Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan ganjaran kewangan bersempena sambutan Hari Guru hari ini kepada pengetua, guru besar dan guru yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing.
Muhyiddin berkata mereka yang mencapai sasaran Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) Kementerian Pelajaran yang ditetapkan bakal mendapat imbuhan wang tunai antara RM900 hingga RM7,500 mulai tahun ini.
Namun begitu sedarkah kita bahawa berapa orangkah yang akan mencapai sasaran tersebut sehinggalah melayakkan mereka menerima ganjaran yang dimaksudkan.
"Selaras dengan konsep mengutamakan pencapaian dan keberhasilan, tawaran baru ini, ganjaran kewangan akan diberikan kepada pengetua, guru besar dan guru-guru yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing melepasi Skor Komposit 92 peratus bagi sekolah menengah dan 84 peratus bagi sekolah rendah.
"Pengetua dan guru besar yang mencapai sasaran KPI ini akan menerima ganjaran kewangan sebanyak RM7,500, lima peratus guru-guru (terbaik) sekolah berkenaan pula, iaitu berdasarkan tahap penilaian prestasi tahunan mereka, akan menerima RM1,800 dan guru-guru selebihnya lagi akan menerima RM900," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat kebangsaan di Universiti Malaysia Pahang, di Kuantan hari ini.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata ganjaran kewangan itu merupakan satu suntikan baru kepada guru-guru untuk bekerja dengan gigih lagi bagi meningkatkan prestasi sekolah dan keberhasilan pelajar.
Apapun saya mengahrgai pengumauman yang diumumkan Menteri Pelajaran 1malaysia itu, namun sangat ragu-ragu dengan siapakah sebenarnya yang akan mendapat ganjaran itu. Atau cuma satu gimik dan penyedap bibir dan telinga .
Tahukah kita bahawa guru-guru diseluruh negara sedang bergelut dengan pelbagai permasalahan yang masih belum selesai dalam keadaan dia ditawarkan dengan tawaran baru yang entah bila mereka dapat rasai manisnya.

11 ulasan:
Benarkah? alangkah tidak logiknya penanda aras itu. kita tidak boleh menyamakan pencapaian pelajar bandar dengan luar bandar. Bukan Guru besar dan guru-guru yang menentukan pencapaian pepriksaan sesebuah sekolah itu tinggi atau rendah...tetapi taraf sosio ekonomi sesuatu masyarakat itu yang memainkan peranan penting.Lihat saja di tempat saya di Kemaman. Sekolah Rendah Sultan Ismail sentiasa saja muncul sebagai sekolah terbaik tidak kira siapa yang menjadi guru besarnya. Rahsianya ialah sekolah itu terletak di pusat bandar Kemaman, anak-anak beribu bapakan golongan profesional dan pertengahan. Mereka disediakan kelas tuisyen oleh ibu bapa masing-masing, juga dihantar ke kem-kem motivasi oleh pakar-pakar motivasi tersohor. Mereka juga mendapat kemudahan sekolah yang baik, PIBG sekolah mereka kaya, banyak yang dapat disumbangkan oleh para ibu bapa. Sebut saja apa yang sekolah mahu.
Sekarang bandingkan dengan sekolah yang berada di hulu Cherul comtohnya. Ibu bapa mereka hanyalah peneroka kelapa sawit, ada sesetengahnya buruh di ladang-ladang sekitar. Mereka tidak dihantar bertuisyen. Atas inisiatif gurulah sama ada hendak memberi mereka tuisyen percuma atau sebaliknya. Mereka tiada pendedahan kepada alam luar.kebanyakan hasil tulisan mereka sangat mendatar. Idea mereka kurang berkembang. Jadi adalah tidak wajar menyamatarafkan sekolah bandar yang mempunyai pelajar dari kelas atasan dengan mereka ini.
Kesimpulannya, anugerah seseorang itu hendaklah dinilai oleh banyak pihak dari segenap aspek, bukan hanya pencapaian cemerlang peperiksaan pelajar sahaja.
Masalah beban para guru tidak pernah selesai. Peluang kenaikkan pangkat juga sukar. Terdapat kroni lebih diutamakan. Masalah guru dipedalaman masih belum dapat diselesaikan. Guru naik pangkat tetapi turun gaji masih lagi berlaku. Janganlah dibenarkan Pegawai Tadbir Diplomatik pula masuk ke sekolah pula. Peluang lulus PTK sukar, malu kepada pelajar-pelajar sekolah.
naikkan gaji cikgu dg 41 bermula rm 2500 dan ditambah elaun sampai rm 3000,baru sesuai...cikgu dibebani dgn byk tugas..bekerja sampai ke ptg..tp takde OT....guru kelas,guru panitia,guru koku,guru pusat sumber dll..atas sorang cikgu byk beban tugas..sampai ilang tumpuan tugas hakiki mengajr...wahai pemerintah..jgn sekat @potong bajet pendidikan dan pertahanan dan kesihatan..itu elemen paling penting...
Kesian pada sekolah diluar bandar, dipendalaman, dan sekolah-sekolah bukan berasrama penuh.
Di sekolah tak ada Guru Besar dan penolong kanan pun tak apa yang penting ada guru-guru yang dedikasi. Pencapaian murid di sesebuah sekolah difaktorkan oleh banyak perkara.
Apakah yang dijadikan ukuran pencapaian prestasi sesebuah sekolah? Keputusan peperiksaan ker? Kalaulah UPSR dijadikan ukuran alamat tahun 2010 ni makin teruklah soalan bocor nanti. Takdak imbuhan pun soalan UPSR dah macam soalan buku kerja dah, lingkup lah melayu macam nih.......
Saya seeorang guru sekolah. Ini reaksi saya ....orang-orang pangkat tinggi yang mendapat ganjaran lebih bukan kerana hasil usaha mereka sahaja. Mereka juga bergantung kepada orang-orang bawah. Biasanya ramai guru yang berkerja kuat membawa kejayaan dan meningkatkan prestasi sekolah.
GB-GB dan PK-PK sekadar tumpang penat lelah orang-orang bawahan. Kalau kita tersilap ...kitalah orang yang kena tekanan dan gangguan emosi. Kalau sekolah mendapat kejayaan baik , dia orang atas yang mendapat pujian dan anugerah. Lebih-lebih lagi kaki-kaki pengampu tumpang sekaki.
sekolah menengah dibagigikan kepada beberapa kategori berikut 1 sekolah harian biasa 2 sekolah kawalan 3 sekolah berasrama penuh 4 mrsm.
Jika semua kumpulan sekolah itu tidak asingkan dalam penilaian kecemerlangannya, maka sekolah harian biasa, sampai mati pun tidak dapat menandingi sekolah-sekolah pelajar pilihan itu.
Untuk adil setiap kategori sekolah itu perlu dinilai mengikut kategori masing-masing. SBP dengan SBPnya, kawalan dengan kawalannya, sekolah harian biasa dengan sekolah-sekolah harian biasanya.
Adakah menteri, atau Alimudin atau pegawai-pegawai kanan lain faham benda ini?
Rasanya mereka tidak tahu, mereka tidak pernah sampai ke grass root, hanya baca laporan-laporan sahaja, yang pastinya elok-elok belaka.
Lagi pun semua orang tahu pegawai atasan di KPM, jabatan pelajaran (dan PPD)merupakan mereka yang mudah lupa. Mereka lupa asal usulnya. Masa mereka di sekolah dulu sebagai guru, terkenal dengan sikap pemalasnya. Bila dah berada di jabatan, cakap banyak pulak. Kami yang tahu asal usulnya rasa nak termuntah di situ juga.
tq
wmwi
SELAMAT HARI GURU BESAR , PEGAWAI PPD, PEGAWAI JPN, dan PEGAWAI KPM. Hari khas untuk mereka yang banyak meluangkan masa mengajar murid di sekolah.
ada kah ini akan membawa keputusan tnpa kualiti sebenar..nak capai target, org leh wat pe saje..bocorkn soalan peperiksaan pn akn jd...nk jg kuantiti katakan...kualiti out..tue la sistem pndidikn kita...dan yg pling tamak dlm isu nie, x len x bukan...orng2 yng berpngkat besar...yang di aniaya...guru2 kat bawah...nk bincng pasal guru konon..pensyarh poli nie xde nk bincang ke...keja tue buat, nie buat...semua ats kpla pensyarah...smpai tugas nk mengajar pun kdng2 terabai...sistem kenaikn pngkat tak pyh cite la..semua mengarut...pensyrh nk wat research penya klu da smua pensyrh kena buat..bangan punya sistem...seorng menteri nek..satu perubahan..yg len plk nek..perubhan len plk..masing2 hanya nk berlakon buat keja je..tp semua nya hampeh..
menteri2 kat m'sia ni kbykannya mmg x cerdik...xguna akal fikiran, tp guna nafsu..itulah jadinya.. rosak2..
MENTERI PELAJARAN KITA BUKANNYA PERNAH JD CIKGU...
SBB TU DIA X TAU NAK MENILAI HAL2 BERKAITAN DGN CIKGU...
SAMA JUGA MASA BUAT PPSMI DULU...MASA TU SEMUA KATA BAGUS DAN AMAT BERJAYA... KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SENTIASA MENINGKAT KONON2NYA...
TP BILA TERPAKSA DAH NAK DIMANSUHKN LAIN PULA NADANYA... KATA TIDAK BERJAYA DAN BERIBU-RIBU MURID MENJDI MANGSA KRN DASAR X CERDIK INI... KALAU DAH DR SBLM JD MENTERI DAH BIASA MENIPU..DAH JD MENTERI MESTI LG KUAT NAK MENIPU...
BEGITU JUGA DGN CERITA INI..SEPATUTNYA SEBARANG DASAR YG NAK DILAKSANAKAN YG MELIBATKAN CIKGU2 MESTILAH TANYA CIKGU DL SESUAI KE TIDAK... XKAN LA NAK G TANYA KAT TUKANG KEBUN ATAU PAK GUARD.. BEGITU JUGA KALAU DASAR MELIBATKAN TUKANG KEBUN, TANYALAH DIA ORANG DL SEBELUM BUAT...XKAN NAK G TANYA KAT DOKTOR LAK...
SEPATUTNYA KALAU NAK BUAT BENDA INI KENALAH IKUT KESESUAIAN DAN KATEGORI MASING2.. XKAN NAK BANDINGKAN KEPUTUSAN BDK SBP DGN BDK D SEKOLAH ORANG ASLI... KALAU BUMI NI KIAMAT 14 KALI PUN CIKGU2 KAT SKOLAH ORG ASLI XKAN DAPAT... MANA LETAK OTAK YG CERDIK LG PANDAI PAK2 MENTERI & PAK2 PENGARAH....
Catat Ulasan