboh rumah Kg Bakau.

Idris yang terlalu sebak dan sedih hanya mampu menyampaikan ucapan selama lima minit dan tidak mampu meneruskan ucapan beliau. Laungan takbir dan “Hidup Pakatan Rakyat” sentiasa bergema mngiringi setiap kali pimpinan PAS menyampaikan ucapan mereka.

Diantara kandungan sepanduk dan poster penunjuk perasaan ialah “Beri hak kepada kami penduduk miskin selama 30 tahun menduduki Kg Bakau Likas”, “Kami bantah pencerobohan ini” dan “Air dan letrik kamu sudah potong tolong sambung kembali jangan siksa orang Islam sesama kita”.

Rumah-rumah penduduk Kg Bakau telah diroboh sejak isnin lalu. Mereka telah menduduki perkampungan ini sejak 30 tahun yang lalu. Dewan Bandaraya Kota Kinabalu bersama-sama anggota Rela, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran, Polis, Sabah Electricty dan Jabatan Air telah melancarkan operasi meroboh rumah-rumah setinggan bagi mencapai matlamat setinggan sifar 2010.

UMNO sudah habis modal untuk berkempen di Hulu Selangor

3 Jamadil Awal 1431H.

Bermula dari tindakan Muhyidin menipu dan berbohong kepada penduduk Hulu Selangor dengan kononnya calon adalah anak tempatan sehingga ke hari ini saya mendapati UMNO dan BN sudah tidak ada modal untuk berkempen secara demokrasi di Hulu Selangor.

Bayangkan apabila Muhyiddin sudah menjadi juru tafsir yang ternyata membuktikan sekali dia bercakap menampaknya sebenarnya dia tidak ada wawasan dan kelayakan untuk meningkat lebih tinggi dalam arena politik negera. Tidak tahulah dia belajar dimana dengan menafsirkan nama calon BN adalah gabungan dari nama Melayu Kamal, Cina Alan dan India Nanthan.

Rasanya budak sekolah rendah juga tergelak besar kepada menteri yang jaga sekolahnya itu bila tiba-tiba Muhyiddin menafsirkan Kamalanathan yang kononya mencerminkan 1Malaysia dari namanya itu.

Lebih seronok kalau Muhyiddin tawarkan kepada pengundi di Hulu Selangor untuk menjadikan Kamalanathan sebagai maskot 1Malaysia. Mana tahu kalau ada yang tertarik ?

Jelas BN sekarang tidak ada modal kempen bila Pengarah Pilihanrayanya tidak bercakap tentang misi dan visa masa depan Hulu Selangor yang akan dibawa oleh calonnya tetapi bercakap mengenai perkara remeh temeh dan tafsiran karut.

Tambahan pula sekiranya benar nama 1Malaysia ada kepada calon BN, kenapa tidak cuba tafsirkan nama pengasas mazhab 1Malaysia iaitu Najib. Setakat ini saya tidak ada idea untuk menafsirkan, dan kita serah kepada Muhyiddin untuk menfsirkannya, dia pakar dalam bidang itu.

Selain itu serangan peribadi yang melampau kepada Calon Pakatan Rakyat menggambarkan BN sudah tidak ada modal.

Mempersoalkan calon PR yang dituduh tanpa bukti minum arak seperti yang disebutkan oleh Ali Rustam semalam adalah susuatu yang sangat malang dalam majlis kempen terbuka BN. Kerana tindakan menyerang peribadi adalah tindakan orang yang sudah hilang marauah dan jati diri. Islampun melarang perkara sedemikian.

Berapa ramaikah pemimpin Pakatan Rakyat yang minum arak berbanding dengan pemimpin UMNO dan BN ? kalau soalan ini di tanyakan kepada orang yang masih waras pemikirannya pasti jawapannya saudara juga boleh menjawabnya.

Ternyata PR masih konsisten dengan kempen yang bertenaga dan menawarkan sesutu untuk membela nasih pengundi di Hulu Selangor. Kesabaran dan kesungguh seluruh jentera Pakatan Rakyat dari PKR, PAS dan DAP untuk memenangkan calon nya adalah atas dasar tawaran bahawa kita mesti melakukan perubahan besar dan ianya mestilalah bermula di Hulu Selangor.

Ianya diyakini mampu dilaksanakan oleh calon Pakatan Rakyat Zaid Ibrahim.

Kalau begitulah cara kempen BN sejak awal setelah penamaan calon, nampaknya BN sudah menunjukkan ianya sudah tidak ada modal untuk berkempen apalagi untuk memajukan rakyat di Hulu Selangor..

Semuga kita tidak mengukut trend BN yang menyerang peribadi calon dan pemimpin PR.

Nama 1Malaysia: TPM ditempelak

3 Jamadil Awal 1431H.

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini berkata wabak 'penyakit mulut' Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus menular apabila dia mendakwa nama calon Barisan Nasional, untuk kerusi pilihan raya kecil Hulu Selangor, P Kamalanathan mencerminkan konsep 1Malaysia.

Muhyiddin semalam dilaporkan berkata nama ketua penerangan MIC itu merangkumi nama “Kamal” mewakili Melayu, “Alan” - nama Cina dan “Nathan” pula nama India.
“Muhyiddin menghina kebijaksanaan 65,000 pengundi Hulu Selangor dengan 'sampah' sedemikian.

“Adakah Kamalanathan akan menjawab di kalangan orang ramai jika seseorang memanggilnya “Kamal” atau “Alan”? Tentunya, tidak” katanya dalam ketika berkempen di beberapa kampung di Kuala Kubu Baru hari ini.

Menurut Lim, jika nama Kamalanathan mewakili nama “Kamal”, “Alan” dan “Nathan”, dia sepatutnya mempunyai nama yang lebih panjang dan dipanggil “Kamalalannathan”!

“Calon BN bagi kerusi Hulu Selangor itu akan menjeling ke arah anda jika dipanggil dengann nama itu,” kata Lim.

Pemimpin veteran DAP itu juga mempertikaikan sama ada nama Muhyiddin Yassin layak disifatkan sebagai mencerminkan nama “1Malaysia”.

“Di mana komponen Cina dan India. Bagaimana pula dengan komponen Kadazan dan Iban?” soalnya.

Katanya, semua nama rakyat berbangsa Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban melambangkan 1Malaysia kerana ia adalah bukti Malaysia mempunyai kepelbagaian bangsa, agama dan bahasa.

“Muhyi ddin tidak sepatutnya memperkecil-kecilkan nama rakyat, sama ada berbangsa Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban atau mana-mana rakyat Malaysia.

“Amat mendukacitakan kenyatan itu datang daripada seseorang yang mendakwa dirinya adalah Melayu terlebih dahulu dan rakyat Malaysia kemudiannya dan cuba memperkecilkan kononnya calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim tidak mempunyai nama 1Malaysia berbanding Kamalanathan,” katanya lagi.

Lim berkata Muhyiddin harus sedar bahawa dia telah menjadikan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai bahan jenaka dan gurauan yang besar.

Adab membentuk peribadi dalam Islam

3 Jamadil Awal 1431H.
Ahmad Baei Jaafar

Setiap orang yang dilahirkan ke dunia ini dibekalkan dengan akhlak semula jadi. Mereka ada nilai kasih sayang, nilai pemurah, nilai simpati dan nilai kawan. Tetapi semua nilai ini belum sempurna selagi tidak diberi suntikan iman dan Islam.

Umat Islam pada zaman awal Islam mewarisi akhlak Arab Jahiliah dan Arab Badawi, namun Rasulullah s.a.w. berjaya mengubah mereka menjadi manusia yang paling sempurna. Sabda Rasulullah s.a.w.:

إِنَّمَا بُعِثْتُ ِلأُتَمِّمَ مَكَارِمَ الاَخْلاَقِ

Maksudnya: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”

Rasulullah Berjaya membina akhlak mulia dalam kalangan para sahabat, malah Arab Badawi yang kasar juga dapat dibentuk supaya menjadi murni. Akhlak Rasulullah sendiri berjaya menarik minat orang lain untuk menerima Islam.

Wanita Yahudi yang sering memarahi Rasulullah dengan pelbagai tuduhan buruk, meletak halangan najis pada laluan Baginda, pada suatu hari jatuh sakit. Baginda yang menyedari laluannya tidak ada halangan najis dan sebagainya cuba bertanya orang ramai akan keadaan wanita itu.

“Wanita itu sakit,” jawab mereka.

Mendengar berita sakit itu, Baginda terus menziarahinya. Akhlak Baginda yang tidak ambil hati terhadap sikap wanita itu, menyebabkan wanita itu jatuh hati kepada Islam. Akhlak sebaik Rasulullah itulah yang harus kita warisi pada hari ini.

Akhlak Islam dibina dengan adab-adab yang baik. Adab dalam Islam mencantikkan setiap perjalanan hidup umat Islam dalam memenuhi aturan dan syariat. Orang Islam yang menghiasi diri dengan adab perilaku ataupun perbuatan yang bersopan.

Dalam pergaulan Islam menyediakan beberapa adab dan contoh seperti:

1
Adab sopan dalam bercakap
Tidak berbohong, mengumpat dan buat fitnah.

2
Adab hormat-menghormati sesama manusia
Orang besar mengasihi orang kecil dan orang kecil memuliakan yang besar

3
Adab berpakaian (Jilbab, Hijab, Niqab)
Menutup aurat

4
Adab dalam keluarga
Anak dengan ibu bapa dan adik beradik

5
Adab ketika berhadapan orang yang meninggal dunia
Membaca doa untuk kebaikan arwah dan keluarga

6
Adab memberi salam
Orang di atas kepada yang di bawah, orang kecil terhadap orang besar

7
Adab menepati janji
Masa dan tempat, meminta maaf jika gagal

8
Adab mengucapkan selawat ke atas Nabi
Menyebut dengan baik

9
Adab antara bukan mahram
Tidak berkhalwat dan menyentuh tubuh antara satu sama lain

Adab-adab itu boleh didapati dalam kitab-kitab akhlak Islam terutama yang ditulis oleh Imam al-Ghazali. Jika diizinkan akan saya paparkan dari masa ke masa mengikut keperluan dan keadaan.

--
Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah

Hari pertama kempen dicemari insiden baling botol oleh penyokong BN.

3 Jamadil Awal 1431H.

Bahang kehangatan kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor semakin terasa apabila berlaku ketegangan antara penyokong Pakatan Rakyat dan BN di sebuah padang berdekatan Pekan Kerling, Kuala Kubu Baru, malam semalam.

Pegawai Penyelaras Pakatan Parlimen Hulu Selangor, Ali Rahman berkata kejadian berlaku apabila Pemuda BN didakwa bertindak membaling botol berisi air ke arah hadirin yang lalu lalang untuk mendengar ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.

Ali mendakwa sebanyak tiga hingga empat biji botol dibaling oleh mereka ke arah hadirin yang berulang-alik di situ.

Katanya tindakan provokatif itu dilakukan seramai kira-kira 30 hingga 40 orang Pemuda BN yang berada di pondok panas mereka yang terletak bersebelahan dengan padang berkenaan.

Kejadian berlaku sejurus ketibaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sampai ke situ untuk menyampaikan ceramahnya kira-kira jam 11.15 malam.

Tiindakan membaling botol itu mencetuskan kemarahan hampir 30 penyokong Pakatan.

Mereka kemudiannya meluru ke arah Pemuda BN sambil meminta agar penyokong kerajaan itu memberi kerjasama, menjaga adab dan menghormati program tersebut tanpa sebarang gangguan.

Malaysiakini turut mendapati beberapa wakil dari Pemuda BN cuba memujuk penyokong mereka agar bertenang dan mengendurkan keadaan.

Ketegangan yang berlaku selama 10 minit itu, berjaya ditenteramkan oleh kira-kira 30 anggota polis yang berada di situ termasuk lapan anggota Light Strike Force yang datang beberapa minit kemudian.

Sebelum itu, penyokong BN bersorak dan menjerit tanpa henti bagi mengganggu ucapan beberapa pemimpin Pakatan antaranya Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub; ahli parlimen Puchong dari DAP Gobind Singh Deo dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar yang sedang menyampaikan ceramah mereka.

Selepas campur tangan polis, ceramah malam semalam berjalan lancar dan pemimpin Pakatan menggunakan peluang itu bagi menempelak tindakan Pemuda BN.

Malaysiakini/-

18 April 2010

Presiden PAS arah sokongan 100% kepada Zaid


3 jamadil Awal 1431H.
Zulkifli Sulong

HULU SELANGOR, 17 April: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan pemilihan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat di Hulu Selangor adalah pilihan sebulat suara PAS, PKR dan DAP.

Oleh itu, beliau mahu semua pihak dalam PAS bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat itu.

Abdul Hadi berkata demikian ketika memberikan ucapan di majlis meraikan para petugas PAS dari Terengganu yang berkumpul di Felda Sungai Tengi, Ulu Bernam petang tadi.

Lebih 100 petugas PAS dari negeri itu berkumpul di situ dan menerima amanat dari beliau serta lain-lain pimpinan PAS sebelum menjalankan tugas sehingga pilihan raya kecil ini pada 25 April nanti.

"Ada orang buat macam-macam tuduhan kepada Datuk Zaid masa dia Umno dulu. Saya tegaskan, kalau adapun itu masa dia dalam Umno. Sekarang dia sudah bersama kita dan dah meninggalkan Umno," kata beliau penuh semangat diiringi takbir dari para penyokong PAS.

Bagi beliau, Zaid adalah tokoh kebangsaan yang mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin.

"Ketika para pemimpin Umno lain berebut-rebut nak jadi pemimpin, dia meletakkan jawatan sebagai menteri kerana menentang salah guna ISA," kata Abdul Hadi merujuk tindakan Zaid melepaskan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana membantah tindakan kerajaan menahan tiga orang termasuk seorang wartawan di bawah ISA.

Berhubung dengan tindakan firma guaman Zaid menyaman kerajaan negeri Kelantan kerana meluluskan undang-undang Hudud, Abdul Hadi menegas itu apa yang Zaid buat sebagai pemimpin Umno dan dia telah menarik balik tindakan itu.

"Itu semasa dia bersama Umno...sekarang dia sudah keluar dari Umno. Baru-baru ini dia dah pergi menunaikan haji....kita yakin dia telah berubah selepas bersama kita," kata beliau.

Abdul Hadi juga memberitahu, selepas Zaid meletakkan jawatannya dan keluar dari Umno, beliau juga ada berbincang dengan para pemimpin PAS untuk menyertai parti Islam itu atau menyertai PKR. Selepas berbincang termasuk dengan pemimpin PKR, mereka bersetuju Zaid perlu menyertai PKR.

Ucapan Abdul Hadi di majlis itu penuh semangat serta menjawab pelbagai persoalan panas yang berbangkit dalam pilihan raya kecil ini walaupun hujan mencurah-curah ketika beliau berucap sehingga banjir kilat di sekitarnya.

Felda Sungai Tengi adalah salah satu kawasan Felda yang menjadi kubu Umno dalam Dun Hulu Bernam di Hulu Selangor. Dalam pilihan raya umum lalu, calon PKR, Datuk Dr Zainal kalah lebih 600 undi di peti undi itu.

Dalam pilihan raya ini, Umno menjadikan empat kawasan Felda sebagai pangkalan gerakan mereka untuk memenangkan calon BN, P Kamalanathan dari MIC.

Namun, ketidakpuasan hati ahli Umno di situ jelas dalam pilihan raya ini. Mereka melalui Umno Hulu Selangor berusaha keras untuk mempastikan seorang calon Umno bertanding dalam pilihan raya kecil ini, namun apa yang mereka dapat adalah kosong berbanding MIC yang mendapat tiga menjelang hari penamaan calon.

Selain dapat menjadi calon, Timbalan Presiden MIC, G Palanivel yang mereka tidak sukai dikatakan akan dilantik menjadi senator dan timbalan menteri.

Salah seorang dari mereka berkata, jika BN menang dalam pilihan raya kecil ini, harapan untuk calon Umno bertanding di kawasan Parlimen yang majoriti orang Melayu ini akan hilang terus.

Sekitar penamaan calon Hulu Selangor (2)

3 Jamadil Awwal 1431H.



































Sekitar penamaan calon Hulu Selangor (1)

3 Jamadil Awwal 1431H.

>





















Drs. Khalil : Rangka strategi hadapi musuh Pakatan Rakyat.

3 Jamadil Awal 1431H.

Drs. Khalil melancarkan Tabung Pembinaan Markaz sempena Muktamar Agung PAS Kawasan Tapah.



TAPAH : Muktamar sebagai medan untuk mencari formula dan merangka strategi bagi menghadapi musuh utama Pakatan Rakyat iaitu UMNO/BN. Elakkan dari masalah dalaman dan tumpukan kepada gerak kerja parti kerana Pakatan Rakyat bukan sahaja berdepan dengan UMNO/BN tetapi juga 'komponen' mereka yang tidak rasmi seperti SPR, media massa, PDRM, SPRM dan lain2 badan2 kerajaan yang sering di gunakan untuk meyusahkan Pakatan Rakyat.Demikian antara ucapan Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim semasa merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Tapah Sabtu lepas.

Muktamar itu juga mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya Muktamar kawasan di adakan dalam Kompleks Tarbiah sendiri. Walaupun pembinaannya masih sekitar 90% siap, namun dengan semangat baru semua perwakilan kelihatan gembira kerana bermuktamar di atas tanah sendiri setelah sekian lama menanti kompleks tarbiah sendiri.

Selain semua Jawatankuasa PAS Kawasan dan perwakilan dari dewan dan cawangan, turut hadiri ialah wakil dari Dewan Himpunan Penyokong PAS yang di ketuai oleh Saudara Appalasamy dan beberapa org pemerhati di kalangan kaum India. Ketua Cabang PKR Tapah dan Pengerusi DAP Tapah serta beberapa pimpinan dan pemerhati Pakatan Rakyat juga turut hadir dalam sesi perasmian.

YDP PAS Kawasan menyampaikan cenderamata.

Drs. Khalil Idham Lim menyampaikan ucapan perasmian.

Bergambar dengan AJK PAS Kawasan Tapah.


ADUN titi Serong yang baru sihat dari demam denggi juga sempat berseloroh apabila mengingatkan hadirin agar berhati-hati dan menjaga persekitaran kediaman dan tempat tinggal agar bersih dari tempat pembiakan nyamuk aedes.

Beberapa usul telah bawa dan di bahaskan oleh para perwakilan yang hadir dalam suasana cukup harmoni walaupun cuaca agak panas di sebelah petangnya.

Kompleks Tarbiah PAS Tapah masih memerlukan bantuan dari segi kewangan dan material bagi menyempurnakan fasa ke 2 pembinaannya yang sedang rancak di jalankan. Bagi memenuhi hasrat itu Drs. Khalil telah diberikan penghormatan untuk melancarkan kutipan Dana untuk menyelesaikan pembinaan markaz tersebut.

Dalam ucapan yang berasingan YDP PAS Tapah, Saudara Abd.Rahim Nordin mengucapkan terima kasih kepada semua perwakilan yang hadir. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua yang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan dan meminta agar di masa akan datang mutu perbahasan dapat di pertingkatkan lagi dengan fakta-fakta dan maklumat-maklumat yang menyokong isi perbahasan.

Beliau juga mengingatkan kepada semua perwakilan agar tumpukan kepada gerak kerja dakwah dan pilihanraya dan meminta pihak pemuda agar lebih aktif mendekati golongan muda dengan aktiviti-aktiviti yang lebih bermanfaat seterusnya mendekatkan mereka dengan PAS dan Pakatan Rakyat.

Sumber berita : http://dppktapah.blogspot.com/

Pertandingan 4 penjuru di Hulu Selangor

Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor akan menyaksikan pertandingan empat penjuru. Mereka ialah P Kamalanathan (BN), Datuk Zaid Ibrahim (PKR) dan dua calon Bebas VS Chandran dan Johan Mohd Diah.

Demikian sepertiyang diumumkan oleh Pegawai pengurus Pilihanraya selepas tamat masa bantahan sebentar tadi.

Gambar sekitar penamaan calon Hulu Selangor

















Harakahdaily/-

Lebih 10,000 Penyokong PR hadir di Hulu Selangor

Penyokong Pakatan Rakyat dari pelbagai bangsa termasuk orang asli hadir untuk memberikan sokongan, jumlah yang saya jangkakan ialah lebih 10,000 orang.


KUALA KUBU BARU : Seawalnya sebelum subuh penyokong Pakatan Rakyat telah mula memenuhi sekitar tempat penamaan calon yang diadakan disini. Blog Cina Islan dimaklumkan sekitar jam 6.30 beberapa masjid disekitarnya telah dipenuhi oleh rombongan dari berbagai tempat dari seluruh negara.

Semasa sampai di persimpangan masuk ke Pekan Kuala Kubu Baru tempat penamaan calon akan diadakan sekitar jam 7.00 pagi tadi, keadaan kenderaan telah bergerak perlahan . Kebanyakan tempat di pinggir jalan yang strategik telah diletakkan kenderaan .

Kedudukan tempat berhimpun kedua pihak dipisahkan dengan tempat yang agak jauh. Pakatan Rakyat ditempatkan di pekan Kuala Kubu Baru dan BN ditempatkan di hadapan mesjid disini.

Sebagaimana biasa keadaan peniaga yang mengambil peluang untuk mencari rezeki dimusim ini kelihatan meriah dan menyerikan lagi suasana. Dari pakaian sehinggalah kepada pelbagai jenis makanan dan minuman.

Saya sempat untuk berarak bersama calon serta pimpinan Pakatan rakyat yang lain sehingga tidak berapa jauh dari pintu tempat penamaan calon diadakan.

Penamaan Calon Hulu Selangor berjalan lancar.

9-10pagi: Penyerahan borang pencalonan

10-11pagi: Waktu bantahan

11-12 tengahari: SPR buat pengumuman rasmi calon

10pagi: Proses penamaan calon ditutup.

Calon-calon mempunyai masa satu jam untuk memfailkan bantahan.

Mereka yang memfailkan borang pencalonan ialah P Kamalanathan (BN), Datuk Zaid Ibrahim (PKR) dan dua calon Bebas VS Chandran dan Johan Mohd Diah.

9.57pagi: Salah seorang calon bebas yang memfailkan borang pencalonan pagi ini ialah bekas pemimpin MIC Hulu Selangor VS Chandran.

9.50pagi: Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar menganggarkan penyokong BN dan Pakatan masing-masing 10,000 orang.

9.46pagi: Pemimpin BN dan Pakatan bersalaman dan berbual di kemah.

9.45am: Di dalam pusat penamaan calon, Kamalanathan memfail borang pencalonan. Dua orang lagi turut memfailkan borang pencalonan untuk bertanding sebagai calon bebas.

9.43pagi: Seorang lagi pemimpin MIC S Ganesan turut cedera ketika cuba masuk ke dalam kawasan pagar duri polis. Ganesan luka di tangan dan dibalut oleh kakitangan sebuah ambulans yang ditempatkan di luar pusat penamaan calon.

9.40pagi: Kira-kira 50 anggota unit amal PAS membuat rantai manusia untuk mengelak tolak menolak.

9.31pagi: Kamalanathan masuk pusat penamaan calon bersama pencadang dan penyokong. Sedang memfailkan borang pencalonannya.

930pagi: Ketua zon DSP Ruslan Abdullah memberi amaran kepada para penyokong agar tidak menolak-nolak kerana orang di hadapan akan cedera kerana kawat berduri merentangi jalan ke tempat penamaan calon.

9.28pagi: Dalam keadaan tolak menolak, Presiden MIC Datuk Seri S Samy tercedera di kakinya terkena duri kawat dan dirawat di situ.

Turut kelihatan ialah timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel, yang tidak dicalonkan semula mewakil BN di Hulu Selangor.

9.22am: Perakan BN tiba di pintu pagar pusat penamaan calon di KKB. Ribuan penyokong BN dan Pakatan dipisahkan bagi mengelak mereka menjerit antara satu sama lain.

9.10pagi: Calon BN P Kamalanathan, berarak dari pejabat Umno di KKB ke pusat penamaan calon. Antara yang turut serta ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam.

Yang lainnya termasuk Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Noh Omar, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan naib presiden, Datuk Ng Yen Yen.

9.02pagi: Calon PKR Datuk Zaid Ibrahim memfailkan borang pencalonan. Beliau bersama pencadang dan penyokongnya. Zaid memakai baju Melayu dan kain pelikat.

Di luar dewan, penyokong BN menyanyikan 'Inilah Barisan Kita' serta lagu Umno.

9pagi: Pemimpin DAP Lim Kit Siang, exco kerajaan Selangor Elizabeth Wong dan Teresa Kok memasuk 'zon larangan'. Polis kata: "Bagi pass kita, senang buat kerja."

8.55pagi: MB Tan Sri Khalid Ibrahim, calon Pakatan Datuk Zaid Ibrahim dan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di dalam pusat penamaan calon bersama pemimpin Pakatan yang lain.

8.50pagi: Di 'zon larangan', ahli parlimen PJ Utara, Tony Pua mengedarkan pas kepada pemimpin, ahli parlimen dan ADUN Pakatan untuk memasuki pusat penamaan calon.