11 Ogos 2010

JAWAPAN KEPADA AWANG SELAMAT - DAP LEBIH BAIK DARIPADA UMNO

29 Syaaban 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

NAMPAKNYA sudah terlalu banyak penulis yang buat ulasan terhadap komentar Awang Selamat di Utusan Malaysia seperti yang dipetik oleh Malaysiakini.

Setelah membaca banyak penulisan sahabat-sahabat tentang Awang Selamat, maka bolehlah saya anggap bahawa Awang Selamat tidaklah secerdik mana walaupun begitu lama bertugas di akhbar pencacai ternama itu. ?

Memadai tulisan para sahabat, walaupun ramai di kalangannya tidak pernah memegang jawatan di mana-mana akhbar sudah cukup untuk menjadikan Awang Selamat kelihatan amat dungu.

Masalah yang menghantui Awang Selamat iaitu mengapa PAS lebih selesa memilih DAP jika dibandingkan dengan Umno, pesoalan itu sebenarnya ahli-ahli Umno biasa pun tahu jawapannya.

Ini adalah kerana ahli-ahli Umno bawahan kebanyakannya orang-orang Melayu yang ingin sekali melihat bangsa Melayu terbela di bawah Umno nampaknya gagal.

Orang-orang Melayu Islam yang ingin sekali melihat Islam didaulatkan di negara ini di bawah Umno juga gagal.

Malahan terlalu banyak bukti betapa Umno lah sebenarnya perosak Melayu dan perosak kepada Islam sepanjang Umno berkuasa.

Mengapa PAS pilih DAP ? Memang benar DAP adalah parti yang tidak akan faham Islam kerana DAP bukan parti yang majoriti dikuasai oleh orang-orang Islam.

Mereka yang bukan Islam tidak berhak dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Islam apatah lagi mereka tidak punyai kuasa seperti Umno.

Sejauh mana mereka mengkritik Islam, tidak akan memberi kesan kepada kita yang diwajibkan untuk memperjuangkan Islam di muka bumi ini.

Segala kritikan mereka terhadap Islam mesti kita jawab dengan hujah kita sepertimana yang sering dilakukan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz di dalam menjawab isu Negara Islam yang dibangkitkan oleh Karpal Singh.

Adakah PAS mengikut telunjuk DAP? Tidak, malahan PAS mahu menunjukkan kepada DAP keindahan Islam itu.

Mengapa tidak Umno? Adakah PAS perlu mengajar Umno tentang kehendak Islam sama seperti PAS mengajar DAP? Umno adalah parti yang mengaku Islam, mengapakah Umno tidak pernah ingin membantu PAS untuk menegakkan Negara Islam di negara ini sedangkan Umno adalah parti yang berkuasa sekarang di peringkat Pusat?

Mengapa perlu Umno menuding jari kepada DAP agar DAP sokong sebuah Negara Islam yang dicita-citakan oleh PAS itu?

Manakah lebih besar kesannya, parti yang menentang Islam tetapi tidak berkuasa dengan parti yang menentang Islam tetapi mempunyai segala kuasa? DAP parti yang Non Muslim, tidak punyai kuasa tertinggi di Pusat.

Umno parti Melayu Islam dan mempunyai kuasa tertinggi di Pusat. Kedua-duanya, siapakah yang paing bahaya jika menentang perlaksanaan Hukum Islam? DAP atau Umno?

Sejarah juga telah membuktikan bahawa penentangan seorang dua pemimpin DAP terhadap Islam tidak menghalang mereka untuk terus menyokong PAS di dalam setiap pilihanraya, meskipun mereka tahu PAS komited dengan dasar Islamnya.

Manakala Umno pula, mulut berkata mahu kepada Islam tetapi Umno lah yang banyak melakukan sekatan dan penganiayaan terhadap perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Bukan sedikit pemimpin PAS yang telah ditangkap bahkan ada yang mati dalam perjuangan Islam kerana hasil kerja tangan-tangan Umno, bukan tangan-tangan DAP.

Penentangan DAP hanyalah penentangan dari mulut seorang dua pimpinan mereka yang jahil terhadap Islam.

Ini tidak merisaukan PAS jauh sekali untuk melemahkan PAS. Tetapi, penentangan Umno bukan sahaja datangnya dari mulut bahkan mereka gunakan kuasa eksekutif mereka untuk menentukan PAS gagal melaksanakan amanah Allah ini. Apakah ini kerana Umno juga jahil seperti DAP?

Justeru itu, jawapan kepada persoalan mengapa PAS lebih selesa bekerjasama dengan DAP daripada Umno sudah terjawab.

Awang Selamat tentu tahu sejarah penentangan Umno terhadap PAS dan beliau juga tahu betapa DAP di dalam tidak `Islam'nya masih membantu PAS.

Adakah PAS tidak perlukan kawan yang sentiasa membantu perjuangannya semata-mata untuk bersama Umno yang sudah terang-terang banyak menganiayai perjuangannya?

AMARAN DARI RAJA KATAK UNTUK PEMIMPIN MCA

29 Syaaban 1431 H
Oleh: Mandor

HEBAT Ibrahim Ali, MP Pasir Mas yang `menenggek' atas simpati PAS itu. Beliau telah memberi amaran kepada pemimpin MCA dan beberapa pemimpin lain agar tidak menghina Islam, kelak akan kalah di dalam Pilihanraya.

PERKASA katanya akan tentukan kekalahan mereka. Mahu termuntah rasanya mendengar cakap raja katak ini.

Seramai mana puak-puak PERKOSA ini mahu menentukan jatuh bangun orang lain? Sebelum mahu berkira nak bangun atau jatuhkan orang lain, lebih baik beliau kaji dulu kerusi Parlimen Pasir MAS itu selamat atau tidak untuk beliau di dalam Pilihanraya akan datang.

Nanti jangan ditertawakan oleh MCA jika Presiden PERKOSA sendiri jatuh terlentang sedangkan pemimpin MCA selamat.

`PERPADUAN PEROMPAK DENGAN POLIS' , JAWAPAN BUAT AHMAD MASLAN

29 Syaaban 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

'Hidung Tak Mancung, Pipi Tersorong-Sorong'. Itulah yang boleh kita gambarkan kepada Ketua Penerangan Umno yang masih `tebal muka'nya untuk memohon restu agar PAS terima perpaduan dengan Umno.

Baca di sini. Biarpun berulangkali pemimpin PAS bersilih ganti menyebut Umno tiada harapan untuk bersatu dengan PAS selagi Umno masih `Umno Sekular' yang tidak pernah berubah sikap. Ahmad Maslan masih tidak berputus asa kerana apa?

Ketua Penerangan Umno ini terus `menjual' nama Melayu kununnya Melayu perlu bersatu. Lucunya yang perlu bersatu itu Melayu Umno dan Melayu PAS.

Apakah beliau fikir PAS itu sama seperti Umno yang setiah hari berzikir menyebut nama Melayu...Melayu...Melayu...?

Wahai Ahmad Maslan, PAS adalah Parti Islam yang bukan Nasionalis atau Assobiyyah. PAS tidak menjual nama Melayu untuk naik di dalam politik, tetapi PAS menyebut nama Allah dan Rasulnya di dalam apa jua langkah kerja perjuangan PAS.

Ketua Penerangan Umno ini tentu ada muslihat besar apabila tidak pernah berputus asa mahukan Umno dan PAS bersatu.

Bukan kerana Melayu, jauh sekali kerana agama. Buktinya, bila beliau menyebut jika Umno dan PAS bersatu, yang pasti rugi adalah pemimpin dari PKR dan DAP.

Apa maknanya itu jika tidak berniat jahat dan busuk hati? Habis itu, siapa pula yang untung jika Umno dan PAS bersatu? Bukan Umno atau Najibkah?

Apakah jika Umno dan PAS bersatu, maka akan selesailah isu Altantuya, VK Linggam, Fitnah DS Anwar, skandal PKFZ, skandal kehilangan injin pesawat TUDM, skandal Scorpene, Isu Kg Baru, Kenaikan harga barang akibat kenaikan petrol, diesel, gula dan gas?

Selesaikah segala kes rasuah yang banyak tergantung melibatkan pemimpin Umno jika Umno dan PAS bersatu? Maka, berakhirkah Akta zalim ISA jika Umno dan PAS bersatu? Kelantan dan Terengganu akan dikembalikan royalti jika Umno dan PAS bersatu?

Dan...dan...tidak terlarat mahu disenaraikan yang Umno berhutang dengan rakyat selama ini. Selesaikah semua itu jika Umno dan PAS bersatu?

Sekiranya jawapannya tidak akan selesai walaupun Umno dan PAS bersatu, maka bererti perpaduan antara Umno dan PAS umpama `perpaduan perompak dengan Polis'. Mana mungkin begitu.

Penganjur tidak bayar sewa punca masalah di Komtar

29 Syaaban 1431 H

PULAU PINANG, 9 Ogos: Para peniaga bazaar Ramadhan di Komtar tidak boleh berniaga tahun ini ekoran dari tindakan penganjur bazar itu tidak membayar sewa kepada Lembaga Pembangunan Pulau Pinang (PDC) walaupun telah mengutip yurannya dari peniaga.

Demikian dijelaskan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam laman komuniti Twitternya.

"Mengapa penganjur tak bayar PDC wang sewa yang dkutip daripada 27 peniaga Melayu? Bazar Ramadan tunggu bayar sewa.Tahun depan deal terus dengan peniaga," tulis beliau dalam twiiternya.

Sementara itu, beliau juga berkata, satu surat kelulusan telah dikeluarkan kepada penganjur iaitu Persatuan Peniaga Komtar melalui naib pengerusinya yang bernama Ghani.

Utusan Malaysia, media Umno, hari ini menyiarkan di muka depannya laporan kononnya kerajaan negeri Pulau Pinang menyekat peniaga Melayu membuka bazar Ramadhan di Komtar.

Laporan bertajuk "Melayu terus ditindas" itu jelas cuba memainkan isu perkauman terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng itu.

Ekoran itu, Guan Eng menyifatkan ia satu lagi siri mempermainkan isu perkauman terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sebelum ini, akhbar yang sama memainkan isu seorang peniaga Melayu yang mempertahankan kedainya yang dibina di atas pokok dari dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Guan Eng menjelaskan, tidak ada isu ia kedai Melayu atau tidak. Isunya adalah keselamatan kerana ia dibina di atas pokok, kata beliau.

Harakahdaily/-

Ramadhan bulan tarbiah, jihad

29 Syaaban 1431 H
Oleh: Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Ramadhan adalah bulan tarbiah dan jihad bagi pejuang-pejuang Islam, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar).

Justeru, katanya kedatangan Ramadhan adalah proses untuk menundukkan hawa nafsu yang sentiasa bergelodak dalam jiwa untuk mengabadikan jihad dan perjuangan.

“Andainya hawa nafsu boleh ditundukkan dengan jalan lain (bukan berpuasa) nescaya Allah akan mewajibkannya.

“Namun bilamana Allah mewajibkan puasa kepada umat dahulu dan sekarang, bermakna hawa nafsu hanya dapat dikawal melalui ibadat puasa,” ujarnya dalam perutusan sempena Ramadhan 1431H.

Katanya, sejarah jatuh bangun umat dahulu memperlihatkan betapa banyaknya tekanan musuh dan serangan yang dilakukan dalam bulan Ramadhan kerana musuh menganggap umat Islam akan lemah kerana berpuasa.

“Lihatlah di zaman kita serangan ke atas Iraq, Afghanistan, Bosnia dan lainnya banyak dimulakan dalam bulan Ramadhan.

“Bahkan kalau kita buka lipatan sejarah lampau, sejak zaman Rasulullah hingga zaman tabieen, serangan musuh banyak tertumpu dalam bulan Ramadhan,” katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Kerana itu, katanya Ramadhan janganlah dijadikan alasan untuk mengabaikan jihad; kerana tarbiah Ramdhan adalah tarbiyah langsung dari Allah, sehingga Allah menyatakan dalam hadis Qudsi yang bermaksud: Puasa kamu untuk Ku, maka Akulah yang akan memberi balasannya.

“Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi dengan penuh rahmat dan keberkatan. Marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan umur sehingga kita bertemu semula Ramadhan,” ujarnya.

Katanya, Rasulullah s.a.w. sering kali berdoa yang bermaksudnya: Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Syaaban, dan (panjangkan umur kami) sehingga bertemu dengan Ramadhan.

“Betapa besarnya rahmat Ilahi bilamana kita dipanjangkan umur sehingga bertemu dengan Ramadhan kerana sabda Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Antara Ramadhan ke Ramadhan adalah pengampunan Allah.

Maksudnya, jelasnya sesiapa yang dipanjangkan umur sehingga dapat bertemu dengan Ramadhan, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yakni dosa kecil.

“Panjang umur bukan kerja kita, ia benar-benar hak mutlak Allah; lantaran itu marilah kita mensyukurinya.

“Saya mengambil kesempatan menyeru kepada semua pendokong parti agar menjadikan Ramadhan ini sebagai bulan menambahkan amalan seharian, hidupkan tadarus al-Quran di kalangan ahli usrah,” ujarnya lagi.

Beliau juga menyeru supaya dihidupkan majlis berbuka, tarawih dan tazkirah di mana-mana ruang yang ada dan ambillah kesempatan menderma terutamanya memberi makan kepada orang yang berpuasa.

Ini, katanya kerana Rasulullah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa iaitu menyediakan makanan berbuka puasa, maka dia memperolehi pahala sebagaimana orang yang berpuasa, dan tidak kurang sedikitpun pahala puasanya.

Namun, beliau mengingatkan orang yang berpuasa supaya hendaklah memendekkan masa di bazar-bazar Ramadhan, dan jangan membeli juadah untuk berbuka dari tangan-tangan yang fasiq, tangan yang tidak mengerjakan sembahyang, dan tangan yang tidak takutkan Allah.

“Peliharalah setiap suap makanan kerana ia menjadi darah daging, dan darinya menjadi air mani yang melahirkan zuriat kamu.

Kutiplah mutiara keberkatan Ramadhan pada siangnya dan hidupkanlah ibadahmu pada malamnya, kerana persoalan utama bukan Ramadhan yang penuh keberkatan dan rahmat, tetapi apakah kita memperolehi keberkatan dan rahmat itu,” katanya.

Harakahdaily/-

Iktikaf

29 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Nabi s.a.w bersabda: Maksudnya: "Sesungguhnya Nabi s.a.w beriktikaf pada sepuluh hari yang terakhir pada bulan ramadan setiap tahun sehinggalah baginda wafat. Kemudian isteri2 Nabi s.a.w beriktikaf selepas kematian Nabi s.a.w." (Hadis sahih Bukhari dan Muslim)

Masa iktikaf

Paling kurang ialah berada di dalam masjid walaupun sebentar. Ini adalah pendapat jumhur (kebanyakan)ulama. Mazhab maliki mensyaratkan hendaklah
paling kurang sehari semalam.

Adakah disyaratkan puasa?

Tidak disyaratkan berpuasa ketika beriktikaf mengikut pendapat jumhur. Ini berdasarkan hadis berikut:

"Ya Rasulullah sesungguhnya aku bernazar untuk beriktikaf di masjid haram pada waktu malam." Rasulullah menjawab: "Tunaikan nazarmu." (Hr Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menunjukkan tidak disyaratkan sehari semalam dan berpuasa ketika iktikaf.

Syarat2 iktikaf:

1. Islam.
2. Mumayyiz.
3. Di Masjid.
4. Niat iktikaf
5. Suci dari haid, nifas dan berjunub.
6. Diizinkan suami jika isteri.

Iktikaf Nazar

Syarat tambahan bagi iktikaf nazar

1. tidak boleh keluar masjid sehingga masa tamat melainkan untuk keperluan yg sgt penting seperti qada hajat.

Marilah kita sama2 menghidupkan semula sunnah Rasulullah s.a.w terutamanya dibulan ramadan.

peperangan Badar al-Kubra

29 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Pertama: Bermulanya peperangan

Sebab peperangan ini adalah apabila Rasulullah s.a.w mempersiapkan pasukan tentera untuk merampas barang dagangan yang dibawa oleh Abu Sufian dan gerombolannya. Barang2ini adalah harta2 orang2 muhajirin yang dirampas oleh golongan musyrikin semasa mereka menghalau kaum Muslimin.

Abu sufian mengetahui perancangan Rasulullah ini. Lalu dia menghantar Dam Dam al-Ghifari ke Mekkah utk memberitahu perancangan Rasulullah. Kemudian kaum musyrikin keluar untuk memerangi Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang berjumlah 314 tentera keluar dalam keadaan mereka tidak tahu tentera musyrikin sedang menuju ke arah mereka.

Pengajaran: Ummat Islam tidak boleh berdiam diri apabila dizalimi oleh musuh2 Islam dikalangan orang2 kafir dan kuncu2nya. Mereka mesti membalas balik serangan dan kezaliman musuh2.

Kedua: Permuafakatan orang2 Islam

Apabila Rasulullah s.a.w mendengar kedatangan pasukan tentera musyrikin, Rasulullah bermesyuarat dengan para sahabat2nya untuk meminta pandangan mereka.

Golongan Muhajirin yang diwakili oleh Miqdad bin Amru r.a. berkata:"Hai Rasulullah laksanakan apa yang Allah telah perintahkan kepadamu. KAmi sentiasa bersama mu"

Golongan Al-Ansar yang diwakili oleh Saad bin Muaz r.a berkata:

"Sesungguhnya kami telah beriman kepadamu, membenarkanmu, bersaksi bahawa apa yang kamu bawa adalah benar dan kami telah memberikan janji kami kepadamu untuk dengar dan taat. Laksanakanlah apa yang kamu hendak lakukan, kami tetap bersamu. Demi tuhan yang mengutusmu dgn kebenaran kalau kamu bentangkan kepada kami lautan dan kamu mengharunginya, pasti kami kami mengharunginya bersamamu."

Rasulullah s.a.w amat gembira dgn kata2 Saad bin Muaz, lalu Nabi s.a.w bersabda:"Berjalanlah dan terimalah berita gembira. Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadaku untuk menemukan salah satu kumpulan orang2 musyrikin."

Pengajaran: Ummat islam tidak kira apa jua bangsa, mazhab dan aliran politik mestilah bersatu padu untuk menentang musuh2 Islam.

ketiga: Pemimpin mendengar pandangan rakyatnya.

Rasulullah s.a.w telah menerima dua pendapat dari sahabatnya habbab bin al-Munzir dan Saad bin muaz r.a. Habbab yg mengemukakan pendapatnya supaya dipindahkan tempat mereka menanti musuh. Saad pula mencadangkan supaya dibina tempat khusus untuk Rasulullah supaya dapat mengelakkan dari baginda ditimpa musibah. Kedua2 cadangan itu diterima Rasulullah.

Pengajaran: Pemimpin di setiap peringkat hendaklah menerima pandangan rakyat jika ia membawa kepada kemaslahatan umum dan tidak bertentangan dgn syariat.

Keempat: Mukjizat Rasulullah

Nabi s.a.w meletakkan tangannya ke banyak tempat dan berkata "Ini tempat terkorbannya si fulan". Dia menunjukkan banyak tempat dan menyebut nama2 orang musyrikin yg terkorban. Apabila telah selesai perang tidak satu tempat dan nama pun yang tersilap. Semua yang disebut namnya terkorban mengikut tempat yg disebut baginda.

Pengajaran: Mukjizat ini menjadi bukti kukuh kepada kerasulan baginda.

Kelima: Doa sebelum berperang

Pada malam Jumaat 17 Ramadan Nabi s.a.w berdoa bersungguh kepada Allah. Diantara doanya:

"Ya Allah sesungguhnya kaum quraisy ini telah datang dengan kesombongan serta kebanggaan. Mereka mencabar kamu dan membohongi rasulmu. Ya Allah berikanlah kami kemenangan yang engkau janjikan kepada ku."

Pengajaran: Doa sangat penting untuk kita menghadapi apa problem dunia dan agama. Kesungguhan dalam berdoa amat perlu. Nabi yang tidak ada dosa pun berdoa sehingga jatuh kain serbannya.

Keenam: Peperangan dan kemenangan

Pada pagi hari jumaat 17 ramadan tahun dua hijrah bermulanya peperangan diantara tentera Islam denagn tentera kebatilan. Diakhiri dgn kemenangan Ummat Islam. 70 yang terbunuh dan 70 yang ditawan di kalangan orang2 musyrikin. Dikalangan orang Islam 14 orang yang syahid.

Pengajaran: Walaupun ummat Islam kekurangan dari segi kekuatan fizikal tetapi kekuatan rohani menyebabkan turunnya pertolongan Allah dengan turunnya para malaikat. Lambatnya kemenangan pada masa sekarang adalah disebabkan dosa2 yang dilakukan oleh pejuang2 Islam seperti yang disebut oleh saidina Umar.

Ketujuh: Bercakap dgn orang yang mati

Mayat2 pemuka2 musyrikin diletakkan di dalam telaga badar. Rasulullah s.a.w melaungkan nama2 mereka dan nama2 bapa2 mereka:

"Ya fulan dan ya fulan bin fulan, sekarang ni adakah kamu suka jika kamu taat kepada Allah dan Rasulnya semasa kamu hidup? Sesungguhnya kami telah mendapati apa yang tuhan kami janjikan itu benar. Adakah kamu dapati apa yang tuhan kamu janjikan itu benar?"

Saidina Umar r.a mencelah:
"Ya Rasulullah kenapa engkau bercakap dengan jasad2 yang tidak ada ruh lagi?"

Rasulullah menjawab " Demi tuhan yang mana diri Muhammad dalam kekuasaannya, kamu mendengar apa yang aku katakan tidak lebih dari apa yang mereka dengar." (Hr Bukhari dan Muslim)

Pengajaran: Penghuni kubur mendengar perkataan orang yang hidup.

Perjuang diskaun rumah mewah tetapi lupa subsidi dipotong

29 Syaaban 1431 H
Oleh: Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar membidas pengampu-pengampu pemimpin Umno yang hanya memperjuangkan diskaun untuk pembelian rumah mewah kepada Bumiputera tetapi berdiam diri terhadap pemotongan subsidi.

"Sikap mereka yang membisu seribu bahasa terhadap pemotongan subsidi yang ternyata membebankan rakyat terutama menjelang musim perayaan ini membuktikan sikap mereka yang bukan sahaja tidak prihatin malah tidak peduli sama sekali terhadap penderitaan rakyat terutama yang berpendapatan rendah," katanya.

Malah, katanya lagi, mereka bersekongkol dengan tindakan kerajaan yang hanya berani merampas subsidi dari rakyat dan mengumumkan kenaikan harga barang sebaik sahaja sesi Parlimen selesai bersidang.

Beliau mendedahkan, tidak ada sebarang pandangan diminta mahupun perbicangan secara khusus dibuat bersama-sama Ahli Parlimen sepanjang Parlimen diadakan.

"Selepas tamat sesi Parlimen, kerajaan terus umum kenaikan harga barang tanpa berunding dengan rakyat. Masa bila kerajaan berunding dengan rakyat?" Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan.

Pengampu-pengampu pemimpin Umno yang membuat bising menentang pemotongan diskaun rumah mewah itu juga lansung tidak peduli terhadap nasib hampir 34 peratus daripada kira-kira 1.3 juta pekerja di negara ini yang memperolehi pendapatan bulanan bawah RM700, katanya.

"Bila harga minyak dan harga barang makanan dinaikkan oleh kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) pimpinan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak), bukan harga barangan tersebut sahaja yang naik harganya tetapi, seperti yang berlaku sebelum ini, ia akan mengakibatkan kesan berganda dan barangan lain juga naik harga.

"Kenaikan harga minyak akan mengakibatkan kenaikan kos pengangkutan dan dengan sendirinya harga begitu banyak barangan lain akan naik harga.

"Kenaikan harga gula pula akan mengakibatkan kenaikan harga makanan dan minuman lain. Beberapa hari lagi kita akan menyambut Ramadhan, pergilah ke pasar-pasar Ramadhan dan lihat sendiri adakah pelbagai juadah yang menggunakan gula sebagai bahan akan tetap sama harga?

"Kalau tidak dinaikkan harga pun, biasanya para peniaga terpaksa mengurang kuantiti atau mengecilkan saiz," kata Mahfuz.

Tetapi, katanya, para pemimpin Umno dan pengampu-pengampu mereka tidak peduli penderitaan rakyat akibat kenaikan harga barang itu.

"Saya yakin, sebahagian besar dari 34 peratus daripada kira-kira 1.3 juta pekerja di negara ini yang memperolehi pendapatan bulanan bawah RM700 itu adalah adalah orang-orang Melayu Islam yang akan menyambut Ramadhan kali ini dengan penderitaan akibat kenaikan harga barang.

"Malang bagi mereka kerana orang-orang Umno hanya sibuk dengan memperjuangkan diskaun untuk pembelian rumah mewah kepada Bumiputera.

"Maklumlah, mereka yang hendak beli rumah-rumah itu kerana pekerja yang berpendapatan bawah RM700 sebulan tentu tidak mampu membeli rumah-rumah mewah itu," kata Mahfuz.

Harakahdaily/-

Qiamullail dan tahajjud Rasulullah s.a.w

29 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Bersempena prgram Qiamullail yg saya akan bawa malam ni di surau al-Amin Bandar Tun Husein On saya hidangkan artikel Qimaullail dan tahajjud rasulullah.

Fadilat qiamullail

Firman Allah:

"Hendaklah engkau bertahajjud sebahagian daripada malam sebagai kewajipan tambahan kepadamu; pasti Allah akan membangkitkanmu pada kedudukan yang terpuji."
(79: al-Israa).

Tahajjud adalah kewajipan khusus bagi Nabi s.a.w.

Daripada 'Aisyah r.a beliau berkata: Nabi s.a.w bangun berqiamullail sehingga bengkak2 kaki2nya." Aisyah pun bertanya "Kenapa engkau beribadah sebegini ya
Rasulullah sedangkan dosa2 engkau yang telah lepas dan akan datang telah diampunkan.?" Rasulullah s.a.w pun bersabda:

"Tidakkah boleh aku menjadi hamba yang bersyukur." (Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Nabi s.a.w bersabda:

"Sebaik2 lelaki adalah Abdullah sekiranya dia sembahyang malam." (Hadis sahih riwayat bukhari dan muslim)

Nabi s.a.w bersabda:

" Sebaik2 puasa lepas puasa ramadan adalah puasa pd bulan2 haram.Dan sebaik2 sembahyang selepas solat fardu adalah solat malam" (Hadis sahih riwayat Muslim)

Sabda Nabi s.a.w:

"Wahai manusia sebarkanlah salam, bagilah makan dan sembahyanglah malam ketika manusia tidur nescaya kamu akan masuk syurga dgn selamatnya." (Hadis hasan sahih riwayat at-Tirmizi)

Sabda Nabi s.a.w:

"Hendaklah kamu berqiamullalil. sesunguhnya qiamullail ini gaya hidup orang2 yang solih, mendekatkan kamu kepada tuhan, menghapuskan dosa2 dan menegah diri dari maksiat." (Hr Hakim)

Sebab apa tidak mampu solat malam?

Telah disampaikan cerita seorang lelaki yang tido malam sampai subuh dan tidak bangun solat malam. Nabi s.a.w bersabda:

"Lelaki itu syaitan telah kencing di kedua belah telinganya." (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Fudail bin Iyad telah berkata:

"Apabila kamu tidak mampu untuk qimaullai; dan puasa sunat pada siang hari maka ketahuilah sesungguhnya kamu telah dibelenggu dengan maksiat yang
kamu lakukan."

Adab2 Berqimullail

1. Sunat sesiapa yang bangun pada waktu malam untuk sapu muka, bersugi, memandang langit dan membaca ayat 190 - 200 surah Ali Imran. Ini disebut dalam hadis sahih riwayat bukhari dan Muslim (763).

2. Disunatkan membuka solat malam dengan dua rakaat yang ringan. 'Aisyah berkata:

"NAbi s.a.w apabila bangun malam untuk solat tahajjud, baginda membuka dengan dua solat yang ringan." (Hadis sahih riwayat Muslim No 765)

3. Disunat solat malam dgn memberi salam setiap dua rakaat dan diakhiri dgn solat witir satu rakaat. Ibnu Umar berkata:

"Nabi s.a.w sembahyang malam dua rakaat dua rakaat dan melakukan witir satu rakaat." (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Solat malam sebelas rakaat. 'Aisyah r.a. berkata:

"Nabi s.a.w solat qiamullail sebelas rakaat" (Hadis sahih riwayat Bukhari)

'Aisyah berkata:

"Nabi tidak pernah solat malam -pada bulan ramadan dan lainnya- lebih dari sebelas rakaat." (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

5. Disunatkan memanjangkan bacaan pada solat malam.

Rasulullah s.a.w ditanya solat yang paling afdal. Baginda menjawab:

"Panjang berdiri" (Hadis sahih riwayat Muslim)

6. Disunatkan menyederhanakan suara ketika solat sunat malam. Tidak kuat dan tidak perlahan. Firman Allah:

"Dan janganlah engkau kuatkan suara mu dalam bacaan solat dan jangan engkau perlahankan. Bacalah dengan sederhana yang diantara kuat dan perlahan." (110:
Al-Isra)

Ulama mazhab Syafie mentafsirkan solat disini dgn solat sunat malam.

7. Disunatkan berbaring apabila terasa sangat mengantuk ketika solat malam.

Nabi s.a.w bersabda:

"Apabila seseorang itu mengantuk ketika dalam solatnya maka hendaklah dia berbaring sehingglah hilang mengantuknya. Maka sesungguhnya seseorang sedang mengantuk hendak beristigfar tetapi dia memaki dirinya sendiri." (hadis sahih riwayat Bukhari No 209 dan Muslim No 786)

8. Disunatkan mengejutkan suami atau isteri untuk bangun malam.Nabi s.a.w bersabda:

"Allah merahmati seorang lelaki yang bangun malam untuk solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia renjiskan dgn air di mukanya. Allah merahmati seorang wanita yang bangun untuk solat malam dan mengejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia merenjiskan muka suaminya dgn air." (hadis Abu Daud dgn sanad yg sahih)

Nabi s.a.w bersabda:

"Apabila seortang lelaki mengejutkan isterinya pada waktu malam dan keduanya solat malam maka ditulis daripada golongan "azzakirin dan azZakirat." (Hr Abu
Daud dan Ibnu Majah No 1336 dgn sanad yg sahih)

# oleh itu pilih lah pasangan yg bangun malam untuk solat bukannya bangun tengok tv, main game, sembang2 kosong atau sekadar qada hajat je. HEHe

9. Solat malam lah dgn istiqamah walaupun sedikit. Apa yg disebut disini adalah yg sempurna. Kalau tidak mampu buatlah walaupun satu rakaat solat witir. Nabi s.a.w ditanya tentang amalan yg paling disukai oleh Allah. maka Baginda menjawab:

"Amalan yang paling kekal walaupun ianya sedikit." (Hadis sahih riwayat Bukhari no 6096 dan Muslim No 783)

10. Disunatkan memperbanyakkan istigfar dan doa ketika mana bangun malam.

Firman Allah:

"Dan orang2 yang beristigfar pada waktu sahur" (17: Ali Imran)

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguh tuhan akan turun pada setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir dan berkata: Siapa yg berdoa akan ku perkenankan. siapa meminta akan ku berikan dan siapa yang beristigfar akan ku ampunkan."(Hadis sahih riwayat Bukhari No 1094 dan Muslim No 758)

11. Seeloknya seorang itu berniat sungguh untuk bangun qiamullail ketika hendak tidur supaya dia mendapat pahala qiam sekalipun tidak bangun. Sabda Nabi s.a.w:

"Sesiapa yang mendatangi tilamnya dalam keadaan dia berniat hendak bangun solat malam dan dia terlajak tidur sehingga subuh maka ditulis pahala apa yang diniatkan.Tidurnya itu adalah sedekah dari tuhannya." (Hadis riwayat Imam Nasaie dan Ibnu Majah No 1344 dgn sanad sahih diatas syarat2 Imam Muslim)

12. Disunat menqadakan solat malam yg tertinggal. Baginda bersabda:

"Sesiapa yang tertidur dari melakukan amalan malamnya dan dia lakukannya diantara solat subuh dan solat zuhur maka ditulis pahalanya seolah2 dia melakukannya pada waktu malam." (HAdis sahih riwayat Imam Muslim)

13. Makruh mengkhususkan qiamullail pada malam Jumaat sahaja.

Sabda Nabi s.a.w:

"Janganlah kamu mengkhusukan qiamullail pada malam jumaat." (Hr Muslim No 1144- sahih)

#Ini yg banyak dilakukan oleh masyarakat melayu kita dan menyedihkan termasuklah pelajar2 agama sendiri.

14. Disunatkan meniru cara qiamullail Nabi Daud a.s. Sabda Nabi s.a.w:

"Solat yang paling dikasihi adalah solat Nabi Daud a.s dan puasa yang paling dikasihi Allah adalah puasa Nabi Daud. Baginda tidur ditengah malam, bangun disepertiga yg akhir dan tidur semula sepernam yg terakhir. Baginda puasa sehari dan tidak puasa sehari. (Hr Bukhari dan Muslim - sahih)

Maksudnya disini puasa sunat dan solat malam. Puasa ramadan mana boleh buat camtu.

15. Cara Nak bangun awal pada waktu tertentu hendaklah membaca akhir surah kahfi dan niat dan minta pd Allah untuk bangun pada waktu tertentu.

SELAMAT BERQIAMULLAIL DAN BERIBADAH PADA 7 MALAM YG TERAKHIR.

Niat puasa

29 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Semua ulama bersepakat bahwa Niat adalah dituntut pada semua jenis puasa. Tidak kira yang sunat atau yang fardu. Ia adalah dikira syarat sah puasa disisi kebanyakan ulama dan dikira rukun puasa oleh ulama syafie.

Tempatnya adalah hati dan hakikatnya adalah berazam untuk melakukan sesuatu. Disunatkan melafazkan niat disisi ulama mazhab Syafie supaya dapat membantu untuk membetulkan niat didalam hati dan menghilangkan was-was.

Kebanyakan ulama meletakkan 4 syarat untuk mengesahkan niat puasa seperti berikut:

Pertama: Berniat pada waktu malam

Sabda Nabi s.a.w:

من لم يبيت الصيام قبل طلوع الفجر فلا صيام له

Maksudnya: "Sesiapa yang tidak berniat puasa pada waktu malam sebelum masuk waktu subuh maka tidak sah puasanya."(Hr Amad dan Ashabus Sunan)

Dalam mazhab Syafie boleh niat puasa sunat sebelum zuhur selagi tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa.

Sesiapa yang tidur tanpa niat dan bangun sudah subuh maka dia wajib menahan makan dan minum walaupun tidak sah puasanya. Dia perlu qada selepas ramadan.

2. Menentukan jenis puasa bagi puasa fardu

Hendaklah orang yang hendak berpuasa fardu menentukan jenis puasanya ketika berniat. Dia hendaklah berniat samada puasa ramadan, nazar atau qada. Jika dia niat puasa sahaja maka tidak sah. Ini pendapat kebanyakan ulama termasuk mazhab Syafie. Mazhab Hanafi tidak meletakkan syarat ini.

3. Niat yang pasti. Jika seseorang itu berniat di malam hari syak "Jika esok bulan ramadan maka aku berpuasa. Jika esok bukan ramadan maka aku puasa sunat." Maka tidak sah.

Begitu juga sekiranya jika dia berniat "Aku berpuasa ramadan esok hari insya Allah " dan ia menyebutnya kerana tidak pasti hendak berpuasa atau tidak, maka tidak sah puasanya. Adapun jika dia berniat begitu kerana nak ambil berkat dgn perkataan insyaAllah maka sah puasanya.

4. satu niat untuk satu hari puasa.

Setiap hari puasa dibulan ramadan hendaklah dgn satu niat dimalam sebelum puasa. Tidak boleh hanya satu niat untuk satu bulan ramadan. Ini adalah pendapat kebanyakan ulama.

Mazhab Maliki berpendapat bahawa cukup satu niat sahaja untuk sebulan ramadan.

# saya ada terbaca di akhbar tabloid di malaysia dlm ruang soal jawab agama yg mengatakan mazhab hanafi yg membenarkan satu niat untuk satu bulan. Ini saya tidak pernah lihat dalam kitab2 utama feqh perbandingan. Banyak lagi jawapan2 dari ustazah lulusan mesir ini yg mengelirukan. seolah2 beliau tidak merujuk pada kitab2 utama feqh. Jadi berhati2.

Kelebihan lapar dan keburukan kenyang

29 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Kelebihan Lapar dan keburukan kenyang

1. Allah melarang kita melampau dalam makanan.

Firman Allah s.w.t:"Dan makan serta minumlah, dan janganlah melampau. Sesungguhnya Dia tidak suka orang-orang yang melampau."(Al-A'raf)

2. Hanya dua pertiga perut.
Nabi s.a.w bersabda:"Tidak ada bekas yang dipenuhi oleh manusia lebih terok dari perutnya. Cukuplah manusia itu memakan beberapa suapan yang menegakkan tulang tulang sulbinya. Jika dia tetap nak jugak makan banyak maka satu pertiga perutnya untuk makanan, satu pertiga minuman dan satu pertiga lagi dikosongkan."(Hr Tirmizi dan Abu Daud)

3. Lapar menyukarkan syaitan.

Nabi s.a.w bersabda:'Sesungguhnya syaitan lalu di dalam tubuh manusia seperti lalunya darah. Sempitkan laluan syaitan dengan lapar dan dahaga."(Hr Ibnu Abi ad-Dunya-daif)

4. Kenyang di dunia lapar di akhirat.

Nabi s.a.w bersabda:"Maka sesungguhnya orang yang paling lama lapar pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak kenyang di dunia."(Hr Baihaqi dan at-Tirmizi -Hasan )

5. Lapar adalah sunnah Nabi s.a.w

Abu Hurairah r.a berkata:"Nabi s.a.w dan ahli keluarganya tidak pernah kenyang selama tiga hari berturut dengan roti gandum sehinggalah baginda meninggal dunia."(Hr Muslim - sahih)

6. Perut yang boroi tidak disukai Nabi s.a.w

Suatu hari Nabi s.a.w melihat kepada lelaki yang boroi perutnya. Maka Nabi s.a.w menunjukkan kearah perut lelaki itu dgn jarinya, seraya bersabda:

"Kalaulah makanan-makanan ini (yang menyebabkan perut boroi) diberikan kepada orang yang memerlukan adalah lebih baik."(Hr Ahmad, Hakim dan Baihaqi -sanadnya jaid)

7. Orang yang kuat makan tidak ada nilai disisi Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda:"Maka didatangkan pada hari kiamat seorang yang besar, panjang, kuat makan dan kuat minum tetapi apabila ditimbang amalannya tidak ada sebesar nilai kepak nyamuk pun disisi Allah."(Hr Bukhari dan Muslim -sahih)

8. Hukum-hukum makan

Makan ini ada beberapa hukum:
1. Wajib: makan yang mengelakkan kematian.
2. Sunnah: Makan beberapa suap ketika lapar.
3. Harus: makan dan minum sehingga dua pertiga perut.
4. Makruh: Lebih dua pertiga dan tidak penuh perut.
5. Haram: Makan sehingga penuh perut.

Pengharaman makan sehingga penuh perut disebut oleh dalam kitab al-Maraqil Ubudiah karangan Imam Nawawi bentan.

9. Keburukan Kenyang

Abu Sulaiman ad-Darani telah berkata:"Sesiapa yang kenyang maka mendapat enam keburukan:

1. Kehilangan kemanisan bermunajat.
2. Susah hendak mengahafal mutiara ilmu.
3. Kurang rasa kasihan pada manusia lain kerana menganggap orang lain pun semuanya kenyang.
4. Malas hendak beribadah.
5. Bertambah nafsu syahwat.
6. Orang-orang beriman sentiasa duduk di masjid dan orang-orang yang kenyang duduk ditempat-tempat kotor dan maksiat.

10. Lapar sedikit adalah ubat yang mujarab.

Khalifah ar-Rasyid menghimpun beberapa pakar perubatan dan mencari apakah ubat yang tidak ada kesan buruk langsung.

Ada timbul beberapa jawapan seperti air suam, kurma dan sebagainya. Tetapi telah ditolak oleh seorang yang paling banyak ilmu dikalangan mereka dengan jawapan2 yang bernas dan diterima oleh pakar yang lain.

Maka yang lain pun bertanya kepadanya apakah jawapan yang sebenar. Maka dia menjawab:
"Ubat yang tidak ada kesan buruk disisiku adalah janganlah engakau makan melainkan setelah benar-benar lapar dan selesai makan dalam keadaan engkau masih ingin makan lagi (iaitu makan sedikit sahaja)."

# maksud lapar yang terpuji disini adalah yang adalah lapar sedikit yang tidak membawa penyakit. Adapun lapar yang boleh membawa penyakit adalah dilarang.

Sebab-sebab dibolehkan tidak berpuasa

29 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

1. Bermusafir

Firman Allah s.w.t:
"Maka sesiapa diantara kamu yang sakit ataupun bermusafir maka dia boleh berbuka dan menggantikannya pada hari yang lain." (184: al-Baqarah)

Syarat-syarat dibolehkan tidak berpuasa ketika musafir:

a. Destinasi yang lebih dua marhalah (89 km)
b. Memulakan perjalanan sebelum subuh hari yang dia tidak puasa.
c. Bukannya orang yang sentiasa bermusafir dalam mazhab Syafie seperti pilot, kelasi dan lain-lain.
d. Tujuan musafir adalah tujuan yang bukan maksiat.

Menurut jumhur ulama afdalnya berpuasa ketika musafir sekiranya tidak mendapat kemudaratan. Mazhab Hambali menyatakan makruh puasa ketika musafir sekalipun tidak rasa susah.

keharusan berbuka ketika musafir tidak disyaratkan ditimpa kesusahan dan kesakitan.

2. Sakit

Sakit yang dibenarkan berbuka adalah sakit yang menyebabkan seseorang itu merasai amat susah jika berpuasa, takut menyebabkan binasa, takut bertambah sakit atau lambat sembuh.

Dalilnya adalah ayat quran yang telah lepas.

3. Mengandung dan menyusukan anak

Diharuskan kepada wanita yang mengandung atau yang menyusu untuk tidak berpuasa .Sekiranya takut sesuatu berlaku yg buruk kepada anaknya maka boleh berbuka puasa dan dikenakan qada dan fidyah. Sekiranya keduanya berbuka kerana takut berlaku sesuatu yang tidak elok berlaku kepada dirinya maka dia dikenakan qada sahaja.

Dalilnya ialah sabda Nabi s.a.w:

"Sesungguhnya Allah telah mengurangkan solat 4 rakaat fardu kepada 2rakaat kepada orang bermusafir dan membenarkan wanita yang hamil dan menyusukan anak untuk tidak berpuasa." (Hr Nasaie dan Tirmizi)

4. Tua yang tidak mampu untuk berpuasa.

Ijmak ulama menyatakan harus bagi orang yang tua yang tidak mampu untuk tidak berpuasa dan wajib membayar fidyah bagi setiap hari yang dia tidak puasa.

Demikian juga bagi orang yang sakit yang tidak mungkin sembuh dan tak mampu untuk berpuasa maka dibolehkan tidak berpuasa dan dia perlu bayar fidyah.

5. Terlampau lapar dan dahaga yang boleh membawa kemudaratan diri.

Boleh berbuka sekiranya takut berlaku kebinasaan, kematian, atau hilang akal. Malahan berpuasa jika menyebabkan kemudaratan pada diri adalah haram. Firman Allah s.w.t:

"Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu ke lembah kebinasaan." (195: surah al-Baqarah)

6. Dipaksa untuk berbuka.

Jumhur ulama menyatakan boleh berbuka kepada orang yang dipaksa. Adapun ulama syafie tidak membenarkannya.

Negeri Saba’

29 Syaaban 1431 H
Oleh: Jarjani Usman

“Sesungguhnya bagi penduduk Negeri Saba’ ada bukti (kemurahan Allah) di tempat tinggal mereka, yaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri” (QS Saba’: 15).

Di antara negeri yang namanya disebutkan dalam Al-Qur’an dan dijadikan nama salah satu Surah dalam al-Qur’an adalah Saba’.

Itulah sebuah negeri yang pernah didiami oleh orang-orang beriman kepada Allah, dan menikmati kemakmuran dan ketenteraman hidup.

Bukan hanya rakyat, pemimpinya pun, Ratu Balqis, adalah seorang yang taat kepada Allah. Sengaja diberikan kemakmuran dan ketentraman untuk rakyat negeri itu sebagai rahmat bagi orang-orang yang beriman.

Namun seiring dengan berlalunya waktu, orang-orang di negeri itu pun mulai berubah. Larangan Allah dikerjakan, sedangkan suruhanNya ditinggalkan.

Kejahatan seperti perampokan dan berbagai kemaksiatan lainnya merajalela. Orang-orang menjadi munafik dan kufur.

Itulah yang mengundang kemurkaan Allah, sehingga negeri itu dirubah dengan berbagai bencana. Akibatnya, Saba’ yang sebelumnya begitu subur dan makmur, berubah menjadi negeri gersang dan melarat.

“Demikianlah Kami membalas mereka disebabkan kekufuran mereka, dan sebenarnya Kami tidak menimpakan balasan yang demikian melainkan kepada orang-orang yang amat kufur” (QS. Saba’: 17), kata Allah.

Kisah Negeri Saba’ merupakan petunjuk penting. Bahwa kalau rakyat dan pemimpin sungguh-sungguh beriman kepada Allah akan dianugerahkan kemakmuran dan kebahagiaan hidup adalah suatu janji yang benar.

Demikian juga, bahwa kalau rakyat dan pemimpin mengingkari Allah akan dimurkaiNya juga merupakan suatu kenyataan.

Siapapun berharap kisah Negeri Saba’ terulang lagi di negeri kita ini. Bukan kemalangannya yang terulang, tetapi kemakmurannya.

Namun harapan tersebut juga sangat tergantung pada bagaimana kita mewujudkannya dalam sikap dan perbuatan kita sehari-hari.

Kalau kekufuran dan kejahatan terus kita lakukan, maka itu berarti sedang mengundang kemalangan seperti yang ditimpakan kepada Negeri Saba’.

Hak Orang Lain

29 Syaaban 1431 H
Oleh: Jarjani Usman

“Ambillah sebahagian dari harta mereka sebagai sedekah (zakat), dengan cara demikian kami membersihkan dan mensucikan mereka, dan doakanlah mereka. Sesungguhnya doa kamu itu menentramkan jiwa mereka” (QS. At-Taubah: 103).

Merupakan suatu hal yang amat memalukan bila dituduh mengambil hak orang lain, apalagi bila milik sendiri berkecukupan dan bahkan lebih.

Namun, tidak sedikit orang yang telah memiliki harta banyak juga ikut-ikutan menyerobot hak orang lain, disadari atau tidak. Antara lain karena tidak membayar zakat.

Ditegaskan dalam Islam, di dalam harta kita terdapat hak-hak orang lain. Dengan demikian, wajib sifatnya memberikannya kepada orang yang berhak.

Bila menahannya sama dengan mengambil dan menggunakan hak orang lain untuk kepentingan diri kita sendiri.

Melakukan perbuatan demikian lebih kurang sama dengan mengambil harta orang lain seperti yang dilakukan oleh para tertuduh itu.

Azabnya juga begitu pedih, bila tidak mengeluarkan hak orang. Dalam Al-Qur’an diterangkan, ”Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahwa mereka akan ditimpa) siksa yang pedih pada hari dipanaskan emas perak itu dalam Neraka Jahannam,

lalu dibakar dengannya dahi mereka, lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan) kepada mereka: “Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah sekarang akibat dari yang kamu simpan itu” (QS. At-Taubah: 34-35).

Berbeda halnya bila menunaikan hak orang lain sebagaimana mestinya.Bukan hanya harta akan menjadi bersih, tetapi juga jiwa akan terasa tenang.

Memilih

29 Syaaban 1431 H
Oleh: Jarjani Usman

“Maukah kamu aku beritahu tentang penduduk neraka? Mereka semua adalah orang-orang keras lagi kasar, tamak lagi rakus, dan takabur“ (HR. Bukhari dan Muslim).

Kalau diberikan kesempatan untuk memilih sesuatu untuk diri sendiri, maka tentunya siapapun yang berakal tak akan memilih, kecuali yang terbaik.

Kenyataannya memang demikian; setiap manusia diberikan kesempatan untuk memilih: yang baik atau yang buruk.Namun, sebahagian (besar) manusia cenderung memilih yang buruk untuk dirinya sendiri.

Buktinya, manusia cenderung memilih untuk berperilaku sombong, tamak, takabur dan sejenisnya, dalam berbagai kesempatan dalam hidup ini.

Padahal kalau menyimak pesan Rasulullah, perilaku-perilaku seperti itu merupakan milik para penghuni neraka.

Neraka, meskipun belum sempat kita saksikan dengan panca indera tetapi diimani itu pasti ada, merupakan tempat yang sangat hina.

Api yang paling rendahnya saja bisa menghancurkan batu. Bagaimana parahnya azab yang harus dialami penghuni neraka.

Namun demikian, sebahagian kita tetap bertahan dengan pilihan yang salah.Ada yang merasa puas bila mampu bertahan dalam kesombongannya atau ketamakannya.

Bahkan, ada yang berusaha menghadang setiap peringatan yang diberikan agar menghindari pilihan itu.

Berpedoman pada Al-Qur’an, memang ada sebahagian manusia yang sudah tertutup penglihatan, pendengaran, dan pintu hatinya.

Jadi, wajar saja kalau segala apa yang disaksikan atau didengar tak membuatnya berubah.Semoga keadaan ini dapat kita jauhi.