11 Ogos 2010

`PERPADUAN PEROMPAK DENGAN POLIS' , JAWAPAN BUAT AHMAD MASLAN

29 Syaaban 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

'Hidung Tak Mancung, Pipi Tersorong-Sorong'. Itulah yang boleh kita gambarkan kepada Ketua Penerangan Umno yang masih `tebal muka'nya untuk memohon restu agar PAS terima perpaduan dengan Umno.

Baca di sini. Biarpun berulangkali pemimpin PAS bersilih ganti menyebut Umno tiada harapan untuk bersatu dengan PAS selagi Umno masih `Umno Sekular' yang tidak pernah berubah sikap. Ahmad Maslan masih tidak berputus asa kerana apa?

Ketua Penerangan Umno ini terus `menjual' nama Melayu kununnya Melayu perlu bersatu. Lucunya yang perlu bersatu itu Melayu Umno dan Melayu PAS.

Apakah beliau fikir PAS itu sama seperti Umno yang setiah hari berzikir menyebut nama Melayu...Melayu...Melayu...?

Wahai Ahmad Maslan, PAS adalah Parti Islam yang bukan Nasionalis atau Assobiyyah. PAS tidak menjual nama Melayu untuk naik di dalam politik, tetapi PAS menyebut nama Allah dan Rasulnya di dalam apa jua langkah kerja perjuangan PAS.

Ketua Penerangan Umno ini tentu ada muslihat besar apabila tidak pernah berputus asa mahukan Umno dan PAS bersatu.

Bukan kerana Melayu, jauh sekali kerana agama. Buktinya, bila beliau menyebut jika Umno dan PAS bersatu, yang pasti rugi adalah pemimpin dari PKR dan DAP.

Apa maknanya itu jika tidak berniat jahat dan busuk hati? Habis itu, siapa pula yang untung jika Umno dan PAS bersatu? Bukan Umno atau Najibkah?

Apakah jika Umno dan PAS bersatu, maka akan selesailah isu Altantuya, VK Linggam, Fitnah DS Anwar, skandal PKFZ, skandal kehilangan injin pesawat TUDM, skandal Scorpene, Isu Kg Baru, Kenaikan harga barang akibat kenaikan petrol, diesel, gula dan gas?

Selesaikah segala kes rasuah yang banyak tergantung melibatkan pemimpin Umno jika Umno dan PAS bersatu? Maka, berakhirkah Akta zalim ISA jika Umno dan PAS bersatu? Kelantan dan Terengganu akan dikembalikan royalti jika Umno dan PAS bersatu?

Dan...dan...tidak terlarat mahu disenaraikan yang Umno berhutang dengan rakyat selama ini. Selesaikah semua itu jika Umno dan PAS bersatu?

Sekiranya jawapannya tidak akan selesai walaupun Umno dan PAS bersatu, maka bererti perpaduan antara Umno dan PAS umpama `perpaduan perompak dengan Polis'. Mana mungkin begitu.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Benar, bertolong-tolong lah dalam perkara kebajikan dan janganlah bertolongan dalam perkara kemungkaran dan kemaksiatan. saya ketagerikan PERPADUAAN DAN KERJASAMA DENGAN UMNO ADALAH MERUPAKAN KERJA MUNGKAR, yang tidak harus bagi umat Islam menyahutnya malah hendaklah dihindarkan, antara ribuan sebabnya:1. dasar umno adalah sekular, ideologi sesat dan menyesatkan, zalim,2. assobiah (nabi tak akui umat)pegangannya melayu melayu (sedangkan PAS, melayu islam),lebih 50 tahun umno menindas dan menzalimi orang-orang PAS, tak mampu bersendirian diajak polis, spr, sprm, kehakiman dan lain-lain agensi untuk menindas PAS. 3. mendera pimpinan PAS - ISA, penjara, fitnah, bunuh, nafikan hak, serba serbi kemudahan kerajaan tidak boleh digunakan oleh PAS.

Kami seluruh ahli PAS tidak redho dan akan membatalkan walak kiranya terima tawaran puak gila itu.

Tanpa Nama berkata...

UMNO x akan berhenti main isu PERPADUAN sehingga PRU13 sampai untuk kurangkan majoriti sokongan keatas PAS oleh penyokong PAS dan yang diatas PAGAR...
Hassan Ali tunggu apa lagi..saman Harrusani, tunjukkan pada UMNO, PAS memang tak akan bersatu dengan UMNO.
Penyokong dan yang atas pagar tengah menilai PAS dalam isu ini.