11 Ogos 2010

Singapura Rayakan Ulang Tahun Ke-45 Kemerdekaan

29 Syaaban 1431H.

Tarikh 9 Ogos 2010 merupakan ulang tahun ke-45 kemerdekaan Republik Singapura. Singapura mengadakan pelbagai aktiviti perayaan.

Jabatan Presiden dibuka kepada khalayak ramai kelmarin dan telah menarik kedatangan lebih 16 ribu pengunjung. Perdana Menteri negara tersebut, Lee Hsien Loong ketika berucapa malam menyatakan, pada pertengahan pertama tahun 2010, ekonomi Singapura meningkat 17.9% berbanding tempoh yang sama tahun 2009. Ini menandakan ekonomi negara tersebut telah pulih daripada kemerosotan dan meningkat dengan stabil.

Singapura juga telah mengadakan perbarisan secara besar-besaran malam tadi. Selain itu, warga negara tersebut merayakan sambutan hari itu dengan perarakan kereta berhias, tarian kumpulan dan pertunjukan bunga api.

Tiada ulasan: