Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan ganjaran kewangan bersempena sambutan Hari Guru hari ini kepada pengetua, guru besar dan guru yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing.
Muhyiddin berkata mereka yang mencapai sasaran Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) Kementerian Pelajaran yang ditetapkan bakal mendapat imbuhan wang tunai antara RM900 hingga RM7,500 mulai tahun ini.
Namun begitu sedarkah kita bahawa berapa orangkah yang akan mencapai sasaran tersebut sehinggalah melayakkan mereka menerima ganjaran yang dimaksudkan.
"Selaras dengan konsep mengutamakan pencapaian dan keberhasilan, tawaran baru ini, ganjaran kewangan akan diberikan kepada pengetua, guru besar dan guru-guru yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing melepasi Skor Komposit 92 peratus bagi sekolah menengah dan 84 peratus bagi sekolah rendah.
"Pengetua dan guru besar yang mencapai sasaran KPI ini akan menerima ganjaran kewangan sebanyak RM7,500, lima peratus guru-guru (terbaik) sekolah berkenaan pula, iaitu berdasarkan tahap penilaian prestasi tahunan mereka, akan menerima RM1,800 dan guru-guru selebihnya lagi akan menerima RM900," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat kebangsaan di Universiti Malaysia Pahang, di Kuantan hari ini.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata ganjaran kewangan itu merupakan satu suntikan baru kepada guru-guru untuk bekerja dengan gigih lagi bagi meningkatkan prestasi sekolah dan keberhasilan pelajar.
Apapun saya mengahrgai pengumauman yang diumumkan Menteri Pelajaran 1malaysia itu, namun sangat ragu-ragu dengan siapakah sebenarnya yang akan mendapat ganjaran itu. Atau cuma satu gimik dan penyedap bibir dan telinga .
Tahukah kita bahawa guru-guru diseluruh negara sedang bergelut dengan pelbagai permasalahan yang masih belum selesai dalam keadaan dia ditawarkan dengan tawaran baru yang entah bila mereka dapat rasai manisnya.