11 Ogos 2010

Kematian bekas ADUN, polis sahkan bunuh, bunuh diri

29 Syaaban 1431H.

Polis mengesahkan kematian bekas ADUN Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noor, dan pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat sebagai kes bunuh dan bunuh diri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata hasil siasatan pihak polis mengesahkan perkara berkenaan tetapi beliau enggan memberikan butiran lanjut termasuk motif pembunuhan itu.

Pada kejadian pada jam 11 pagi Selasa lalu di kilometer 455.7 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Sungai Buloh, Abdul Aziz, 64, ditemui terkulai di tempat duduk pemandu kereta yang terbabas, manakala Siti Rohana, 43, dalam keadaan terduduk di sebelahnya.

Polis juga menjumpai kesan tembakan di kepala kedua-dua mangsa.

Polis juga menjumpai sepucuk revolver .38 yang masih berisi dua peluru milik Abdul Aziz, di celah tempat duduk depan Toyota Caldina milik Siti Rohana yang dipandu bekas ADUN itu.

Aziz berkhidmat sebagai ADUN Permatang selama sepenggal sehingga 2008 apabila beliau menewaskan calon PKR Samry Masri dengan majoriti 4,285 undi.

Bagaimanapun, dalam pilihan raya umum lalu, beliau memberikan laluan kepada Sulaiman Abd Razak bertanding mewakili Umno.

Malaysiakini/-

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sultan MURKA tak mengapa, ALLAH MURKA Membawa petaka ... Mana yang lebih Agong ... Ingat kita sentiasa diperhati ... Semua makhluk di muka bumi ini adalah sama sahaja, kemurkaan Allah paling digeruni ...

Tanpa Nama berkata...

UMNO zalim pada rakyat..matlamat menghalalkan cara, fitnah pada manusia...makan duit haram...mati dalam keadaan cukup hina...

Tanpa Nama berkata...

soalan nya kenapa nak bunuh org dan bunuh diri ?

Tanpa Nama berkata...

Dengan puak UMNO ni kalau kenapa bunuh org n bunuh diri. Jawapan dia mudah saja.
DUIT n BETINA.
Malu tujuh keturunan,buat kerja cukup terkutuk, jijik, hina & kotor macam ni.